:
Home » » Bernama tersilap lapor kenyataan PM

Bernama tersilap lapor kenyataan PM

Selasa, 5 April 2011 | 0 comments

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Koh Tsu Koon  telah mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan apabila mengatakan bahawa Perdana Menteri Najib Razak tidak pernah melahirkan berasa yakin bahawa BN akan menakluk semula Pulau Pinang. Sebaliknya kata Koh kemungkinan besar wartawan Bernama itu terlalu bersemangat atau ghairah ketika membuat laporan berkaitan Najib yang sebenarnya mengatakan jika sambutan hangat itu diterjemahkan sebagai undi dalam pilihan raya, BN mungkin berpeluang memenangi beberapa kerusi.



Sukar untuk saya mempercayai bahawa agensi berita kebangsaan seperti Bernama berani melaporkan fakta yang salah berkaitan Perdana Menteri walau seghairah atau bersemangat manapun wartawan tersebut. Sebagai agensi berita kebangsaan, Bernama sepatutnya mempunyai kelebihan yang tidak terdapat pada lain-lain media.

Masyarakat tidak akan pernah percaya bahawa media seperti Bernama berani melaporkan perkara yang salah tentang kenyataan Perdana Menteri melainkan wartawan tersebut dipecat atas perlakuan yang tidak professional dan tidak berkemampuan. Kegagalan mengambil tindakan ke atas Bernama membuktikan BN melaksanakan kempen "smoke and mirrors" untuk menawan semula Pulau Pinang dengan menyembunyikan strategi sebenar BN secara diam-diam dan berdolak dalik bagi mengelirukan Pakatan Rakyat.

Atas alasan itu, kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang tidak akan sekali-kali goyah, bingung mahupun tersasar daripada fokus utama kerajaan negeri untuk mengamalkan pemerintahan yang baik dan berkhidmat kepada rakyat Pulau Pinang. Semua pemimpin Pakatan Rakyat yang terpilih telah diarah untuk memperbaiki prestasi dengan menggandakan usaha dalam melaksanakan tugas pemerintahan yang berjiwa rakyat dengan penuh perikemanusiaan dengan mendengar keluhan rakyat, urus tadbir yang baik kepada rakyat serta memberi harapan kepada rakyat.

Kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang berasa kesal dengan Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang yang telah memberikan maklumat palsu kepada Perdana Menteri kononnya Pulau Pinang telah mengalami kejatuhan di bawah pemerintahan PR. Semenjak pilihanraya 8 Mac 2008 yang membawa kepada Kerajaan Pakatan Rakyat, Pulau Pinang telah berubah menjadi lebih baik. Di antara 12 kejayaan yang jelas disokong dengan fakta serta maklumat yang benar bahawa Pulau Pinang menerajui tempat pertama di Malaysia ialah:

1. Jumlah pelaburan tertinggi di Malaysia dan dalam sejarah negeri sebanyak RM12,2 juta atau 26% daripada jumlah keseluruhan pelaburan negara. Pengedaran FDI Pulau Pinang lebih tinggi iaitu sebanyak 36% berbanding FDI Malaysia walaupun hanya mempunyai 6% jumlah populasi Malaysia.

2. Dipuji oleh Ketua Audit Negara sebagai negeri yang mengamalkan pengurusan kewangan terbaik bagi tahun 2008 dan 2009.

3. Pengurangan Indeks Jenayah tertinggi di Malaysia sebanyak 27% .

4. Negeri pertama untuk inisiatif hijau yang menuju ke arah Pulau Pinang sebagai Negeri Hijau pertama di Malaysia.

5. Satu-satunya negeri yang dipuji oleh "Transparency International" dalam memerangi rasuah melalui proses tender terbuka dan prinsip CAT - Cekap, Akauntabiliti dan Telus.

6. Penyumbang tertinggi untuk pendapatan daripada pelancongan perubatan iaitu sebanyak 60%.

7. Negeri pertama membasmi miskin tegar dengan memastikan setiap keluarga memperolehi pendapatan sekurang-kurangnya RM500 sebulan dan membayar RM100 setiap tahun kepada warga emas berusia lebih 60 tahun.

8. Pulau Pinang mencatatkan peningkatan tertinggi jumlah penumpang udara berbanding semua lapangan terbang di Malaysia sebanyak 30%.

9. Mencatat kadar terendah penggangguran dan bergerak aktif dalam mencari tenaga kerja mahir.

10. Menjaminkan kebebasan dan hak asasi manusia dengan Akta Kebebasan Maklumat dan mewujudkan Sudut Pidato pertama di Malaysia yang membenarkan kebebasan berucap.

11. Paling cergas dalam melindungi, memulihara dan mempromosikan warisan melalui Bandaraya Warisan Dunia Unesco George Town.

12.Bandaraya yang paling baik didiami di Malaysia.
Kongsikan :

0 comments:

Catat Ulasan

Sila berkongsi maklum balas anda dalam ruang perbincangan atau FB dan memfailkan apa-apa fakta yang anda dapati melalui pengalaman dan pengetahuan anda.

Ulasan isu hendaklah dengan fikiran terbuka, supaya setiap ulasan akan memberi manfaat kepada semua.

Berbahas atau bertukar-tukar pendapat,agar yang kurang kita tambahkan,yang lebih kita berikan.

 
Copyright © 2011. Politik kedai kopi - All Rights Reserved
Template Modify by Politik Kedai Kopi
Proudly powered by Blogger