Isnin, 31 Januari 2011

Kekalahan sudah dijangka

Kekalahan sudah dijangka

TEMERLOH, 31 Jan: Kekalahan PAS pada pilihan raya kecil Dun Tenang tidak seharusnya melemahkan semangat petugas-petugas Pakatan Rakyat kerana ia berlaku sebagaimana yang telah dijangka.

Demikian kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataannya ke Harakahdaily lewat petang semalam dalam mengulas keputusan muktahir PRK Dun Tenang.

Calon BN pada PRK Tenang, Mohd Azahar Ibrahim mendapat 6,699 undi menewaskan calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat, Normala Sudirman atau Cikgu Mala yang memperolehi 2,992 undi dengan majoriti 3,707 undi.

Meskipun berjaya mempertahankan kerusi Dun Tenang, namun BN gagal mencapai majoriti sasaran iaitu 5,000 undi sebagaimana yang pernah dihasratkan oleh Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Namun apa yang perlu diambil perhatian ialah perlunya diperkukuhkan kekuatan parti di semua lokaliti. PAS dan seluruh parti komponen seharusnya mempunyai kekuatan asas yang kukuh di setiap peti undi.

“Kegagalan kita membina kekuatan asas akan menyukarkan kita menghadapi sebarang bentuk pilihanraya. Di Dun Tenang, kita harus akui kelemahan PAS sama ada di peringkat cawangan atau keahlian,” nasihat Tuan Ibrahim.

Namun, katanya, kemenangan BN yang hanya beberapa bulan ini sebelum pilihanraya umum ke 13 akan juga menjadi kayu ukuran bagi pengundi di Tenang sejauh manakah calon yang menang akan turun membantu.

“Nasib malang bagi calon menang kerana ia akan terus diuji oleh para pengundi yang kini berhadapan dengan banjir di Labis dan Tenang. Kalau sewaktu kempen, calon turun setiap rumah, dokong orang yang nak pindah, sekarang rakyat boleh tengoklah 'wajah' sebenar calon BN tu,” kata Tuan Ibrahim.

Kepada Cikgu Mala, Tuan Ibrahim menyeru beliau untuk meneruskan usaha dan perjuangan, kerana rakyat juga akan menilai dan membandingkan sejauh mana beliau akan terus membantu masyarakat, sama ada sewaktu kita menang atau sebaliknya.

“PRU akan menanti anda, dan yakin Islam akan pasti menang,” tambahnya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Sementara itu, Cikgu Mala mengucapkan terima kasih kepada kepada semua petugas-petugas, Adun-adun, Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dan penyokong yang membantunya dalam kempen pilihanraya kecil di Tenang.

“Jangan kita berputus asa dalam berusaha sebelum kita mendapat kejayaan dan jika kita berjaya jangan dilupa pengorbanan mereka di belakang yang banyak memberikan sokongan tidak kira waktu, hari dan perjalanan hidup ini.

Kejayaan bukan milik individu sebaliknya milik jamaah yang mantap. Teruskan berjuang untuk Pilihan Raya Kecil di DUN Merlimau N.27 yang bakal berlangsung tidak lama lagi,” kata beliau.

Dalam menyuntik semangat kepada Cikgu Mala, Adun Teja, Chang Lih Kang berkata meskipun kalah tetapi beliau sudah berjaya menawan hati ramai rakyat Malaysia.

“Dalam pilihanraya yang akan datang, Tenang akan kita tawan, seperti di Ijok dulu!” kata Chang.-Harakahdaily   

Ahad, 30 Januari 2011

Pengundian PRK Tenang dalam hujan lebat, banjir

Pengundian PRK Tenang dalam hujan lebat, banjir

LABIS, 30 Jan: Calon PAS bagi PRK Tenang, Normala Sudirman, atau Cikgu Mala menyeru masyarakat agar keluar mengundi awal walaupun hujan lebat turun sejak awal pagi tadi.

Beliau berkata demikian ekoran khuatir beberapa kampung yang berkawasan rendah, akan dilanda banjir jika hujan lebat berterusan.

Difahamkan beberapa tempat sudahpun dilimpahi air termasuk kawasan kampung sekitar Lembah Bakti, Tenang Stesen dan Pekan Air Panas.

Di pusat pengundian di SMK Tenang Stesen, pengundi terpaksa mengharung jalan yang dinaiki air sebelum melalui jalan menuju ke pusat tersebut untuk mengundi.

SPR menyediakan sebuah van untuk menghantar pengundi balik ke jalan utama, tempat mereka meletak kereta masing-masing.

Ditanya adakah hujan akan menyebabkan peratusan keluar mengundi terjejas, beliau berkata masyarakat Dun Tenang diyakini tetap akan keluar mengundi.

"Saya yakin walapun hari ini hujan turun agak lebat dan cuaca mungkin membatsakan segalanya, tetapi dengan keyakinan pengundi akan melakukan perubahan, saya percaya pengundi akan keluar mengundi juga demi untuk memilih wakil rakyat untuk membawa suara dan permasalahan mereka ke Dun Johor," katanya.

Sehingga jam 11 pagi tadi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan peratusan pengundian adalah 38.66 peratus atau 5,703 pengundi keluar mengundi.

Jumlah keseluruhan pengundi biasa di Dun Tenang adalah seramai 14,554 manakala 119 lagi adalah pengundi pos yang telah menunaikan tanggungjawab sama sebelum ini.

Pengundi akan memilih antara calon PAS Normala Sudirman, 38, seorang bekas guru manakala calon BN Azahar Ibrahim, 30, bekas pembantu pegawai daerah.

Sebanyak 12 pusat mengundi di 12 daerah mengundi telah dibuka pada jam 8.00 pagi tadi dan akan tamat kira-kira jam 5.00 petang ini

Ketua Dewan Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Saleh yang turut bersama mengiringi calon ketika ditemui berharap hujan yang melanda Labis sejak beberapa hari lalu membawa kebaikan kepada rakyat di Dun ini.

Keadaan hujan juga turut memaksa proses merayu undi oleh penyokong kedua-dua parti agak terbatas.

Mereka terpaksa berpayung dan berbaju hujan dan sesetengahnya rela basah kuyup.

DUN Tenang mempunyai seramai 14,753 pengundi berdaftar.

Penjumlahan undi akan dilakukan di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis di sini dan keputusannya dijangka diumumkan pada pukul 8 malam.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi itu, Datuk Sulaiman Taha, 59, pada 17 Dis tahun lepas akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis

Sabtu, 29 Januari 2011

Calon wakil rakyat wanita pertama parti PAS  di Johor

Calon wakil rakyat wanita pertama parti PAS di Johor



LABIS 29 JAN: Keputusan PAS-Pakatan Rakyat meletakkan calon wakil rakyat wanita pertama parti itu di Johor untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang mencetuskan spekulasi pelbagai pihak.

Perkara yang digusarkan termasuk kewibawaan wanita untuk dipertanggungjawabkan membawa masalah rakyat ke sidang DUN Johor selain timbang semak dasar yang dibahaskan oleh kerajaan negeri itu.

Umno-Barisan Nasional (BN) pada awalnya turut membidas PAS dengan mempertikai pendirian parti itu meletakkan calon wanita, namun kepimpinan PAS melihat ianya bukan halangan dengan menambah bilangan kepimpinan wanita yang ada mewakili parti itu.

Namun di sebalik kebimbangan yang berlegar di kalangan pemimpin dan masyarakat tentang kebolehan wanita, PAS menyatakan pendirian bahawa pilihan terbaik untuk calon wakil rakyat di daerah itu adalah seorang wanita.

Berpegang kepada peribahasa 'Tangan yang menghayun buaian boleh menggegar dunia' PAS akhirnya memilih Normala Sudirman Anak kelahiran Muar, Johor itu mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (LKTP) Kemelah dan kemudian mengikuti kursus perguruan di Maktab Tuanku Bainun.

Memegang jawatan sebagai Naib Ketua Dewan Muslimat Johor dan Ketua Dewan Muslimat PAS Labis.

Anak perempuan kepada Sudirman Suratman, bekas Ketua Peserta FELCRA dan bekas Pengerusi Koperasi FELCRA Sekijang dalam menifestonya ingin membawa suara rakyat tertindas khususnya peneroka-peneroka Felda di tiga tanah rancangan di daerah itu ke meja Dewan Undangan Negeri Johor.

Sepanjang 7 hari tempoh kempen PAS-Pakatan Rakyat di DUN Tenang, Normala diserang bertubi-tubi berhubung isu peribadi dan prinsip Islam yang dipegang beliau namun ianya tidak menjatuhkan semangat beliau untuk terus berkempen.

Justeru beliau turut dinobatkan sebagai 'Wanita Besi' oleh kepimpinan Pakatan Rakyat dalam sesi penerangan di sekitar bandar itu.

Parti komponen MCA yang diketuai Datuk Seri Chua Soi Lek menimbulkan isu berjabat tangan antara Normala dan kaum lelaki sebagai bahan kempen pada awalnya segera ditangkis Normala dengan menjelaskan kepada rakyat bahawa prinsip agama Islam yang dipertahankan beliau tidak perlu dipersoalkan mana-mana pihak.

Sejurus selepas itu, Normala turut dituduh mempertikai penjualan arak di kedai minum berbangsa Cina Tionghua di Pekan Labis oleh anak kepada Presiden MCA, Chua Tee Yong.

Namun tiada bukti yang dapat menyokong dakwaan tersebut.

Selepas Umno-BN tidak berjaya memperdagangkan isu agama dalam kempen mereka kini suami beliau, Makrof Abdul Mutalib menjadi sasaran.

Umno-BN mempersoal kesahihan sijil cuti sakit yang dikeluarkan doktor berhubung tekanan perasaan yang dihadapi beliau.

Jumaat, 28 Januari 2011

Peguam Negara berselindung disebalik kekebalan politik

Peguam Negara berselindung disebalik kekebalan politik

SHAH ALAM 28 JAN: Perletakan jawatan Tan Sri Robert Phang sebagai anggota panel Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dianggap berani oleh Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa.

Jelas Sivarasa beliau menyokong tindakan Robert Phang yang jelas menunjukkan beliau sudah tidak mempercayai kredibiliti SPRM sebagai sebuah badan siasatan.

Sivarasa turut tidak menolak terdapat kemungkinan Peguam Negara ini berselindung disebalik kekebalan politik sehingga menyebabkan beliau langsung tidak boleh disentuh dengan siasatan pihak SPRM dan ini menyebabkan timbulnya pertikaian.

"Tafsiran orang akan buat adalah AG(Peguam Negara) kita sekarang ini ada perlindungan politiklah ataupun kekebalan, di mana dia ada pengaruh yang diusahakan di belakang dan nampak dia ada pengaruh dengan pihak-pihak tertentu.

"Pendirian Robert Phang adalah siasatan perlu diteruskan, malangnya ada unsur-unsur seolah-olah tidak mahu siasatan diteruskan dan ini menjadi pertikaian," katanya.

Beliau yang ketika dihubungi Tv Selangor turut melahirkan kekecewaan terhadap penyalahgunaan kuasa yang digunakan Tan Sri Abdul Gani Patail sekaligus mengakibatkan siasatan terhadap kes lain seperti rasuah tidak dapat dilakukan secara telus dan terbuka.

