Khamis, 30 Disember 2010

Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor diyakini akan mengalami masalah besar

Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor diyakini akan mengalami masalah besar


KUALA LUMPUR, 30 Dis: Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor diyakini akan mengalami masalah besar dalam pentadbiran dengan perlantikan Datuk Khusrin Munawi sebagai Setiuasaha Kerajaan (SUK) negeri yang baru.

Ini kemungkinan berlaku apabila Khusrin memainkan peranannya dengan ‘mengganggu’ mesyuarat exco seperti yang diarahkan kerajaan pusat.

Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin  berkata, perlantikan Datuk Khusrin itu sendiri mempunyai agenda khusus dari kerajaan pusat untuk membolehkan Datuk Khusrin campur tangan bagi pihak kerajaan pusat dalam membuat keputusan Mesyuarat Exco Negeri Selangor.

"Apa saja keputusan yang diputuskan dalam mesyuarat Exco, sepatutnya setiausaha sulit akan keluarkan arahan dan laksanakan, kemudian putuskan dalam mesyuarat.

"Ini tidak, apa yang tak diputuskan dia buat, mesyuarat Exco tak bincangkan masalah ini, dia sendiri akan buat surat dan keluarkan arahan tanpa kita bagi arahan daripada mesyuarat Exco," katanya dalam satu kenyataan media.

Kejadian seperti itu, menurut beliau, tidak mustahil akan berlaku dalam pentadbiran kerajaan Selangor jika perlantikan Khusrin diteruskan sehingga akhirnya akan menyebabkan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor berjaya digulingkan oleh kerajaan pusat.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat turut melahirkan kebimbangannya berhubung perkara itu, berdasarkan pengalamannya sendiri sebelum ini yang pernah mengetuai sebuah kerajaan yang sah yang diberikan mandat oleh rakyat pada PRU Ke-12 lalu, tetapi digulingkan oleh pihak Umno BN menerusi rampasan kuasa.

Umno BN sebelum ini telah merampas negeri Perak dari Pakatan Rakyat gara-gara tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)nya bertindak lompat parti dan menjadi Adun Bebas. Mereka terdiri daripada Adun Behrang, Changkat Jering dan Jelapang.

Kelayakan ketiga-tiga Adun itu juga masih dipertikai kerana ketiga-tiga kerusi Dun itu telah diumumkan kosong oleh Speaker Dun Perak, V. Sivakumar.

Nizar yang pernah menjawat jawatan Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak turut mempertikaikan perlantikan Khusrin kerana ia merupakan satu tindakan yang jelas membelakangkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim kerana keputusan tersebut dibuat tanpa meminta pandangan Khalid terlebih dahulu.

Oleh itu, beliau menyifatkan tindakan tersebut sebagai jelas tidak menghormati kedudukan Tan Sri Khalid sebagai Menteri Besar yang dipilih oleh rakyat, walaupun semua pihak tahu, Khalid patut diberikan peluang untuk membuat keputusan untuk memilih orang yang boleh berkerja sebagai setiausaha sulitnya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Pegawai-Pegawai Wakil Rakyat Pakatan Rakyat Negeri Selangor (Selproa) menggesa Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mengadakan sidang mesyuarat tergempar di Majlis Undangan Negeri, bagi menolak Setiausaha Kerajaan Negeri lantikan Kerajaan Pusat.

Presiden Selproa, Abdul Razak Ismail, dalam kenyataan medianya berkata, langkah itu perlu bagi melindungi kepentingan rakyat Selangor.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan media yang melaporkan pihak Istana telah meluluskan perlantikan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Khusrin ke jawatan kanan itu bermula 1 Januari depan.

“Saya mencadangkan persidangan tergempar menolak perlantikan Khusrin. Kita tidak mahu Khusrin menjadi gunting dalam lipatan dalam pentadbiran Pakatan Rakyat,” katanya.

Beliau menegaskan, terdapat bukti manipulasi istana oleh BN berhubung perlantikan Khusrin, apabila Istana digunakan untuk menghalalkan cara oleh Umno dan BN yang mahu merampas Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.hd
Perdana Menteri Najib Razak orang yang paling gembira sekali dalam 1 Malaysia

Perdana Menteri Najib Razak orang yang paling gembira sekali dalam 1 Malaysia


Perdana Menteri Najib Razak mungkin orang yang paling gembira sekali dalam 1 Malaysia apabila mengisytiharkan cuti umum esok sempena kejayaan Malaysia merangkul Piala AFF buat julung kalinya semalam.

Syabas kepada pasukan bolasepak Malaysia. Sebagai Perdana Menteri, Najib tentunya mahu mempamerkan beliau mempunyai kuasa, bukan sahaja untuk mengucapkan tahniah, malah mengisytiharkan cuti umum bagi 1 Malaysia.

Namun Najib harus berhati-hati menggunakan kuasa itu ...kerana segelintir rakyat dan peminat sukan yang lebih objektif akan bertanya - kenapa tidak ada cuti umum semasa Nicol David menang kejuaraan dunia untuk kali ke lima September lalu?

Beberapa kejayaan atlit lain juga boleh diungkit sebagai perbandingan namun cukup sekadar mengingatkan bahawa rakyat tetap tabik kepada pasukan bolasepak Malaysia walaupun tanpa diberi cuti umum.

Cuti umum tidak menjadikan kejayaan wira-wira Malaysia semalam lebih bermakna untuk rakyat. Ia sekadar mengingatkan kita keperluan untuk memberi pengiktirafan yang setara kepada setiap atlit dan sukan apabila mereka mengecapi kejayaan di peringkat antarabangsa.

Tidak perlu juga diungkitkan sumbangan wira-wira seperti Nicol dan Lee Chong Wei kepada imej negara dengah pengorbanan dan sumbangan mereka di arena masing-masing.

Kejayaan pasukan bolasepak Malaysia semalam tidak diperkecilkan. Mereka harus diraikan dan diberi pengiktirafan.

Namun Perdana Menteri perlu untuk menggunakan kuasa dan kebijaksaannya secara berhemah supaya tidak ada pihak yang tersinggung atau merasa dianak tirikan di sebalik keghairahan untuk mempamerkan pemimpin bersama rakyat.

Lebih-lebih lagi di bawah konsep Satu Malaysia.tvs

Rabu, 29 Disember 2010

Selangor menyangkal dakwaan kenyataan Setiausaha Sulit DYMM Sultan Selangor

Selangor menyangkal dakwaan kenyataan Setiausaha Sulit DYMM Sultan Selangor


Kerajaan Negeri Selangor menyangkal dakwaan kenyataan Setiausaha Sulit DYMM Sultan Selangor, Munir Bani yang mendakwa kononnya Kerajaan Negeri lewat menghantar senarai calon untuk mengisi jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Kami menegaskan bahawa tidak terdapat dalam mana-mana peruntukan yang menyatakan bahawa pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri perlu dibuat dalam tempoh atau masa tertentu. Tambahan pula, jawatan Ramli Mahmud selaku Setiausaha Kerajaan Negeri sepatutnya hanya tamat pada 20 Mac 2011.

Perlu ditegaskan di sini, Kerajaan Negeri telah menjalankan proses pemilihan pada 27 November 2010 dengan menubuhkan Panel Pemilihan yang sejajar dengan Nota Amalan Perkhidmatan Awam.

Panel yang diketuai oleh Speaker Dewan Negeri Selangor, Teng Chang Khim serta dianggotai oleh dua Ahli Majlis Kerajaan Negeri iaitu Hasan Mohamed Ali dan Xavier Jayakumar, telah menemuramah enam calon dari lapan nama yang telah dicadangkan oleh Pejabat Setiausaha Negeri dan Pejabat Sumber Manusia.

Panel Pemilihan telah menyenarai pendek calon-calon dan Menteri Besar telah pada 17 Disember 2010, mempersembahkan nama-nama tersebut untuk pertimbangan DYMM Sultan Selangor bagi mengisi jawatan Setiausaha Kerajaan.

Meskipun penubuhan panel ini bukanlan satu kemestian, Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat mahu menyemai satu tatacara yang baik yang mana pelantikan jawatan tinggi perlu melalui proses telus, bebas dan bertanggungjawab. Menteri Besar tidak mahu menggunakan kuasa penentu untuk memilih pegawai tinggi kerajaan.

Pakatan Rakyat Selangor kesal dengan perkembangan mutakhir ini dan merasakan ia adalah tindakan yang didalangi individu tertentu yang mahu menggunakan istana demi kepentingan politik mereka. Isu Khusrin Munawi ini timbul sejurus sebelum UMNO mengumumkan Najib Razak kekal sebagai Ketua Perhubungan UMNO Selangor. Justeru, Pakatan Rakyat Selangor memohon rakyat Selangor bertenang dan tidak mengeluarkan kenyataan provokasi yang tidak akan membantu dalam mencari penyelesaian terbaik.

Pentadbiran ini menggalakkan persatuan dan pertubuhan masyarakat mengadakan solat hajat di seluruh negeri bagi memberi kekuatan dan kebijaksanaan kepada DYMM Sultan Selangor dan pemimpin Negeri dalam menangani salah faham ini (miscommunication). Begitu juga kepada masyarakat bukan Islam digalakkan menjalankan upacara keagamaan menurut kepercayaan masing-masing.

*Kenyataan media oleh Faekah Husin  selaku Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor.Mr

Selasa, 28 Disember 2010

Kegagalan Umno untuk mencari pemimpin pelapis

Kegagalan Umno untuk mencari pemimpin pelapis


SHAH ALAM 28 DIS : Senarai baru ketua badan perhubungan Umno negeri yang diumumkan semalam mencerminkan kegagalan Umno untuk mencari pemimpin pelapis dan sebaliknya menonjolkan perpecahan dalam parti itu.

Keengganan Perdana Menteri Najib Razak memberi laluan kepada pimpinan Umno Selangor menerajui badan perhubungan negeri menunjukkan beliau tidak mempercayai kebolehan Menteri Asas Tani dan Industri Noh Omar.

Di Perlis, keputusan untuk mengekalkan Menteri Besar Datuk Seri Dr Md Isa sebagai pengerusi Umno negeri di kritik oleh Shahidan Kassim yang dilantik sebagai Timbalan Pengerusi.

Mantan Menteri Besar Perlis itu menyifatkan Md Isa sebagai duri dalam daging dan berkata beliau belum membuat keputusan sama ada untuk menerima perlantikan itu.

Naib Presiden PAS Mahfuz Omar berkata secara keseluruhan senarai kepimpinan baru Umno mencerminkan sebuah parti yang masih bergolak dengan politik dalaman.

" Sepatutnya rakan-rakan pimpinan Umno di negeri Perlis harus akur bahawa dengan meletakkan Shahidan sebagai Timbalan, bahawa Datuk Najib memang tidak berhasrat untuk melihat Umno negeri Perlis itu aman," katanya.

Shahidan menyifatkan Md Isa sebagai pemimpin lemah yang gagal menyatupadukan ahli-ahli Umno di Perlis.

Malah Shahidan membidas Najib kerana tunduk kepada tekanan luar untuk mengekalkan Md Isa sebagai pengerusi Umno di Perlis, akhbar The Star melaporkan.

Di Selangor, Mahfuz berkata najib mengambil keputusan untuk kekal sebagai pengerusi badan perhubungan kerana mahu memastikan negeri itu dirampas balik oleh pemerintah.

" Saya melihat bahawa dengan Datuk Najib terus memegang kerusi Perhubungan Umno Negeri Selangor, ada satu perancangan dengan unsur-unsur jahat dan tidak demokratik untuk dilakukan ke atas negeri Selangor, " kata Mahfuz.tvs

Isnin, 27 Disember 2010

PerlantikanTan Sri Isa Samad untuk menjalankan misi membalas dendam terhadap peneroka.

PerlantikanTan Sri Isa Samad untuk menjalankan misi membalas dendam terhadap peneroka.


