Rabu, 3 November 2010

Umno mungkin akan menipu undi di Galas


GALAS, 2 NOV: PAS hari ini mendedahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan membawa empat peti undi orang Asli ketempat pengumpulan sebelum undi dikira pada 4 November nanti menggunakan helikopter.

Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun berkata, pihak PAS membuat keputusan untuk menghantar surat kepada SPR esok bagi membantah keputusan itu justeru akan mengambil tindakan mahkamah sekiranya mereka menolak.

Beliau menambah, keghairahan Umno-Barisan Nasional(BN) mendapatkan sokongan orang Asli menjelang dua hari sebelum pilihan raya kecil DUN Galas memaksa PAS mendedahkan perkara ini kerana meragui kemungkinan berlaku penipuan undi ketika pemindahan kotak undi dibuat.

Abdul Fatah melihat tindakan SPR menukar prosedur pengundian di DUN Galas mencerminkan tindakan terdesak parti BN untuk meraih undi majoriti melalui kaum Asli.

Menurut perangkaan, jumlah undi Orang Asli di DUN Galas sebanyak 1926 orang.

Mengikut prosedur awal, setelah undi dikira di pos undi, pegawai SPR akan menandatangani Borang 14 dan menyerahkan kepada ejen parti sebelum dibawa ke pusat pengumpulan undi. Namun hari ini maklumat yang diterima menyatakan SPR akan mengira undi di pusat pengumpulan setelah proses pengundian selesai.tvs

Related Posts

Umno mungkin akan menipu undi di Galas
4/ 5
Oleh