Phang hari ini mendakwa bahawa beliau telah menjadi subjek 'serangan berbisa' kerana meminta Peguam Negara, Gani Patail untuk membersihkan namanya dalam beberapa kes berprofil tinggi.

Antaranya skandal kerugian Penerbangan Malaysia (MAS) dan pemergiannya ke Makkah untuk menunaikan haji tahun lalu ditaja oleh Shahidan Shafie, seorang proksi bekas Pengerusi MAS, Tan Sri Tajuddin Ramli.

Sebelum ini, Robert Phang telah menyeru Gani untuk menjawab tuduhan-tuduhan yang dilemparkan padanya dalam laman web Malaysia Today mengenai spekulasi hubungan beliau dengan Shahidan sebagai bukti mengapa Gani tidak bertindak terhadap Tajuddin.

Tajuddin yang mentadbir MAS sehingga mengalami kerugian terbesar sebanyak RM8 bilion meskipun disarankan berbuat demikian oleh bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Polis, Datuk Ramli Yusof.tvs

Rabu, 26 Januari 2011

Perdana Menteri yang melancarkan perang habis-habisan ke atas media internet

Perdana Menteri yang melancarkan perang habis-habisan ke atas media internet



SHAH ALAM 26 JAN : Ketua Pengarang Kumpulan Malaysiakini, Steven Gan melahirkan kebimbangannya dengan tindakan Perdana Menteri yang melancarkan perang habis-habisan ke atas media internet yang mendukung prinsip kebebasan di negara ini.

Katanya, tindakan terbaru Kementerian Dalam Negeri (KDN) di bawah kabinet Datuk Seri Najib Razak meminda Akta Penerbitan dan Pencetakan 1984 (PPPA) adalah lebih dahsyat berbanding apa yang berlaku di era pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bercakap kepada Tv Selangor, Steven Gan berkata, sekatan ke atas media yang melampau itu merupakan satu petanda bahawa Pilihanraya Umum ke 13 semakin hampir sehingga mengakibatkan kerajaan terdesak untuk mengawal informasi yang tersebar melalui ruang maya.

"Rakyat secara umum bukan mengharapkan perdana menteri, Najib untuk melaksanakan kawalan ala-Mahathir terhadap media tetapi kita juga tak boleh berharap ini akan jadi lebih buruk dari zaman Mahathir," katanya.

"Apa yang dia cuba lakukan ialah memastikan media atas talian (online) berada di bawah kawalan sebelum pilihanraya umum, itulah sebabnya dia kini bercakap mengenai pindaan dalam akta cetak, kemungkinan pada Mac depan. Tindakan kementerian yang tergesa-gesa mahu membuat pindaan ini merupakan isyarat jelas pilihanraya umum semakin hampir,"jelas Steven

Semalam KDN mengumumkan untuk memperluaskan penguatkuasaan merangkumi ruang maya termasuk seperti laman web, blog termasuk Facebook.

Ia dilihat sebagai langkah terbaru kerajaan menyekat media alternatif seperti Tv Selangor, Malaysiakini dan banyak lagi portal di negara ini untuk menyebarluaskan maklumat yang bertentangan dengan kepentingan politik mereka.

"Ini sudah tentunya satu tamparan kepada sedikit kebebasan yang kita nikmati sejak 15 tahun dahulu," tambah Steven.

Katanya, tindakan ini juga mungkin satu perangkap dari KDN untuk memudahkan tugas mereka menyekat kemaraan laman web yang bebas mengkritik kerajaan.

Dengan melakukan pindaan ini, ia mungkin memberi laluan untuk permohonan lesen kepada media-media alternatif dan mereka yang tidak berbuat demikian dengan mudah akan dikenakan tindakan perundangan.

"Saya rasa mereka memberi kelonggaran dalam perlesenan sebagai satu kaedah kerajaan mengenakan tekanan politik kepada bukan sahaja Malaysiakini tetapi banyak lagi media atas talian. Ini juga memberi kementerian kuasa untuk mengharamkan mana-mana laman sesawang," katanya.

Steven Gan juga turut senada dengan Presiden NUJ, Hata Wahari yang menyifatkan tindakan kerajaan meminda PPPA sebagai tindakan terkebelakang kerajaan.

"Saya bimbang kedudukan kita dalam kebebasan media akan semakin menurun dan ini akan memberi tamparan hebat kepada pengamal-pengamal media, bagaimana mereka hendak mengamalkan media," kata Hata kepada Tv Selangor.

Tambah beliau, tindakan kerajaan meminda PPPA adalah bertujuan untuk terus mencengkam rakyat untuk mengikut apa juga corak pemerintahannya.

" Bermakna kata-kata Perdana Menteri bahawa era kerajaan tahu semua, tidak dilaksanakan.Maknanya sekarang ini kerajaan terus meletakkan agenda-agendanya sendiri kepada rakyat," jelasnya.Tvs

Selasa, 25 Januari 2011

Pemberian subsidi kepada rakyat harus dikekalkan

Pemberian subsidi kepada rakyat harus dikekalkan




SHAH ALAM 25 JAN: Pakatan Rakyat (PR) berkata pemberian subsidi kepada rakyat harus dikekalkan terutamanya membabitkan empat sektor iaitu beras, pertoleum, kesihatan dan pendidikan.

Dalam satu majlis 'Luncheon Talk Bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim' di Kelab Shah Alam, Shah Alam pagi tadi, Penasihat Ekonomi Kerajaan PR Selangor, itu berkata pemotongan subsidi dalam sektor-sektor berikut akan menghimpit kehidupan seharian majoriti rakyat negara ini.

"Kerana bagi rakyat, mengapa harus kami dibebankan bila ekonomi meleset? Mengapa tidak pimpinan? Siapakah yang melakukan curang, rompak harta negara, rasuah, mengadakan dan memperkenalkan kebijakan ekonomi yang songsang? Mengapa mereka tidak didenda dan dihukum? Jadi sebab itu, penyelesaiannya selalu dibebankan kepada orang bawah," jelas beliau.

Beliau yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) menjelaskan tindakan kerajaan Umno-Barisan Nasional(BN) mengurangkan subsidi atas nama rasionalisasi kurang tepat kerana tindakan tersebut hanya menguntungkan golongan kaya sahaja, dengan memberikan contoh di mana walaupun subsidi LPG, petrol dan diesel telah dikurangkan dengan drastik tetapi subsidi kepada pengeluar tenaga swasta (IPP) masih berada pada RM19 bilion.

Katanya lagi, kerajaan memberikan subsidi kepada semua golongan samada yang kaya dan miskin tetapi dengan menggunakan istilah berbeza di mana bagi syarikat swasta, bantuan sebegini dipanggil insentif manakala bagi golongan miskin seperti petani dan nelayan pula, ia dipanggil subsidi.

"Tetapi yang aneh, mengapa bila kita mengalami defisit tumpuan kita, seperti yang diumumkan oleh Datuk Seri Idris Jala, ialah mengurangkan subsidi, dia tak sebut mengurang, rasionalisasi. Maknanya potong subsidi," kata beliau.

Anwar yang pernah memegang jawatan Menteri Kewangan selama lapan tahun semasa berada di Kabinet dahulu menyatakan walaupun saranan Bank Dunia dan IMF (International Monetary Fund) adalah untuk menghapuskan subsidi sekaligus tetapi penghapusan subsidi tidak sesuai untuk corak ekonomi negara.

Kata beliau, saranan tersebut adalah dengan andaian ekonomi berpasaran sempurna tetapi pada realitinya ekonomi negara merupakan ekonomi pasaran tidak sempurna.

Konsep pasaran sempurna menyatakan subsidi boleh mengurangkan kebajikan sosial dan perlu dihapuskan bagi meningkatkan permintaan dan bekalan pasaran tetapi dalam konteks sebenar, pasaran tidak sempurna tidak menjamin kebajikan sosial terpelihara sekiranya mana-man unsur yang menyebabkan ketidaksempurnaan ini dikeluarkan, dalam hal ini merujuk kepada subsidi.

Ini diterangkan oleh beliau dengan memberikan contoh pasaran elektrik yang mana hanya membebankan rakyat sekiranya subsidi dikurangkan, tetapi IPP tetap akan terus mendapat subsidi yang diperuntukkan untuk mereka.

"Kenaikan kos, purata sekarang dianggap RM100 setahun kerana kos peningkatan harga gula, minyak dan sebagainya. RM100 bagi orang kaya tidak sangat menekan tetapi RM100 bagi orang yang berpendapatan RM1,500, kenaikan RM100 tanpa kenaikan gaji itu cukup membebankan," tegas beliau.

Beliau seterusnya menyatakan, menurut CIMB Research, beban kewangan golongan berpendapatan purata RM1,500 dengan mengambil kira bayaran ansuran kereta, pinjaman rumah dan sebagainya mencecah 80 peratus daripada pendapatan mereka.

Kata beliau, sekiranya tatakelola sesebuah negara itu baik, beliau percaya dapat memberikan kehidupan yang lebih baik kepada rakyat.tvs

Isnin, 24 Januari 2011

Dr Chua perlu mohon maaf

Dr Chua perlu mohon maaf




LABIS 24 JAN : Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria menyifatkan tindakan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, yang menyentuh soal wanita Islam bersalam - calon PAS-Pakatan kerusi DUN Tenang, sebagai satu pendirian menghina agama Islam yang merupakan agama rasmi negara ini.

Justeru, Harussani menggesa Dr Chua yang juga Presiden MCA supaya meminta maaf kepada orang Islam kerana mempertikaikan tertib bersalam seorang wanita Islam lapor The Malaysian Insider.

Kempen Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Tenang dilihat memberikan tumpuan kepada cara bersalam calon PAS-Pakatan Rakyat Normala Sudirman yang tidak bersalam dengan lelaki.

Kontroversi itu terlebih dahulu ditimbulkan Dr Chua dan ia diikuti beberapa pemimpin MCA yang turut mempertikaikan pendekatan Normala itu.

Selain itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin turut menyokong tindakan Dr Chua yang membangkitkan agenda PAS untuk menubuhkan sebuah negara Islam jika Pakatan Rakyat berkuasa adalah baik bagi "mengingatkan" masyarakat Cina di DUN Tenang.

"Beliau (Dr Chua) perlu tahu, kalau tahu beliau kena hormati pendirian agama masing-masing, kalau tidak tahu itu adalah kejahilan.

"Kalau tahu tapi buat-buat tidak tahu itu menghina Islam namanya... saya bukan sebut ini untuk pertahankan calon PAS tapi ini melibatkan ajaran agama.

"Jadi beliau perlu minta maaf kerana menghina orang Islam," kata Harussani ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Pada pilihan raya kecil DUN Tenang ini, Pakatan Rakyat meletakkan Normala, Ketua Muslimat PAS Labis sebagai calon manakala BN pula diwakili bekas Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit, Mohd Azahar Ibrahim.

Normala, seorang bekas guru juga merupakan Exco Dewan Muslimat PAS pusat.

