:
Home » » Kerajaan sepatutnya berterus-terang dengan keadaan kesihatan Perdana Menteri

Kerajaan sepatutnya berterus-terang dengan keadaan kesihatan Perdana Menteri

Sabtu, 6 November 2010 | 1comments


KUALA LUMPUR, 6 Nov: Kerajaan sepatutnya berterus-terang dengan keadaan kesihatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Husam Musa.

"Semalam, (Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri) Dr Mohd Ismail Merican berkata Perdana Menterii mungkin boleh keluar dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.

"Walaupun kita tidak menolak kemungkinan yang dijangkakan oleh beliau, tetapi sebelum ini juga Perdana Menteri dilaporkan pulih agak cepat setelah dilaporkan semakin pulih selepas diberi minum air kelapa dan tempat tidurnya dialas dengan daun bambu.

"Tetapi selepas itu, tiba-tiba dilaporkan Perdana Menteri masuk hospital pula," katanya.

Sebab itulah, kata Husam, kerajaan perlu menyatakan perkara sebenarnya untuk mengelakkan tersebarnya khabar-khabar angin yang tidak sepatutnya.

"Adalah tidak wajar jika rakyat sekali lagi melihat khabar angin akhirnya menjadi cerita benar malah khabar angin juga akan memburukkan pasaran saham," katanya.

Sejak hari pertama Najib dilaporkan tidak sihat, khabar angin telah pun tersebar luas walaupun beliau didakwa menunjukkan respons yang baik kepada rawatan yang diberikan, kata Exco Kerajaan Negeri Kelantan itu lagi.

Hubungan kerajaan Kelantan dengan kerajaan Pusat yang dipimpin Najib menjadi semakin tegang tahun ini berikutan tindakan Pusat menyekat royalti minyak kepada kerajaan negeri itu.

Sehingga hari ini pun, pelbagai usaha dilakukan oleh kerajaan Kelantan termasuk solat hajat dan munajat agar hak negeri itu untuk mendapatkan royalti tidak disekat oleh kerajaan Pusat.

Husam bagaimanapun menolak untuk mengulas perkara itu sebagai ‘menghormati Perdana Menteri yang sedang sakit’.

Isnin lalu, Najib dilaporkan mempunyai penyakit cacar dan telah dinasihatkan oleh doktor peribadinya supaya berehat di rumah.

Presiden Umno itu dilaporkan mula merasa kurang sihat dan kemudian didapati ada ruam panas, sakit otot dan sendi pada hari terakhir Sidang Kemuncak Asean ke-17 dan berkaitan di Hanoi, Vietnam selama tiga hari.-hd
Kongsikan :

1 ulasan:

  1. Saudara nampaknya cuba mengaitkan solat hajat dan munajat oleh pihak kerajaan negeri kelantan telah dimakbulkan allah dan buktinya PM telah jatuh sakit kerana keenganannya memberikan royalti minyak kepada kelantan.Sebagai orang islam percayakah anda dengan hukum qada dan qadar dan percayakah anda tentang bersangka buruk itu merupakan satu dosa serta faham kah saudara tentang adap menziarah atau mendengar saudara kita yang sedang sakit..?
    Hakikatnya tanpa solat hajat dari pihak pas PM tetap akan jatuh sakit sebab itulah yang tertulis dalam takdir kehidupanya dan tiada manusia yang sentiasa sihat ,sampai masa sakit akan sakit juga ,sakit dan sihat adalah ketentuan allah sejak azali lagi.satu masa dulu pihak PAS pernah bersolat hajat ditengah jalan ampang memohon bal
    a diteimpakan kepada TDM tetapi TDM tetap sihat hingga kini.Sepatutnya kita memohon kesejahteraan dan kesembuhan utk saudara kita dan bersangka baik sbb kita sendiri tidak tau apakah nasib yang akan menimpa diri kita dimasa akan datang semuanya terletak dibawah kuasa allah yang maha berkuasa

    BalasPadam

Sila berkongsi maklum balas anda dalam ruang perbincangan atau FB dan memfailkan apa-apa fakta yang anda dapati melalui pengalaman dan pengetahuan anda.

Ulasan isu hendaklah dengan fikiran terbuka, supaya setiap ulasan akan memberi manfaat kepada semua.

Berbahas atau bertukar-tukar pendapat,agar yang kurang kita tambahkan,yang lebih kita berikan.

 
Copyright © 2011. Politik kedai kopi - All Rights Reserved
Template Modify by Politik Kedai Kopi
Proudly powered by Blogger