:
Home » » Dubur Saiful: Tiga DNA berlainan dijumpai

Dubur Saiful: Tiga DNA berlainan dijumpai

Jumaat, 11 Mac 2011 | 0 comments

KUALA LUMPUR 11 MAC : Pengadu Saiful Bukhari Adzlan hari ini enggan mengakui beliau mengadakan hubungan sejenis dengan lebih daripada seorang berasaskan bukti DNA Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Ketua Pendakwaraya, Yusof Zainal Abiden pula membuat kejutan apabila tiba- tiba meminta Hakim Zabidin Mohd Diah untuk menarik balik keputusan tidak membenarkan barangan yang dirampas dari lokap Anwar dijadikan bahan bukti.



Zabidin sebelum ini mengishtiarkan sehelai tuala, berus gigi dan botol minuman air mineral diperolehi secara haram oleh polis pada Julai 2008 untuk ujian DNA terhadap Anwar.

Selepas menegaskan pihaknya tidak akan merayu keputusan hakim itu, Yusof berkata hari ini beliau tetap mahu keputusan itu di tarik balik.

Malah beliau mahukan perintah mahkamah untuk mewajibkan Anwar memberikan sampel DNA baru, sesuatu yang dibantah oleh peguambela Karpal Singh.

Zabidin akan mendengar hujah penuh kedua- dua pihak Isnin depan.

Sebelum itu, Saiful dipanggil semula ke kandang saksi oleh Karpal.

Saiful ditanya mengenai keterangan pakar Doktor Seah Lay Hong yang mengesahkan ada tiga sampel DNA berlainan dijumpai di dubur Saiful.

Saiful menafikan beliau diliwat oleh lebih daripada seorang tetapi tidak dapat menjelaskan hasil penemuan tiga DNA berlainan di kawasan duburnya.

Saiful turut memberitahu mahkamah beliau tidak mandi tetapi hanya membilas badan pada 26 Jun hingga 28 Jun 2008 sebelum menjalani pemeriksaan doktor.

"Saya ada bilas badan saya pada 26 hingga 28 di rumah iaitu selepas kejadian dan keesokkan harinya," kata Saiful. tvs
Kongsikan :

0 comments:

Catat Ulasan

Sila berkongsi maklum balas anda dalam ruang perbincangan atau FB dan memfailkan apa-apa fakta yang anda dapati melalui pengalaman dan pengetahuan anda.

Ulasan isu hendaklah dengan fikiran terbuka, supaya setiap ulasan akan memberi manfaat kepada semua.

Berbahas atau bertukar-tukar pendapat,agar yang kurang kita tambahkan,yang lebih kita berikan.

 
Copyright © 2011. Politik kedai kopi - All Rights Reserved
Template Modify by Politik Kedai Kopi
Proudly powered by Blogger