Menurut Harussani, sebagai seorang wanita yang beragama Islam sudah menjadi kewajiban beliau untuk menjaga adab termasuk dari aspek bersalam.

"Barangkali beliau (Dr Chua) tidak tahu, beliau tak tahu apa itu hukum Islam.

"Kalau lelaki dan wanita itu bukan muhrim maka mereka tidak boleh bersalam, itu haram namanya.

"(Dr) Chua kena tahu itu adalah hukum agama, bagi orang Islam yang beriman tindakan itu adalah betul kerana agama jelaskan katakan ia haram," katanya.

Dalam satu temubual bersama The Malaysian Insider semalam, Normala menyifatkan Umno telah gagal membantu MCA memahami konsep Islam yang sebenar sehingga menyebabkan parti komponen BN itu tidak dapat menghormati nilai dan tertib orang Islam khususnya kaum wanita.

Beliau juga meminta MCA memahami adat dan tatatertib orang Islam terutamanya wanita Islam sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menimbulkan kontroversi.

Menurut Normala, sepatutnya setelah 53 tahun merdeka MCA sepatutnya sudah memahami tertib seorang wanita Islam.

Kempen pilihan raya kecil ke-14 ini masuk hari kedua hari ini. Pengundian akan diadakan pada 30 Januari.

Ahad, 23 Januari 2011

Apakah Najib Razak masih layak sebagai Perdana Menteri?

Apakah Najib Razak masih layak sebagai Perdana Menteri?



Hampir dua tahun kerajaan katak bertahan di Perak. Misteri kematian Teoh Beng Hock di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berakhir dengan keputusan "open verdict" selepas 18 bulan. Kini, Selangor pula dilanda krisis perlembagaan, di mana "perisik" diletakkan secara terang-terang dalam kerajaan negeri. Ketiga-tiga kejadian ini menjurus kepada satu persoalan: Apakah Najib Razak masih layak sebagai Perdana Menteri?

Dalam kejadian pertama, kerajaan yang ditubuh dengan undi rakyat tumbang kerana ADUN katak. Sultan sebagai simbol dalam sistem raja berperlembagaan enggan membubarkan DUN untuk memberi laluan kepada pilihan raya negeri. Maka terbentuknya kerajaan palsu di negeri Perak, yang dijayakan ADUN katak.

Dalam peristiwa kedua, untuk "mengorek kesilapan" kerajaan negeri Selangor, SPRM sanggup menyoal-siasat seorang saksi bernama Teoh Beng Hock selama 11 jam, dalam kes pembelian bendera yang melibatkan kos hanya RM2400. Jentera negara telah meragut nyawa - Sama ada membunuh, tersalah bunuh ataupun bunuh diri kerana tekanan. Namun, tiada orang yang memikul tanggungjawab politik, pentadbiran, jenayah sekian lama peristiwa ini berlaku - cuba lepas tangan dengan satu penghakiman "open verdict".

Dalam kes ketiga, kerajaan negeri langsung tidak dirunding ketika perlantikan Setiausaha Kerajaan (SUK) yang bertindak di bawah arahan kerajaan negeri. Ia seolah-olah ibu mertua yang memilih pembantu rumah anda - mestilah kecoh satu rumah selepas itu. Lebih-lebih lagi, negeri Perak mempunyai pengalaman yang perit dengan SUK sebelum ini. Bagaimana kita boleh diyakini bahawa kerajaan negeri akan beroperasi dengan sewajarnya selepas ini?

Jelas, Najib cuba mengubah peraturan permainan - menjejaskan sistem raja berperlembagaan, federalisme, dan kerajaan yang dipilih rakyat. Najib pernah berikrar secara terbuka, bahawa Putrajaya akan dipertahankan walaupun apa yang terjadi. Dan kita harus ingat, "Program Transformasi Kerajaan"-nya tidak menjanjikan sebarang reformasi dalam sistem politik.

Raja berperlembagaan dan federalisme adalah teras dalam sistem politik Malaysia. Perubahan ke atasnya akan menghuru-harakan negara, dan risiko ini terlalu tinggi untuk ditanggung Malaysia pada hari ini.

Seandainya Najib  enggan menerima sistem negara, maka kita perlu membuang undi tidak percaya terhadap Najib dalam pilihan raya kecil dan pilihan raya umum akan datang, demi kesejahteraan negara. Jangan ragu-ragu, sehingga kita dimangsakan.

sumber penuh

Sabtu, 22 Januari 2011

Pengundi di DUN Tenang diyakini berani membuat perubahan

Pengundi di DUN Tenang diyakini berani membuat perubahan




Pengundi di DUN Tenang diyakini berani membuat perubahan dengan memberi undi kepada PAS seterusnya menambahkan kerusi Pakatan Rakyat di Dun Johor, kata Calon PAS DUN Tenang Normala Sudirman.

Normala juga menyatakan keazaman untuk membawa suara wanita ke Dun Johor dan mengajak para guru untuk membuat perubahan.

"Saya yakin pengundi mampu dan berani membuat anjakan paradigma dan sebenarnya pencalonan ini satu pengiktirafan yang diberikan kepada golongan wanita khususnya dan mewakili seluruh golongan pendidik di Malaysia.

"30 Januari ini pengundi di Dun Tenang akan membuat satu kejutan dan perubahan demi kelangsungan masa depan anak bangsa dan membawa permasalahan mereka ke Dun Johor dan menjadikan tujuh kerusi untuk Pakatan Rakyat di Dun Johor," kata beliau pada sidang media selepas selesai proses penamaan calon di Dewan Majlis Daerah Labis, dekat sini hari ini.

Normala juga berkata, beliau sudah bersedia untuk memikul amanah dalam memberikan khidmat kepada rakyat khusunya di Dun Tenang.

"Alhamdulillah, Allah bagi satu keberanian untuk saya membuat satu perubahan kerana saya telah iltizamkan dalam diri saya perjuangan ini untuk mencari keredhaan Allah," katanya.

Justeru, bekas guru itu menyerahkan kepada pengundi untuk membuat pilihan terbaik pada 30 Januari nanti.

"Saya sangat optimis dan berkeyakinan mandat itu akan diberikan dan saya percaya pengundi di Dun Tenang mampu membuat pilihan terbaik.

"Pengundi sudah bijak untuk membuat pilihan dan saya serahkan kepada mereka pada 30 Januari ini," katanya.

Turut bersama pada sidang media itu, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail .tvs

Jumaat, 21 Januari 2011

Datuk Seri Ghani Othman mula menyerang PAS :PRK Tenang

Datuk Seri Ghani Othman mula menyerang PAS :PRK Tenang




Datuk Seri Ghani Othman mula menyerang PAS berkenaan isu negara Islam walaupun kempen pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri Tenang(PRK DUN Tenang) belum bermula.

Menteri Besar Johor itu mengunakan modal sikap melampau dan negara Islam bagi memancing undi bukan Melayu pada pilihan raya kecil Tenang kali ini, lapor Malaysiakini.

Seperti MCA, Abdul Ghani mendakwa kemenangan PAS adalah malapetaka dan justeru, bukan Melayu perlu mengundi Barisan Nasional(BN) untuk kesederhanaan.

“Jika PAS berkuasa, mereka tidak akan puas hati dengan berada di tempat kedua atau ketiga. Mereka pasti mahu jawatan perdana menteri atau menjadi parti paling berkuasa,” katanya sambil memberi amaran PAS akan menubuhkan negara Islam jika Pakatan Rakyat berkuasa.

Isu negara Islam telah lama menjadi modal politik MCA dan usaha memecahkan sokongan masyarakat Cina kepada pembangkang. Lazimnya, Umno jarang sekali menggunakan modal itu, sehingga kebelakangan ini.

Dalam ucapannya di hadapan kira-kira 200 hadirin masyarakat India sempena sambutan perayaan Thaipusam, malam semalam, Abdul Ghani berkata masyarakat di negeri Johor kaya dengan tradisi menghormati kaum walaupun berbeza agama dan dan pengamalannya.

Tegasnya, beliau berasa sedih dan negara akan rugi sekiranya perpecahan yang berlaku di kalangan masyarakat yang berbilang kaum.

Sehubungan itu, menjelang pilihan raya kecil DUN Tenang ini, beliau mengajak masyarakat India menjaga kekuatan dan perpaduan yang terbina selama ini sejak kemerdekaan yang diasaskan oleh pemimpin BN sebelum ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tenang, Datuk Sulaiman Taha dari Umno-BN meninggal pada 17 Disember lalu akibat masalah kesihatan.

Sulaiman mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Tenang pada pilihan raya umum 2008 dan menewaskan calon PAS Mohd Saim Siran dengan majoriti 2,492 undi.

BN memenangi 50 kerusi DUN di Johor pada pilihan raya umum 2008 sementara DAP empat kerusi dan PAS dua kerusi.tvs

Khamis, 20 Januari 2011

Datuk Seri Anwar Ibrahim meneruskan debat terbuka dengan Datuk Seri Mohd Najib Razak

Datuk Seri Anwar Ibrahim meneruskan debat terbuka dengan Datuk Seri Mohd Najib Razak


KUALA LUMPUR 20 JAN : Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak berganjak daripada hasratnya meneruskan debat terbuka dengan Datuk Seri Mohd Najib Razak mengenai Program 100 Hari Pakatan Rakyat dan kedudukan ekonomi negara.

"Saya memandang serius laporan Bernama bahawa saya tidak mahu berbahas secara terbuka dengan Datuk Seri Najib.

"Laporan tersebut kononnya memetik kenyataan saya di Alor Setar ketika Majlis Wacana Maqasid Syariah di Kolej Insaniah Alor Setar petang tadi (semalam).

"Saya tegaskan di sini, saya sedikitpun tidak berganjak dari kenyataan sebelumnya serta hasrat yang terkandung dalam surat rasmi berniat mempelawa Perdana Menteri untuk berdebat secara terbuka demi kepentingan rakyat Malaysia seluruhnya," kata beliau dalam kenyataan dikeluarkan lewat malam tadi.

Sehubungan itu, Ketua Umum Pakatan Rakyat berharap Bernama akan menarik balik dan membetulkan laporannya semalam di bawah tajuk "Saya tidak ajak Perdana Menteri berdebat, hanya berbincang - Anwar".

Laporan itu antara lain menyebut, Anwar tidak pernah mengajak Najib untuk berdebat mengenai Program 100 Hari Pakatan Rakyat, sebaliknya hanya mahu berbincang.

Katanya, ia adalah perbincangan terbuka secara baik melibatkan pihak Perdana Menteri dan pihaknya yang mewakili Pakatan Rakyat.

"Ia perbincangan secara baik... kita tengahkan pandangan kita, mereka jawab dan kemukakan pandangan mereka. Tapi mereka tak setuju. Sebelum ini kita ajak menerusi media. Semalam surat menyusul. Respons tak begitu baik," katanya di Alor Setar.

Anwar juga dipetik berkata, menerusi perbincangan itu pihak beliau dan pihak Najib akan mengemukakan alasan masing-masing untuk rakyat menilainya.

Katanya, beliau memilih untuk berbincang dengan Najib kerana Perdana Menteri yang bertanggungjawab kepada ekonomi.