SHAH ALAM 27 DIS : Perlantikan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan  Tan Sri Isa Samad sebagai pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) yang baru adalah untuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak 'melangsaikan' wang simpanan agensi itu serta menjalankan misi membalas dendam terhadap peneroka.

Ahli Parlimen Indera Mahkota Azan Ismail berkata ianya juga untuk memastikan dan mengekalkan 46 kerusi Parlimen yang terletak di dalam kawasan tersebut kekal milik Umno-Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang.

"Saya rasa perlantikan Isa adalah tepat untuk melaksanakan misi yang kotor ini kerana orang lain tidak mampu, saya rasa pilihan ini merupakan pilihan yang bijak sebab Najib tahu keupayaan untuk melangsaikan wang-wang simpanan Felda dan sekaligus menjalankan misi membalas dendam terutama terhadap personaliti yang dikatakan meracuni fikiran peneroka-peneroka Felda.

"Kita merasa bimbang sekiranya peneroka dijadikan sasaran dan sekaligus antaranya membalas dendam dan yang kedua, untuk melakukan satu lagi penipuan untuk mempengaruhi dan menipu warga Felda, mungkin kepada peneroka, mereka buat cara baik tetapi kepada pemimpin Pakatan Rakyat yang didakwa mempengaruhi peneroka akan dilayan dengan kasar, mungkin ditangkap atau didakwa.

"Pilihanraya kali ini, 46 kawasan Parlimen akan ditentukan oleh peneroka Felda dan misi melantik Isa adalah untuk melengkapkan formula atau pun pelan yang tertinggal...barangkali khidmat akhir beliau sebelum hayat politiknya berakhir.

"Dia akan buat yang terbaik dan apa saja dengan matlamat seluruh kawasan peneroka (46 kawasan Parlimen) dijanjikan akan disapu bersih.


"Berapa perbelanjaan, kaedah cara macam mana...terpulang. Ini sebenarnya satu tugas yang tidak sanggup dilaksanakan oleh bekas Pengerusi Felda Tan Sri Dr Yusof Noor," ujar beliau.

Ujar beliau, Yusof barangkali tidak mahu menanggung dosa akibat daripada untuk melaksanakan misi tersebut.

Sementara itu, Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) Mazlan Aliman berkata pihaknya membantah keras perlantikan bekas Menteri Wilayah Persekutuan itu sebagai memberikan imej yang buruk kepada kerajaan Umno-Barisan Nasional.

Beliau yang dihubungi TVSelangor berkata ianya juga memberikan kesan yang mendalam kepada warga Felda.

Ahad, 26 Disember 2010

Double standard di  Pilihanraya Kecil DUN Tenang

Double standard di Pilihanraya Kecil DUN Tenang

Tarikh Pilihanraya Kecil DUN Tenang yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihanraya(SPR) disfatkan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub sebagai dwi standard.

SPR sebelum ini menetapkan tarikh 22 dan 30 Januari depan iaitu hari cuti sebagai tarikh penamaan dan pengundian bagi pilihan raya kecil itu.

Beliau berkata, SPR yang dipengerusikan Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dilihat seolah-olah sengaja menyusahkan negeri-negeri pimpinan Pakatan Rakyat setiap kali pilihanraya kecil diadakan.

Salehuddin berkata, apabila berdepan pilihan raya kecil di negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat, SPR dilihat cenderung mengadakan proses penamaan dan pengundian pada hari bekerja sedangkan apabila di kerusi Barisan Nasional(BN), tindakan sebaliknya dilakukan SPR.

"Kita melihat ini 'double standard'. Kita juga lihat jika pilihanraya dilakukan di negeri Pakatan Rakyat maka ia akan menjadi suatu yang lumrah ia akan dilakukan oleh SPR pada waktu berkerja. Tetapi pada negeri Barisan Nasional ia mengadakan penamaan calon dan buang undi di hari cuti hujung minggu. Ini semacam rancangan sengaja untuk menyusahkan pihak Pakatan Rakyat," kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu.

Namun pihaknya sudah bersedia menghadapi pilihanraya kecil tersebut dengan mempersiapkan jentera di semua peringkat khususnya di negeri Johor.

Malah beliau berkata, kesemua jentera yang ditugaskan sedang menempatkan kedudukan di kawasan masing-masing.

"PAS telah menjanjikan suatu keyakinan bahawa kita boleh melakukan sesuatu untuk mencipta sejarah pada PRK Tenang ini. Kita juga telah menyatakan komitmen yang tinggi terhadap pilihanraya kali ini. Pilihanraya ini merupakan satu 'gendang perang' ke arah kita menghadapi pilihanraya umum 13," jelasnya.

Pilihanraya kecil ke-14 ini diadakan bagi mengisi kekosongan berikutan kematian penyandang Datuk Sulaiman Taha, wakil rakyat Umno-BN, 17 Disember lepas.

Ia pilihan raya kecil pertama di Johor sejak Mac 2008, malah ia juga yang pertama sejak pilihan raya kecil DUN Tambatan yang diadakan pada 1989.

DUN Tenang, salah satu daripada dua kerusi negeri dalam Parlimen Labis yang berjirankan kerusi Parlimen Pagoh yang bersempadankan kawasan Parlimen Pagoh di sebelah barat, Parlimen Sekijang di utara dan negeri Pahang di sebelah timur.

Allahyarham Sulaiman mempertahankan kerusi DUN Tenang pada pilihan raya umum ke-12 dengan menewaskan calon PAS, Mohd Saim Siran dengan majoriti 2,492 undi.

Kerusi DUN Tenang mempunyai 14,753 pemilih berdaftar termasuk 18 pemilih pos.

Daripada jumlah itu, pengundi Melayu terdiri daripada 7,014 orang (47.54 peratus), Cina 5,766 (39.08 peratus), India 1,780 (12.07 peratus), Bumiputera Sabah enam (0.04 peratus), Bumiputera Sarawak lima (0.03 peratus) dan Orang Asli 171 (1.16 peratus) dan lain-lain 11 orang (0.07%).

Mengikut pecahan umur, seramai 3,271 pengundi berusia antara 30 hingga 39 tahun, 3,602 (40-49 tahun), 2,788 (50-59 tahun), 1,897 (60-69 tahun), 1,188 (70-79 tahun), 268 (80-89 tahun) dan lebih 90 tahun pula 70 orang.tvs

Khamis, 23 Disember 2010

Penswastaan JPJ:jalan terakhir memohon kepada Tuanku

Penswastaan JPJ:jalan terakhir memohon kepada Tuanku


Inilah padahnya apabila masih ada lagi orang-orang yang buta tentang perjuangan umno dan terus memberikan sokongan. Kroni di utamakan rakyat di dahulukan untuk di saman.
Hidup Umno...hidup Umno...kami banyak duit setakat kena saman lima.nam kali sehari apa nak heran.duit belambak dalam Bank.

KUALA LUMPUR, 23 Dis: Pakatan Rakyat hari ini memohon Yang di-Pertuan Agong menangguhkan kelulusan Rang Undang-undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010 yang diluluskan Dewan Negara baru-baru ini.

Permohonan itu dibuat dalam memorandum yang diserahkan kepada Tuanku melalui Setiausaha Sulit Kanan, Datuk Mohd Zuki Ali pagi tadi.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, memorandum itu merupakan jalan terakhir setelah usaha mereka menghalang kelulusan rang undang-undang itu sehingga ke peringkat Dewan Negara tidak berhasil.

"Tidak ada jalan lain lagi, jalan terakhir memohon kepada Tuanku sahaja. Saya sudah hantar surat kepada Dewan Negara minta ia ditolak, tapi diluluskan juga," kata beliau kepada pemberita selepas penyerahan itu.

Ahli Parlimen Pokok Sena juga memohon Tuanku menitahkan rang undang-undang berkenaan dibahas semula di Parlimen kerana ianya dibuat secara tergesa-gesa.

"Jadi kita pohon Tuanku mengambil perhatian terhadap perkara ini kerana ini melibatkan kepentingan rakyat, bukan isu politik.

"Saya sedia bertemu Tuanku memberi penjelasan lanjut bersama pegawai undang-undang kita", kata beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Anti Saman Ekor (Kase).

Tidak selesai masalah

Menurut Mahfuz juga, pindaan-pindaan terhadap akta ini hanya bersifat teknikal dan bertujuan memperkenalkan sistem penguatkuasaan automatik (Automated Enforcement System-AES).

Beliau mempersoal tindakan kerajaan memberikan kontrak kepada dua syarikat iaitu Beta Tegap Sdn. Bhd. dan Commercial Circle (M) Sdn Bhd sebelum rang undang-undang itu diluluskan.

"Timbalan Menteri menyatakan letter of award belum dikeluarkan tetapi letter of intent telah diberikan sedangkan pindaan rang undang-undang belum diluluskan, nampaknya Kementerian telah mendahului Parlimen dalam hal ini," katanya.

Pindaan ini juga didakwa tidak menyelesaikan masalah-masalah yang berbangkit seperti masalah kemalangan maut yang semakin meningkat, masalah senarai hitam pemilik kenderaan dan juga masalah saman ekor.

"Persoalannya bagaimana kedudukan saman-saman ekor yang dikuatkuasakan sebelum pindaan ini kerana imej yang dirakam yang digunakan sebelum pindaan tidak boleh diguna di mahkamah," katanya.

Sementara itu, ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menyifatkan tindakan kerajaan itu sebagai pengkhianatan kepada rakyat.

"Sekarang ini saman pun nak diswastakan. Ini satu pengkhianatan kepada rakyat. Rakyat sudah terbeban dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, bila diswastakan saman, ianya satu tindakan yang membebankan rakyat.

"Sudah pasti syarikat yang diberi kontrak ini mahukan keuntungan sebab dia akan dapat habuan untuk setiap saman yang dikeluarkan," katanya.

Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin pula berkata, kerajaan tidak memikirkan kesan jangka panjang terhadap sesuatu rang undang-undang yang diluluskan.

"Penswastaan JPJ ini satu konsep yang salah. Umno BN hanya memikirkan kepentingan mereka dan menguntungkan sesetengah pihak. Pengurusan kerajaan tidak bijak dan tidak mengkaji kesan jangka panjang sebaliknya membuat sesuatu secara tergesa-tergesa.Itulah BN," katanya.

Dalam pada itu, ahli jawatankuasa Kase , Taufek Abdul Ghani memberitahu, Kase akan bermesyuarat pada 27 Disember ini untuk merangka tindakan seterusnya bagi menyampaikan maklumat kepada rakyat berkenaan perkara ini.

Turut mengingiringi Mahfuz ialah bendahari PAS Pusat, Dr. Hatta Ramli yang juga ahli Parlimen Kuala Krai dan AJK PAS Pusat, Taib Azamuddin yang juga ahli Parlimen Baling selain dua peguam Kase.hd

Rabu, 22 Disember 2010

Rakyat Malaysia di paksa menerima projek tenaga nuklear

Rakyat Malaysia di paksa menerima projek tenaga nuklear



**Kenyataan media daripada Sekretariat Akhbar Kerajaan Negeri Selangor**


Kini sudah jelas bahawa Perdana Menteri Najib Razak berhasrat memaksa rakyat Malaysia menerima projek tenaga nuklear beliau. Sepertimana projek Empangan Bakun diteruskan walaupun ditolak oleh rakyat, pendirian Najib membuktikan bahawa cara angkuh Barisan Nasional masih tidak berubah. Kedua-dua projek tersebut juga mempunyai persamaan yang lain, iaitu mengakibatkan bencana ekonomi dan alam sekitar di Malaysia.

