:
Home » » Himpunan Bersih 2.0 9 Julai tuntut pilihan raya bersih

Himpunan Bersih 2.0 9 Julai tuntut pilihan raya bersih

Sabtu, 21 Mei 2011 | 0 comments

KUALA LUMPUR, 21 Mei – Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0 akan menggerakkan rakyat untuk menuntut pilihan raya yang bersih dan adil pada 9 Julai ini.

Himpunan Bersih kali kedua itu bertemakan “Walk For Democracy”, menurut Pengerusi Badan Penggerak Demokrasi dan Mobilisasi PAS Pusat, Mohamad Sabu akan diadakan di Kuala Lumpur.

Namun lokasi tepat belum dipastikan lagi.

Tambah beliau, Himpunan Bersih kali kedua itu merupakan kesinambungan himpunan Bersih yang diadakan November 2007
.

“Perhimpunan aman telah diputuskan dalam mesyuarat yang dipengerusikan Pengerusi Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan bersama lebih 60 NGO (pertubuhan bukan kerajaan) pada 19 Mei lalu.

“Kita akan mengadakan satu lagi perhimpunan Bersih pada 9 Julai, pukul 2 petang dan tujuannya sama seperti perhimpunan sebelum ini iaitu menuntut pilihan raya yang adil dan telus,” katanya pada sidang media di sini.

Himpunan Bersih pertama yang disertai parti-parti politik beberapa bulan sebelum pilihan raya umum 2008.

Kesal dengan tuntutan sebelum ini tidak dilayan, tegas Mohamad, Himpunan Bersih kali kedua juga membuat desakan baru iaitu membantah penyalahgunaan institusi kerajaan dan tempoh berkempen dilanjutkan.

Selain itu, kata ahli jawatankuasa kerja PAS pusat itu, pihaknya bersetuju dengan tarikh yang ditetapkan itu dan akan menggerakkan ahli dan penyokong untuk menyertai Himpunan Bersih kali kedua.

“Tuntutan adalah sama seperti perhimpunan bersih yang lalu dengan pertambahan dua tuntutan iaitu penyalahgunaan institusi kerajaan dan lanjutan tempoh masa berkempen yang munasabah.

“PAS akan mengerah ahli dan penyokong untuk hadir dalam perhimpunan aman yang dijangka seramai 100,000 orang.

“Jika tiada gangguan daripada polis, perhimpunan dijangka berlangsung dengan aman seperti perhimpunan Bersih yang pertama lalu,” katanya.

Jelas Mohamad, tempoh berkempen pilihan raya perlu dilanjutkan apa yang diamalkan selama ini terlalu singkat di peringkat kebangsaan.

“Kalau di Thailand, mereka mengumumkan untuk mengadakan pada bulan Julai, lebih kurang dua bulan.

“Jadi kita minta tempoh yang munasabah, masa sekarang terlalu singkat,” katanya.

Menurutnya, tuntutan itu adalah umum di mana-mana tempat yang mengamalkan demokrasi di dunia ini.

“Kita yakin himpunan ini lebih besar dengan gabungan NGO lain untuk hidupkan demokrasi negara.

“Ini bagi mengelakkan kejadian tidak demokrasi di negara Timur Tengah berulang di negara kita dengan menolak kerajaan bukan melalui pilihan raya sebaliknya jalan raya,” katanya.

Sementara itu Bendahari PAS, Dr Mohd Hatta Ramli berkata, tuntutan pada perhimpunan Bersih pertama masih gagal dilaksanakan oleh kerajaan.

“Ini dapat dilihat apabila salah guna kuasa sangat berleluasa, undi pos masih gagal diselesaikan sebaliknya dikelirukan lagi dan dakwat kekal langsung tidak diberi perhatian.

“Bersih 2.0 mengambil sikap serius perkara ini kerana melihat kerajaan gagal memisahkan antara rasuah dan bukan rasuah terutama apa yang berlaku semasa Pilihan Raya Negeri Sarawak lalu,” katanya.

Kata Ahli Parlimen Kuala Krai itu, walaupun tempoh persediaan kali ini agak singkat namun dengan pengalaman pada himpunan Bersih pertama akan menjadi panduan untuk menggerakan himpunan kali ini

“Kami turut difahamkan Bersih mempunyai lebih 60 NGO mendukung perjuangan mereka dan warna tema akan dimaklumkan kemudian.