"Sewaktu perbincangan dia boleh kemukakan program ekonominya seperti ETP (Program Transformasi Ekonomi) dan yang lain-lain," katanya.

Beliau berkata ia bukanlah sesuatu yang membuang masa kerana ia bertujuan memberi penjelasan kepada rakyat tentang program ekonomi.

Dalam kenyataan dikeluarkan kelmarin, Anwar membuat pelawaan kedua kepada Najib agar berdebat dengan beliau berhubung kedudukan ekonomi negara dan juga mengenai Buku Jingga Pakatan Rakyat.

Ketua Umum PKR membuat pelawaan kedua itu menerusi surat rasmi kelmarin susulan yang pertama 11 Januari lalu.

Anwar berkata beliau membuat pelawaan kedua itu selepas tiadanya respons daripada Najib.

Salinan surat itu juga diedarkan kepada media ketika secara kebetulan Najib membuat kenyataan di Tenang, Labis agar Anwar jangan membuat cabaran berdebat supaya tidak "demam".

Najib berkata, Anwar sewajarnya jangan terlalu mendesak untuk berdebat kerana beliau mempunyai pelbagai maklumat yang boleh menyebabkan ketua pembangkang itu "demam" kelak jika dibongkarkan ketika berdebat.

Perdana Menteri menegaskan bahawa beliau sebenarnya tidak gentar untuk berdebat dengan Anwar tetapi menyifatkan tindakan berdebat itu hanya akan membuang masa kerana pembohongan ketua pembangkang itu dan kegagalannya menunaikan janji.

Sementara itu dalam kenyataanya, Naib Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Mohamad Suhaimi Abdul Aziz berkata pihaknya mahu Najib menerima pelawaan Anwar untuk berdebat.

Katanya, debat ini penting bagi melihat hujah dan fakta yang dilontarkan antara Perdana Menteri mewakili kerajaan Malaysia dengan Anwar selaku ketua pembangkang di Parlimen.

"Dewan Pemuda PAS Wilayah merasakan rakyat berhak mengetahui apakah kandungan yang dijanjikan oleh Pakatan Rakyat dalam Buku Jingga benar-benar realistik ataupun retorik semata-mata.

"Perdana Menteri pula boleh mengemukakan hujah balas dengan mengemukakan apakah sumbangan dan peranan yang dimainkan oleh kerajaan selama ini terhadap rakyat," kata beliau.

Malah kata beliau, debat antara kedua-dua tokoh negara ini bakal menjadi mercu tanda negara yang mengamalkan demokrasi sihat.

"Ia bakal memahat sejarah tersendiri apabila seorang Perdana Menteri mampu berhadapan dengan sesiapa sahaja demi kepentingan rakyat dan negaranya.

"Rakyat pula akan mengenang dan menghormati Perdana Menteri Malaysia sebagai PM yang paling 'gentleman', berjiwa rakyat, tidak beretorik, dan berjiwa besar sekiranya penerima pelawaan debat ini," katanya lagi.
sumber

Selasa, 18 Januari 2011

Debat terbuka mengenai janji reformasi 100 hari Pakatan Rakyat

Debat terbuka mengenai janji reformasi 100 hari Pakatan Rakyat



Keengganan Najib Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia untuk menyahut seruan Anwar Ibrahim untuk mengadakan perbincangan atau debat terbuka mengenai janji reformasi 100 hari Pakatan Rakyat seperti yang dikemukakan dalam Buku Jingga amatlah mendukacitakan kita.

Tujuan perbincangan terbuka ini adalah untuk memberi peluang kepada kedua-dua pihak - Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat - menjelaskan kepada rakyat sama ada benar janji 100 hari ini boleh menjerumuskan negara yang kita cintai ini menjadi muflis seperti Greece dalam masa dua tahun seperti yang didakwa oleh Najib? Malah, pelan 100 hari ini telah dibidas sebagai bersifat populis dan tidak bertanggungjawab kerana tidak disertakan dengan punca kewangan bagi melaksanakannya.

Disebabkan kenyataan ini merupakan suatu tuduhan yang serius, sedangkan Pakatan Rakyat berkeyakinan tinggi bahawa dasar ini benar-benar akan dapat dilaksanakan, maka kedua-dua pihak bertanggungjawab menjelaskannya kepada rakyat untuk menjelaskan kekeliruan.

Dalam kesungguhan kita bekerja keras mencari jalan keluar kepada kemelut ekonomi negara yang amat meruncing kini demi menyelamatkan rakyat dari tekanan hidup yang berterusan, maka inilah peluang terbaik untuk kedua-dua pihak bersemuka secara terbuka dan membincangkannya secara serius.

Bilakah masanya lagi rakyat negara ini mahu diberikan kesempatan menerima maklumat secara terbuka serta berpeluang menilai dan membuat keputusan sendiri berasaskan kematangan mereka sendiri? Bilakah masanya lagi martabat rakyat negara ini dapat diangkat setaraf dengan negara-negara lain yang telah jauh ke hadapan dalam menilai ketrampilan kepimpinan tokoh-tokoh tertinggi politik negara mereka?

Keengganan Perdana Menteri  untuk bersemuka terbuka dengan Anwar Ibrahim dalam membincang isu ini merupakan satu penghinaan kepada kematangan rakyat Malaysia seluruhnya. Beliau juga, memang dengan sengaja bertujuan membiarkan rakyat negara ini terus dalam kekeliruan dan kegelapan maklumat agar dengan ini agenda menguasai negara dan meneruskan segala amalan bobrok selama ini dapat diteruskan.

Justeru, dengan ini kita menyeru agar Najib tidaklah perlu terus mengemukakan pelbagai helah dan alasan ataupun mengutus pihak lain yang tidak berkenaan sebagai ganti. Kita menuntut beliau segera menerima seruan Anwar Ibrahim agar diadakan perbincangan atau debat terbuka seperti yang dicadangkan. Hanya dengan cara ini rakyat Malaysia dapat dimartabatkan ke arah masa depan negara yang lebih cerah di masa hadapan. sumber
Tiada generasi ke 2  Felda yang dipinggirkan :Datuk Ahmad Maslan

Tiada generasi ke 2 Felda yang dipinggirkan :Datuk Ahmad Maslan




Walaupun Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga urusan Felda, Datuk Ahmad Maslan sentiasa mewar-warkan bahawa tiada generasi ke 2 Felda yang dipinggirkan, namun realitinya tidak begitu.

Di Felda Tenang, ramai generasi kedua Felda yang terus terpinggir bahkan dipinggirkan oleh ajensi di bawah Felda sendiri.

Zanariah binti Jaffar, 43, adalah generasi ke 2 Felda, namun beliau hanya mampu menghuni rumah usang di Felda Tenang bersama suaminya, Hasson bin Susik, 52 di samping anak mereka yang berusia sembilan tahun.

Suami beliau yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah syarikat GLC, dengan pendapatan sekitar RM800.00 sebulan agak sukar menyara keluarga dengan keadaan harga barang yang semakin mahal.

Tiga tahun yang lalu, mereka pernah didatangi pegawai untuk mengambil gambar rumah mereka bagi diberikan bantuan, tetapi malangnya sehingga kini belum ada satu pun bantuan diberikan atau tindakan susulan, ujarnya.

Perkara ini boleh dirujuk kepada Tabung Pinjaman Perumahan Peneroka (TPPP) dengan kadar pinjaman bagi seorang peneroka yang layak adalah minimum RM10,000 dan maksimum RM40,000.00.

Antara syarat-syarat yang mesti dipenuhi :

i) Terbuka pada peneroka yang berumur tidak melebihi 70 tahun semasa permohonan dibuat. Perlu mempunyai 2 orang penjamin yang berpendapatan tetap (salah seorang mestilah terdiri daripada anak atau waris kadim pemohon).

Bagi pinjaman yang tidak melebihi RM15,000.00, gaji penjamin mestilah tidak kurang RM500.00 sebulan.Manakala pinjaman yang melebihi RM15,000.00, gaji penjamin mestilah tidak kurang dari RM800 sebulan.

ii) Tidak mempunyai rekod tatatertib dengan Felda

iii) Peneroka mesti menghantar semua hasil ke kilang Felda atau melaksanakan tanam semula bersama Felda.

Berdasarkan temubual kami, beliau adalah peminjam yang layak dan memenuhi syarat-syarat tersebut, tetapi sehingga kini rumah beliau masih ditahap yang sedia ada, sejak dari kehadiran pegawai yang mengambil gambar 3 tahun yang lalu hinggalah kini.

Di samping generasi ke 2 Felda yang tidak terbela di sini, Felda Tenang jauh terkebelakang berbanding kawasan-kawasan Felda yang lain hatta di Johor sendiri.

"Cuba bandingkan Felda Tenang dengan Felda Taib Andak misalnya. Felda Tenang, Chempelak dan Chempelak Barat jauh tertinggal ke belakang, " kata Pengerusi Anak (Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan), Mazlan Aliman.

Beliau yakin, jika dibiarkan begini berterusan, nescaya mereka akan terus terpinggir.

"Saya yakin, jika penduduk Tenang memberi peluang kepada Cikgu Mala untuk mewakili mereka melalui pilihan raya kecil ini, nasib mereka akan berubah. Ini kerana, kerajaan negeri dan pusat akan berebut-rebut untuk membantu mereka kerana bimbang jatuh ke tangan Pakatan dalam pilihan raya umum akan datang.

"Namun jika BN kekal di sini, jangan harap kerajaan negeri dan pusat memberi perhatian," kata Mazlan yang juga anak seorang peneroka Felda.harakahdaily

Ahad, 16 Januari 2011

Apa yang Islam syariatkan untuk diangkat suara, hanyalah azan.

Apa yang Islam syariatkan untuk diangkat suara, hanyalah azan.


Saya ingin mengulas sedikit tentang bacaan-bacaan –selain azan- yang menggunakan pembesar suara sehingga mengganggu orang ramai. Bacaan ini telah mengelirukan orang bukan muslim sehingga mereka menyangka ia azan. Sesetengah pihak cuba mempertahankan amalan tersebut atas alasan ia bacaan al-Quran atau zikir yang patut diagungkan. Mereka menyangka sikap keras mereka dalam hal ini adalah ‘perjuangan mempertahankan Islam’. Saya ingin mengulas hal ini seperti berikut;

1. Apa yang Islam syariatkan untuk diangkat suara, hanyalah azan. Adapun selain dari itu, tiada nas yang menyuruh kita menguatkan suara sehingga mengganggu orang lain. Bahkan perbuatan itu dilarang oleh Nabi s.a.w. Apatah lagi dalam Islam ketenteraman orang lain dipelihara melainkan jika ada pengecualian tertentu yang diizinkan oleh syarak.

2. Walaupun bacaan al-Quran dan zikir amatlah baik. Namun kita tidak boleh memaksa orang lain mendengar bacaan kita. Mungkin orang lain ingin membacanya sendiri, atau ingin membacanya pada waktu lain, atau mereka sedang sakit atau ada anak kecil yang tidur, atau mereka tidak difardukan solat seperti wanita yang haid atau bukan muslim dan lain-lain.

