:
Home » » Soberi Keluar Parti UMNO

Soberi Keluar Parti UMNO

Isnin, 1 November 2010 | 0 comments


Menjelang Pilihanraya Kecil DUN Galas 3 hari lagi, UMNO menerima kejutan hebat apabila Mohd Soberi Shafii menghantar surat memohon keluar dari parti itu.

Beliau yang pernah menjadi Setiausaha Kerja Pergerakan Pemuda Umno Kelantan menghantar permohonan itu kepada pejabat Umno dan dicop pengesahan penerimaannya jam 10.45 pagi tadi.

Soberi membuat pengumuman keluar Umno dalam satu sidang media bersama rakan-rakannya di Hotel Istana, hari ini selepas tepat 38 tahun menjadi ahli dan memegang pelbagai jawatan dalam Umno.

Beliau menyifatkan, pemimpin Umno yang ada sekarang bukannya mementingkan parti lagi tetapi menjaga kepentingan diri sendiri dan kroni masing-masing.

"Umno khasnya Umno Kelantan lupakanlah khayalan masing-masing untuk menawan Kelantan bahkan kerusi (Umno) yang ada pun akan hilang dalam pilihan raya umum akan datang," kata Soberi yang pernah menjadi calon BN di Dun Kadok, Kelantan pada tahun 1995 lalu.

Soberi berkata, sikap berpuak-puak Umno khasnya di Kelantan akan menggagalkan segala visi dan misi baik yang dicanangkan oleh Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak dalam perhimpunan agung Umno baru-baru ini.

"Sebab itulah, selepas seminggu perhimpunan agung, saya mengambil keputusan ini," katanya.

Mengulas pilihan raya kecil Galas yang menunjukkan seolah-olah pemimpin Umno bersatu apabila Tengku Razaleigh dipilih sebagai pemimpin manakala Datuk Mustapha Mohamad sebagai timbalannya.

"Di Galas di atas bolehlah nampak bersatu tetapi siapa tahu apa yang berlaku di bawah sana. Saya yakin cantas mencantas berlaku," kata Soberi.

Soberi berkata, selepas keluar Umno beliau akan menjelajah seluruh Kelantan untuk berjumpa dengan rakan-rakan yang senasib dengan beliau.-tvs

Lihat lagi cerita sama di sini

politik kedai kopi:
Selalunya apabila tidak dapat cari makan , di dalam sesebuah pati politik mereka akan melompat keluar.
Jadi awas parti politik yang akan menerimanya,apakah ia masuk atas sebab perjuangan parti atau atas senang hendak cari makan.
Kongsikan :

0 comments:

Catat Ulasan

Sila berkongsi maklum balas anda dalam ruang perbincangan atau FB dan memfailkan apa-apa fakta yang anda dapati melalui pengalaman dan pengetahuan anda.

Ulasan isu hendaklah dengan fikiran terbuka, supaya setiap ulasan akan memberi manfaat kepada semua.

Berbahas atau bertukar-tukar pendapat,agar yang kurang kita tambahkan,yang lebih kita berikan.

 
Copyright © 2011. Politik kedai kopi - All Rights Reserved
Template Modify by Politik Kedai Kopi
Proudly powered by Blogger