Sabtu, 9 Oktober 2010

Program Hari Suami-Isteri



Kerajaan Kelantan akan menjadikan program sambutan Hari Suami-Isteri sebagai acara tahunan peringkat negeri ini bagi melahirkan rumah tangga yang bahagia.

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau mahu Kelantan menjadi pelopor kepada program ke arah kesejahteraan ummah itu kepada negeri-negeri lain yang bukan sahaja melibatkan pasangan umat Islam tetapi bukan Islam.

“Kita akan menjadikan program ini sebagai acara tahunan bagi peringkat negeri ini pada masa akan datang,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan hari berkenaan di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (Putik), Pengkalan Chepa, di sini, hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Negeri, Wan Ubaidah Wan Omar.

Nik Aziz berkata, program ini wajar memandangkan ia mampu merapatkan hubungan kekeluargaan demi kesejahteraan dan kebahagiaan masa depan sesebuah keluarga, terutama yang baru dibina

Related Posts

Program Hari Suami-Isteri
4/ 5
Oleh