Ahad, 31 Oktober 2010

Politik wang di Batu Sapi




Politik wang dikhuatiri menular di pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi apabila sekumpulan ahli Wanita Umno dirakam memberikan wang tunai kepada orang ramai yang menghadiri majlis makan anjuran pergerakan itu.

Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Sharizat Jalil mendakwa RM20.00 itu diberikan kepada pekerja parti dan bukan pengundi.

Malaysiakini bagaimanapun melaporkan antara yang hadir adalah penduduk tempatan yang mengaku mereka hadir hanya untuk mendapatkan wang.

Video berkenaan dirakamkan oleh Malaysiakini pada Majlis Ramah Mesra Wanita Umno di Sekolah Menengah Agama Sandakan di Taman Mawar, Batu Sapi. Hadirin perlu mendaftar diri dengan memberikan butiran peribadi untuk menerima wang tunai.

Walaupun majlis makan ini dianjurkan khusus untuk ahli pergerakan Wanita Umno, video ini jelas menunjukkan kehadiran lelaki dan wanita Cina.

Mereka yang ditemui oleh Malaysiakini terus terang mengaku, kehadiran mereka pada majlis berkenaan adalah untuk mengambil wang daripada Umno.

Seorang pengundi berkata wang itu diberikan kepada sesiapa sahaja yang menunjukkan kad pengenalan untuk mengesahkan diri sebagai pengundi kawasan Parlimen Batu Sapi.

“Saya tidak tahu…Saya fikir ia mesti untuk pendaftaran," kata seorang penerima wang berkenaan.

Sharizat mendakwa beliau tidak tahu menahu amalan mendaftar mereka yang hadir pada majlis makan itu. Namun beliau berkata kaunter pendaftaran itu cuma untuk merakamkan kehadiran jemputan ke majlis itu,

ADUN Karambunai Jainab Ahmad Ayid, pula mendakwa bahawa wang RM20 itu adalah sebagai tambang pekerja yang berkempen untuk BN.tvs

Related Posts

Politik wang di Batu Sapi
4/ 5
Oleh