:
Home » » Muhyiddin jangan temberang

Muhyiddin jangan temberang

Jumaat, 8 April 2011 | 1comments

KUALA LUMPUR, 7 April: PAS bersimpati dengan nasib guru-guru Kementerian Pelajaran yang lambat menerima tuntutan.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad menyatakan demikian sebagai mengulas pendedahan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) bahawa ada Jabatan Pelajaran Negeri belum membayar tuntutan perjalanan pegawai pendidik walaupun selepas lebih setahun tuntutan dibuat.

Ia membabitkan tuntutan perjalanan ke program dan kursus anjuran Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) sejak Februari serta Mac tahun 2010.



Difahamkan perkara itu berlaku kerana peruntukan Kementerian Pelajaran dikurangkan.

“Fenomena ini amat memalukan ketika Timbalan Presiden Umno yang juga Menteri Pelajaran sibuk temberang rakyat Sarawak dengan berbagai projek sempena pilihanraya Negeri Sarawak,” kata Idris dalam satu kenyataan.

Justeru, katanya PAS hendak menasihatkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ke Sarawak, selesai dahulu nasib guru-guru di bawah kementeriannya.

Di dalam Islam, jelasnya kalau hendak bersedekah kepada orang lain biarlah anak sendiri tidak mengemis kepada orang lain.

“Nampaknya Tan Sri Muhyiddin sibuk buat amal sunat, perkara wajib diabaikan. Nampaknya Kementerian Pelajaran sejak di bawah beliau semakin bercelaru,” katanya.

Sebelumnya, katanya berlaku lambakan lebihan guru Sains dan Metematik seramai 26,000.

Menurutnya, mungkin Muhyiddin pening hendak menjawab tawaran Pakatan Rakyat yang dianggap satu cabaran kepadanya apabila guru-guru akan diberikan imbuhan khas sebanyak RM500 setiap bulan.

Untuk melindungi kelemahan, katanya maka Muhyiddin memberi kenyataan jika mengikut tawaran Buku Jingga negara akan bankrap.

Soalnya, sekarang siapa yang bankrap sehingga guru-guru tidak mendapat tuntutan perjalanan walaupun hampir satahun.

“PAS menasihatkan Timbalan Presiden Umno jagalah kebajikan anak kandung dulu sebelum mempedulikan anak orang,” ujarnya.

Menurutnya, negara akan runtuh jika memperolehi kerajaan yang tidak mengambil berat kepada guru-guru kerana mereka ialah orang yang bertanggungjawab menyediakan sumber tenaga manusia pada masa akan datang.-hd
Kongsikan :

1 ulasan:

  1. kpd golongn OKU pun serupa..
    bnyk aduan d terima bantuan bulanan mereka d sekat/ d hapuskn tnpa usul yg jelas..

    BalasPadam

Sila berkongsi maklum balas anda dalam ruang perbincangan atau FB dan memfailkan apa-apa fakta yang anda dapati melalui pengalaman dan pengetahuan anda.

Ulasan isu hendaklah dengan fikiran terbuka, supaya setiap ulasan akan memberi manfaat kepada semua.

Berbahas atau bertukar-tukar pendapat,agar yang kurang kita tambahkan,yang lebih kita berikan.

 
Copyright © 2011. Politik kedai kopi - All Rights Reserved
Template Modify by Politik Kedai Kopi
Proudly powered by Blogger