:
Home » » Peruntukan untuk kawasan Parlimen di songlap umno

Peruntukan untuk kawasan Parlimen di songlap umno

Selasa, 2 November 2010 | 2comments



"Sory YB! Kita beri kepada Ketua Bahagian Umno. Ini arahan yang kita terima." Ini adalah jawapan Pegawai Pembangunan Negeri (SDO) Wilayah Persekutuan kepada anggota Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali.

Jawapan ini diberikan beliau ketika Dr Lo' Lo'  bersemuka dengannya dan bertanya, "Siapa yang menghabiskan peruntukan untuk saya selaku anggota Parlimen Titiwangsa?"

Kedua-duanya bertemu dalam majlis taklimat tentang program e-Kasih di bangunan Parlimen tidak lama dahulu.

Perkara ini diceritakan oleh Dr Lo' Lo' dalam satu kenyataan yang dibuat kepada Harakahdaily baru-baru ini.

Beliau mengulas tindakan kerajaan BN tidak menyalurkan peruntukan RM1.5 juta untuk setiap kawasan Parlimen kepada para ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

Ia hanya diberikan kepada anggota Parlimen BN dan ditempat yang BN kalah, peruntukan itu diberikan kepada ketua bahagian Umno.

"Namun dasar Umno/BN yang kolot dan takut berhadapan secara profesional di padang yang sama rata menyebabkan peruntukan tersebut masuk kantung ketua bahagian Umno," kata Lo' Lo'.

Namun begitu, katanya, semua 10 anggota Parlimen Pakatan di Kuala Lumpur telah berjaya menunjukkan politik baru yang tidak berdasarkan perkauman tetapi berdasarkan keperluan dan keutamaan.

"Kita layan rakyat sama sahaja, tanpa mengira warna kulit," cerita Lo' Lo' dalam kenyataan ketika mempertikaikan ucapan Pemangku Ketua Umno Bahagian Titiwangsa yang berkata, Umno tidak memerlukan undi Cina dan India.



Bagi beliau, kenyataan Datuk Johari Ghani itu umpama terlajak perahu boleh ditarik balik, terlajak kata buruk padahnya.

Bagi beliau, Datuk Johari telah menunjukkan warna sebenar Umno.

"Mereka hanya perlukan undi orang Cina, orang India dan bukan Melayu secara am. Bila perkiraan matematik mereka menunjukkan Umno akan selamat dengan sokongan orang Melayu, mereka tidak segan silu menyebut tidak akan sembah orang Cina dan India.

"Alhamdulillah mereka tak sembah orang bukan Melayu untuk undi. Jika tidak berat kes sebab kita orang Islam sepatutnya sembah Allah bukan sembah orang atau kaum lain," peringat Lo' Lo' dalam kenyataannya.

Lo ' Lo' sekali lagi memperingatkan, rakyat di kawasan beliau sangat memerlukan pertolongan dan Umno jelas telah membiarkan mereka selama ini.

"Bayangkan di Titiwangsa ni sahaja seramai 700 ibu tunggal yang sepatutnya layak dapat bantuan, hanya 67 orang sahaja yang ada dalam senarai Jabatan Kebajikan Masyarakat.

"Apa wakil rakyat dulu buat? Itu baru isu ibu tunggal, belum lagi isu OKU, pesakit kronik, warga emas, pesakit mental dll," katanya.

Selain itu, beliau juga kesal dengan sikap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang tidak mengambil berat isu pendatang asing yang berniaga memenuhi kawasan Chow Kit yang terletak dalam kawasan Parlimen beliau.

"Belum lagi cerita Chow Kit yang telah dijajah oleh PATI. Bagaimana gerai-gerai PATI boleh dibina atas kaki lima? Bila minta DBKL bertindak, jawapannya gerai-gerai itu kepunyaan orang tempatan yang merupakan ahli/ajk beberapa persatuan peniaga.

"Siapakah ahli/ajk persatuan ini? Sebahagian besar merupakan ajk cawangan Umno yang berselerak. Rupanya yang menggadai Chow Kit bukan Lim Kit Siang atau Lim Guan Eng dari DAP tetapi Umno sendiri," tempelak beliau.

Kerana pelbagai isu itulah, kata Lo' Lo', apabila beliau membuka pusat perkhidmatan, berduyun-duyun yang datang meminta bantuan dan perkhidmatan dari pejabat beliau yang terletak di Kampung Baru.

"Bila saya buka pusat khidmat di Jalan Raja Muda Musa Kampung Baru, berduyun-duyunlah orang yang datang. Orang Melayu, Cina, India, Sikh silih berganti datang.

"Semuanya kita layan dan lakukan apa yang termampu. Yang tidak mampu ialah bagi duit sebab memang tak ada duit. Kalau ada beras, staf saya akan beri beras kepada yang memerlukan. Penagih dadah pun ramai datang," cerita Dr Lo' Lo' lagi.

Beliau sekali lagi menempelak Datuk Johari yang berkata sudah membuka pusat khidmat Umno di Desa Pandan yang lebih canggih dari pusat khidmat beliau.

"Duit kita dia dah rembat. Cuba bagi RM1.5 juta kepada anggota Parlimen yang dipilih oleh rakyat uruskan, alamat sakitlah mereka. Kita akan beri kepada rakyat secara langsung dan telus," kata beliau lagi.hd
Kongsikan :

2 ulasan:

  1. PATI berniaga? Barangkali anda tidak pernah dengar kisah peniaga yang berasal dari luar menjual sate daging anjing. Khabarnya hal ini berlaku di Ampang lebih 10 tahun lalu. Seorang suri rumah bercadang mengadakan satu jamuan. Sebelum ini beliau merupakan salah seorang pelanggan penjual sate tersebut. Dia mendapati sate yang sering dimakannya itu lembut dan lazat. Rumah peniaga tersebut dikesan kerana dia berhasrat menempah sate berkenaan. Apabila dia mengunjungi rumah peniaga tersebut didapati pintu hadapan ditutup serta berkunci. Lalu dia pergi ke belakang rumah tersebut. Alangkah terperanjatnya bila mendapati begitu banyak kepala anjing bertaburan di situ. Barulah disedarinya sate yang sering dimakannya sebelum ini adalah sate daging anjing. Terpulanglah sama ada anda mahu percaya atau tidak!!!

    BalasPadam
  2. Tampa nama,saya pernah mendengar kisa ini dahulu,dan saya percaya sebab saya pernah bergaul dengan mereka dahulu.Asal barang jadi duit itulah moto mereka.

    BalasPadam

Sila berkongsi maklum balas anda dalam ruang perbincangan atau FB dan memfailkan apa-apa fakta yang anda dapati melalui pengalaman dan pengetahuan anda.

Ulasan isu hendaklah dengan fikiran terbuka, supaya setiap ulasan akan memberi manfaat kepada semua.

Berbahas atau bertukar-tukar pendapat,agar yang kurang kita tambahkan,yang lebih kita berikan.

 
Copyright © 2011. Politik kedai kopi - All Rights Reserved
Template Modify by Politik Kedai Kopi
Proudly powered by Blogger