Rabu, 10 November 2010

28 Disember Ditetapkan Pengurusan Kes Akhir Saman Anwar Terhadap Wee



Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 28 Disember ini untuk pengurusan kes akhir saman fitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim sebanyak RM10 juta terhadap Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong kerana didakwa mengeluarkan kata-kata fitnah.

Tarikh itu ditetapkan oleh Pendaftar Mahkamah Tinggi Tengku Amalin A'-Ishah Putri Sultan Ismail Petra dalam kamar hari ini apabila kes itu dikemmukakan untuk pengurusan kes.

Peguam Anwar S.N.Nair memberitahu media bahawa mahkamah itu akan menetapkan tarikh perbicaraan pada hari tersebut.

Pada 18 April, 2008, Anwar memfailkan saman itu yang mendakwa Wee telah mengeluarkan kata-kata fitnah semasa Timbalan Menteri Pelajaran tersebut berkempen di ceramah pilihan raya kecil Machap pada 2007.

Beliau berkata kata-kata memfitnah itu mengandungi satu artikel bertajuk "parti-parti pada kempen terakhirnya" yang disiarkan dalam laman web Malaysiakini.

Anwar berkata perkataan fitnah itu oleh Wee adalah disengajakan dan dibuat dengan niat tidak jahat.tvs

Related Posts

28 Disember Ditetapkan Pengurusan Kes Akhir Saman Anwar Terhadap Wee
4/ 5
Oleh