:
Home » » BN memerintah, RM 1.3 trilion Wang Rakyat Dibazirkan

BN memerintah, RM 1.3 trilion Wang Rakyat Dibazirkan

Selasa, 16 November 2010 | 0 comments


Ahli parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail mendakwa sebanyak RM 1.3 trilion wang negara telah dibazirkan berikutan berlaku ketirisan akibat penyalahanguna kuasa dan pentadbiran yang tidak telus.

Menurut beliau, ketirisan termasuk rasuah, salah tadbir, kehilangan, disembunyikan, pelbagai pengurusan yang tidak cekap dan salah laku lain di bawah pentadbiran Umno-Barisan Nasional tambah ketara dalam tempoh 30 tahun kebelakangan ini.

"Saya menjangka, jumlah yang terkikis, tertiris, hilang, tidak tahu kemana,dibazirkan,disembunyikan,dicampur dengan sumber alam, pengurusan yang tidak cekap sehingga defisit,keseluruhannya dalam tempoh BN memerintah, RM 1.3 trilion.

Masalah utama dalam isu pengurusan ekonomi negara dalam tempoh 30 tahun kebelakangan ini memang sah, isu pertama ialah ketirisan, kebocoran besar-besaran sekaligusmenyaksikan ekonomi kita tidak dapat dikawal dengan baik dari segi pembaziran," kata Azan kepada TV Selangor.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Ahmad Husni Hanadzlah ketika ditemuramah agensi berita Blooberg Jumaat lalu dilaporkan sebagai berkata, kerajaan akan meminta bantuan daripada Bank Dunia bagi mengurangkan perbelanjaan perbendaharaan negara yang mencatatkan defisit tertinggi sejak 22 tahun.

Malaysia mencatatkan pertumbuhan ekonomi lembab iaitu pada kadar 4.7 peratus dalam tempoh sedekat terakhir berbanding 7.2 peratus pada tahun 1990-an, ketika di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Justeru menurut Azan, tindakan meminta bantuan dari luar hanya akan mengakibatkan defisit negara semakin tinggi dan hutang semakin meningkat.

Sehubungan itu katanya,timbul juga persoalan, apakah Bank Dunia yang berpangkalan di Wanshington itu mempunyai keyakinan terhadap ekonomi Malaysia sehingga sudi memberikan bantuan yang diminta.

"Apabila kerajaan kata kita terpaksa bergantung kepada pinjaman daripada Bank Dunia ataupun apa sahaja yang berkaitan dengan pinjaman dari luar, pertama, adakah ia akan menyebabkan pihak luar merasa yakin kepada kedudukan kita?

"Kalau setakat hendak mengharapkan kepada pinjaman luar sedangkan orang luar tidak ada keyakinan kepada kedudukan ekonomi, jawapnya kita akan bermimpilah," tambah Azan.



Menurut Azan terdapat lima faktor yang mengakibatkan ketirisan wang negara seperti rasuah, ketidakcekapan pengurusan, tidak ada pengawalan dari segi pengauditan, kenaikan kos yang mendadak akibat dari kejatuhan ekonomi dan kedudukan pasaran negara yang terpaksa menghimpit peranan sektor swasta yang dianggap mendatangkan pendapatan besar kepada negara tetapi itu tidak berlaku.

Namun ironinya kata Azan, bagaimanana perkara seumpama ini boleh berlaku kepada negara yang kaya hasil buminya seperti Malaysia.

"Sepatutnya kita mempunyai rezab dua kali ganda, maknanya kita dalam keadaan lebihan dua kali ganda. Bukan defisit. Itu lebihan pertama...lebihan kedua, kita ada banyak tambahan dari sumber alam. Tetapi keduanya kita kikis habis.

" Kita antara negara yang mempunyai sumber alam yang besar yang tinggi di dunia. Kenapa boleh kita kehilangan dana negara yang besar?" katanya lagi.

Beliau menambah setiap rakyat sepatutnya bertindak sebagai ketua juru audit negara mempertikaikan masalah berkenaan memandangkan Ketua Audit Negara juga secara terang-terang mempertikaikan mengenai penyalahgunaan wang rakyat .

OLEH: Salmiah Druhamad Drahsin -tvs
Kongsikan :

0 comments:

Catat Ulasan

Sila berkongsi maklum balas anda dalam ruang perbincangan atau FB dan memfailkan apa-apa fakta yang anda dapati melalui pengalaman dan pengetahuan anda.

Ulasan isu hendaklah dengan fikiran terbuka, supaya setiap ulasan akan memberi manfaat kepada semua.

Berbahas atau bertukar-tukar pendapat,agar yang kurang kita tambahkan,yang lebih kita berikan.

 
Copyright © 2011. Politik kedai kopi - All Rights Reserved
Template Modify by Politik Kedai Kopi
Proudly powered by Blogger