3. Ramai orang bukan muslim keliru antara azan dan bacaan-bacaan selain azan yang dilaungkan menerusi corong pembesar suara. Mereka menyangka bacaan-bacaan itu adalah azan yang disuruh oleh Islam, lalu mereka bersangka buruk dengan Islam yang harmoni ini. Apatah lagi bacaan itu mengambil masa yang lama, sedangkan azan yang sebenar tidak lebih dari lima minit.

4. Sebenarnya, Nabi s.a.w sendiri telah melarang orang menguatkan bacaan al-Quran dalam masjid sehingga mengganggu jamaah lain. Dalam hadis Nabi s.a.w, kata Abu Sa’id al-Khudri:

“Ketika Nabi s.a.w beriktikaf (beribadah dalam masjid), baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi s.a.w berada di tempat ibadah baginda. Lalu baginda mengangkat langsir dan bersabda: “Ketahui setiap kamu bermunajat kepada tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain. Jangan kamu angkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat” (Riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih).

Dalam hadis ini Nabi s.a.w melarang mengangkat suara bacaan di masjid sehingga menganggu mereka yang lain yang sedang beribadah, atau menyakitkan orang lain. Jika mereka yang berada dalam masjid yang memang bersedia untuk beribadah pun, tidak dibenarkan untuk diangkat suara bacaan sehingga mengganggu konsentrasi mereka, mana mungkin untuk dikuatkan suara bacaan melalui pembesar suara sehingga menggangu mereka yang di luar masjid. Mungkin mereka itu mempunyai anak kecil, orang sakit dan seumpamanya.

Ulama besar di zaman ini, Al-Syeikh Muhammad Salih al-Uthaimin r.h mengulas hadis ini dengan katanya:

“Realiti hari ini menyaksikan apa yang disebut oleh hadis ini. Ini yang kita lihat mereka yang melakukan hal ini dengan menunaikan solat menggunakan pembesar suara (luar masjid). Mereka itu jika menyakiti sesiapa yang ada di sekeliling mereka, maka mereka berdosa.. tiada syak lagi meninggal perbuatan ini lebih afdal yang pada hakikatnya tiada faedah pun, sebab insan tidak bersolat dengan mereka yang di luar masjid, sebaliknya dengan mereka yang berada dalam masjid.. dengan itu kita berpesan kepada saudara-saudara kita, khususnya para imam masjid jangan lakukan ini.. boleh jadi sesetengah orang telah solat dan perlu tidur dan berehat, boleh jadi dia sakit lalu terganggu dengan suara ini, boleh jadi juga masjid dekat dengan rumah, pada musim panas pula dan anak-anak kecil terganggu dengan bunyi pembesar suara. Kesimpulannya, masalah ini telah menimpa sesetengah orang sehingga mereka menyakiti jiran-jiran masjid atau rumah mereka dalam perkara yang tiada faedah baginya”. (Ibn Uthaimin, Syarh Riyadh al-Salihin: http://www.ibnothaimeen.com/all/eBook-o.shtml).

Bayangkan kenyataan ini dikeluarkan oleh ulama besar dan terbilang tersebut di negara Saudi Arabia yang penduduknya kesemuanya muslim. Bagaimanakah pula bagi negara yang seperti kita.

5. Ulama silam juga telah mengingatkan hal ini, bahawa bacaan-bacaan lain di menara-menara masjid adalah dilarang kerana boleh mengganggu orang ramai. Al-Imam al-Hafizd Ibn Jauzi (meninggal 597H) pernah berkata:

“Antara tipu daya Iblis ialah mereka yang mencampur adukkan azan dengan peringatan, tasbih dan nasihat. Mereka jadikan azan perantaranya lalu bercampur aduk. Para ulama membenci segala yang ditambah kepada azan. Banyak kita lihat orang yang bangun waktu malam lalu memberikan peringatan dan nasihat atas menara azan. Dalam kalangan mereka ada yang membaca al-Quran dengan suara yang tinggi lalu menghalang tidur orang ramai dan mengganggu bacaan orang yang bertahajjud. Kesemuanya itu adalah perkara-perkara munkar”. ( Ibn Jauzi, Talbis Iblis, 159, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).

Ini adalah larangan ulama pada zaman yang belum ada pembesar suara yang gangguannya tidaklah setakat mana, bagaimana jika mereka melihat keadaan pembesar suara pada zaman ini?

6. Maka, dengan itu umat Islam patut menghentikan bacaan-bacaan yang dibuat melalui pembesar suara yang boleh mengganggu orang luar dan dalam masjid. Mematuhi hal ini bukan kerana isu politik semata, tetapi itu arahan Nabi s.a.w. dan juga menjaga Islam yang harmoni. Suara-suara yang dikuatkan itu bukan menambahkan cinta mereka kepada Islam, sebaliknya menimbulkan salahfaham banyak pihak.

Dipetik daripada blog Mohd Asri bin Zainul Abidin bekas mufti Perlis.

Sabtu, 15 Januari 2011

Polis merampas peralatan komputer milik Adun Sri Muda

Polis merampas peralatan komputer milik Adun Sri Muda


Polis dari Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Selangor, menyerbu Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei dan merampas peralatan komputer milik beliau bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menghina Sultan Selangor melalui blognya.

Shuhaimi berkata, serbuan yang dilakukan pukul 11.30 pagi semalam itu tidak disertakan waran, bagaimanapun beliau memberikan kerjasama penuh kerana merasakan pegawai polis yang ditugaskan juga bekerja di bawah tekanan dan arahan tertentu.

Menurutnya, beliau diberitahu petugas pejabat, polis akan datang pada 11.30 pagi mencari komputer yang dikatakan digunakan untuk memuat naik bahan seperti mana yang dibuat dalam aduan polis ke atasnya.

“Polis merampas satu unit pemprosesan pusat (CPU), monitor, papan kekunci dan beberapa kad nama. Mereka cadang hendak ambil semua, saya kata tidak boleh sebab aduan ke atas saya. Jadi ambil komputer sayalah. Saya tidak tahu apa yang diambil tetapi saya berharap mereka bertindak dengan profesional, fokus kepada isu yang berbangkit.

“Polis tidak hubungi saya tetapi hubungi pejabat saya. Inilah tindakan yang kita katakan tidak sepatutnya berlaku. Kalau saya yang disiasat, maklumkan kepada saya kita akan memberikan kerjasama penuh. Kita minta polis juga profesional,” katanya dipetik dari Sinar Harian.

Beliau berkata, serbuan dilakukan oleh 13 anggota polis dari unit Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) termasuk anggota yang berkawal di pintu pejabat serta tiga CSI.

Dalam pada itu katanya, sehingga kini tiada perkembangan lanjut berhubung kenyataan yang dikeluarkan melainkan rampasan komputer milik beliau.

Beliau juga akan mempertimbangkan dengan serius untuk menyaman Utusan Malaysia dan Awang Selamat.

“Saya minta polis segera menyiasat Awang Selamat yang memfitnah dan memutarbelitkan kenyataan, mengambil separuh daripada artikel yang ada di Internet, menggunakan itu untuk menimbulkan keadaan seolah-olah saya menderhaka (kepada sultan),” katanya.

Walaupun akhbar tersebut lidah rasmi Umno, katanya, ia seharusnya lebih beretika dalam mengeluarkan pandangan supaya apa yang disiarkan boleh menyedarkan masyarakat dan memberikan manfaat bukan memburukkan keadaan.sk

Jumaat, 14 Januari 2011

Penggantungan gelaran Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo

Penggantungan gelaran Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo


Kata di pulangkan rupanya di gantung

SHAH ALAM - Tindakan bekas Menteri Besar, Dr. Mohamad Khir Toyo memulangkan darjah kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S.) yang membawa gelaran Datuk Seri semalam dibuat selepas tindakan penggantungan gelaran diputuskan oleh Sultan Selangor.

Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Mohamed Khusrin Munawi menjelaskan, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah menitahkan penggantungan gelaran S.P.M.S itu selepas Mohamad Khir dituduh mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 6 Disember tahun lepas.

Baginda turut menitahkan penggantungan Darjah Kebesaran Sultan Sharafuddin Idris Shah (D.S.I.S.) yang membawa gelaran Datuk kepada Pengarah Ditamas Sdn. Bhd., Shamsuddin Haryoni.

Shamsuddin turut menghadapi pertuduhan di mahkamah dalam kes yang sama dengan Mohamad Khir.

Mohamed Khusrin dalam kenyataannya semalam menjelaskan, keputusan menggantung pengurniaan darjah itu akan disemak semula jika mahkamah memutuskan penyandangnya tidak bersalah dan dibebaskan.kmo

Khamis, 13 Januari 2011

Umi Hafilda hari ini muncul semula di khalayak ramai

Umi Hafilda hari ini muncul semula di khalayak ramai


Selepas 13 tahun berlalu, Umi Hafilda hari ini muncul semula di khalayak ramai dengan mengugut untuk menyaman Anwar Ibrahim dan abang kandungnya Azmin Ali.

Adalah tidak jelas kenapa Umi Hafilda menunggu begitu lama untuk mengambil tindakan menyaman Azmin, Anwar, Parti PAS serta beberapa pihak lain untuk RM700 juta.

Pada perbicaraan Anwar tahun 1998, mahkamah diberitahu Umi Hafilda diberi sebuah projek di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan sebuah lagi projek anti dadah bernilai RM2 juta.

Kali ini beliau mendakwa tindakan samannya dibuat sebagai ahli Umno yang setia dan ingin menyelamatkan negara. Umi Halfilda mengadakan sidang akhbar untuk mengumumkan beliau akan menuntut RM300 juta daripada Anwar dan abangnya Azmin Ali.

Umi Hafilda berkata baki wang RM400 juta akan dituntut dari PAS, peguam Karpal Singh dan Datuk Seri Dr Wan Azizah. Namun Umi mengakui peguamnya belum memutuskan tindakan mahkamah yang bakal diambil.

” Peguam saya ada kata mungkin akan menyaman kerajaan tetapi saya dilema di situ, nawaitu saya nak selamatkan negara, selamatkan bangsa, tapi lepas itu saya terpaksa saman kerajaan,” katanya.

Umi Hafilda mengaitkan tindakannya kepada kes Anwar pada tahun 1998 yang dibidas hebat di dalam dan luar negara sebagai perbicaraan yang menghalalkan penggunaan bukti direkacipta untuk mensabitkan mantan timbalan perdana menteri itu.

Pada perbicaraan itu, Umi Hafilda mengaku beliau mendapat projek dan imbuhan, hari ini Umi Hafilda menegaskan beliau bertindak sebagai ahli Umno yang mahu menyelamatkan negara.

“Saya asak Pak Lah juga dalam blog saya, saya ahli Umno yang mempunyai prinsip, kita rakyat kita berhak menegur pemimpin, kita bukan nak membodek pemimpin. Apa yang berlaku hari ini, cium tangan cium tangan, jadi pemimpin tak dapat signal yang jelas. Salah satu sebab Umno digambarkan begitu negatif kerana orang dalam sendiri yang membuatnya jadi negatif,” katanya.