Apabila rancangan nuklear Najib mula-mula dicadang pada Oktober 2008, Kerajaan Negeri Selangor di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat menyuarakan bantahan terhadap tenaga nuklear di negeri ini. Kami ingin menyatakan pendirian kami sekali lagi. Tiada rakyat Malaysia yang perlu didedahkan kepada bahaya sebegini. Bukan sahaja di Selangor, tetapi seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Kami mendesak negara Malaysia kekal sebagai Zon Bebas Nuklear.

Barisan Nasional tidak boleh diharap untuk mengurus dengan selamat teknologi sebahaya ini. Sejarah kejadian seperti keruntuhan stadium, empangan bermasalah dan projek-projek kroni yang melampu tinggi kosnya jelas menunjukkan bahawa projek nuklear ini akan membawa akibat teruk.

Lebih-lebih lagi, Najib kurang jujur kepada rakyat mengenai rancangan nuklear ini.

Beliau telah berjanji dalam blog beliau pada awal tahun ini, bahawa satu kajian menyeluruh akan dijalankan sebelum projek nuklear ini diteruskan. Teknologi-teknologi hijau seperti tenaga angin, suria dan biomass sepatutnya dikaji bersama.

Di manakah kajian tersebut? Lebih membimbangkan lagi, kini projek nuklear Najib ini digandakan menjadi dua stesen penjanakuasa nuclear setelah dimasukkan ke dalam Rancangan Transformasi Ekonomi (ETP) beliau.

Apakah alasan untuk keputusan ini? Siapakah yang akan untung? Rakyat berhak mendapat jawapan.

Malangnya, Menteri Tenaga Peter Chin hanya mengumumkan lebih kempen perhubungan awam untuk memperdayakan rakyat. Ini bukan pentadbiran yang bertanggungjawab dan telus.

Pentadbiran Najib tidak ada rancangan jangka panjang yang selamat untuk membuang sisa-sisa nuklear yang toksik. Sebenarnya, tiada negara di dunia yang ada penyelesaian kepada masalah ini. Negeri manakah di Malaysia yang akan dijadikan tapak pembuangan sisa-sisa nuklear? Kerajaan Negeri Selangor akan berjuang untuk melindungi negeri dan rakyat kami dari sisa-sisa nuklear.

Isu-isu keselamatan negara dan kedamaian antarabangsa juga perlu dipertimbangkan. Perlindungan stesen-stesen penjanakuasa nuklear ini dari unsur-unsur pengganas tidak pernah dibangunkan oleh pihak Barisan Nasional. Bolehkah kita menghalang bahan nuklear dari dicuri dan dijual apabila enjin kapal terbang kita pernah dicuri sebelum dijumpai di Uruguay?

Negara Malaysia bakal menjadi pengeluar panel solar ketiga besar di dunia. Rang Undang-Undang Tenaga Boleh Bahru telah dibaca di Parlimen baru-baru ini. Macam manakah projek yang berisiko tinggi ini dipertimbangkan sedangkan kita mempunyai pilihan yang lain?

Menyelesaikan masalah tenaga Malaysia bukan sekadar membina stesen penjanakuasa. Ini hanya menguntungkan pemilik stesen-stesen tersebut. Pengurusan tenaga secara bertanggungjawab memerlukan penggunaan tenaga dengan lebih cekap, mengurangkan subsidi melampau yang diberi kepada penjana tenaga bebas (IPP), dan memastikan sambungan kepada masyarakat-masyarakat luar bandar yang terpinggir, khususnya Orang Asli dan Sabah dan Sarawak. Penggunaan sumber tenaga yang hijau juga penting untuk mengurangkan kesan perubahan iklim.

Kerajaan yang bertanggungjawab sepatutnya:

* Membuat kajian menyeluruh bagi menyelesaikan masalah tenaga Malaysia secara menyeluruh, melibatkan kesemua pihak yang terlibat, bukan sahaja Tenaga Nasional dan penyokong nuklear;

* Menerbitkan keputusan kajian tersebut untuk semua;

* Mengadakan perbincangan bersama rakyat, badan-badan bukan kerajaan, kerajaan-kerajaan negeri, agensi-agensi kerajaan, wakil rakyat dan pihak berkuasa tempatan;

* Membuat keputusan yang telus setelah menimbang baik-buruk. Malangnya, keputusan meneruskan projek nuklear ini dibuat secara tertutup, dan janji kosong kajian menyeluruh tidak ditunaikan.

Keputusan untuk bergantung pada tenaga nuklear amat tidak bertanggungjawab dan membazirkan, sedangkan tiada usaha untuk membetulkan kelemahan sektor tenaga elektrik di Malaysia. Jika Barisan Nasional tidak dapat menyelesaikan masalah Malaysia secara bertanggungjawab, rakyat perlu menolak mereka melalui peti undi.

Kami menyeru Najib supaya:

* Menerbitkan kajian menyeluruh yang kononnya dijalankan, ataupun memberi penjelasan mengapa kajian tidak pernah dibuat;

* Menjelaskan di mana sumber RM21.3 billion untuk dua stesen penjanakuasa nuklear ini.

Isnin, 20 Disember 2010

Umno dan syarikat pro-zionis Apco Worldwide

Umno dan syarikat pro-zionis Apco Worldwide


Menteri Dalam Negeri,Datuk Hishamuddin Hussein cuba menyembunyikan kebimbangan Umno bahawa hubungan parti itu dan syarikat pro-zionis Apco Worldwide akan terbongkar jika ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim diberi peluang untuk mengemukakan bukti mengenai isu itu.

Anwar berkata Hishamuddin tidak menjawab persoalan asas iaitu kenapa beliau digantung parlimen selama enam bulan tanpa dibenar mengemukakan bukti dan dokumen mengenai hubung kait kerajaan umno-Barisan Nasional dengan Apco.

"Kenyataan terbaru 'menteri keris' Datuk Hishamuddin, yang mencabar saya mengemukakan bukti mengenai Apco. Apa yang sudah disebut oleh YB Karpal Singh sebentar tadi, itu dia. Kita minta ruang. Sebahagiannya sudah saya ucapkan, sebahagiannya lagi iaitu perjanjian ada ditangan saya.

"Tapi saya tidak diberi peluang, saudara tahu mengapa Umno gentar untuk memberi ruang dan peluang saya sampaikan maklumat kerana dia tahu saya ada maklumat. Jadi jangan bagi peluang, kerana dalam jawatankuasa itu, prosiding akan dicatat. Jangan bagi ruang untuk berucap di parlimen kerana prosiding itu akan dicatat," kata Anwar.

Anwar berkata Hishamuddin sekali lagi memperlihatkan kedangkalan beliau apabila cuba untuk memutar belitkan isu pendedahan wikileaks dalam sidang akhbar sama.

Beliau hairan sebagai Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin langsung tidak membangkitkan pendedahan wikileaks mengenai Perdana Menteri dan warga Mongolia Altantuya Sharibbu yang mati dibom.

"Apa kata wikileaks, pertama di Malaysia yang pimpin negara Malaysia ini orang yang tidak ada wibawa, kata wikileaks. Saya tak mesti setuju. Tapi Menteri Hishamuddin kenapa pada kenyataan ini, disambung lagi, Najib Razak perlu menang politik untuk mengelak dirinya dari didakwa kes bunuh Altantuya Sharibu Mongolia," katanya lagi.

Anwar berkata Hishamuddin sengaja lupa bahawa beliau bukan bekas Menteri Kesihatan, Chua Soi Lek yang terbabit dalam skandal video lucah dan kini diangkat menjadi presiden MCA dan penasihat utama Najib mengenai hal ehwal orang Cina.

Kata Datuk Hishamuddin, wikileaks tengok Anwar, dia tahu ada perangkap, dia pergi ke tempat yang di perangkap. Saya bukan bekas Menteri Kesihatan. Dia buat fitnah, saya dah kata ini fitnah ini jahat. Jangan ulang, oh dia kata ini yang dikatakan oleh Singapura. Apa jawapan saya, ya kalau Singapura katakan begitu termasuk Lee Kuan Yuew, silakan hadir bersama Mahathir bersama Gani Patail, bawa bukti di mahkamah kita lawan di mahkamah dengan peguam kita.

Sabtu, 18 Disember 2010

PUAS dan Syabas akan di saman

PUAS dan Syabas akan di saman



SHAH ALAM 18 DIS : JAKS Resources Bhd akan menyaman dua syarikat utiliti dan kerajaan negeri Selangor kerana mencabuli kontrak yang dimeterai mereka.

Menurut pengurus besar firrma itu, Chee Seong Heng pencabulan kontrak itu berkaitan kebimbangan yang disuarakan mereka kepada Menteri Besar Selangor, ketika itu, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo adan Jabatan Perdana Menteri sekitar tahun 2006 lapor portal Malaysiakini.

Menurut plaintif, pihak defendan melanggar syarat kontrak dengan mendapatkan paip dan kelengakapannya dari Indonesia dan bukan daripada pihaknya.

Defenden berkenaan adalah Perbadanan Urus Air Selangor (PUAS), Syarikat Air Selangor Bhd (SYABAS) dan kerajaan negeri Selangor.

Chee memaklumkan kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa Khir dan perdana menteri menyerahkan surat makluman kepadanya bahawa aduan firma berkenaan telah diterima.

Katanya, kedua-dua pihak itu menasihatkan PUAS dan Syabas untuk mematuhi perjanjian 10 tahun yang dimeterai kerajaan negeri pada November 2001 dengan anak syarikat JAKS Resources Bhd, - JAKS-KDEB Consortium Sdn Bhd.

"Kerajaan negeri Selangor melalui surat menteri besar bertarikh 22 Mac 2006 dengan jelas tidak bersetuju dengan tindakan SYABAS dan menyatakan bahawa syarat perjanjian mesti dipatuhi sepanjang tempoh perjanjian itu.

"Pandangan kerajaan persekutuan berhubung dokumen ini adalah SYABAS sepatutnya mematuhi perjanjian pembekalan seperti yang dilihat pada surat setiausaha perdana menteri kepada menteri kewangan II yang bertarikh 28 Mac, 2005," kata Chee.

Menurut Chee, bagaimanapun akibat penguasaan sepenuhnya SYABAS ke atas PUAS, tiada pesanan dibuat oleh PUAS kepada JAKS-KDEB.

"Kelakuan seumpama itu telah merugikan plaintif," katanya.

Mengikut perjanjian itu, JAKS-KDEB dipertanggungjawabkan oleh kerajaan negeri Selangor membekalkan paip dan kelengkapannya untuk kawasan yang meliputi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Sehingga 2005, pihak defenden tidak membuat sebarang pesanan daripada JAKS-KDEB.

JAKS-KDEB, yang dimiliki 30 peratus oleh kerajaan negeri Selangor melalui badan pelaburannya, Kumpulan Darul Ehsan Bhd, mendakwa PUAS dan SYABAS mendapatkan bekalan paip dan kelengkapannya dari tempat lain termasuk dari Indonesia.tvs

Jumaat, 17 Disember 2010

Langkah terakhir Regim UMNO-BN untuk terus berkuasa

Langkah terakhir Regim UMNO-BN untuk terus berkuasa


*Kenyataan media oleh  Saifullah Zulkifli (gambar ) dari Kelab Anwar Ibrahim (AIC).

Kelab Anwar Ibrahim (AIC) memandang serius berita terbaru berkaitan cubaan pengantungan empat Ahli Parlimen Pakatan termasuk Ketua Pembangkang, yang telah diusulkan di Parlimen melalui Aturan Urusan Mesyuarat tanpa melalui notis tujuh hari seperti kebiasaan.

AIC mengangap ini sebagai langkah terakhir Regim UMNO-BN untuk terus berkuasa di samping laporan Wikileaks (daripada sumber diplomat Singapura) yang mengaitkan tengkuk Presidennya, Najib Razak dengan kes pembunuhan berprofil tinggi. Malaysia menuju demokrasi gelap! Di samping sistem kehakiman yang terus-menerus menerima kritikan antarabangsa, parlimen terus diperkudakan Regim UMNO-BN, Speaker Dewan Pandikar Amin Mulia "boneka yang dilacurkan" untuk menjayakan setiap kehendak mereka. Tiada lagi pemisahan kuasa dan limitasi Kuasa Eksekutif yang telah dijanjikan Perlembagaan Malaysia.

