Selasa, 5 Oktober 2010

Lagi-lagi air!





PUTRAJAYA 5 Okt. – Kerajaan Persekutuan menimbang mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan negeri Selangor jika pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) untuk bekalan air di Lembah Klang, masih tidak dapat diselesaikan sehingga hujung tahun ini.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata, ini kerana pembinaan loji rawatan air di Hulu Langat itu sepatutnya bermula Ogos lepas.

“Pembinaan sepatutnya bermula pada Ogos, namun sebelum ini saya berkata bahawa kami mahu Selangor selesa dengan keadaan.

"Namun sebaliknya, kami juga berunding dengan penasihat undang-undang mengenai pilihan yang ada,” katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan Aidilfitri kementerian itu di Suruhanjaya Tenaga, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai status projek Langat 2 yang sepatutnya bermula Ogos lepas.

Pada 5 Ogos lepas, Chin memberi tempoh sehingga akhir tahun ini kepada kerajaan negeri Selangor untuk memberi persetujuan terhadap pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 untuk bekalan di Lembah Klang.

Related Posts

Lagi-lagi air!
4/ 5
Oleh