Ahad, 27 Mac 2011

Chua Soi Lek tidak layak bercakap soal moral



PETALING JAYA 27 MAC : Datuk Seri Chua Soi Lek tidak layak bercakap soal moral dan integriti apatah lagi menyeru Ketua Umum PKR membuktikan bahawa imej yang
dirakam dalam fitnah video lucah baru-baru ini bukanlah dirinya, tegas Naib Presiden Keadilan, Tian Chua dalam kenyataan medianya hari ini.

Menurut Tian, seorang ahli politik seperti Soi Lek yang mempunyai rekod tercemar tidak layak untuk mengkritik dan memberikan komentar bersabit isu moral individu lain.



" Saya pasti rakyat Malaysia turut sama berkongsi rasa mual apabila seorang ahli politik yang mempunyai rekod kurang moral yang diketahui umum cuba membuat komen mengenai moral dan integriti.

" Seluruh rakyat Malaysia arif tentang skandal seks yang melibatkan Datuk Seri Chua Soi Lek dan dia sendiri mengakui bahawa dia menjalinkan hubungan seks di luar perkahwinan dengan seorang wanita dan dirakam melakukannya,"katanya.

Menurut Tian, kenyataan Soi Lek yang dipaparkan melalui akhbar milik MCA itu pastinya akan menjadi bahan jenaka rakyat di negara ini.

Ujarnya lagi, beliau yakin rakyat juga semakin jelek dengan fitnah terbaru Umno lebih-lebih lagi individu yang tampil memberikan komentar adalah mereka yang tidak layak bercakap tentang isu moral.

"Rakyat Malaysia terketawa apabila Tan Sri Rahim Thamby Chik terpaksa meletakkan jawatan politik kerana terbabit dalam kes rogol kanak-kanak bawah umur apabila muncul untuk memastikan bakal pemimpin negara mempunyai moral.

"Perancangan Umno untuk memfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui video seks terbaru semakin ditolak rakyat apabila individu-individu yang telah dibuktikan terbabit dalam skandal seks sebelum ini tampil untuk menjadi juara moral dan integriti."

Tian bersama ahli Keadilan yang lain turut mendesak supaya :

1. Datuk Seri Chua Soi Lek meletakkan semua jawatan politik dan bersara terus sebagai tanda dia insaf selepas skandal seksnya tersebar luas; dan

2. Tan Sri Rahim Thamby Chik meletakkan semua jawatan dalam kerajaan terutamanya sebagai Pengerusi Risda kerana penglibatannya dengan kes rogol kanak- kanak bawah umur masih kekal dalam ingatan rakyat sehingga kini.

Related Posts

Chua Soi Lek tidak layak bercakap soal moral
4/ 5
Oleh