:
Home » » BN peralat Masjid sewaktu pilihanraya kecil P.185 Batu Sapi yang lalu.

BN peralat Masjid sewaktu pilihanraya kecil P.185 Batu Sapi yang lalu.

Ahad, 21 November 2010 | 0 comments

Abdullah bin Abbas r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya akan terdapat (akan ada) orang-orang dari umatku yang pandai (amat faham dan ahli) tentang urusan agama dan membaca Al-Quran, mereka berkata:“Kami datang kepada para Raja (pemimpin), biar kami memperolehi keduniaan mereka dan kami tidak akan mencampurkan mereka dengan agama kami.” Tidak terjadi hal yang demikian itu, seperti (umpamanya) tidak akan dapat dipungut dari pohon yang berduri melainkan duri. Demikian pula, tidak akan dapat diambil manfaat dari mendekatkan diri kepada mereka itu melainkan beberapa kesalahan belaka.- Riwayat Ibnu Majah.

http://mstar.com.my/archives/2010/11/4/mstar_berita/016692462.jpg

Saya teringat sebuah hadis Rasulullsh s.a.w; "jika kamu sudah tidak punya rasa malu, maka lakukan apa saja semau kamu."

Apa yang tidak dilakukan oleh pemimpin UMNO/BN sewaktu pilihanraya kecil P.185 Batu Sapi yang berakhir pada 4 November lalu? Semua mereka telah lakukan. Bermula dua hari sebelum penamaan calon sehingga kepada malam pengumuman keputusan PRK Batu Sapi.

UMNO anjurkan pesta dangdut dan konsert di dataran Flat MPS dihadiri ramai dari kalangan remaja Muslim. Apa sebenarnya matlamat UMNO berbuat demikian? Jawapannya mudah. UMNO mahu melihat supaya remaja Muslim biar rosak akhlak mereka.

Serosak-rosaknya yang kalau boleh biar berakhir dengan kes pembuangan bayi. Tragedi musibah pembuangan bayi dan menggugurkan kandungan bukan lagi suatu yang asing untuk dibicara dan diperkatakan. Ia sudah sebahagian rutin yang membudaya di dalam diri remaja Muslim.

UMNO tidak bimbang atas musibah yang melanda remaja Muslim kita. Bagi UMNO, yang penting untuk diutamakan ialah kemenangan dalam pilihanraya, seterusnya mengekalkan kuasa supaya boleh terus salahgunakan kuasa untuk mengaut dan memunggah sebanyak mana harta negara dan hak rakyat! Itu matlamat utama UMNO/BN. Apa nak jadi dengan remaja Muslim, persetankan dengan semua itu!

UMNO telah memperalatkan para Ustaz dan menyalahgunakan rumah Allah untuk kepentingan mengekalkan kuasa mereka. Pada hari Jumaat, 29 Oktober 2010, semua masjid di Daerah Sandakan mendendangkan khutbah Jumaat oleh ustaz-ustaz yang jadi talibarut UMNO/BN!

Saya bersama Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz dan Hj. Mohd Sabu dan kebetulan juga Hj. Ansari serta Ketua Menteri Musa Aman menunaikan solat fardhu Jumaat di Masjid Al-Falah di DUN Karamunting, salah satu DUN di P.185 Batu Sapi.

Sebagai anak jati Kg. Karamunting, saya memang kenal mana-mana khatib yang dilantik untuk menyampaikan khutbah Jumaat di masjid tersebut. Tetapi kebetulan pada hari Jumaat yang dimaksudkan, saya lihat seorang muka baru yang berkhutbah, membaca teks yang telah disediakan. Menurut seorang sahabat, katanya itulah Ustaz Malai Ali.

Sewaktu khutbah disampaikan, Ustaz ini bercakap sebiji seperti seekor burung tiung yang bertutur dengan apa yang diajar oleh tuannya. Saya tenung muka ustaz ini, dalam hati kecil saya begitu rendah martabatnya sehingga sanggup menjual agama untuk kehidupan duniawi yang sementara.

Akhirnya, mungkin kerana terasa bersalah, dia tersasul apabila menyatakan, "hendaklah kita banyak bersalawat ke atas Allah s.w.t"

Nah! Siapa yang bagi tersasul lidahmu wahai ustaz jika bukan Allah s.w.t? Mujur setakat tersasul,.kalau Allah bagi bisu terus bagaimana?

Kemudian, pada 3 November, saya bersama Dato' Seri Nizar (Menteri Besar Perak yang telah dirampas kuasanya oleh UMNO/BN) telah sholat maghrib di masjid yang sama. Saya dan Nizar amat terkejut melihat menteri-menteri UMNO dan jemaah masjid yang dipenuhi oleh ahli-ahli UMNO mengadakan solat hajat memohon kemenangan Linda Tsen, calon PBS.

Lebih terkejut lagi saya apabila yang mengimamkan solat hajat itu ialah Imam Bahagian, Ustaz Azizul serta turut disertai oleh Ustaz Rukmana. Saya sempat melontarkan sepatah kata kepada salah seorang ahli UMNO yang turut serta dalam solat hajat; "Di mana maruah kamu sebagai umat Islam sehingga berani melakukan sesuat yanag diharamkan oleh Islam?"

Kepada Ustaz Azizul dan Ustaz Rukmana, mana harga diri kamu sebagai ilmuan Islam sehingga sanggup menjadi 'kerbau cucuk hidung' kepada pemimpin UMNO yang kemaruk kuasa? Apakah berat bagi kamu untuk menolak menjadi imam solat hajat tersebut? Apakah kamu lebih suka mendapat keredhaan manusia dari mencari keredhaan Allah s.w.t? Berapa UMNO bagi habuan pada kamu? Tepuk dada, tanyalah iman.

Oleh: IBNI ABDULLAH (sabahkini)
Kongsikan :

0 comments:

Catat Ulasan

Sila berkongsi maklum balas anda dalam ruang perbincangan atau FB dan memfailkan apa-apa fakta yang anda dapati melalui pengalaman dan pengetahuan anda.

Ulasan isu hendaklah dengan fikiran terbuka, supaya setiap ulasan akan memberi manfaat kepada semua.

Berbahas atau bertukar-tukar pendapat,agar yang kurang kita tambahkan,yang lebih kita berikan.

 
Copyright © 2011. Politik kedai kopi - All Rights Reserved
Template Modify by Politik Kedai Kopi
Proudly powered by Blogger