Ahad, 7 November 2010

Azmin mendahului Zaid


Keputusan tidak rasmi daripada 77 cabang yang menunjukkan Azmin Ali mendahului apabila mendapat 4,146 undi, manakala Zaid Ibrahim 3,402 dan Mustaffa Kamil Ayub 1,189.

Keputusan ini menunjukkan Azmin Ali mengatasi Zaid Ibrahim dengan undi 744 undi.

Namun keputusan rasmi hanya akan diumumkan oleh Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat Saifuddin Nasution esok.

Semalam 12 cabang dijadualkan mengadakan pemilihannya namun dua daripadanya - Silam dan Penampang - ditangguhkan kepada 20 November atas sebab-sebab tertentu.

Minggu lalu Azmin mengutip 3,051 undi, Zaid sebanyak 2,529, Mustaffa pula mendapat 1,149 undi.

Proses pengundian di semua cabang di Sabah pula akan diteruskan hari ini membabitkan sembilan lagi cabang iaitu, Tawau, Pensiangan, Kota Marudu,Tuaran, Sepanggar, Puatatan, Sipitang,Beluran dan Tenom.

PKR mempunyai kira-kira 400,000 anggotanya di seluruh negara.

Sebelum ini daripada 68 cabang yang telah mengadakan pemilihan mereka minggu lalu, Naib Presiden Azmin Ali mendahului bagi jawatan Timbalan Presiden dengan sejumlah 3,051 undi.

Manakala pesaing rapatnya Datuk Zaid Ibrahim pula memperolehi 2,529, sementara Ketua PKR Perak Mustaffa Kamil Ayub memperolehi 1,149 undi.

Bagi pemilihan Ketua Wanita PKR pula, penyandang Zuraida Kamaruddin masih mendalui dengan 1,160 undi manakala pencabarnya, Animah Ferrer mendapat 408 undi manakala Suraya Sudin, 403 undi setakat ini.

Sementara itu, pemilihan untuk Angkatan Muda Keadilan menyaksikan Badrul Hisham Shaharin mendahului Shamsul Iskandar sekitar 100 undi.


Berikut keputusan pemilihan PKR mengikut cabang:

Pasir Mas Azmin (35), Zaid (53), Mustaffa (0)(89 daripada 490 turun mengundi)

Kota Belud Azmin (16), Zaid (133), Mustaffa (1)(153 daripada lebih 2,000 turun mengundi)

Papar Azmin (124), Zaid (28), Mustaffa (2)(154 daripada kira-kira 2,700 turun mengundi)

Sandakan Azmin (417), Zaid (25), Mustaffa (13)

Keningau Azmin (26), Zaid (169), Mustaffa (3)

Kota Kinabalu Azmin (34), Zaid (162), Mustaffa (0)

Ranau Azmin (153), Zaid (107), Mustaffa (10)(290 daripada kira-kira 3,800 turun mengundi)

Kudat Azmin (67), Zaid (138), Mustaffa (2)(222 daripada 2,226 turun mengundi)

Beufort Azmin (223), Zaid (58), Mustaffa (9)-tvs

Related Posts

Azmin mendahului Zaid
4/ 5
Oleh