Ini juga digunakan untuk mengalih isu, mengenai kenaikan harga barangan yang "mengikat" leher Rakyat, maka pelbagai helah dan berita digunakan untuk mengalih pandangan rakyat mengenai isu utama ini.

Melalui tindakan ini, tujuan Regim UMNO-BN, tidak lain tidak bukan adalah untuk menguasai 2/3 majoriti parlimen yang akhirnya membolehkan mereka meluluskan usul pensempadanan semula kawasan pilihanraya yang akan memihak kepada mereka. Kita boleh mengimbau sejarah lalu ketika Pilihanraya Umum ke-11 di mana modus-operandi yang sama digunakan untuk mereka memenangi lebih 2/3 majoriti di Parlimen.

Demokrasi di Malaysia adalah contoh Demokrasi-Otoritarian di mana menurut Filasuf John Locke "ianya jelas melawan akal manusia yang normal, sebuah kerajaan berperlembagaan tanpa keadilan bagaikan sekumpulan perompak kejam!". Tiada sekelumit harapan untuk rakyat terus bebas di dalam demokrasi seperti ini. Perubahan wajib dilakukan!

AIC percaya bahawa tindakan ini jelas menggambarkan betapa terdesaknya Regim Najib Razak untuk terus berkuasa, ini mengingatkan rakyat tentang kes Perampasan Kuasa di Negeri Perak, mereka memperkudakan Sistem Kesultanan dan Mahkamah dalam menjayakan misi jahat mereka.mr

Khamis, 16 Disember 2010

Kampung Baru:Hak melayu akan terhapus

Kampung Baru:Hak melayu akan terhapus


Umno tak habis-habis,dari dulu, kini dan selamanya,memperjudikan nasib orang-orang melayu.
Ketuanan Melayu hanyalah gimik politik untuk mendapatkan sokongan orang-orang melayu sahaja.
Walahal merekalah yang menhancurkan Hak-hak orang melayu

Hasrat kerajaan untuk memansuh dan membubarkan Enakmen Malay Agricultural Settlement (MAS) dan Lembaga Pengurusan Petempatan Pertanian Melayu (Lembaga MAS) apabila Akta Perbadanan Pembangunan Kampung Baru 2010 dikuatkuasakan kelak, dikesali PAS Wilayah Persekutuan.

Rang Undang-undang Akta tersebut telahpun dibentangkan untuk bacaan pertama di Parlimen pada Selasa lalu oleh Datuk Raja Nong Chik, Menteri di Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.

Rang undang-undang tersebut akan dibahaskan pada sesi Parlimen bulan Mac akan datang.

Seksyen 57(1) dan (2) Rang Undang-undang tersebut secara jelas menyatakan berkenaan pembatalan dan pembubaran enakmen dan Lembaga MAS tersebut dan perkara ini mempunyai implikasi yang sangat besar terhadap survival pemilikan hartanah orang-orang Melayu di Kampung Baru.

Memetik laporan Harakahdaily, Penasihat Undang-Undang PAS Wilayah Persekutuan, Ahmad Zamri Asa’ad Khuzaimi, ini kerana kaedah-kaedah yang digariskan di bawah Enakmen MAS tersebut secara jelas memperuntukkan bahawa hartanah di Kampung Baru hanya boleh dimiliki dan dipindahmilik oleh orang-orang Melayu sahaja.

“Apa yang dibimbangi ialah dengan pemansuhan tersebut, tidak ada jaminan lagi hartanah Kampung Baru akan terus kekal seratus-peratus milik orang-orang Melayu di masa akan datang,” ujarnya.

Tambahan pula, jelasnya tafsiran “kepentingan orang Melayu” yang dimaksudkan dalam akta tersebut hanya merujuk kepada budaya, adat resam dan seni bina bangunan masyarakat Melayu sahaja dan tidak secara jelas menyatakan berkenaan pemilikan hartanah mesti kekal di tangan orang Melayu.

Ini, tambahnya diperkuatkan lagi dengan fungsi perbadanan yang dinyatakan di bawah Seksyen 14 akta tersebut bahawa perbadanan boleh berurusan dengan “mana-mana orang” untuk mengurus serta memindahmilik dan melupuskan aset Kampung Baru.

Kesudahannya, kata beliau jika rang undang-undang ini diluluskan kelak, maka milikan hartanah orang Melayu di Kampung Baru akan terancam dan tidak ada jaminan ia akan terus kekal.

Pembubaran Lembaga MAS juga, katanya merupakan satu tindakan yang langsung tidak menghormati badan tersebut yang telah berkhidmat lebih satu abad lamanya dan terus berkhidmat untuk penduduk Kampung Baru sehingga kini.

Menurutnya, tindakan kerajaan tersebut bukan sahaja membelakangkan penduduk Kampung Baru, malah ia menafikan langsung suara dan penglibatan wakil-wakil penduduk dalam proses pembangunan tanah dan masa depan mereka sendiri.

Tegasnya, Umno jelas sekali lagi mengkhianati amanah untuk menjaga survival dan milikan tanah orang-orang Melayu di negara ini.

Selepas tanah-tanah rezab orang Melayu semakin hari semakin mengecil jumlahnya, kini kampung-kampung tradisi dan warisan orang Melayu pula cuba diintai oleh tauke-tauke elit yang mendambakan keuntungan maksimum di kawasan segitiga emas bandaraya Kuala Lumpur ini,” katanya.

Beliau menambah, cadangan penubuhan Majlis Penasihat di bawah Seksyen 19 Akta tersebut yang diwakili oleh lima belas orang wakil masyarakat Kampung Baru pula sekadar melepaskan batuk di tangga dan jelas menampakkan ketidakjujuran dan ketidaktelusan Kerajaan.

Ini, katanya kerana akta tersebut menyatakan dengan jelas bahawa kerajaan tidak terikat untuk mengikut apa-apa, nasihat daripada wakil-wakil penduduk Kampung Baru tersebut.

Oleh itu, jelasnya peranan Majlis Penasihat tersebut hanya sebagai gimik politik semata-mata dan jelas tidak relevan langsung di kaca mata kerajaan.

PAS Wilayah Persekutuan, tegasnya mengulangi pendirian membantah penubuhan Perbadanan Pembangunan Kampung Baru tersebut dan menyokong penuh saranan Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo’Lo’ Mohd Ghazali untuk menubuhkan Badan Amanah yang diwakili oleh wakil-wakil penduduk Kampung Baru dan mereka yang berkepentingan langsung dalam pembangunan Kampung Baru tersebut.

“Proses pembangunan Kampung Baru perlulah dilakukan dengan telus dan mengikut pandangan dan suara hati anak-anak Kampung Baru sendiri,” ujarnya.tvs
Kontraktor Melayu memang berdaya saing

Kontraktor Melayu memang berdaya saing


BUKIT MERTAJAM 29 Nov. - Ketua Menteri, Lim Guan Eng dicabar mendedahkan secara terperinci nilai tender yang dianugerahkan kepada kontraktor bumiputera dan bukan bumiputera bagi membuktikan kepimpinannya benar-benar telus dalam mengagihkan projek kerajaan negeri.


Timbalan Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM), Datuk Mohamed Fadzill Hassan menegaskan, kenyataan Guan Eng bahawa 70 peratus bidaan kontrak kerajaan negeri dimenangi kontraktor bumiputera tidak mencerminkan realiti sebenar pengagihan projek secara adil.  (utusan)

*Kenyataan media oleh Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulau Pinang.*

Kontraktor Melayu dapat 100% daripada nilai projek JPS dan 98% daripada nilai projek JKR yang di bawah peruntukan kerajaan negeri. Projek JPS dan JKR di bawah dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan negeri.

TENDER YANG TELAH DILULUSKAN OLEH JAWATANKUASA TENDER JPS BAGI TAHUN 2008 HINGGA 2010
Kontraktor BumiputeraKontraktor Bukan MelayuJumlah
Jumlah (RM)40,944,933.80040,944,933.80
% Dari Segi Nilai100%0100%
Jumlah Bilangan18018
Jumlah Bilangan (%)100%0%100%


TENDER YANG TELAH DILULUSKAN OLEH JAWATANKUASA TENDER JKR DARI 1 JANUARI 2008 HINGGA 30 NOVEMBER 2010 (KERAJAAN NEGERI)
Kontraktor MelayuKontraktor Bukan MelayuJumlah
Jumlah (RM)20,407,640.94407,000.0020,814,640.94
% Dari Segi Nilai98%2%100%
Jumlah Bilangan16117
% Bilangan94%6%100%

Ini dengan sekaligus mematahkan fitnah jahat pemimpin UMNO dan juga sekutu UMNO seperti Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang (PKMM), Mohamed Fadzill Hassan. Mohamad telah mendakwa kenyataan saya bahawa 70% bidaan kontrak kerajaan negeri dimenangi kontraktor bumiputera tidak benar dan tidak mencerminkan realiti sebenar pengagihan projek secara adil. Mohamad Fadzill telah mencabar saya mendedahkan secara nilai tender yang dianugerahkan kepada kontraktor bumiputera kerana nilainya mungkin jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan habuan kontrak yang diterima kontraktor bukan bumiputera.

Angka sedemikian dengan sendirinya membuktikan bahawa kontraktor UMNO seperti Mohamad Fadzil hasad dengki dan marah terhadap kerajaan negeri PR semata-mata kerana mereka tidak memenangi kontrak seperti yang dulu. Atas kepentingan politik sempit UMNO dan BN, mereka sedia menabur fitnah kerana tidak dapat kontrak dulu sebagai kroni UMNO. Kalau Mohamad seorang beriman, maka lebih baik beliau meminta maaf dan menarik balik fitnah kepada kerajaan negeri PR Pulau Pinang.

Saya ingin menasihatkan Mohamad Fadzil supaya janganlah berpura-pura sebagai kontraktor kalau lebih berminat jadi orang politik yang sentiasa serang kerajaan negeri Pulau Pinang. Adalah lebih baik beliau letak jawatan sebagai YDP Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang dan bertanding dalam pilihanraya besar kalau nak jadi orang politik.

Sekiranya Mohamad tidak mahu letak jawatan, beliau harus mengakui salah dan meminta maaf kepada kerajaan negeri PR Pulau Pinang kerana menabur fitnah yang tidak berasas. Macam mana kerajaan negeri boleh bekerjasama dengan persatuan sedemikian yang dipimpin oleh seorang kroni UMNO yang begitu tebal sekali yang menabur fitnah melulu?

Sebelum ini saya telah menyatakan prinsip Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT) yang menjadi amalan kerajaan negeri terbukti apabila kira 70% bidaan kontrak di Pulau Pinang berjaya dimenangi oleh kontraktor Melayu. Utusan Malaysia dan pemimpin rasis BN sering menggambarkan beliau sebagai anti-Melayu sedangkan kerajaan negeri pimpinannya memartabatkan usahawan bumiputera yang berkebolehan dengan tawaran tender secara terbuka menerusi e-Perolehan.

Sudah sampai masanya kita jangan lihat daripada sudut perkauman tetapi professionalism dan kemampuan yang boleh martabatkan kita semua.

Sumber dari MR

Rabu, 15 Disember 2010

Ribuan dengar ceramah Anwar

Ribuan dengar ceramah Anwar




Walaupun penuh dengan sekatan polis, ia tidak menghalang orang ramai memenuhi kawasan lapang taman Melati dekat sini untuk mendengar sendiri penjelasan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan-rakannya tentang tuduhan terbaru para pemimpin Singapura melalui WikiLeaks.

