Sabtu, 16 April 2011

Keputusan tak rasmi: PR Menang



KUCHING, 16 April — Pakatan Rakyat dilihat berpeluang besar untuk menguasai lebih banyak kerusi ekoran keputusan tidak rasmi menunjukkan gabungan tiga parti komponen itu mendahului di beberapa pusat mengundi.
Pakatan Rakyat yang optimis apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata jumlah keluar mengundi setakat ini “lebih tinggi daripada biasa”, dipercayai mereka mampu untuk menggantikan kerajaan negeri sedia ada.

Bagaimanapun Timbalan Ketua Menteri 1 Sarawak Tan Sri George Chan Hong Nam berkata jumlah keluar mengundi yang mengejutkan itu akan mengekalkan penguasaan kerajaan BN.

Beliau menjelaskan jumlah pengundi yang keluar awal perkara biasa dan kebanyakannya adalah penyokong BN.

“Lebih dari 30 peratus sudah keluar mengundi. Ada kawasan yang agak sukar kerana ia kebanyakan pengundi Cina. Tapi peratus mengundi sekarang bagus.



“Ia sesuatu yang bagus bagi Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) kerana biasanya pengundi yang berumur akan mengundi pada waktu pagi sementara yang muda pada tengahari. Ini petanda yang baik,” katanya.

Chan, yang juga Presiden SUPP berkata, beliau akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Piasau tapi berkata ia persaingan yang sengit menentang calon DAP Ling Sie Kiong.

SPR pada tengah hari tadi berkata kira-kira 800 dari 1,749 pusat mengundi sudah ditutup.

Pada pukul 2 petang tadi, PKR dilaporkan mendapat keputusan yang positif sekurang-kurang enam kerusi - Ba’Kelalan, Tebedu, Layar, Krian, Kakus and Tamin.

Di Ba’ Kelalan, pertandingan yang sengit Pengerusi PKR Sarawak dan disebut-sebut bakal ketua menteri - Baru Bian dilaporkan menang dengan keputusan tipis mengatasi anak saudaranya dari Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDB) Willie Liau.

Lagi Keputusan tak rasmi:


Dunia siber khususnya SMS dan Twitter sekali lagi mewarnai pilihan raya — hari ini membabitkan pilihan raya negeri bumi Kenyalang Sarawak sementara Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menasihatkan jangan percaya keputusan tidak rasmi.

Pilihan raya negeri Sarawak merupakan yang pertama ruang Twitter memainkan peranan signifikan dalam menyebarkan maklumat keputusan tidak rasmi.

Tiga tahun lalu SMS dan portal menjadi perhatian.
Penyokong dan pengikut kedua-dua Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) menyebar maklumat-maklumat berkaitan tidak rasmi — yang melibatkan pusat-pusat pengundian yang ditutup awal.

Misalnya pemegang akaun Twitter bgu_sarawak menghantar mesej sekitar 12.30 tengah hari mengatakan “keputusan tidak rasmi N70, Ba’kelalan sehingga kini PKr mendahului dengan 245 undi dan BN 223. undi rosak 3.”

Kerusi itu menyaksikan saingan sengit antara calon BN dan PKR. Tun Faisal dari Umno dalam mesejnya pula berkata, “PRN#Sarawak. Keputusan Tak Rasmi BN Mendahului di Beberapa Peti Undi, setakat jam 2.” Chang Lih Kang dalam mesejnya pula berkata, “tidak ramsi: N42 Meluan - SK Sg Merurun (PKR 88, BN 34); SK Lubok Assam - (PKR 135, BN 45).”

SMS yang diperoleh daripada jentera PKR pula berkata pihaknya mendahului di Tasik Biru, Layar, Krian, Ngemah, Tamin, Kakus, Belaga, Jepak dan Ba’kelalan.

Keputusan tidak rasmi itu diketahui lebih awal memandangkan satu pertiga pusat pengundian ditutup awal dengan lebih 1,000 ditutup pada 1 tengah hari tadi.

Sehubungan itu Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof meminta orang ramai agar tidak terpengaruh dengan keputusan pengundian untuk sesetengah kawasan yang diedarkan melalui internet dan khidmat pesanan ringkas sejak tengah hari tadi.

Beliau dipetik Bernama Online berkata, hanya keputusan yang dikeluarkan oleh SPR sahaja sah iaitu berdasarkan kepada maklumat yang telah diberi oleh setiap 71 pegawai pengurus pilihan raya yang telah dilantik.

“Saya telah dimaklumkan banyak sebaran dalam SMS, internet mengatakan parti tertentu telah menang pilihan raya di kawasan masing-masing. Ini maklumat tidak boleh dipercayai, hanya sumber daripada SPR sahaja yang sah,” katanya kepada pemberita.

Beliau dipetik Bernama Online berkata, hanya keputusan yang dikeluarkan oleh SPR sahaja sah iaitu berdasarkan kepada maklumat yang telah diberi oleh setiap 71 pegawai pengurus pilihan raya yang telah dilantik.

“Saya telah dimaklumkan banyak sebaran dalam SMS, internet mengatakan parti tertentu telah menang pilihan raya di kawasan masing-masing. Ini maklumat tidak boleh dipercayai, hanya sumber daripada SPR sahaja yang sah,” katanya kepada pemberita.

MENYUSUL LAGI

Related Posts

Keputusan tak rasmi: PR Menang
4/ 5
Oleh