Rabu, 20 Oktober 2010

Projek LPT2 Terbengkalai kroni umno untung

PC_Wahid_Endut

KUALA LUMPUR 20 Okt - Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) menjadi mangsa penyelewengan yang menguntungkan korni Umno-Barisan Nasional apabila dua pakej projek pembinaan bernilai RM59.2 juta gagal disiapkan oleh sebuah syarikat yang dimiliki oleh seorang ahli jawatankuasa Umno Hulu Terengganu.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Abdul Wahid Endut ketika mendedahkan perkara ini berkata apa yang menyedihkan syarikat kepunyaaan kroni Umno itu hanya menyiapkan 15.1 peratus sahaja Pakej 9B yang diberi dalam tempoh lebih dua tahun sejak 2007.

"Apa yang syarikat ini berminat ialah menebang semua balak di dalam kawasan pembinaan lebuh raya itu dan menjualnya untuk keuntungan mereka. Apabila projek terbengkalai kerajaan sekali lagi membuka tender dan serahkan kepada satu lagi syarikat kroni dengan kenaikan kos pembinaan sebanyak 20 peratus," kata Abdul Wahid pada sidang media di lobi Parlimen tengahari tadi.

Tambah beliau sehingga Jun LPT2 yang bermula dari Jabor di Terengganu hingga Temerloh di Pahang hanya siap 70.4 peratus berbanding 82 peratus dalam perancangan awal.

"Sebab lambat ialah kerana kerajaan memberi projek secara rundingan terus dan kemudiannya syarikat berkenaan meninggalkan projek.

"LPT2 membabitkan kos yang tinggi iaitu RM3.7 bilion dan lebih 50 peratus kosnya datang daripada dana khas negeri Terengganu. Projek ini mempunyai 17 pakej dan dua daripadanya diberi kepada sebuah syarikat, Arah Jitu Sdn Bhd milik Shamsaiful Abdul Hadi Mahri iaitu AJK Umno Hulu Terengganu. Beliau diberi Pakej 9B dan Pakej 8. Di Terengganu Umno selalu beri projek kepada OKU, bukan orang kurang upaya tapi 'Orang Kuat Umno'," ujar beliau.

Ahli Parlimen Shah Alam yang turut bersama pada sidang media menerangkan kos awal Pakej 9B telah dimasukkan faktor nilai balak yang berada di kawasan tersebut tetapi setelah ia terbengkalai syarikat baru yang mengambil alih projek tersebut menaikkan kos sebanyak 20 peraurs kerana ketiadaan balak lagi untuk diambil.
(sumber:suara Keadilan)

Related Posts

Projek LPT2 Terbengkalai kroni umno untung
4/ 5
Oleh