Dan di majlis itu, Anwar tidak hilang karismanya sebagai pemimpin apabila berkata, “Adakah kamu fikir saya ini bodoh untuk memasuki perangkap apabila tahu ianya perangkap? Jangan cabar saya terlalu berlebihan! Saya akan dedahkan kes pembunuhan yang telah dilakukan dan cuba ditutup rapat.”

“Wikileaks, apa bukti kamu, bawa Lee Kuan Yew ke mahkamah. Saya tidak peduli, kamu fikir saya buat atau tidak. Itu bukan urusan saya. Kamu ada rakaman video atau catatan doctor, bawa ke mahkamah,” kata Anwar disambut tepukan gemuruh para penyokongnya.

Anwar merujuk kepada dakwaan para pemimpin Singapura dan diplomat mereka dalam apa yang dinamakan sebagai pendedahan oleh WikiLeaks melalui media Australia yang antara lain mendakwa Anwar telah diperangkap oleh musuhnya dalam kes sodomi dan Anwar sendiri memasuki perangkap itu.

Walaupun cuba diterangkan oleh para pemimpin Pakatan mengenainya, namun semua media tradisional negara menutupnya. Laporan WikiLeaks juga diambil tentang dakwaan Lee Kuan Yew terhadap Anwar sahaja tetapi laporan tentang pembunuhan Altantuya Shariibuu tidak disiarkan.

Di samping Anwar, turut berceramah adalah anggota Parlimen Shah Alam Khalid Samad, anggota Parlimen Batu Tian Chua, Tan Tee Kwong, Shamsul Iskandar dan juga Teresa Kok.

Tian Chua dalam ceramah itu berkata, pihaknya sedang berusaha supaya laporan WikiLeaks ini dibincangkan di Dewan Rakyat. Satu usul telah dibentangkan bagi membincangkan hal itu.

“Kita mahu Dewan Rakyat bincangkan laporan terhadap Anwar dan juga dakwaan terhadap Najib berkaitan dengan pembunuhan terhadap Altantunya yang juga disebutkan dalam dokumen WikiLeaks ini,” kata Tian.

Siang tadi, peguam Anwar mengumumkan pihaknya akan menyaman Lee Kuan Yew dan juga Tun Dr Mahathir yang berkata beliau yakin pemimpin Singapura itu tahu Anwar melakukan sodomi itu.

Anwar mula menjelajah negara mulai semalam. Esok 16 Disember, Anwar akan berada di Dataran Muhibbah, Kampong Ismail, Ampangan, Negeri Sembilan dalam siri Ceramah Perdananya sehinggalah 19 Disember ini yang akan berakhir di Pulau Pinang.Hd

Selasa, 14 Disember 2010

PRU 13 dijangka diadakan serentak

PRU 13 dijangka diadakan serentak


Pengumuman penangguhan pemilihan kedua-dua parti komponen terbesar Barisan Nasional, UMNO dan MCA telah mengundang ramalan bahawa pilihan raya umum mungkin diadakan serentak dengan pilihan raya negeri Sarawak pada tahun depan. Seandainya begitu, maka percaturan strategi Perdana Menteri Najib Razak adalah untuk memecah-belahkan kekuatan Pakatan Rakyat di Sarawak, untuk mengelakkan keputusan pilihan raya Sarawak daripada mempengaruhi peratus kemenangan BN dalam PRU yang akan datang.

Secara jujur Pengerusi Perhubungan PKR Sarawak Baru Bian  berkata, beliau tidak berharap PRU diadakan serentak dengan pilihan raya negeri Sarawak. Tetapi, "Saya juga tidak terperanjat seandainya BN mengadakan kedua-dua pilihan raya serentak," katanya Baru Bian.

Pada pendapat Baru Bian, Najib berhasrat untuk mengadakannya serentak, tetapi jelas Ketua Menteri Sarawak Taib Mahmud tidak berniat sebegitu. Namun, Baru Bian menyimpulkan perkembangan terbaru bahawa kedua-dua pihak Najib dan Taib Mahmud kelihatan telah mencapai muafakat untuk mengadakan pilihan raya serentak.

Pada masa yang sama, ahli parlimen Bukit Bendera-DAP Liew Chin Tong masih meragui kenyataan sama ada langkah PRU semakin menghampiri, atau sama ada ia akan diadakan serentak, tetapi beliau menekankan bahawa beliau "tidak menolak sebarang kemungkinan".

Liew Chin Tong berkata, berikutan pengumuman penangguhan pemilihan parti UMNO dan MCA, maka seandainya kekuatan PR terjejas dalam jangka ini, maka BN boleh "mengambil kesempatan" untuk mengadakan PRU.

Pengarah Pilihanraya PAS Pusat Abdul Halim Abdul Rahman pula secara peribadi menjangkakan bahawa BN akan mengadakan PRU serentak dengan pilihan raya negeri Sarawak. Beliau mengingatkan, penangguhan pemilihan UMNO selama 18 bulan tidak semestinya bermaksud PRU akan jatuh pada tahun 2011, "mungkin tahun 2012, malah tahun 2013."

Di samping itu, pemerhati politik Tang Ah Chai turut mengakui bahawa adanya "kemungkinan" di mana PRU diadakan serentak dengan pilihan raya negeri Sarawak. Meskipun kedua-dua PRK baru-baru ini tidak dapat mencerminkan sepenuhnya bahawa sokongan pengundi telah kembali kepada BN, namun Tang Ah Chai mengingatkan bahawa BN meraih undi sekali ganda lebih daripada keputusan PRU yang lalu.

Baru Bian mengakui bahawa PKR kini perlu bersiap sedia untuk kedua-dua PRU dan pilihan raya Sarawak. Tetapi dalam soal calon, secara berseloroh Baru Bian berkata, "Lebih mudah untuk memilih calon seandainya pilihan raya diadakan serentak, kerana lebih kerusi untuk diagihkan.".Berita penuh
Baca doa di Konvensyen DAP

Baca doa di Konvensyen DAP



Konvensyen DAP Pulau Pinang 2010 yang berakhir semalam menempa sejarah tersendiri apabila bacaan doa berkumandang buat pertama kalinya dalam sebuah persidangan parti berusia 44 tahun itu di Pulau Pinang, yang selama ini diuar-uarkan sebagai parti cauvinis perkauman.

Bacaan doa selama lebih kurang empat minit itu dipimpinkan oleh Yang Dipertua PAS Tanjung, Yaacob Omar yang turut menegaskan bahawa Islam adalah untuk semua umat manusia tanpa mengira kaum, fahaman politik mahupun darjat.

Dalam ucapan ringkasnya sebelum membaca doa tersebut, Yaacob berkata, tidak menjadikan satu kesalahan untuk mana-mana pihak untuk membacakan doa dalam majlis yang kebanyakannya dihadiri oleh bukan Islam kerana ajaran Islam itu membawa kebaikan kepada semua yang mengamalkannya.

Bacaan doa tersebut berkumandang sejurus selepas hampir 650 perwakilan yang menyertai konvensyen itu selesai menyanyikan lagu Negaraku, Lagu negeri Pulau Pinang dan lagu rasmi parti.

Puluhan ahli-ahli DAP berbangsa Melayu yang hadir pada pada konvensyen sehari itu menadah tangan mengaminkan doa berkenaan di samping beberapa ahli PAS Pulau Pinang yang turut hadir sebagai tanda sokongan atas perjuangan bersama dalam Pakatan Rakyat.

Bacaan doa bagi memohon kesejahteraan para peserta persidangan tersebut selain meminta pertolongan dan rahmat Allah Taala agar memberkati majlis dan perjuangan parti berkenaan adalah sesuatu yang asing bagi mana-mana DAP sebelum ini.

DAP yang kebanyakannya dianggotai oleh ahli-ahli berbangsa Cina sering dituduh sebagai cauvinis kaum itu kerana bilangan keanggotaannya yang lebih memihak kepada masyarakat Cina dan dakwaan cuba untuk meminggirkan orang Melayu serta India di negara ini.

Konvensyen kali ini turut menyaksikan seramai lapan calon Melayu daripada keseluruhan 88 calon bertanding bagi menawarkan diri untuk merebut 15 kerusi Jawatankuasa DAP Pulau Pinang dalam pemilihan dwi-tahunan itu, namun kesemua lapan calon itu kalah.

Namun, jawatankuasa DAP negeri memutuskan untuk melantik calon tunggal Melayu, Zulkifli Mohd. Noor untuk menjadi ahli jawatankuasa itu bagi penggal 2010 hingga 2012.

Selain Zulkifli, antara calon-calon Melayu yang bertanding ialah Kamarulzaman Mohd. Sharif, Mohd. Razali Abdul Rahim, Nurul Baizura Ismati, Yusof Mohamad, Rozaini Abdul Kadir dan Suhaimi Chee Mugther.

DAP sememangnya sukar untuk menarik orang Melayu bagi menjadi ahlinya setelah sering kali dituduh sebagai cauvinis sedangkan parti itu mendokong ideologi pelbagai kaum dengan berjuang untuk kepentingan rakyat tanpa mengira warna kulit, kaum, agama mahupun latar belakang.MR

Isnin, 13 Disember 2010

Wikileaks: Konspirasi peringkat tertinggi.

Wikileaks: Konspirasi peringkat tertinggi.


Pendedahan Wikileaks bahawa fitnah liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah rekayasa Polis Cawangan Khas Malaysia tidak boleh dipandang ringan dan mengesahkan hakikat bahawa pertuduhan itu membabitkan konspirasi peringkat tertinggi.

Menurut Parti KEADILAN Rakyat (KEADILAN) lebih memeranjatkan adalah pendedahan Wikileaks, bahawa pimpinan Singapura dan agensi perisikan negara itu sengaja mengiyakan fitnah itu kepada agensi perisikan Australia atau Office of National Assessment (ONA).

Menurut Pengarah komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad, pendedahan itu menimbulkan persoalan sama ada polis Malaysia mendapat kerjasama Singapura untuk menghakis bantahan Ahli Parlimen Australia bersabit perbicaraan Anwar yang dianggap berat sebelah dan tidak adil.

Nik Nazmi berkata penglibatan Cawangan Khas Malaysia dan agensi perisikan Singapura bersekongkol memfitnah Anwar menguatkan curiga rakyat tentang sebab sebenar kerjasama itu.

Ini kerana Ahli-Ahli Parlimen Australia, seperti ramai lagi anggota masyarakat antarabangsa, lantang mempersoalkan kebebasan pendakwaan terhadap Anwar.

“Apa yang perlu dipersoalkan ialah adakah wujud persekongkolan antara agensi perisikan Singapura dan pihak berkuasa di Malaysia dan kenapa pula dimaklumkan kepada Australia apabila kita tahu banyak wakil rakyat Australia yang selama ini mengecam perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim?

“Jadi bagi kita itu isunya yang jelas, kalau ada perkara lain mereka boleh bawa ke mahkamah. Sebab kita tahu perbicaraan selama ini ia satu pendakwaan dan membuktikan konspirasi politik tertinggi. Jadi bagi kita ini sekadar menguatkan lagi kita punya pandangan,” kata Adun Seri Setia itu.

Nik Nazmi mengingatkan bahawa Wikileaks mendedahkan maklumat pihak ketiga yang dikutip oleh pihak perisikan Australia dan disampaikan kepada pihak Jabatan Negara Amerika Syarikat.

Ini membabitkan pelbagai jenis maklumat termasuk pandangan peribadi dan khabar angin dikutip menerusi kabel-kabel diplomatik itu.

Nik Nazmi berkata Singapura harus mendedahkan risikan teknikal yang disebut oleh Wikileaks sebagai asas pihak perisikan negara itu dalam membuat kesimpulan mereka.

