:
Home » » SPR perlu berhenti memberikan alasan

SPR perlu berhenti memberikan alasan

Jumaat, 11 Februari 2011 | 0 comments

SHAH ALAM 11 FEB: Suruhanjaya Piilihanraya (SPR) perlu berhenti memberikan alasan dan meningkatkan usaha menjadikan proses pendaftaran pengundi dijalankan secara automatik berpandukan rekod di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Dalam satu wacana 'Daftar Pengundi: Wajarkah diwajibkan?' yang diadakan di Intekma Resort, Shah Alam petang tadi, Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh berkata SPR sebaliknya perlu menerima kekangan perundangan dan kekangan persepsi yang wujud sebagai cabaran dalam menjayakan usaha tersebut.

"Maka ini bukan menjadi satu alasan, ia bukan menjadi sebab bagi kita mengatakan 'oleh kerana ini, sikap orang muda begini maka kita tak buat pendaftaran pengundi secara automatik. Malah segala masalah ini harus dilihat sebagai cabaran," jelas beliau.



Fuziah seterusnya berkata, pendaftaran outomatik tidak bermaksud para pengundi tiada pilihan selain membuang undi, dan pilihan samada membuang undi dan mengundi untuk calon pilihan sendiri merupakan hak mutlak seseorang pengundi.

Katanya lagi, sekiranya seseorang pengundi itu memutuskan untuk mengundi, maka adalah tanggungjawab semua pihak terlibat termasuk SPR memastikan proses pengundian bagi pengundi itu berjalan lancar dan salah satu caranya adalah dengan menjalankan proses pendaftaran pengundian secara automatik.

"Saya mintalah SPR pecahkan penjara minda ini, keluar daripada bercakap tentang masalah infrastruktur, ini dan itu, berfikir bagaimana kita nak capai satu keadaan di mana kita mampu melaksanakan pendaftaran pengundi automatik ini. Ini saya rasa satu perkara yag harus kita gabungkan segala pemikiran kita, baik kerajaan, pembangkang ataupun masyarakat umum, semua harus gabungkan pemikiran mencari penyelesaian bagaimana ini dapat diadakan," kata beliau lagi.

Fuziah menjelaskan, rata-rata rakyat menjauhkan diri daripada mendaftar dan memahami proses pilihanraya adalah kerana pilihanraya tidak dijadikan satu daripada aktiviti kehidupan para pengundi.

Kata beliau, kesedaran pentingnya pilihanraya dan proses pengundian perlu diterapkan di dalam minda rakyat sekuran-kurangnya semasa di sekolah menengah dengan membawa budaya pilihanraya kecil-kecilan di sekolah.

"Contohnya di sekolah, kita buat pemilihan pengawas, ktia ada satu hari 'election day' untuk memilih ketua darjah dan juga wakil-wakil kelas. Kita berikan tempoh berkempen, ajar mereka bagaimana mereka harus promosikan apa yang dapat mereka tawarkan. Kemudian mereka dapat melihat kelebihan apabila wakil-wakil darjah itu membantu menjadikan sekolah lebih baik, persekitaran lebih baik, ini mendidik secara langsung sehinggakan itu menjadi kefahaman dalam diri," jelas beliau.

Selain itu, Fuziah juga menegaskan peranan SPR akan menjadi lebih efektif sekiranya diletakkan terus di bawah parlimen dan bukannya di bawah Jabatan Perdana Menteri seperti pada masa ini kerana apa-apa pindaan akan mengambil masa yang lama kerana terpaksa dibuat melalui Jabatan Peguam Negara.

Katanya lagi, itulah cara terbaik bagi memberikan SPR kuasa untuk mengadakan pilihanraya yang adil dan telus.

Turut hadir sebagai panel wacana adalah Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, Timbalan Setiausaha SPR, Nordin Che Ngah dan Pengerusi Institut Perhubungan Awam Malaysia, Datuk Professor Hamdan Adnan.tvs
Kongsikan :

0 comments:

Catat Ulasan

Sila berkongsi maklum balas anda dalam ruang perbincangan atau FB dan memfailkan apa-apa fakta yang anda dapati melalui pengalaman dan pengetahuan anda.

Ulasan isu hendaklah dengan fikiran terbuka, supaya setiap ulasan akan memberi manfaat kepada semua.

Berbahas atau bertukar-tukar pendapat,agar yang kurang kita tambahkan,yang lebih kita berikan.

 
Copyright © 2011. Politik kedai kopi - All Rights Reserved
Template Modify by Politik Kedai Kopi
Proudly powered by Blogger