:
Home » » Sarawak penentu kemenangan dan kekalahan?

Sarawak penentu kemenangan dan kekalahan?

Rabu, 9 Mac 2011 | 0 comments

Dalam pilihan raya negeri Sarawak yang lalu, pembangkang memenangi 9 kerusi daripada 71 kerusi, prestasi pembangkang yang terbaik sejak tahun 1987. SUPP menjadi MCA di Sarawak, dan menjadi pentanda pertama tsunami politik pada tahun 2008.

Kini, pemerintahan Taib Mahmud yang telah memunggah kekayaan dari bumi kenyalang untuk 30 tahun dibandingkan dengan Mubarak di Mesir. Isu tanah adat bumiputera mungkin menjadi arus yang menderas di bawah untuk menumbangkan BN, dari kalangan kaum asal. Meskipun jentera pembangkang agak lemah, namun masih berkemungkinan menembusi beberapa kawasan.



Di kawasan bandar pula, angin yang kencang bertiup di kawasan majoriti Cina. SUPP mungkin tenggelam di selatan Sarawak (sekitar Kuching), dan pertarungan sengit di kawasan pertengahan Sarawak (sekitar Sibu) - mungkin mengulangi keputusan PRK Sibu. SUPP hanya mungkin menang di bahagian utara Sarawak (sekitar Miri).

Dalam keadaan sedemikian, DAP dijangka merangkul 10-14 kerusi, dan PKR mungkin berjaya merampas kira-kira 10 kerusi. Seandainya PR bekerjasama untuk merampas sekurang-kurangnya 20 kerusi, biarpun mungkin belum cukup untuk menafikan dua pertiga, namun tetap menggemparkan.

Maka Taib Mahmud semestinya berdepan dengan tekanan untuk berundur, dan tercetusnya pergelutan kuasa yang baru. Paling penting, seandainya kuasa kerajaan negeri BN di Sarawak tergugat, maka ia bukan lagi "deposit tetap" untuk BN dalam PRU akan datang. Semangat PR akan teruja, dan tekanan itu beralih kepada BN. Justeru itu, biarpun BN kekal berkuasa, namun PR masih mampu mengekalkan kerusinya yang hampir satu pertiga dalam Dewan Rakyat.

Namun demikian, seandainya PR kecundang dalam suasana sebegini, dan hanya memperolehi kira-kira tiga hingga lima kerusi DUN Sarawak? Bukan sahaja PR Sarawak akan menemui ajal, malah Najib Razak mungkin mengambil kesempatan untuk mengadakan PRU. Jika itu berlaku, maka PR di peringkat persekutuan mungkin mengulangi nasib BA, hilang dari pentas politik selepas PRU - dan pertukaran kerajaan mungkin ditunda lapan atau 10 tahun kemudian.

Mengapa dikatakan Sarawak bakal menjadi penentu kemenangan atau kekalahan PR? Ini kerana seandainya harapan untuk menawan Putrajaya berkecai, maka ketiga-tiga parti politik akan kembali kepada asasnya, lantas mencungkil kontradiksi antara tiga parti. Apakah pengharaman perjudian oleh PAS adalah reaksi spontan terhadap kekalahan PRK yang berturut-turut? Jikalau BN kekal kukuh di Malaysia Timur, PAS yang hilang harapan untuk menawan Putrajaya akan menekankan dasar islamnya - untuk selamatkan dirinya. Adakah DAP akan kompromi dengan keadaan itu? Jadi, apakah manifesto yang ingin diketengahkan PR ketika itu? Apakah mungkin PR tidak kalah?

Apakah PR Sarawak jelas dengan kepentingan dirinya? Seolah-olah tidak. Dalam saat-saat DUN Sarawak akan dibubar bila-bila sahaja, DAP dan PKR masih tegang kerana Dominique Ng - rundingan pengagihan kerusi yang belum diselesaikan. Sementara itu, PKR juga bermasalah dengan SNAP. Malah, rundingan manifesto bersama pun belum bermula! Seandainya mereka terus melengah-lengahkannya, maka terpaksalah kita bersedia untuk menunggu 8 atau 10 tahun lagi, untuk pertukaran kerajaan persekutuan!

sumber:MerdekaReview
Kongsikan :

0 comments:

Catat Ulasan

Sila berkongsi maklum balas anda dalam ruang perbincangan atau FB dan memfailkan apa-apa fakta yang anda dapati melalui pengalaman dan pengetahuan anda.

Ulasan isu hendaklah dengan fikiran terbuka, supaya setiap ulasan akan memberi manfaat kepada semua.

Berbahas atau bertukar-tukar pendapat,agar yang kurang kita tambahkan,yang lebih kita berikan.

 
Copyright © 2011. Politik kedai kopi - All Rights Reserved
Template Modify by Politik Kedai Kopi
Proudly powered by Blogger