Jumaat, 1 April 2011

Balasan kepada ketua pemuda Gerakan yang bengong

Balasan kepada  ketua pemuda Gerakan yang bengong



Pemberian kontrak RM8.5 juta bagi projek WiFi Pulau Pinang tanpa Tender Terbuka adalah bukti jelas bahawa Pakatan Rakyat tidak mengamalkan Tender Terbuka bagi SEMUA projek negeri-negeri Pakatan Rakyat.  Ini bakal menjadi asas ("precedent") bagi Pakatan Rakyat untuk tidak melaksanakan Tender Terbuka bagi projek negeri-negeri Pakatan Rakyat lain (Kedah, Selangor dan Kelantan).


kenyataan ketua pemuda Gerakan:Berita penuh

Saya merujuk kepada kenyataan media daripada Ketua Pemuda Gerakan Kedah yang telah memainkan sindiran bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah gagal melaksanakan proses tender terbuka bagi inisiatif "WiFi Percuma Pulau Pinang".

Pertama sekali, harus difahami bahawa pelaksanaan inisiatif ini dijalankan secara dwi-fasa. Fasa pertama, yang sudahpun berjaya dilaksanakan, telah bermula pada tahun 2009 dan membabitkan pemasangan dan penyenggaraan prasarana WiFi yang meliputi sebanyak 750 kawasan "hotspot". Fasa yang kedua pula akan menggandakan jumlah kawasan "hotspot" kepada 1,500 kawasan, sekaligus meliputi setiap satu kawasan parlimen di seluruh negeri Pulau Pinang.

Namun, terdapat sedikit salah faham di khalayak pihak-pihak tertentu tentang proses dan mekanisme inisiatif ini, terutama sekali dalam proses penganugerahan projek, yang telah didakwa tidak mengikut dasar tender terbuka yang selama ini menjadi tunggak dasar urustadbir Kerajaan Negeri.

Terlebih dahulu, perlu diterangkan bahawa sewaktu inisiatif ini mula dibincangkan, Kerajaan Negeri telahpun menetapkan beberapa kriteria yang perlu dipenuhi demi mencapai matlamat dengan kos yang terendah. Antara syarat-syaratnya adalah:

Pembekal perkhidmatan WiFi yang terpilih semestinya sebuah syarikat awam berhad yang tersenarai dalam Bursa Saham Malaysia. Ini untuk memastikan kebertanggungjawaban pembekal yang terpilih, supaya projek yang luas dan memakan belanja yang tinggi ini akan dizahirkan dengan sempurna.

Kerajaan Negeri ingin mengurangkan sebanyak mungkin perbelanjaan awam. Oleh itu, telah diputuskan bahawa fasa pertama akan dilaksanakan atas tanggungan penuh syarikat pembekal itu sendiri, dan jika berjaya fasa kedua akan dibiayai Kerajaan Negeri. Kos pelaburan untuk pemasangan dan penyenggaraan prasarana WiFi dalam fasa pertama pula akan ditebus balik oleh syarikat pembekal perkhidmatan melalui hasil pulangan pengiklanan. Dalam pada itu, setelah mendapat maklum balas daripada syarikat-syarikat pembekal perkhidmatan WiFi, Kerajaan Negeri telah mendapati bahawa tiada syarikat tersenarai yang sanggup bersetuju dengan syarat kedua melainkan REDtone International Bhd.

Justeru, disebabkan hanya satu syarikat sahaja yang telah berjaya menepati kesemua syarat yang ditetapkan, maka tidak timbul keperluan untuk menggunakan sistem tender terbuka bagi inisiatif WiFi percuma ini. Fasa pertama telahpun berjaya dilaksanakan tanpa sebarang perbelanjaan daripada Kerajaan Negeri, dan ekoran daripada itu Kerajaan Negeri telah menepati janji untuk membiayai kos fasa kedua, iaitu RM8.5 juta selama lima tahun ataupun lebih kurang RM1.7 juta setahun.

Selepas tempoh lima tahun, kontrak penyenggaraan dan pembekalan perkhidmatan WiFi ini boleh diteruskan dengan kadar RM900,000 setahun. Jelas sekali bahawa Kerajaan Negeri bukan sahaja telah berjaya dalam usaha untuk mempertingkatkan penggunaan jalur lebar dengan menyediakan perkhidmatan WiFi percuma yang meliputi seluruh negeri, tetapi juga telah berjaya melakukannya dengan kos yang amat rendah dan menguntungkan kepada rakyat Pulau Pinang.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang adalah sebuah kerajaan yang mengamalkan urustadbir yang berasaskan prinsip CAT, iaitu cekap, akauntabel dan telus. Malah, Kerajaan Negeri Pulau Pinang merupakan satu-satunya kerajaan di negara Malaysia yang telah dipuji oleh badan antarabangsa Transparency International, di samping mendapat pujian dua tahun berturut-turut dalam Laporan Ketua Audit Negara. Rekod dan prestasi yang cemerlang ini telah dicapai atas komitmen Kerajaan Negeri kepada sistem urustadbir yang telus dan terbuka.

Oleh itu, sebarang tuduhan mengenai kegagalan untuk menggunakan proses tender terbuka bagi inisiatif WiFi Percuma ini tidak berasas, kerana dalam kes ini, hanya satu sahaja syarikat yang sudi menepati segala syarat yang ditetapkan.

Related Posts

Balasan kepada ketua pemuda Gerakan yang bengong
4/ 5
Oleh