“PAS mengambil tempoh tujuh minggu dari tarikh tersebut untuk menggerakkan rakyat menyertai perhimpunan aman ini berbanding enam bulan pada perhimpunan Bersih yang pertama lalu,” katanya.

Tambah Mohd Hatta, pihaknya akan menggunakan Muktamar PAS pada awal bulan depan sebagai medium untuk menggerakkan ahli lain supaya bersedia untuk menyertai perhimpunan aman ini

Lagi berita

SHAH ALAM 21 MEI : Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) akan mengadakan himpunan bersih 2 pada 9 Julai ini di Kuala Lumpur.

Sehubungan itu, Pengerusi Badan Penggerak Mobilisasi Demokrasi PAS, Mohamad Sabu berkata, PAS akan menggerakkan sekurang- kurangnya 10 ribu ahli untuk turut sama menyertai himpunan itu yang bertemakan 'Walk For Democracy'.

Beliau berkata, himpunan itu akan berlangsung secara aman dengan syarat tiada sebarang provokasi dari pihak tertentu terutamanya, anggota keselamatan sepeti polis.

"Tujuannya sama dengan tujuan himpunan Bersih 1 yang lalu iaitu menuntut pilihan raya yang adil dan bersih. Kami yang juga duduk dalam Bersih bersetuju dengan pihak Bersih tentang tarikh perhimpunan itu dan pihak kami akan mengerahkan ahli dan penyokong seramai mungkin untuk hadir dalam himpunan aman seperti amannya himpunan Bersih yang pertama dahulu kalau tidak ada gangguan dari pihak terterntu khasnya pihak polis dan himpunan akan berlaku dengan aman,” katanya.

Bagaimanapun, tempat, warna tema dan mekanisme himpunan itu akan diperincikan pihak BERSIH sendiri yang dipengerusikan

Datuk Ambiga Sreneevasan dalam masa terdekat.

Himpunan Bersih pertama telah diadakan pada 10 November 2007 lalu dengan kehadiran lebih 100,000 rakyat berarak menuju ke Istana Negara bagi mengiringi penyerahan memorandum kepada Yang DiPertuan Agong.

Ianya diadakan menjelang Pilihan Raya Umum ke- 12 yang berlangsung Mac tahun berikutnya.

Katanya, tujuan himpunan tersebut adalah kesinambungan empat tuntutan BERSIH dalam himpunan pertama mereka pada November 2007.

Menurutnya selain empat tuntutan mereka yang tidak dilayan oleh kerajaan dalam himpunan sebelum ini, BERSIH telah menambah lagi dua tuntutan.

Dua perkara itu adalah berhubung dakwaan penyalahgunaan institusi kerajaan dalam pilihan raya sehingga rakyat tidak dapat menilai antara parti politik dan kerajaan.

Satu lagi tuntutan adalah melanjutkan tempoh pilihan raya di peringkat kebangsaan dengan ‘tempoh yang lebih munasabah’ berbanding tempoh lapan hari yang dianggap sebagai terlalu singkat.

Iaitu hal penyalahgunaan harta kerajaan secara berleluasa kebelakangan itu teruama dalam pilihan raya kecil dan pilihan raya negeri Sarawak sehingga kita dan rakyat tidak dapat menilai lagi yang mana satu parti politik bergerak yang mana satu kerajaan,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli berkata himpunan bersih 2 terpaksa diadakan ekoran tuntutan Himpunan Bersih pertama dahulu tidak mencapai matlamat.

“Jadi pada kami, pada bersih apa juga yang kami tuntut selama ini belum Berjaya belum dapat diterima maka Bersih versi 2 ni akan meneruskan kesimambungan untuk mengerakkan rakyat,” katanya.

Tambahnya, perhimpunan itu juga dijadikan gelanggang bagi membantah undang-undang yang dianggap zalim seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri, Akta Mesin Cetak dan Akta Rahsia Rasmi OSA.
Kongsikan :

0 comments:

Catat Ulasan

Sila berkongsi maklum balas anda dalam ruang perbincangan atau FB dan memfailkan apa-apa fakta yang anda dapati melalui pengalaman dan pengetahuan anda.

Ulasan isu hendaklah dengan fikiran terbuka, supaya setiap ulasan akan memberi manfaat kepada semua.

Berbahas atau bertukar-tukar pendapat,agar yang kurang kita tambahkan,yang lebih kita berikan.

 
Copyright © 2011. Politik kedai kopi - All Rights Reserved
Template Modify by Politik Kedai Kopi
Proudly powered by Blogger