:
Home » » Sarawak election :Zentrum kata Pakatan menang

Sarawak election :Zentrum kata Pakatan menang

Jumaat, 15 April 2011 | 0 comments

Sarawak election

Menjelang saat-saat akhir waktu kempen, Pakatan Rakyat (Pakatan) besar kemungkinan dapat menafikan dua pertiga BN dalam pilihan raya negeri Sarawak kali ini apabila maklumat dari dalam BN sendiri merasakan begitu.

Menurut sumber itu, BN hanya yakin mendapat 41 kerusi sahaja (kawasan putih) manakala Pakatan pula mendapat 19 kerusi (hitam) manakala 11 kerusi lagi kelabu dan sedang diperjuangkan oleh kedua-dua belah pihak.

Namun, kajian yang dibuat oleh Zentrum Future Studies pula memberikan kemenangan kepada Pakatan dalam PRN kali ini apabila kajian mereka menunjukkan sokongan kepada PR sudah 40 peratus berbanding BN 39 peratus, Snap 17 peratus dan Bebas empat peratus.

Laporan Zentrum dalam SARAWAK ELECTION (SELECT 2011) - Prediction Period 3 yang dikeluarkan hari ini mendapati Pakatan akan menang 28 kerusi, BN 27 kerusi, Snap 13 kerusi manakala Bebas tiga kerusi.


Menurut laporan itu, PAS akan menang di tiga kerusi iaitu Beting Maro, Muara Tuang dan Tanjung Datu. Dua lagi kerusi PA iaitu Sebuyau dan Sadong Jaya didahului sedikit oleh calon BN.

Laporan itu juga mendapati, calon Bebas, Datuk Salleh Jafarudin mendahului Tan Sri Taib Mahmud di Balingian dengan majoriti yang kecil.

Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian juga mendahului calon BN di Ba'kelalan.

Pagi tadi, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang medianya yakin Pakatan bersama parti pembangkang yang lain akan berjaya menyekat kuasa dua pertiga BN dalam DUN Sarawak.

(Gambar: Anwar dengan wajah ceria selepas sidang medianya pagi tadi)

Pakatan yakin akan memenangi lebih daripada 24 kerusi yang diperlukan untuk meraih kemenangan moral ke atas BN, katanya dalam sidang media di hari terakhir kempen pilihan raya negeri Sarawak hari ini.

Katanya lagi, Pakatan optimis dalam peluangnya memecahkan monopoli kuasa BN di negeri berkenaan.

Namun, Anwar dilihat berwaspada dan mengakui bahawa ianya satu usaha sukar apabila ditanya sekiranya Pakatan mampu mengambil alih kerajaan negeri.

Katanya, masalah tidak akan timbul sekiranya pilihan raya itu dijalankan secara bebas dan adil.

Namun begitu, kebimbangan diberikan oleh pengkaji politik James Chin apabila beliau menjangkakan BN akan melemparkan bom karpet (carpet bombing) menjelang hari mengundi esok.

Bom karpet adalah istilah yang diberikan kepada serangan besar-besaran terhadap pengundi dengan memberikan wang dan barangan untuk membeli undi.

Pensyarah Universiti Monash ini menjangkakan, Pakatan akan mendapat antara 12 ke 27 kerusi.

Ooi Kee Beng pula meramalkan, Pakatan akan mendapat sehingga 20 kerusi sahaja.-hd
Kongsikan :

0 comments:

Catat Ulasan

Sila berkongsi maklum balas anda dalam ruang perbincangan atau FB dan memfailkan apa-apa fakta yang anda dapati melalui pengalaman dan pengetahuan anda.

Ulasan isu hendaklah dengan fikiran terbuka, supaya setiap ulasan akan memberi manfaat kepada semua.

Berbahas atau bertukar-tukar pendapat,agar yang kurang kita tambahkan,yang lebih kita berikan.

 
Copyright © 2011. Politik kedai kopi - All Rights Reserved
Template Modify by Politik Kedai Kopi
Proudly powered by Blogger