“Wikileaks melaporkan maklumat yang dikutip jabatan negara. Dia membebaskan kabel-kabel jabatan negara Amerika Syarikat. Jadi itu menurut wikileaks, Lee Kuan Yew maklumkan kepada agensi perisikan Australia, jadi maklumat itu kita tak mempertikaikan Lee Kuan Yew berkata demikian.

“Tapi itu tak menjejaskan apa-apa, tak mengalihkan terhadap soal perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tempang dan pendakwaan politik yang kita dakwa selama ini,” jelasnya.

Nazmi berkata apa yang jelas ialah pendakwaan kali kedua terhadap Anwar mengekalkan acuan sama dengan pendakwaan pertama.

Beliau menegaskan ketempangan proses perbicaraan serta kenyataan pakar perubatan yang lemah untuk pihak pendakwa, membuktikan bahawa tuduhan terhadap Anwar adalah konspirasi pihak tertinggi.

Ahad, 12 Disember 2010

Dewan Pemuda PAS Pusat akan mengadakan himpunan 30 ribu pemuda

Dewan Pemuda PAS Pusat akan mengadakan himpunan 30 ribu pemuda


Dewan Pemuda PAS Pusat akan mengadakan himpunan 30 ribu pemuda bagi mengumpulkan jentera pemuda berdepan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Himpunan tersebut dijadual diadakan pada 19 Februari tahun hadapan bertempat di negeri Kedah.

"Kita akan menyaksikan seluruh kekuatan pemuda dari seluruh negara berkumpul.

"Mereka akan mendengar amanat pimpinan utama PAS dan akan menerima watikah perlantikan untuk memenangkan PAS pada pilihan raya umum nanti," kata ketuanya, Nasrudin Hassan selepas mesyuarat bulanan dewan itu di pejabat PAS Gombak semalam.hd

Katanya, sementara sampai ke tarikh himpunan itu, satu road show ke seluruh negeri akan digerakkan bagi melihat gerak kerja pilihan raya di peringkat negeri dan kawasan.

"Tema road show ini adalah '2011 Masa Untuk Berubah' dengan membawa subtopik 'PAS Sedia Ganti Umno'," tambahnya lagi.

Ianya sebagai kesinambungan seminar 'PAS Ganti Umno' anjuran Lajnah Penerangan PAS yang di adakan di Shah Alam baru-baru ini.

Road Show itu juga jelasnya akan melibatkan penyertaan pimpinan Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan pemuda DAP (DAPSY).

Ketuanan Islam vs Ketuanan Melayu

Sementara itu, beliau turut memaklumkan satu forum bertajuk 'Ketuanan Islam atau Ketuanan Melayu?' akan dianjurkan dewan itu.

Ianya sebagai penjelasan kepada rakyat berhubung isu 'Ketuanan Melayu' yang sedang dimainkan pihak tertentu yang mahu membangkitkan sentimen perkauman.

Forum itu dijadualkan pada 26 Disember ini dengan menampilkan panel dari PAS, Umno dan tokoh agama.

"Kami DPPP mengambil langkah untuk memberi penjelasan kepada masyarakat .

"53 tahun BN memerintah, Melayu tak jadi tuan pun, malah tanah rizab Melayu pun habis," katanya.

Mewakili PAS, DPPP katanya akan menjemput Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa, manakala Dr. Mohd Puad Zarkashi dicadang mewakili Umno.

"Kita telah menghubungi bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin mewakili tokoh agama, dan beliau telah pun menyatakan persetujuan untuk bersama kita," katanya.

Sabtu, 11 Disember 2010

Kovensyen Pakatan Rakyat Kedua

Kovensyen Pakatan Rakyat Kedua


Kovensyen Pakatan Rakyat Kedua di Pulau Pinang minggu depan akan bertumpu kepada memperkasakan agenda bersama gagasan pembangkang itu untuk mempertahankan Perlembagaan Negara dan membela rakyat segenap lapisan tanpa mengira agama dan bangsa.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata persidangan itu akan turut mengatur langkah untuk menentang politik perkauman yang di bawa oleh Umno.

Anwar yang juga ketua umum Parti Keadilan Rakyat, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP Lim Kit Siang mengadakan mesyuarat pimpinan Pakatan Rakyat di ibu pejabat PKR petang tadi.

Mesyuarat ini diadakan seminggu sebelum konvensyen Pakatan Rakyat di Pulau Pinang dan ketika Umno semakin ghairah memutar beliltkan isu Ketuanan Melayu untuk membakar sentiment kaum itu.

PKR dan rakan-rakan menegaskan pemimpin Umno hanya menggunakan konsep Ketuanan Melayu untuk memperkayakan diri dan kroni manakala sebilangan besar masyarakat Melayu masih dicengkam kemiskinan dan kemunduran.

Anwar dan rakan-rakannya sekali lagi menegaskan hari ini mereka mendokong agenda bersama Pakatan Rakyat dan pada masa sama menentang politik perkauman, khususnya konsep ketuanan Melayu tajaan Umno.

"Kita ulangi keputusan dan muafakat kita bersama untuk mempertahankan agenda bersama pakatan rakyat dan mempastikan semua serangan dan fitnah UMNO yang membangkitkan isu kaum dan cuba menghakis keyakinan masyarakat melayu tidak memberi kesan kerana kita beri penegasan bahawa agenda kita berasas prinsip perlembagaan negara yang telah kita sepakati,"katanya.

Anwar berkata Umno semakin liar dalam menutup suara pembangkang dan ruang-ruang demokrasi yang sedia ada dalam usaha terdesak untuk memenangi pilihanraya umum akan datang.

Beliau merujuk kepada tindakan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen menghukum beliau tanpa memberikannya peluang mengemukakan bukti dan keterangan mengenai aktiviti syariat pro-zionis Apco Worldwide yang diupah oleh kerajaan umno-Barisan nasional.

Majoriti ahli jawatakuasa itu yang meluluskan hukuman itu adalah ahli parlimen Umno-BN.

Menurut sumber, Anwar akan digantung enam bulan dari parlimen.

Penasihat DAP Lim Kit siang berkata asakan Umno terhadap Anwar dan Pakatan Rakyat menyerlahkan rasa bimbang pemerintah terhadap pembangkang,

Justeru serangan Umno berpaksikan fitnah terhadap pakatan rakyat diperhebatkan sebelum pilihanraya umum.

"Konvensyen kedua PR di Penang adalah langkah yang penting untuk buat persiapan bagi PR yang dijangka berlaku bila-bila di tahun depan. Baru-baru ini kita lihat kempen yang amat agresif BN yang menabur fitnah dusta partti komponen PR yang menunjukkan mereka takut dan khuatir mengenai pengaruh pakatan rakyat,"katanya.

Abdul Hadi berkata ketiga-tiga parti komponen Pakatan Rakyat sepakat untuk menentang tindakan-tindakan Umno yang membelakangkan Perlembagaan dan mengangkat agenda bersama gagasan pembangkang itu.

"Kita telah meletakkan satu asas kukuh melalui kenyataan bersama dalam konvensyen pertama di Shah Alam yang berteraskan pada prinsip penting dalam perlembagaan yang berjaya melahirkan negara bermasyarakat majmuk. Apa yang perlu kita atasi ialah kegagalan Barisan Nasional dalam merealisasikan aspek yang diasaskan perlembagaa," katanya.tvs

Jumaat, 10 Disember 2010

Peguam Negara Palsukan Laporan Suruhanjaya Di Raja

Peguam Negara Palsukan Laporan Suruhanjaya Di Raja

Mantan Pegawai Kanan Polis Di Raja Malaysia (PDRM), Datuk Mat Zain Ibrahim dalam surat keduanya kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar hari ini menegaskan untuk mendakwa bahawa Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail terlibat secara langsung dalam menyorok dan memalsukan dokumen berhubung kes mata lebam, mantan Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang merujuk kepada jawapan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada 2 Disember lalu berkata pendirian PDRM dalam menyediakan jawapan tersebut jauh berbeza, malahan bertentangan dengan pendirian PDRM, ketika menangani siasatan insiden tersebut.

"Wajar saya tegaskan, pendirian PDRM ketika itu, adalah untuk menjalankan siasatan “without fear or favour; leaving no stone unturned;and to get it over with as soon as possible” dan tidak ada sebarang “cover-up” untuk sesiapa pun.

"Namun begitu pendirian kali ini nampaknya cenderung kepada melindungi orang-orang tertentu," katanya.

Ujarnya, pada ketika penyiasatan kes tersebut, beberapa dokumen penting dalam kertas siasatan itu, pernah dihilangkan ketika di tangan Peguam Negara dan pihaknya terpaksa menggantikannya dengan salinan pendua.

"Malah keseluruhan kertas siasatan berkenaan pernah “dihilangkan” sementara, selama lebih kurang 3 minggu (di antara 30 Oktober 1998 hingga 20 November 1998)

"Tidak hairan jika berlaku kekurangan kandungan kertas siasatan itu, kerana ia tersorok lama di Jabatan Peguam Negara.

Mat Zain kemudiannya menegaskan beliau turut merakamkan perkara-perkara penting dalam perharian rasmi (official diary) khususnya bagi memelihara kerahsiaan identiti individu dan maklumat penting yang diterima berkaitan siasatan kes itu.

"Selain daripada diari penyiasatan tersebut, saya telah menyediakan ringkasan bukti-bukti (summary of evidence) dalam minit-minit bertarikh 15 sehingga 29 Oktober 1998 dan 27 Januari 1999 yang dijadikan sebahagian daripada diari itu.

"Kesemuanya saya edarkan mengikut prosedur edaran kertas siasatan, kepada Peguam Negara dan jika terdapat rakaman diari atau minit saya yang palsu atau tidak benar,sudah lama saya telah dikenakan tindakan Mahkamah.

DAP Selangor telah melantik lima anggota baru termasuk seorang Melayu,

DAP Selangor telah melantik lima anggota baru termasuk seorang Melayu,

DAP Selangor telah melantik lima anggota baru kedalam Jawatankuasa Negeri termasuk seorang Melayu, Azman Masri, namun Exco kerajaan negeri, Ronnie Liu tertinggal dalam senarai pimpinan negeri kali ini.

Menurut Ean Yong Hian Wah , Setiausaha DAP Selangor yang baru dilantik, kelima-lima mereka dilantik dalam mesyuarat pertama jawatankuasa itu semalam, setelah mereka dipilih dalam konvensyen negeri sebelum ini.

Mesyuarat itu diadakan buat pertama kali selepas kesemua mereka dipilih oleh konvensyen DAP Selangor yang adakan sebelum ini.

Lima ahli yang dilantik adalah Azman Masri (ahli majlis Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB), Ganabatirau Veraman (peguam, aktivis dan ahli majlis Majlis Bandaraya Shah Alam dan bekas tahanan ISA), Lee Kee Hiong (ahli majllis Majlis Perbandaran Kajang), Ang Leng Kiat (ahli majlis Majlis Bandaraya Shah Alam) dan Lwi Kian Keong (ahli majlis Majlis Perbandaran Sepang).

Barisan penuh DAP Selangor adalah Teresa Kok (pengerusi), Tony Pua (Timbalan Pengerusi), Teng Chang Khim dan Charles Santiago (Naib Pengerusi), Ean Yong Hian Wah (Setiausaha) Ng Suee Lim (timbalan Setiausaha), Hannah Yeoh (Bendahari), Lau Weng San (Setiausaha Program), Teo Nie Ching (Penolong Setiausaha Program), Jenice Lee (Setiuasaha Publisiti), Lim Soon Hong (Penolong Setiausaha Publisiti), Tiew Way Keng (Pengarah Pendidikan Politik).