Sementara itu menurut Ketua Srikandi PKR , Siti Aisyah Shaikh Ismail berkata kemunculan Umi Hafilda adalah watak kitar semula Umno yang semakin lemas dengan gelombang kebangkitan rakyat.

“Saya sering memandang isu ini sebagai isu terdesak daripada UMNO yang mana mewujudkan kembali watak-watak lama yang dikira tidak relevan lagi buat masa ini, untuk mengugat kestabilan Pakatan Rakyat selepas mereka melihat gelombang kebangkitan rakyat khususnya menjelang PRU 13,” katanya.

Seperti tahun 1998, Umi sekali lagi menyerang Anwar dan ahli keluarganya sendiri dengan mendakwa mempunyai bukti-bukti mengenai salah laku mereka.

Sekali lagi beliau tidak menjelaskan kenapa bukti-bukti ini tidak diserahkan kepada pihak berkuasa untuk disiasat sepanjang 13 tahun yang lalu.

“Umi Hafilda sepatutnya tampil dalam keadaan matang bukannya tergesa-gesa menunjukkan bahawa dia dianiaya, kalau betul dia dianiaya, selepas DSAI dibebaskan dari penjara dia harus manfailkan dia turut teraniaya,” katanya.

Umi Hafilda tidak berbuat demikian. Sebaliknya menunggu lebih enam tahun untuk sekali lagi mengkitar semula tohmahan dan dakwaan-dakwaan terhadap Anwar dan ahli keluarganya, kali ini sebagai ahli Umno yang setia.sk
Terdapat perbezaan ketara antara Program Transformasi Ekonomi(ETP) dan buku jingga

Terdapat perbezaan ketara antara Program Transformasi Ekonomi(ETP) dan buku jingga

Terdapat perbezaan ketara antara Program Transformasi Ekonomi(ETP) dan buku jingga yang mengandungi Program 100 Hari yang dicadangkan Pakatan Rakyat.

Perkara ini dinyatakan Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail kerana perbelanjaan RM100 bilion dalam ETP yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak memberikan apa-apa makna kepada rakyat selagi isu rasuah dan ketidakcekapan sistem penyampaian kerajaan tidak ditangani.

Ketika dihubungi Selangorkini, beliau menegaskan Najib juga bersikap ‘acuh tak acuh’ dan bertindak menutup sebelah mata sedangkan isu utama adalah mengenai kebocoran dan pembaziran akibat perbuatan tersebut.

Ujar Azan, perkara ini berlandaskan laporan dan teguran Ketua Audit Negara yang mana ia merupakan hasil penemuan kerajaan, PEMANDU sendiri melaporkan perkara ini…macam mana dia hendak bantah.

“Perkara yang paling mustahak sekali yang perlu Najib buat adalah menampung segera kebocoran…tampal segera kebocoran itu.

“Belanja berapa banyak pun tidak ada makna. Lagi besar belanja, lagi besarlah yang bocor,” tegasnya lagi.

Azan dalam pada itu menegaskan masalah sebenar yang harus ditangani adalah kebocoran dan pembaziran yang menjadi permasalahan utama.

“Bayangkan kalau RM100 bilion lagi, bermakna RM28 bilion akan bocor. Saya nasihatkan Perdana Menteri, kalau hendak sokongan rakyat, buat dasar menampung kebocoran dan bukannya buat benda baru.

“Setakat ini dia membisu dan tidak berkata apa-apa mengenai kebocoran, dan yang bercerita mengenainya hanyalah Ketua Audit, Pemandu dan kita di Pakatan Rakyat,” tambah Azan.

Berbeza dalam perbelanjaan RM19 bilion dalam program 100 hari Pakatan Rakyat di mana RM 11 bilion diperuntukkan untuk menutup kebocoran, ketidakcekapan dan sistem penyampaian kerajaan yang membengkak dari segi ketirisan akibat rasuah.

Beliau turut memberi contoh kes rasuah dalam syarikat konglomerat negara, Sime Darby yang kerugian akibat kebocoran akibat rasuah di mana saman yang dikeluarkan terhadap mereka yang terlibat tidak mungkin dapat dikembalikan semula.

Manakala di pihak Pakatan Rakyat pula Azan berkata teras perbelanjaan yang dikemukakan adalah menutup kebocoran dan secara automatik rasuah akan dapat dibanteras.

“Maka secara automatik, jentera kerajaan juga berbalik asal, akan jadi efisien dan tidak ada lagi rasuah dan sistem pentadbiran semakin pulih.

“Indeks persepsi rasuah terhadap negara dapat diperbaiki, kefahaman dan kepercayaan awam kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pihak polis juga akan meningkat.

“Itulah kejayaan yang sebenar, kalau hanya biarkan perkara ini sampai bila pun tidak akan jadi elok,” ujar beliau.selangor kini

Rabu, 12 Januari 2011

Di Terengganu ada program pemberian dan pengedaran ‘Jarum dan Alat suntikan’ secara percuma

Di Terengganu ada program pemberian dan pengedaran ‘Jarum dan Alat suntikan’ secara percuma

Bertapa bertuahnya penagih-penagih dadah di Terangganu,jika di negeri-negeri lain mereka akan di tangkap dan di sumbatkan ke pusat serenti.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Dr. Abd. Rahman Mokhtar menyatakan bahawa kerajaan negeri kini sedang giat memperkenalkan program pemberian dan pengedaran ‘Jarum dan Alat suntikan’ secara percuma kepada penagih dadah di seluruh negeri Terengganu.


Beliau menambah lagi bahawa sambutan tersebut membuktikan tahap kesedaran pengguna dadah tentang jangkitan HIV/ Aids melalui pertukaran jarum suntikan di negeri ini semakin meningkat. Rasional pemberian jarum suntikan secara percuma kepada penagih dadah di Terengganu adalah kerana polisi ini dapat mengurangkan jumlah kes HIV/ Aids di negeri ini sekali gus mengurangkan kos rawatan setiap pesakit yang telah dijangkiti. Melalui program sedemikian, pihak kerajaan hanya perlu memperuntukkan RM500 setahun untuk memberikan alat suntikan secara percuma kepada setiap penagih dadah berbanding dengan RM600 sebulan untuk merawat setiap pesakit yang dijangkiti HIV/Aids.



Persoalan besar yag timbul kini, apakah jalan terbaik baik bagi mencegah penularan HIV/AIDS? Apakah dengan mensasarkan penagih-penagih dadah dengan pemberian jarum percuma semata-mata ataupun dikalangan remaja yang kini terdedah dengan seks bebas tanpa menggunakan ‘alat keselamatan’? Rasionalnya kalau pemberian jarum secara percuma kepada penagih dadah dianggap boleh mencegah penularan HIV/AIDS maka apa salahnya kalau kerajaan turut mengedar kondom secara percuma kepada para remaja kerana ini merupakan amalan ‘seks selamat’ (safe sex) yang juga mampu mencegah penularan HIV/AIDS di negeri Terengganu.
Ya ini semua rasional lojik akal yang tidak berpaksikan agama. Berita penuh
(PEMANDU) gagal berperanan memberi informasi sebenar

(PEMANDU) gagal berperanan memberi informasi sebenar

HULU KELANG 11 JAN : Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan Jabatan Perdana Menteri (PEMANDU) gagal berperanan memberi informasi sebenar dan mengawal harga barangan walaupun sepatutnya unit itu membantu program merasionalisasikan subsidi, ujar Tony Pua.

Tony yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara mendakwa kajian yang dilakukan PEMANDU terhadap impak kenaikan harga barangan merupakan penipuan kerana hakikatnya adalah berbeza.

PEMANDU dipimpin oleh dua Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala dan Tan Sri Koh Tsu Koon.

"Dia kata kita buat kajian. Bila Barisan Nasional(BN) naikkan harga petrol, gula, diesel dan lain, lain harga teh tarik akan naik satu sen. Saya tak cakap main-main. Boleh tengok website pemandu www.pemandu.gov.my ada kertas fakta boleh muat turun. 70 perkara dia kata mee goreng mamak naik dari RM3 kepada RM3.01

Tetapi memberi contoh lain berkenaan harga teh tarik, walaupun PEMANDU menyatakan kajian harga teh tarik hanya akan naik satu sen daripada harga asal RM 1.20 sen.

Hakikatnya harga teh tarik yang telahpun dinaikkan sebanyak 20 sen pada awal tahun ini seperti dirancang Persatuan Pekedai kopi dan teh Selangor dan Kuala Lumpur menjadikan harga naik kepada RM 1.40.

Justeru Tony secara berseloroh meminta kerajaan Barisan Nasional 'memulangkan' 19 sen bagi setiap teh tarik yang diminum oleh rakyat sebagai tanda prihatin dan berpegang kepada kajian yang dibuat.

"Saya nak minta sama kerajaan hari ni saya minum teh tarik di kedai mamak RM1.40. Saya nak mintak BN pulangkan 19 sen kepada saya untuk setiap gelas yang saya minum. Kita mintak pulangkan setiap 19 sen kerana kerajaan kata harganya hanya RM 1.21," jelasnya.

Kenaikan harga barangan makin menjadi apabila harga gula meningkat sebanyak 55 peratus pada tahun lepas sahaja dan harga petrol dan diesel dinaikkan secara berjadual setiap beberapa bulan.

Menurut Tony lagi, kerajaan BN pula gemar menggunakan istilah 'penyelarasan subsidi' berbanding 'naik harga' demi memaparkan kononnya kesejahteraan negara di masa akan datang atau penggunaan istilah ekonomi berbunyi pengurangan defisit.

"Kita dapat lihat dengan jelas bila kos naik. Subsidi kena potong. Dia kata kena rasionalkan subsidi di negara kita kalau tidak kita muflis. Yang akan muflis itu Barisan Nasional," katanya.hd

Selasa, 11 Januari 2011

Datuk Seri Anwar Ibrahim:Kerajaan menyembunyikan fakta dan melindungi pihak tertentu

Datuk Seri Anwar Ibrahim:Kerajaan menyembunyikan fakta dan melindungi pihak tertentu


Suruhanjaya Siasatan Diraja yang bakal ditubuhkan bersabit kes Teoh Beng Hock dikhuatiri tidak akan membawa kepada sebarang penyelesaian berasaskan kegagalan Umno-BN bertindak atas hasil siasatan seumpama itu sebelum ini.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tindakan kerajaan menyembunyikan fakta dan melindungi pihak tertentu menyebabkan tidak ada tindakan diambil mantan Perdana Menteri,Tun Dr Mahathir Mohamad bersabit video VK Lingam mahupun terhadap Peguam Negara yang didakwa memalsukan bukti dalam kes mata lebam beliau.

“Dalam soal Teoh Beng Hock, dikatakan tubuh Suruhanjaya Diraja, tetapi setakat siasatan, kalaupun keputusan dibuat, tindakan tidak diambil. Sebagai contoh kes VK Lingam disahkan tapi tiada tindakan diambil kerana pembesar-pembesar Umno terlibat. Taukeh kaya terlibat dalam Umno.

