Khamis, 23 Disember 2010

Penswastaan JPJ:jalan terakhir memohon kepada Tuanku


Inilah padahnya apabila masih ada lagi orang-orang yang buta tentang perjuangan umno dan terus memberikan sokongan. Kroni di utamakan rakyat di dahulukan untuk di saman.
Hidup Umno...hidup Umno...kami banyak duit setakat kena saman lima.nam kali sehari apa nak heran.duit belambak dalam Bank.

KUALA LUMPUR, 23 Dis: Pakatan Rakyat hari ini memohon Yang di-Pertuan Agong menangguhkan kelulusan Rang Undang-undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010 yang diluluskan Dewan Negara baru-baru ini.

Permohonan itu dibuat dalam memorandum yang diserahkan kepada Tuanku melalui Setiausaha Sulit Kanan, Datuk Mohd Zuki Ali pagi tadi.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, memorandum itu merupakan jalan terakhir setelah usaha mereka menghalang kelulusan rang undang-undang itu sehingga ke peringkat Dewan Negara tidak berhasil.

"Tidak ada jalan lain lagi, jalan terakhir memohon kepada Tuanku sahaja. Saya sudah hantar surat kepada Dewan Negara minta ia ditolak, tapi diluluskan juga," kata beliau kepada pemberita selepas penyerahan itu.

Ahli Parlimen Pokok Sena juga memohon Tuanku menitahkan rang undang-undang berkenaan dibahas semula di Parlimen kerana ianya dibuat secara tergesa-gesa.

"Jadi kita pohon Tuanku mengambil perhatian terhadap perkara ini kerana ini melibatkan kepentingan rakyat, bukan isu politik.

"Saya sedia bertemu Tuanku memberi penjelasan lanjut bersama pegawai undang-undang kita", kata beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Anti Saman Ekor (Kase).

Tidak selesai masalah

Menurut Mahfuz juga, pindaan-pindaan terhadap akta ini hanya bersifat teknikal dan bertujuan memperkenalkan sistem penguatkuasaan automatik (Automated Enforcement System-AES).

Beliau mempersoal tindakan kerajaan memberikan kontrak kepada dua syarikat iaitu Beta Tegap Sdn. Bhd. dan Commercial Circle (M) Sdn Bhd sebelum rang undang-undang itu diluluskan.

"Timbalan Menteri menyatakan letter of award belum dikeluarkan tetapi letter of intent telah diberikan sedangkan pindaan rang undang-undang belum diluluskan, nampaknya Kementerian telah mendahului Parlimen dalam hal ini," katanya.

Pindaan ini juga didakwa tidak menyelesaikan masalah-masalah yang berbangkit seperti masalah kemalangan maut yang semakin meningkat, masalah senarai hitam pemilik kenderaan dan juga masalah saman ekor.

"Persoalannya bagaimana kedudukan saman-saman ekor yang dikuatkuasakan sebelum pindaan ini kerana imej yang dirakam yang digunakan sebelum pindaan tidak boleh diguna di mahkamah," katanya.

Sementara itu, ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menyifatkan tindakan kerajaan itu sebagai pengkhianatan kepada rakyat.

"Sekarang ini saman pun nak diswastakan. Ini satu pengkhianatan kepada rakyat. Rakyat sudah terbeban dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, bila diswastakan saman, ianya satu tindakan yang membebankan rakyat.

"Sudah pasti syarikat yang diberi kontrak ini mahukan keuntungan sebab dia akan dapat habuan untuk setiap saman yang dikeluarkan," katanya.

Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin pula berkata, kerajaan tidak memikirkan kesan jangka panjang terhadap sesuatu rang undang-undang yang diluluskan.

"Penswastaan JPJ ini satu konsep yang salah. Umno BN hanya memikirkan kepentingan mereka dan menguntungkan sesetengah pihak. Pengurusan kerajaan tidak bijak dan tidak mengkaji kesan jangka panjang sebaliknya membuat sesuatu secara tergesa-tergesa.Itulah BN," katanya.

Dalam pada itu, ahli jawatankuasa Kase , Taufek Abdul Ghani memberitahu, Kase akan bermesyuarat pada 27 Disember ini untuk merangka tindakan seterusnya bagi menyampaikan maklumat kepada rakyat berkenaan perkara ini.

Turut mengingiringi Mahfuz ialah bendahari PAS Pusat, Dr. Hatta Ramli yang juga ahli Parlimen Kuala Krai dan AJK PAS Pusat, Taib Azamuddin yang juga ahli Parlimen Baling selain dua peguam Kase.hd

Related Posts

Penswastaan JPJ:jalan terakhir memohon kepada Tuanku
4/ 5
Oleh