Ahli-ahli adalah Gobind Singh Deo, S.Ramakrishnan, T.Kannan, Azman Masri, Ganabatirau Veraman, Lee Kee Hiong, Ang Leng Kiat dan Lwi Kian Keong.hd
Tender Kementerian Pertahanan diberikan kepada kroni Umno

Tender Kementerian Pertahanan diberikan kepada kroni Umno


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendedahkan tindakan kerajaan Umno-Barisan Nasional(BN) memberikan projek-projek lumayan Kementerian Pertahanan berjumlah lebih RM2 bilion kepada seorang dua individu.

Beliau berkata tindakan itu membuktikan Umno hanya menggunakan slogan Ketuanan Melayu untuk memperkayakan kroni.

Anwar berkata sejak tahun 2008, seorang individu bernama Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal percayai dari Umno Bukit Gantang Perak telah diberikan pelbagai tender berjumlah RM2 bilion.

"Ada tender yang dikeluarkan, tender terhad sejak 2008 yang diberikan kepada dua orang. Sebanyak 16 syarikat bumiputera dipelawa tetapi kebanyakan syarikat itu, seperti dokumen yang terdapat di tangan saya. 'Suruhanjaya Syarikat Malaysia sebenarnya dipunyai oleh satu orang.

"Jadi ada seolah satu pakatan di peringkat tertinggi kementerian pertahanan dengan satu dua orang tokoh Umno atas nama Melayu. Jadi Melayu ini, ketuanan Melayu ini hanya menguntungkan dua tiga orang dan lain itu pasukan sorak menyokong mereka.

"Saya bagi contoh berdasarkan bukti mengapa kementerian sering mengelak mengadakan tender terbuka. Mengapa 16 syarikat ini sahaja dipelawa sedangkan banyak lagi syarikat bumiputera yang cukup kelayakan memenuhi kriteria yang harus diajak untuk bersama," kata Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Datuk Seri Anwar menunjukkan dokumen-dokumen berkaitan untuk membuktikan bahawa tender-tender Kementerian Pertahanan diberikan kepada kroni Umno itu berkenaan dengan sewenang-sewenang-wenangnya.

"Ada syarikat, Gahmata Sajian Sdn Bhd penswastaan perkhidmatan katering Angkatan Tentera Malaysia bagi kawasan Sabah, Sarawak dan Labuan nilai RM 800 juta dipunyai oleh seorang bernama Syed Abu Hussin tanpa tender runding terus dari Mindeft.

"Kemudian diberi satu lagi syarikat. Nama lain. Namanya Komatra Sajian Sdn Bhd, penswastaan perkhidmatan katering Angkatan Tentera bagi zon Utara dan Timur Semenanjung. Nilai RM 600 Juta.

"GPB COrporation Sdn Bhd kontrak 1 Jan 2009 nilai RM 300 juta ringgit. Tuan Punya, dan alamat daftar pun sama No 10 level 2 Damai Kompleks Tuan Punya, Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, tiada Melayu lain," katanya.

Datuk Seri anwar kesal kerana pemberian kontrak-kontrak lumayan kepada kroni Umno dari Perak bukan sahaja membelakangkan kepentingan Kementerian Pertahanan sendiri tetapi meminggirkan keutamaan untuk membantu bumiputera umumnya.

"Apa hubungan Melayu ini dapat sampai RM2 bilion.

"Apakah ini bukan satu kompromi terhadap mutu dan kepentingan Kementerian Pertahanan? Apakah ia satu usaha mengetepikan kepentingan ramai pasukan tentera? Apakah ini tanda, kita betul-betul patriotik kepada negara dengan memunggah kekayaan, memperkaya satu, dua orang melalui perbelanjaan ketenteraan," terangnya.

Sebelum ini pada Mac tahun lalu, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dalam satu kenyataan akhbar mendedahkan penyelewengan dalam Kementerian Pertahanan mengenai proses perolehan dan mempunyai unsur kronisme bagi pemimpin negara.

Orang yang bernama Syed Abu Hussin Bin Hafiz Syed Abdul Fasal tidak asing lagi bagi kakitangan dan kontraktor-kontraktor Kementerian Pertahanan. Pada masa yang sama, beliau juga merupakan ahli Umno (No ahli: 00924477) dari Bahagian Bukit Gantang, Perak.

Beliau mempunyai lebih 30 syarikat di mana beliau merupakan ahli lembaga pengarah ataupun pemegang syer. Melalui syarikat-syarikat ini, beliau berjaya menguasai hampir 90 peratus projek-projek pembekalan bagi Kementerian Pertahanan yang mencecah ratusan juta ringgit.tvs

Rabu, 8 Disember 2010

Anwar mempertikaikan undang-undang yang digunapakai dalam menafikan haknya

Anwar mempertikaikan undang-undang yang digunapakai dalam menafikan haknya

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa dukacita dengan tindakan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana enggan membenarkan beliau membela diri.

Bercakap kepada media selepas ketegangan di dalam Dewan Rakyat tengahari tadi, Anwar mempertikaikan undang-undang mana yang digunapakai dalam menafikan haknya untuk mempertahankan diri dari dakwaan.

"Keseluruhan proses siasatan dijalankan dengan cara yang amat mencurigakan. Prinsip siasatan adalah jawatankuasa dibentuk, panggil tertuduh untuk memberi keterangan, tuntut bukti dan dokumen berkaitan. Tetapi semua ini tidak dilakukan," katanya.

Minggu lalu media melaporkan jawatankuasa terbabit tidak mahu mendengar sebarang keterangan dari Anwar, dan mana-mana saksi.

Jawatankuasa itu dilaporkan akan mengadili dan menghukum nasib pemimpin reformasi ini berdasarkan kepada surat penjelasan bertarikh 19 Ogos dari firma perunding, Apco Worldwide, yang dipercayai mempunyai kaitan dengan elemen Israel-Zionis.

Ahli Parlimen Bukit Gelugur, Karpal Singh dan Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah yang menganggotai jawatankuasa itu menarik diri sebagai tanda bantahan.

Sebelum ini, pertubuhan pro-Zionis tertua di dunia, B'nai B'rith, melabel Anwar Ibrahim sebagai musuh ketat gerakan Zionis.

Seiring dengan itu, Umno-BN juga mahu tindakan diambil terhadap Anwar selepas Ketua Pembangkang itu mengkritik slogan 1 Malaysia mempunyai persamaan dengan slogan 1 Israel, yang digunapakai oleh Perdana Menteri Israel, Ehud Barak, pada 1999.

Firma Apco Worldwide dilantik oleh Umno-BN bukan sahaja untuk membantu urustadbir kerajaan, tetapi juga mengekang kemaraan Pakatan Rakyat, seperti yang diberitahu oleh Ahli Parlimen, Kota Belud Rahman Dahlan kepada Dewan Rakyat, 22 April lalu .tvs

Selasa, 7 Disember 2010

17 Dis:Kempen Saman Felda besar-besaran

17 Dis:Kempen Saman Felda besar-besaran


Sejak ditubuhkan pada 1956, banyak isu-isu penindasan kritikal terhadap dua juta peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan atau FELDA.

Antaranya ialah tuntutan wang tanam semula, kadar perang gred serta penipuan dan penyelewengan di peringkat pengurusan walaupun peneroka telah bertindak membuat aduan dan menghantar memorandum.

Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat, Mazlan Aliman memberitahu 17 Disember depan. Peneroka menerusi Pakatan Rakyat akan melancarkan Kempen Saman Felda Besar-besaran bagi menuntut hak peneroka yang selama ini diperkosa oleh agensi itu.

“Datuk Sri Anwar Ibrahim mengetuai Pakatan Rakyat bersama Tuan Ibrahim Tuan Man serta pemimpin-pemimpin DAP akan melancarkan Kempen Saman Felda besar-besaran di Gugusan Bera Pahang 17 Disember ini,” jelasnya.

Kempen ini juga akan menyaksikan sekurang-kurannya seribu peneroka dari Pahang akan menyerahkan saman terhadap FELDA.

“Kalau perkara ini berlaku,Kerajaan BN akan mencatat sejarah dunia kerana berdepan dengan saman rakyat yang terbesar di dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian dihadapan hampir 2500 rakyat dari seluruh negara pada Program Makan Malam Rakyat Marhaen anjuran PAS menerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat yang berlangsung semalam di Stadium Kajang.

Sebagai rekod, Lajnah ini berperanan menangani isu-isu berkaitan tanah dengan lebih spesifik yang kini baru berusia setahun setengah setelah diluluskan dalam Kabinet Baru Pas Pusat dan kini mempunyai hampir 50 cawangan disetiap FELDA seluruh negara.

Menurut Mazlan, walaupun peneroka membuat aduan dan mengahantar memorandum tetapi sehingga kini, tiada satu tindakbalas dari kalangan pemimpin Barisan Nasional, maka peneroka tidak teragak-agak untuk melancarkan kempen ini.

Tambahnya lagi, kekejaman FELDA bukan sahaja membuka mata para peneroka malah ia juga dihidu dan menginsafkan kakitangan FELDA sendiri sehingga menyaksikan hampir lima ribu kakitangannya bersara awal dan bercadang ingin menubuhkan badan bertindak untuk membantu para peneroka seluruh negara.

“Lebih daripada 5 ribu kakitangan yang pencen mahupun bersara awal, ada yang bertemu dengan saya tanpa segan silu menyatakan rasa berdosa dan bersalah kerana mereka terlibat secara lansung dan tidak langsung berkompromi dengan FELDA menindas peneroka.

“Dan ada di antara mereka mencadangkan kepada saya agar ditubuhkan satu badan untuk bekas kakitangan FELDA sekurang-kurangnya mereka boleh menebus kesalahan dan dosa mereka dengan cara mereka memberikan khidmat mereka untuk turun ke tanah rancangan FELDA untuk menerangkan hakikat yang sebenarnya,” katanya.sk
Perutusan Maal Hijrah 1432:Dari Presiden PKR

Perutusan Maal Hijrah 1432:Dari Presiden PKR



Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam perutusan Maal Hijrah 1432 menyeru supaya konsep pentadbiran Rasulullah SAW direnung kembali, di mana baginda tidak pernah melaung-laungkan slogan perkauman atau retorik ‘ketuanan Arab’ dalam usaha mendapatkan sokongan dari penduduk Madinah.

Menurutnya, rakyat seharusnya mengambil iktibar dan semangat yang diwariskan oleh Rasulullah SAW dalam menegakkan keadilan dan kebebasan di negara ini serta menjamin hak-hak rakyat tanpa mengira agama dan kaum.

"Mengimbau rentetan sejarah, 1432 tahun lalu Di Madinah, Rasulullah SAW telah membina sebuah tamadun dan pemerintahan yang berteraskan keadilan, kebebasan, integriti dan prinsip tadbir urus yang baik.

"Selain menjamin hak umat Islam, pentadbiran Rasulullah SAW juga turut memelihara kebajikan golongan bukan Islam dan kaum Yahudi yang sebelum ini begitu mencurigai sistem keadilan Islam.

"Jika direnung kembali konsep pentadbiran Rasulullah SAW,- meski pun Baginda berbangsa Arab Quraisy — tidak pernah sekali pun Baginda melebih dan meletakkan keutamaan kepada kaumnya semata-mata.

"Baginda juga tidak pernah melaung-laungkan slogan perkauman atau retorik ‘ketuanan Arab’ dalam usaha mendapatkan sokongan dari penduduk Madinah," katanya.

Justeru ujar Wan Azizah, atas semangat dan iktibar yang telah diwariskan oleh Rasulullah SAW dan para khalifah Islam terdahulu, marilah kita sama-sama membina tekad dan iltizam untuk berhijrah dari kebobrokan ke arah kebaikan dengan menegakkan keadilan dan kebebasan di negara ini serta menjamin hak-hak rakyat tanpa mengira agama dan kaum.tvs

Isnin, 6 Disember 2010

Rakyat selangor nak air Najib beri air


Apabila kerajaan kedah menaikan tariff air,puak-puak umno/bn berdemo membantah kenaikannya.
Bila kerajaan Pakataan rakyat selangor hendak memberikan air percuma kepada rakyat,puak-puak umno/bn membantah juga.Rakyat selangor terpaksa turun padang,berdemo untuk menuntut air percuma dari puak-puak umno/bn sehingga di berikan banyak air oleh pihak polis yang di tunggangi oleh puak-puak umno/bn ini.