“Kedua kes mata lebam. Saya dah perhatikan Datuk Mat Zain yang siasat buktikan bagaimana Peguam Negara terlibat dalam sembunyi fakta. Ini ketua penyiasat polis dan kita hanya padamkan. Dia kata DNA di situ Peguam Negara, Ketua Polis Negara terlibat dalam penipuan. Tapi kes ini ditutup,” ujar Anwar.

Perdana Menteri, Najib Razak berkata Suruhanjaya Diraja itu hanya akan menyiasat sama ada hak asasi Beng Hock dicabuli dan bukannya merungkai kematian mendiang, sebagaimana yang dituntut oleh keluarga beliau dan rakyat keseluruhan.

Koroner Azmil Muntapha Abas memutuskan minggu lalu bahawa tidak ada bukti mencukupi untuk beliau memutuskan sama ada Beng Hock mati dibunuh atau membunuh diri selepas mayatnya di jumpa di bangunan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah di Shah Alam pada Julai 2009.

Anwar berkata keputusan itu tidak masuk akal itu dan menzahirkan kegagalan sistem keadilan negara.

“Apa yang kita pelajari dari kes Teoh Beng Hock ialah kegagalan Badan Penguatkuasaan dan kegagalan sistem kehakiman negara. Dia tidak berani membuat keputusan yang tidak memihak dari segi politik kepada Umnodia ambil jalan selamat. Jadi bahan lucuan tapi ini tragedi, seorang mati tak dibunuh atau bunuh diri, jadi jatuh dengan sendirinya,” kata Anwar lagi pada sidang media di Ibu Pejabat Parti KEADILAN Rakyat (KEADILAN), di sini, hari ini.

Beng Hock adalah Pembantu kepada Exco kerajaan Selangor Ean Yong Hian Wah. Mendiang mati setelah menjalani soal siasat sepanjang malam oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Kewibawaan inkues itu dipertikaian oleh keluarga mendiang yang khuatir pihak berkuasa sedang cuba menutup kebenaran yang mengakibatkan kematian mengejut Beng Hocksk

Isnin, 10 Januari 2011

Cadangan Pindaan Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor

Cadangan Pindaan Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor


Cadangan Pindaan Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor ialah untuk membetulkan ‘kesilapan’ pentadbiran sehingga berlaku ketidakadilan kepada Kerajaan Negeri sejak 1993.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, adalah tidak wajar kuasa Sultan Selangor diambil alih oleh Umno demi memperkukuhkan kuasa Persekutuan ketika krisis Perlembagaan Persekutuan 1993.

Beliau dengan tegas akan terus memperjuangkan hal ini bagi membolehkan keadaan menjadi baik di masa hadapan.

“Drama ini akan berterusan. Tujuan saya ialah bukan saja selesaikan perkara ini tapi betulkan apa yang salah. Jadi tanggungjawab saya ialah memanggil sidang DUN dalam 2 minggu ini untuk bincang mengapa enakmen dan undang-undang iniyang ditarik Umno pada 1993 dan mengapa biarkan ia memberi ketidakadilan kepada pengurusan negeri,” jelas Khalid.

Ahad, 9 Januari 2011

Trend kenaikkan harga barangan runcit

Trend kenaikkan harga barangan runcit


Trend kenaikkan harga barangan runcit yang semakin tidak terkawal menimbulkan kebimbangan dikalangan mahasiswa di negara ini.

Dalam satu kenyataan Majlis Perwakilan Pelajar Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (MPP GMUKM) merasa bimbang serta khuatir dengan keadaan semasa.

“Mahasiswa selaku jurubicara rakyat melihat perkaitan antara harga minyak petrol dan diesel yang dinaikkan bulan lepas adalah tidak berkadar langsung dengan kenaikan barangan runcit rumah ketika ini sepertimana yang dilaporkan dalam akhbar hari ini,” kata kenyataan itu.

Kenyataan itu merujuk akhbar Berita Harian semalam bertajuk ‘Harga bawang melambung, stok minyak masak kurang’.

MPP GMUKM memandang serius isu ini kerana ia melibatkan kepentingan bersama rakyat dan pemimpin di mana secara jelas mengikut Teori Rantaian, apabila minyak petrol dan diesel dinaikkan, maka kos tersebut terpaksa ditanggung oleh pihak peniaga.

Maka, tidak dapat tidak harga jualan barangan runcit rumah terpaksa dinaikkan mengikut keperluan.

“MPP GMUKM yang telah menjalankan kaji selidik sekitar UKM kampus Bangi dan Cheras mendapati majoriti mahasiswa UKM hari ini mengeluh dan mengaku semakin kesusutan kewangan akibat kenaikan harga barangan dan makanan yang mana rata-rata mahasiswa akan makan di kedai,” tambah kenyataan itu.

Justeru, apabila harga minyak petrol dan diesel dinaikkan makan harga barangan runcit dinaikkan, maka pengusaha kedai makan turut terpaksa menaikkan harga minuman dan makanan untuk menyerap kos yang ditanggungnya, akhirnya akibatnya jelas terpaksa ditanggung oleh golongan mahasiswa selaku pengguna akhir yang terpaksa akur suka atau tidak.

Tinjauan kaji selidik GMUKM mendapati secara purata, mahasiswa terpaksa membelanja RM5 hingga RM7 untuk satu hidangan tengah hari atau malam manakala RM3 hingga RM4 untuk sarapan.

“Isu ini telah kami utarakan kepada pengurusan universiti. Namun malangnya pihak pengurusan menjawab mereka tidak dapat membantu mahasiswa kerana kontrak dengan pihak kafe-kafe sudah dimeterai.

“Manakala untuk kedai-kedai luar universiti adalah terletak pada pengusaha kedai makan itu sendiri. Apa yang mampu dilakukan oleh pihak pengurusan universiti adalah sekadar menasihati mahasiswa untuk berjimat-cermat dan bersabar,” kata kenyataan itu lagi.

Tinjauan GMUKM juga mendapati terdapat segelintir mahasiswa yang mengambil langkah bekerja secara sambilan di luar waktu kelas untuk menampung kos sara hidup di universiti.

MPP GMUKM berpandangan perihal ini tidak perlu kerana sepatutnya pinjaman atau biasiswa yang diperoleh sepatutnya sudah mencukupi.

Ironinya perihal ini disanggah sendiri oleh rakan-rakan mahasiswa yang memaklumkan bahawa duit pinjaman atau biasiswa yang diperoleh sekadar cukup untuk makan dan belanja ‘isi minyak’, tetapi tidak cukup untuk membeli buku-buku rujukan dan tidak termasuk kos untuk membuat kerja lapangan di luar kelas.

“Justeru itu, kami di peringkat ahli Majlis Perwakilan Pelajar Gabungan Mahasiswa UKM (MPP GMUKM) menggesa pihak-pihak terbabit khususnya pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) serta agensi-agensi di bawahnya untuk segera bertindak segera mengawal inflasi dengan cara mengekang sebarang kenaikan barangan primer seperti minyak gas, minyak masa, gula, tepung serta yang lebih penting minyak petrol dan diesel,” ujarnya lagi.

Ini demi menyelamat dan mengekang inflasi yang semakin hari kelihatan semakin tidak terkawal di dalam negara.sk
Kini semua tembelang Umno sudah nampak

Kini semua tembelang Umno sudah nampak


Ustaz Salleh Man menyifatkan tindakan Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang memohon maaf kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng memberi seribu makna kepada kontraktor supaya lebih matang dan bersikap terbuka.

"Kini semua tembelang Umno sudah nampak,” ujarnya selaku Pesuruhjaya PAS negeri.

Tambahnya, orang Melayu jangan sewenang-wenangnya menyalahkan Kerajaan Pakatan Rakyat yang jelas bersih daripada segala rasuah dan penyelewengan.

Bagi Adun Permatang Pasir itu, Umno mendapat tamparan hebat apabila persatuan kontraktor itu dengan rela hati memohon maaf secara terbuka Guan Eng, kelmarin. (agihan kontrak di sini)

Persatuan itu memohon maaf kepada ketua menteri dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang kononnya tidak berlaku adil kepada kontraktor Melayu sejak mengambil alih pentadbiran pada Mac 2008 lalu.

Yang Dipertuanya, Datuk Mohamed Fadzil yang datang bersama kepimpinan persatuan berkenaan ke Pejabat Ketua Menteri di tingkat 28 Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) sekaligus menangkis semua tuduhan yang selama ini dikira fitnah.

Bagi Lim tindakan tersebut merupakan satu usaha bijak kerana tidak terjerat dengan dakyah yang sengaja dipasang oleh Umno dan BN bagi mengucar-kacirkan kerajaan yang lebih telus terutamanya dalam hal membabitkan pemberian projek kerajaan.

"Saya bersyukur kerana mereka datang bertemu dan memohon maaf secara terbuka di depan media.

“Mungkin selama ini mereka terpengaruh dengan pembohongan Umno yang sengaja mencari alasan agar kontraktor melayu menjauhkan diri kerana kononya DAP sebagai pemerintah," ujarnya semasa berucap pada Program Penganugerahan Warga Emas dan Sumbangan Kepada Waris yang meninggal dunia di Pejabat Jabatan Kerjaraya Bukit Mertajam, semalam.

Bagi timbalannya, Datuk Dr Mansor Othman pula permohonan maaf oleh Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang itu menandakan satu perkembangan terbaru di tahun 2011.

Selama ini, katanya mereka menjauhkan diri dengan kerajaan dengan alasan kerajaan membelakangkan peranan dan tanggungjawab mereka terhadap pembangunan negeri.

"Tahun 2011 membuka sejarah terbaru bagi Persatuan Kontraktor Melayu agar menjalinkan hubungan baik supaya kita bersama menggemblengkan semua tenaga memajukan negeri tercinta," tegasnya.hd

Sabtu, 8 Januari 2011

Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) akan mengadakan forum

Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) akan mengadakan forum

Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) akan mengadakan forum "Janji 100 Hari Pakatan Rakyat' bagi mendapatkan pandangan daripada pelbagai pihak mengenai program 100 hari yang terkandung dalam buku jingga Pakatan Rakyat.

Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, selepas buku jingga itu dikemukakan sewaktu konvensyen Pakatan Rakyat di Pulau Pinang 19 Disember lalu, ianya belum dinilai secara terbuka oleh mana-mana pihak melainkan mendapatkan kritikan daripada Umno BN.

"Dalam forum ini kita akan bahas pro dan kontra program 100 hari ini dan kita akan bagi peluang kepada rakyat untyuk menyatakan pandangan," kata Nasrudin dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Ibu Pejabat PAS, dekat sini hari ini.

Menurutnya, forum itu akan diadakan pada 15 Januari ini bertempat di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KLSCAH) jam 9.30 hingga 12 malam dan terbuka kepada semua.

Ianya akan menampilkan panel daripada pimpinan PAS, PKR, DAP,Umno dan Gerakan manakala moderatornya ialah penganalisis politik, Prof mohd Agus Yusof.

Bagaimamapun, pihak DPP masih dalam proses mendapatkan nama daripada wakil-wakil parti berkenaan untuk manjadi panel.

"Kita mahu panel-panel ini memberikan penilaian mengenai program 100 hari ini, di mana asasnya, apa relevannya.

