:
Home » » Krisis nuklear Jepun membimbangkan

Krisis nuklear Jepun membimbangkan

Rabu, 16 Mac 2011 | 0 comments

TOKYO, 16 Mac : Krisis nuklear paling buruk selepas Chernobyl berhadapan dengan situasi getir hari ini ekoran kebakaran baru di kompleks tenaga nuklear di timur laut manakala jurutera bimbang mengenai kemungkinan letupan akan menimpa di dua reaktor lain di premis tersebut.

Dua pekerja kompleks itu dilaporkan hilang selepas kebakaran sebelum ini.



Dalam pada itu, pihak berkuasa pula menguatkuaskaan zon larangan "penerbangan"melibatkan pesawat-pesawat komersial di kawasan lingkungan 30 kilometer (19 batu) ekoran krisis nuklear di kompleks nuklear Fukushima Daiichi sejak Sabtu lalu.

Seramai 140,000 dikatakan telah dipindah keluar dari kawasan tersebut.

Kebakaran terbaru dikesan pagi tadi di Unit 4 loji Fukushima Daiichi, demikian menurut Tokyo Electric Power Co. yang menambah bahawa ia adalah kebakaran susulan awal pagi semalam.

Laporan media memetik jurucakap Tepco, Hajimi Motujuku berkata, kebakaran dikesan dalam struktur pada saluran yang mengawal reaktor unit tersebut.

Kebakaran awal dan letupan di Unit 4 telah menyebabkan lubang pada bahagian luar dinding, sekali gus mengakibatkan kebocoran radiasi akibat peningkatan suhu bahan api di kolam simpanan.

Dua pekerja yang berada dalam unit hilang selepas kebakaran pertama, kata agensi keselamatan nuklear Jepun.

Status reaktor nuklear dan kolam simpanan di dalam bangunan tidak diketahui.

Pegawai-pegawai juga risau mengenai keadaan reaktor di Unit 5 dan 6.

“Operator-operator loji mempertimbangkan untuk mengalihkan panel-panel daripada reaktor Unit 5 dan 6 bagi mengelakkan himpunan hidrogen,” kata Agensi Tenaga Nuklear Antarabangsa (IAEA).

“Himpunan hidrogen di Unit 1, 2 dan 3 yang telah membawa kepada letupan di loji Daiichi baru-baru ini,” katanya lagi.

Letupan pertama disaksikan pada Sabtu lalu, sehari selepas gempa bumi dan tsunami.

Unit 5 dan 6 telah diisi dengan bahan nuklear tetapi tidak mengeluarkan tenaga ketika gempa bumi dan tsunami melanda bahagian timur laut Jepun.

Kedua-duanya dilihat stabil, tetapi semalam pegawai-pegawai Jepun berkata kadar suhu telah naik sedikit.

Dalam pada itu, laporan Reuters dari Vienna berkata, Ketua Pengarah IAEA Yukiya Amano berkata kemungkinan ada kerosakan teras yang terhad di Unit 2 loji Fukushima.

Ketika bercakap pada sidang media di sini, kata beliau, ada “kemungkinan kerosakan teras” di Unit 2.

“Kerosakan dianggarkan kurang daripada lima peratus,” katanya lagi.

Malah kata beliau, perkembangan terbaru dalam krisis nuklear Jepun membimbangkan tetapi masih percaya situasi adalah berbeza darupada tragedi Chernobyl 1986.tvs
Kongsikan :

0 comments:

Catat Ulasan

Sila berkongsi maklum balas anda dalam ruang perbincangan atau FB dan memfailkan apa-apa fakta yang anda dapati melalui pengalaman dan pengetahuan anda.

Ulasan isu hendaklah dengan fikiran terbuka, supaya setiap ulasan akan memberi manfaat kepada semua.

Berbahas atau bertukar-tukar pendapat,agar yang kurang kita tambahkan,yang lebih kita berikan.

 
Copyright © 2011. Politik kedai kopi - All Rights Reserved
Template Modify by Politik Kedai Kopi
Proudly powered by Blogger