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan penstrukturan semula industri air Selangor sebagai satu isu serius kerana ia membabitkan kepentingan rakyat secara keseluruhannya.

Sehubungan itu, beliau meminta semua pihak terlibat mengetepikan soal politik supaya keutamaan dapat diberikan kepada masalah rakyat.

Menurutnya, dalam apa keadaan sekalipun isu yang melibatkan masalah rakyat perlu melebihi daripada segala-galanya.

''Dalam masalah air ini kerajaan negeri berada pada kedudukan yang berbeza, namun begitu kita akui ia merupakan satu isu serius dan seharusnya pihak terbabit mengetepikan soal parti politik," katanya selepas menghadiri Konvensyen Barisan Nasional (BN) 2010 di Wisma MCA di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai isu penstrukturan semula air di Selangor.

Hari ini, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengemukakan memorandum mengenai penstrukturan semula industri perkhidmatan air Selangor kepada Istana Negara bagi memohon campur tangan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin berhubung isu itu.

Memorandum itu diserahkan kepada Pegawai Akhbar Istana Negara, Khairi Abdul Rahman kira-kira pukul 2.15 petang.

Antara kandungan memorandum itu memohon Seri Paduka menitahkan hak air yang kini dikendali Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dikembalikan kepada Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor.

Kenyataan Najib tentang isu air,seperti cakap tak serupa bikin

Ahad, 5 Disember 2010

Demo Air:Bermandikan Air

Apabila pihak polis di tunganggi oleh parti politik,maka keganasan pun tercetus.
Demo bantahan air secara aman telah tercemar oleh keganasan pihak polis,jikalau pihak polis tidak 
menyekat demo ini atau membiarkan secara aman nescaya tiada sebarang bentuk keganasan terjadi.



Pasukan polis telah melepaskan gas pemedih mata dan menyembur airi ke arah lebih 2,000 penunjuk perasaan yang cuba untuk menyerahkan satu memorandum tentang isu air di Selangor kepada Istana Negara, Ahad.

Penunjuk perasaan tersebut yang telah berkumpul di Masjid Negara sejak pukul sembilan pagi tadi, memulakan perbarisan mereka ke istana itu pada kira-kira pukul 1.30 petang tadi.

Mereka kemudiannya menuju ke stesen kereta api sebelum Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) cuba menghalang mereka.

Bagaimanapun pihak FRU terpaksa melepaskan beberapa gas pemedih mata dan memancut air ke arah mereka apabila mereka berjaya menembusi kawasan itu.


Terdahulu, polis melakukan sekatan jalan raya dan mengawal ketat jalan menuju ke Istana Negara.
Empat penyakit yang melanda BN

Empat penyakit yang melanda BN

Di dalam Teks ucapan PM pada konvensyen BN,Najib mengakui bahawa Umno/Bn semakin di benci oleh rakyat,oleh sebab 4penyakit yang melanda mereka.

Sebab itulah, pasca Pilihanraya Umum 2008, semasa merasmikan Persidangan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO pada tahun tersebut, saya telah dengan tegas mengingatkan bahawa UMNO harus berubah atau berisiko untuk rebah. Saya membunyikan semboyan tersebut kerana menyedari empat penyakit lazim sering melanda parti-parti yang sudah lama berkuasa.

Empat penyakit tersebut ialah delusion atau khayalan, amnesia atau kelupaan, inertia atau kejumudan dan arrogance atau keangkuhan. Hakikatnya, parti yang terlampau lama berkuasa jarang melakukan muhasabah atau introspeksi terhadap kelemahan diri.

Pertama, penyakit delusion kerana berasa khayal dan terawang-awang bahawa sokongan yang diterima daripada rakyat akan berterusan; kedua, penyakit amnesia kerana sudah terlupa akan sebab musabab atau tujuan perjuangan asal; ketiga pula, penyakit inertia yang terjadi apabila enggan membuat pembaharuan dan perubahan. Seterusnya pula, yang keempat, adalah penyakit arrogance yang mencerminkan sikap tidak boleh menerima teguran ramai. Sesungguhnya, semua penyakit tersebut terutamanya keangkuhan akan hanya menyebabkan rakyat benci dan merasa menyampah.

Oleh itu, tidak dapat tidak, keempat-empat gejala penyakit ini perlu dielak, dibuang jauh dan dikikis sebelum rasa sayang berubah menjadi benci, harapan menjadi kemarahan, sokongan menjadi penentangan. Untuk bangun kembali, kita mesti mencari formula pemulihan dan melaksanakan pelan tersebut secara konsisten. Itulah yang sedang kita usaha dan sedang kita lakukan. Barulah nanti akan memperoleh kemenangan besar yang diidam-idamkan.
(ucapan penuh)
Terkini:Bantahan Kenaikan Air

Terkini:Bantahan Kenaikan Air


Berikut adalah laporan terkini sekitar suasana dan keadaan di beberapa kawasan di Masjid Negara, Masjid Jamek dan Istana Negara bagi program perhimpunan aman "Kembalikan Hak Air Kepada Rakyat".

11.15am - Polis kini mengadakan sekatan jalan raya di susur keluar Sungai Besi menuju ke Istana Negara.

11:10am - Di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, suasana masih lengang. Difahamkan beberapa sekatan jalan raya dilakukan oleh pihak polis bertujuan menghalang orang ramai dari berkumpul. Antaranya di Sungai Buloh, Ijok dan Batu 3. Turut difahamkan operasi komuter di stesyen Batu 3 Shah Alam juga turut terjejas.

10.50am - Polis telah menutup Jalan Kinabalu. Kira-kira tujuh trak FRU dan sebuah trak meriam air ditempatkan di depan Istana Negara. Sekumpulan 20 anggota polis biasa turut mengawal di sekitar kawasan berkenaan. Sementara jurukamera TVS, Mohd Hanafi yang membuat lliputan di kawasan berkenaan telah ditahan dan disoalsiasat oleh sekumpulan anggotan polis sebelum dibebaskan beberapa minit kemudian.

10.30am - Kira-kira 100 anggota Unit Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) polis berada di sekitar Jalan Travers

10.00am - Seawal jam 8.30 pagi pasukan polis menggerakkan anggotanya mengawal setiap pintu masuk Masjid Negara. TVSelangor dimaklumkan, semua pintu masuk ke perkarangan masjid berkenaan ditutup dan dikawal ketat yang dirancang Kerajaan Selangor tvs

Sabtu, 4 Disember 2010

hidup rakyat yang makin hari semakin susah

hidup rakyat yang makin hari semakin susah

Kerajaan Umno-BN langsung tidak mengendahkan rakyat jelata kerana didapati kerajaan boros berbelanja wang rakyat tanpa mengira kesannya terhadap rakyat.

Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata tindakan Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (Pemandu) di bawah Jabatan Perdana Menteri yang sudah membelanjakan RM66 juta bagi penubuhannya mencerminkan sikap kerajaan yang seolah-olah tidak berkait dengan rakyat.

"Pemandu ini, tak perlu kalau dah tak pandai, tak perlulah pergi bayar upah. Maknanya kerja-kerja yang dibuat di bawah Pemandu dan JPM, maknanya mereka ini seolah-olah tak tahu buat kerja dan kemudian terpaksa membayar syarikat-syarikat asing untuk mentadbir negara hingga melebihi RM60 juta," tegas beliau.

Beliau berpendapat kerajaan Ummno-BN mungkin berfikir bahawa kerajaan tidak ada kaitan dengan rakyat dan kerajaan berhak berbelanja suka hati, bermewah dan membazirkan wang rakyat.

"Tetapi rakyat, hidup rakyat yang makin hari semakin susah dia (kerajaan) tak kisah, 'they dont care'. Seolah-olah kerajaan merasakan tiada kena mengena. Rakyat, itu rakyatlah dan kerajaan, itu kerajaanlah. 'they dont care about the people'," kata beliau lagi.

Beliau seterusnya menjelaskan sehingga kini Pemandu masih tidak dapat menyelesaikan isu bayaran emolumen ataupun gaji kakitangan kerajaan yang amat besar iaitu hampir 40 peratus daripada belanjawan negara, iaitu kira-kira RM120 bilion.

Azan turut mempersoalkan tujuan penubuhan Pemandu kerana walhal pelanjaan molummen mmasih tidak dapat diselesaikan, inikan pula masih sanggup membayar syarikat asing.

"Kerajaan boleh berbelanja sesuka hati dan bila-bila masa mereka mahu tetapi rakyat terpaksa tutup mulut, mereka tidak boleh memberikan reaksi dan terpaksa menerima sahaja apa yang dilontarkan terhadap mereka. Inilah contoh kerajaan yang digelar kerajaan 'langit', bukan kerajaan 'rakyat', bukan kerajaan yang mementingkan rakyat," tegas beliau lagi.
Kembalikan Hak Air Untuk Rakyat

Kembalikan Hak Air Untuk Rakyat


Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tidak boleh lagi berkompromi dan perlu mengajukan isu air ini ke peringkat tertinggi bagi memastikan rakyat negeri Selangor dan Kuala Lumpur terus dimangsakan Umno-Barisan Nasional(BN).

Demikian kata Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid menganggap perhimpunan ‘Kembalikan Hak Air Untuk Rakyat’ bagi menghantar memorandum kepada Yang Di Pertuan Agong Ahad ini sebagai kesinambungan kepada perjuangan rakyat menentang penindasan Umno terhadap rakyat negara ini.

“Yang jelas patut dipaparkan kulit yang sebenar, kerajaan negeri telah bertungkus lumus membantu rakyat. Umno terus menekan rakyat dengan mewakilkan kepada SYABAS. Dan SYABAS berperanan dalam permainan ini untuk memangsakan rakyat Selangor dan Wilayah. Kerajaan Selangor tidak boleh mengkompromi lagi dan YDP Agong adalah tempat rakyat mengadu.” beliau berkata demikian ketika ditemuramah Selangorkini di sini hari ini.

Perhimpunan di Masjid Negara itu dijadualkan berlangsung esok dengan dijangka ribuan rakyat berpakaian merah berkumpul bagi meluahkan rasa tidak puas hati mereka mengenai cadangan kenaikan tarif air Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) diketuai oleh Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Kerajaan Negeri Selangor sebelum ini menawarkan untuk membeli dan mengambil alih SYABAS dan empat syarikat pengurusan Air lain di negeri ini bagi memastikan perkhidmatan air lebih efisien dan baik.

Abdullah Sani turut menempelak arahan polis yang melahirkan kemungkinan protes itu bakal berdepan tindakan ganas persis peristiwa Demontrasi Bersih 2007 dan Anti ISA pada 2009 dan 2010.

Bagi beliau semua itu mainan politik parti pemerintah kerajaan pusat.

“Sejak bila perhimpunan dikatakan perhimpunan halal, selain dari Umno yang buat program itu. Dalam negara, undang-undang kita ni berat sebelah. Penguasaan kita sejak dari tahun 1957 itu, kalau dari BN, dihalalkan, selain dari BN diharamkan,” justeru beliau berjanji bahawa pemimpin Pakatan Rakyat akan terus teguh membela rakyat tanpa mengira risikonya.

“Dari dulu lagi itulah ugutan yang kita terima, itulah permainan polis kepada rakayt Malaysia. Tapi kita pinggirkan semua itu, kalau kita ikut agenda ketakutan, kita takkan maju. Itu untuk rakyat, teruskan untuk kita dimasuk lokap itu hak dia lah. Yang jelas kita tak akan undur kerana ini untuk rakyat. Persetankan ugutan ini,” tegasnya.sk