Sabtu, 18 Disember 2010

PUAS dan Syabas akan di saman



SHAH ALAM 18 DIS : JAKS Resources Bhd akan menyaman dua syarikat utiliti dan kerajaan negeri Selangor kerana mencabuli kontrak yang dimeterai mereka.

Menurut pengurus besar firrma itu, Chee Seong Heng pencabulan kontrak itu berkaitan kebimbangan yang disuarakan mereka kepada Menteri Besar Selangor, ketika itu, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo adan Jabatan Perdana Menteri sekitar tahun 2006 lapor portal Malaysiakini.

Menurut plaintif, pihak defendan melanggar syarat kontrak dengan mendapatkan paip dan kelengakapannya dari Indonesia dan bukan daripada pihaknya.

Defenden berkenaan adalah Perbadanan Urus Air Selangor (PUAS), Syarikat Air Selangor Bhd (SYABAS) dan kerajaan negeri Selangor.

Chee memaklumkan kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa Khir dan perdana menteri menyerahkan surat makluman kepadanya bahawa aduan firma berkenaan telah diterima.

Katanya, kedua-dua pihak itu menasihatkan PUAS dan Syabas untuk mematuhi perjanjian 10 tahun yang dimeterai kerajaan negeri pada November 2001 dengan anak syarikat JAKS Resources Bhd, - JAKS-KDEB Consortium Sdn Bhd.

"Kerajaan negeri Selangor melalui surat menteri besar bertarikh 22 Mac 2006 dengan jelas tidak bersetuju dengan tindakan SYABAS dan menyatakan bahawa syarat perjanjian mesti dipatuhi sepanjang tempoh perjanjian itu.

"Pandangan kerajaan persekutuan berhubung dokumen ini adalah SYABAS sepatutnya mematuhi perjanjian pembekalan seperti yang dilihat pada surat setiausaha perdana menteri kepada menteri kewangan II yang bertarikh 28 Mac, 2005," kata Chee.

Menurut Chee, bagaimanapun akibat penguasaan sepenuhnya SYABAS ke atas PUAS, tiada pesanan dibuat oleh PUAS kepada JAKS-KDEB.

"Kelakuan seumpama itu telah merugikan plaintif," katanya.

Mengikut perjanjian itu, JAKS-KDEB dipertanggungjawabkan oleh kerajaan negeri Selangor membekalkan paip dan kelengkapannya untuk kawasan yang meliputi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Sehingga 2005, pihak defenden tidak membuat sebarang pesanan daripada JAKS-KDEB.

JAKS-KDEB, yang dimiliki 30 peratus oleh kerajaan negeri Selangor melalui badan pelaburannya, Kumpulan Darul Ehsan Bhd, mendakwa PUAS dan SYABAS mendapatkan bekalan paip dan kelengkapannya dari tempat lain termasuk dari Indonesia.tvs

Related Posts

PUAS dan Syabas akan di saman
4/ 5
Oleh