Ahad, 13 Mac 2011

Kenapa kita harus mengeluh dengan berbagai kenaikan yang dibenarkan oleh kerajaan sekarang seperti insurans kenderaan,orang-orang kampung pun tak mengeluh sebab harga getah naik sawit naik,kereta-kereta lama yang premium insuransnya naik,apa susah tukar kereta baru habis cerita.


Kerana kenaikan berbagai barangan ini menyebabkan sokongan rakyat malaysia kepada kerajaan (BN)bertambah banyak,kalau tidak masakan BN boleh menang pada pilihan raya kecil nan lalu.


Tahniah untuk rakyat malaysia kerana menyokong kenaikan berbagai barangan ini.

KUALA LUMPUR 12 Mac – Kerajaan diminta meneliti dengan serius isu premium insurans kenderaan yang didakwa pelbagai pihak sebagai terlalu mahal bagi memastikan rakyat tidak terbeban dan menjadi mangsa.



Presiden Kesatuan Pegawai Pengangkutan Jalan Semenanjung Malaysia (KPPJSM), Hamzah Masri berkata, peraturan baru itu bukan sahaja menyusahkan dan membebankan rakyat terutama penduduk di luar bandar malah tidak munasabah kerana mereka terpaksa membayar premium yang tinggi setiap tahun.

“Kerajaan perlu melihat masalah ini kerana ia tidak memberi keadilan kepada rakyat di luar bandar. Kebanyakan rakyat terutama yang berpendapatan rendah hanya mampu menggunakan kenderaan lama.

“Jadi, kerajaan perlu mengkaji semua perkara itu kerana tidak munasabah premium insurans kereta lama lebih tinggi daripada kereta baru. Begitu juga dengan pembelian insurans pihak ketiga, mengapa kadarnya terlalu tinggi,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas desakan pelbagai pihak agar Kementerian Kewangan dan Bank Negara Malaysia (BNM) campur tangan bagi menangani isu caj insurans mahal terhadap kenderaan berusia lebih 10 tahun dan insurans pihak ketiga sejak dua tahun lalu.

Semalam, Kementerian Kewangan memberi jaminan kerajaan akan cuba melakukan yang terbaik bagi memastikan rakyat tidak menjadi mangsa dalam isu premium insurans yang didakwa pelbagai pihak sebagai ‘tidak masuk akal’.

Timbalan Menterinya, Datuk Dr. Awang Adek Husin berkata, kementeriannya sedang menimbang pelbagai pendekatan dan beliau tidak menolak kemungkinan kajian semula terhadap caj insurans yang dikenakan sekarang adalah antara opsyen kerajaan.

Mengulas lanjut, Hamzah berkata, pemilik kenderaan berusia 10 tahun ke atas juga berhadapan masalah lain apabila syarikat insurans tidak membenarkan mereka mengambil premium insurans pihak ketiga.

Katanya, pemilik berkenaan perlu merujuk kepada Malaysian Motor Insurance Pool (MMIP) bagi mendapatkan perlindungan insurans.

“Selain kadar berbeza yang ditetapkan MMIP, kenderaan yang berusia lebih 10 tahun itu juga perlu diperiksa oleh Puspakom Sdn. Bhd. dan dikenakan bayaran tambahan sebanyak RM50, jadi semuanya duit,” jelasnya.

Beliau berharap agar masalah itu dapat diselesaikan dengan adil dan pihak yang berkaitan mengambil pendekatan rasional dan masuk akal mengenai penetapan kadar premium tersebut.

“Penentuan kadar premium berpatutan perlu supaya tidak membebankan rakyat terutama golongan yang tidak berkemampuan dan hanya mampu menggunakan kenderaan-kenderaan lama dan berusia,” katanya.

Related Posts

4/ 5
Oleh