:
Home » » Perutusan Maal Hijrah 1432:Dari Presiden PKR

Perutusan Maal Hijrah 1432:Dari Presiden PKR

Selasa, 7 Disember 2010 | 0 comments



Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam perutusan Maal Hijrah 1432 menyeru supaya konsep pentadbiran Rasulullah SAW direnung kembali, di mana baginda tidak pernah melaung-laungkan slogan perkauman atau retorik ‘ketuanan Arab’ dalam usaha mendapatkan sokongan dari penduduk Madinah.

Menurutnya, rakyat seharusnya mengambil iktibar dan semangat yang diwariskan oleh Rasulullah SAW dalam menegakkan keadilan dan kebebasan di negara ini serta menjamin hak-hak rakyat tanpa mengira agama dan kaum.

"Mengimbau rentetan sejarah, 1432 tahun lalu Di Madinah, Rasulullah SAW telah membina sebuah tamadun dan pemerintahan yang berteraskan keadilan, kebebasan, integriti dan prinsip tadbir urus yang baik.

"Selain menjamin hak umat Islam, pentadbiran Rasulullah SAW juga turut memelihara kebajikan golongan bukan Islam dan kaum Yahudi yang sebelum ini begitu mencurigai sistem keadilan Islam.

"Jika direnung kembali konsep pentadbiran Rasulullah SAW,- meski pun Baginda berbangsa Arab Quraisy — tidak pernah sekali pun Baginda melebih dan meletakkan keutamaan kepada kaumnya semata-mata.

"Baginda juga tidak pernah melaung-laungkan slogan perkauman atau retorik ‘ketuanan Arab’ dalam usaha mendapatkan sokongan dari penduduk Madinah," katanya.

Justeru ujar Wan Azizah, atas semangat dan iktibar yang telah diwariskan oleh Rasulullah SAW dan para khalifah Islam terdahulu, marilah kita sama-sama membina tekad dan iltizam untuk berhijrah dari kebobrokan ke arah kebaikan dengan menegakkan keadilan dan kebebasan di negara ini serta menjamin hak-hak rakyat tanpa mengira agama dan kaum.tvs
Kongsikan :

0 comments:

Catat Ulasan

Sila berkongsi maklum balas anda dalam ruang perbincangan atau FB dan memfailkan apa-apa fakta yang anda dapati melalui pengalaman dan pengetahuan anda.

Ulasan isu hendaklah dengan fikiran terbuka, supaya setiap ulasan akan memberi manfaat kepada semua.

Berbahas atau bertukar-tukar pendapat,agar yang kurang kita tambahkan,yang lebih kita berikan.

 
Copyright © 2011. Politik kedai kopi - All Rights Reserved
Template Modify by Politik Kedai Kopi
Proudly powered by Blogger