:
Home » » hidup rakyat yang makin hari semakin susah

hidup rakyat yang makin hari semakin susah

Sabtu, 4 Disember 2010 | 0 comments

Kerajaan Umno-BN langsung tidak mengendahkan rakyat jelata kerana didapati kerajaan boros berbelanja wang rakyat tanpa mengira kesannya terhadap rakyat.

Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata tindakan Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (Pemandu) di bawah Jabatan Perdana Menteri yang sudah membelanjakan RM66 juta bagi penubuhannya mencerminkan sikap kerajaan yang seolah-olah tidak berkait dengan rakyat.

"Pemandu ini, tak perlu kalau dah tak pandai, tak perlulah pergi bayar upah. Maknanya kerja-kerja yang dibuat di bawah Pemandu dan JPM, maknanya mereka ini seolah-olah tak tahu buat kerja dan kemudian terpaksa membayar syarikat-syarikat asing untuk mentadbir negara hingga melebihi RM60 juta," tegas beliau.

Beliau berpendapat kerajaan Ummno-BN mungkin berfikir bahawa kerajaan tidak ada kaitan dengan rakyat dan kerajaan berhak berbelanja suka hati, bermewah dan membazirkan wang rakyat.

"Tetapi rakyat, hidup rakyat yang makin hari semakin susah dia (kerajaan) tak kisah, 'they dont care'. Seolah-olah kerajaan merasakan tiada kena mengena. Rakyat, itu rakyatlah dan kerajaan, itu kerajaanlah. 'they dont care about the people'," kata beliau lagi.

Beliau seterusnya menjelaskan sehingga kini Pemandu masih tidak dapat menyelesaikan isu bayaran emolumen ataupun gaji kakitangan kerajaan yang amat besar iaitu hampir 40 peratus daripada belanjawan negara, iaitu kira-kira RM120 bilion.

Azan turut mempersoalkan tujuan penubuhan Pemandu kerana walhal pelanjaan molummen mmasih tidak dapat diselesaikan, inikan pula masih sanggup membayar syarikat asing.

"Kerajaan boleh berbelanja sesuka hati dan bila-bila masa mereka mahu tetapi rakyat terpaksa tutup mulut, mereka tidak boleh memberikan reaksi dan terpaksa menerima sahaja apa yang dilontarkan terhadap mereka. Inilah contoh kerajaan yang digelar kerajaan 'langit', bukan kerajaan 'rakyat', bukan kerajaan yang mementingkan rakyat," tegas beliau lagi.
Kongsikan :

0 comments:

Catat Ulasan

Sila berkongsi maklum balas anda dalam ruang perbincangan atau FB dan memfailkan apa-apa fakta yang anda dapati melalui pengalaman dan pengetahuan anda.

Ulasan isu hendaklah dengan fikiran terbuka, supaya setiap ulasan akan memberi manfaat kepada semua.

Berbahas atau bertukar-tukar pendapat,agar yang kurang kita tambahkan,yang lebih kita berikan.

 
Copyright © 2011. Politik kedai kopi - All Rights Reserved
Template Modify by Politik Kedai Kopi
Proudly powered by Blogger