"Kita juga ingin beri peluang kepada NGO-NGO untuk menyatakan pandangan mereka menegani program ini melalui forum tersebut," katanya.

Selain itu, DPPP juga akan mengadakan Malam Anugerah Budayawan Islam bagi memberikan pengiktirafan kepada seniman dan budayawan yang membangunkan seni tanah air yang tidak bercanggah dengan syariat Islam.

Ianya juga sebagai langkah membuka minda ahli PAS agar menggunakan seni dan budaya untuk menyanpaikan dakwah kepada masyarakat.

Sebelum malam anugerah yang dijangka berlangsung pada Mac itu, pemuda akan mengarahkan satu teater Islam yang akan dipersembahkan pda malam tersebut.

"Kita akan jemput seniman yang aktif menggerakkan seni Islam seperti Dinsman dari Paksi dan pemuda sendiri akan menghasilkan teater dan persembahan lain," katanya.

Tambahnya,bekas vokalis Wings yang merupakan kumpulan rock Malaysia, akan turut menghadiri malam anugerah itu bagi menarik golongan muda.

"Kita berhasrat untuk pergi jauh dalam bidang Islam yang tidak mengenepikan nilai-nilai Islam sebab itu kita berusaha melancarkan produk-produk seni kita sendiri," katanya.

Dalam pada itu , beliau turut melancarkan logo Himpunan 30 ribu pemuda PAS yang akan berlangsung pada 19 Februari depan di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut.

Himpunan itu sebagai persiapan pemuda menghadapi pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) yang melibatkan pemuda dari seluruh negara.

Sementara itu, menurut Ketua Penerangannya, Suhaizan Kaiyat, DPPP akan mengadakan pertemuan dengan peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) pada 12 atau 13 Februari depan di sekitar Lembah Klang.

Pertemuan itu sebagai langkah mencari formula penyelesaian ekoran rungutan daripada peminjam yang terbeban akibat tidak dapat membayar balik pinjaman sehingga tidak membolehkan mereka ke luar negara.hd

Jumaat, 7 Januari 2011

Rais Yatim di gesa memfailkan saman terhadap penulis blog

Rais Yatim di gesa memfailkan saman terhadap penulis blog



Jika dahulu Rais Yatim mengambil tindakan,dengan menyaman blogger pro Umno Datuk Ahirudin Attan
kerana pendedahan tentang pemberian projek,kenapa sekarang hanya membuat kenyataan penafian sahaja.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menggesa Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr. Rais Yatim memfailkan saman terhadap penulis blog yang telah membuat tuduhan terhadap beliau berhubung isu skandal dengan pembantu rumah Indonesia.

Katanya, ianya termasuk menyaman blogger pro Umno Datuk Ahirudin Attan yang juga dikenali sebagai Rocky's Bru yang merupakan blogger pertama menyiarkan pendedahan WikiLeaks berhubung tuduhan itu.

Biarpun Rais menggesa pihak polis menyiasat, namun menteri penerangan itu sendiri kata Mahfuz, perlu menunjukkan kesunggahan membersihkan namanya yang telah dicemar oleh 'penulis blog liar' yang didakwanya dalam penafiannya kelmarin.

"Kalau dia yakin dia bersih, dia perlu saman Rocky's Bru dan dakwa beliau kerana fitnah.

"Polis siasat, siasat juga, tapi kena saman kerana nama baik beliau telah tercemar," katanya ketika menghubungi Harakahdaily.

Nama Rocky's Bru kembali diperkatakan di blog-blog sejak bulan lalu ekoran satu laporan di blognya yang menyiarkan pendedahan WikiLeaks bahawa salah seorang menteri Malaysia telah merogol seorang pembantu rumah warganegara Indonesia.

Laporan itu menggemparkan negera apabila mendakwa kejadian tersebut berlaku di era Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri dan diketahui Abdullah sendiri, namun tiada sebarang tindakan undang-undang diambil terhadap menteri tersebut.

Hari ini pula, media melaporkan kediaman Rocky's Bru dipecah masuk dan kereta Peugeot 470 miliknya dicuri, di Taman Damai Utama, Puchong.

Bagaimanapun, kaitan dengan apa-apa pendedahan diblognya tidak dapat dipastikan dan polis difahamkan akan menyiasat kes tersebut.

Semalam, ketika mengulas isu sama, Mahfuz menyambut baik cadangan Datuk Seri Dr. Rais Yatim yang mahu isu dakwaan seorang menteri merogol pembatu rumah Indonesia, diselesaikan mengikut lunas undang-undang.

Sambil mengalukan penafian keterlibatan yang dibuat menteri penerangan itu, Mahfuz Omar mahu isu itu disiasat dengan segera kerana ianya membabitkan nama baik negara dan mampu menjejaskan hubungan serantau Malaysia-Indonesia.

Kelmarin, Rais yang juga Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan membuat penafian berhubung dakwaan bahawa beliau terlibat mrogol pembantu rumah warga Indonesia.

Penafian itu dibuat selepas banyak pihak mendesak beliau tampil membersihkan nama ekoran beberapa blog melaporkan penglibatannya dalam kes itu.hd

Khamis, 6 Januari 2011

Perbicaraan rasuah Khir Toyo

Perbicaraan rasuah Khir Toyo


SHAH ALAM 6 Jan - Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menetapkan perbicaraan bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Khir Toyo pada 6 sehingga 24 Jun depan.

Sebelum itu, kes rasuah terhadap Khir dihadapkan di Mahkamah Sesyen untuk dibicarakan.

Timbalan Pendakwaraya Dzulkifli Ahmad kemudiannya meminta kes tersebut dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Khir turut meminta pertuduhan dibacakan semula di depan beliau.

Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki kemudiannya membenarkan permohonan tersebut.

Mohtaruddin dalam pada itu melanjutkan jaminan dan mengekalkan jumlah ikat jamin terhadap kedua-dua tertuduh.

Beliau turut mengarahkan supaya pengarah syarikat Ditamas Sdn Bhd Datuk Shamsuddin Hayroni yang didakwa atas bersubahat atas tuduhan itu dibicara bersama.Mereka diwakili peguam, M Altimulan, Datuk Jaharberdeen dan Adzly Abdul Manaf.

Pada 6 Disember lalu, Khir yang juga bekas Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azhaniz Teh Azman Teh.

Beliau dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan memperoleh dua lot tanah dan sebuah rumah bernilai RM6.5 juta hanya dengan harga RM3.5 juta daripada sebuah syarikat, tiga tahun lalu.

Mengikut pertuduhan, Khir, 45, didakwa mendapatkan untuk diri dan isterinya, Datin Seri Zahrah Kechik, 45, suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di No. 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L daripada Ditamas melalui pengarahnya, Datuk Shamsuddin Hayroni, 52.

Hartanah tersebut yang terletak di Seksyen 7 di sini diperoleh dengan harga RM3.5 juta sedangkan ia dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasminya sebagai Menteri Besar Selangor pada ketika itu.

Khir didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 di sini pada 29 Mei 2007.

Dakwaan terhadapnya mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Shamsuddin turut didakwa di mahkamah yang sama atas tuduhan bersubahat melakukan kesalahan itu dengan Mohamad Khir pada tarikh dan tempat yang sama.

Pertuduhan terhadap Shamsuddin yang juga mengaku tidak bersalah, dibuat mengikut Seksyen 109 dan dibaca bersama Seksyen 165 Kanun Keseksaan.sk

Rabu, 5 Januari 2011

Kita harus bersyukur dengan kenaikan harga minyak.

Kita harus bersyukur dengan kenaikan harga minyak.



Sebagai penyokong Pakatan Rakyat,kita haruslah bersyukur dengan kenaikan ini,sebabnya rakyat semakin membenci kerajaan yang ada di waktu ini.

SHAH ALAM 5 JAN : Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid berkata, kenaikan harga minyak petrol RN97 sebanyak 10 sen seliter bermula tengah malam tadi, membelit rakyat yang sememangnya terbeban dengan kos sara hidup yang tinggi pada masa kini.

Tambahnya, jika begini pentadbiran ditunjukkan oleh Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yasin serta Menteri Kabinet yang lain, beliau meminta supaya disegerakanlah Pilihan Raya Umum kerana rakyat tidak tahan dengan kenaikan harga barang yang begitu luar biasa ini.

"Gaji tidak naik, bonus tidak diberikan dengan alasan duit tidak ada tetapi dalam masa yang sama ketirisan berlaku, keborosan berlaku, (Najib dan Rosmah) pergi ke luar negara habiskan wang berjuta-juta untuk perbelanjaan suami isteri,(tetapi) hendak bagi duit kepada rakyat misalnya subsidi, kata negara akan muflis," kata Abdullah dalam wawancara khas di Tv Selangor hari ini.

Harga petrol RON97 naik semalam menjadikan harga terbarunya RM2.40. Kali terkahir harga bahan bakar itu dinaikkan ialah pada 1 Disember lalu.

Menurut Abdullah, sikap kerajaan yang tidak prihatin kepada masalah yang dihadapi rakyat akan membawa kepada gelombang yang lebih besar pada pilihan raya umum akan datang.

"Jangan lupa gelombang 2008, namakan saya satu kawasan yang Umno dapat di kawasan pekan dan tempat yang masyarakatnya intelektual dan mempunyai keterbukaan kepada informasi, tunjukkan saya satu. Ini menunjukkan bahawa jangan sombong dan bongkak.Jangan perbodohkan rakyat.

"Rakyat sudah didedahkan dengan banyak maklumat yang logik dan relevan. Rakyat sudah mendapat maklumat yang jelas bahawa kegagalan urustadbir negara inilah punca negara ini berada dalam keadaan tidak konsisten di mana rakyat menderita atas sikap ketidakprihatinan Umno-Barisan Nasional," tambahnya lagi.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam, Selangor (CASSA), Datuk Dr. Jacob George juga melahirkan rasa dukacita dengan kenaikan harga minyak petrol dan minyak tanah.

"Ini adalah masalah yang serius, bukan hanya kepada kerajaan pusat, kerajaan negeri tetapi juga penduduk, masyarakat akar umbi. Mereka sememangnya menghadapi banyak tekanan, masalah gaji, kenaikan harga barang dan sebagainya. Kenapa kita harus beri mereka dengan masalah seperti ini? Tidak cukup?," soalnya ketika dihubungi Tv Selangor hari ini.tvs
Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini sesak dengan penyokong dan media

Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini sesak dengan penyokong dan media



SHAH ALAM, 5 Jan – Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini sesak dengan penyokong dan media bagi mendengar keputusan berhubung kematian pembantu Exco Kerajaan Negeri Selangor Teoh Beng Hock yang mati dua tahun lepas.

Mendiang Beng Hock mati ketika disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) selepas terjatuh dari tingkat 5 pejabat SPRM Shah Alam.

Kira-kira jam 2 petang, ibubapa dan adik perempuannya hadir di perkarangan mahkamah.

Sementara itu, penyokong-penyokongnya menaikkan kain rentang serta melaungkan ‘Justice For Beng Hock’.

Manakala Peguam yang mewakilinya mendiang Beng Hock pula hadir kira-kira pukul 2.30 petang bersama bapanya Karpal Singh.sk