:
Home » » Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Menteri dan Timbalan Menteri angkuh dan semborono

Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Menteri dan Timbalan Menteri angkuh dan semborono

Selasa, 19 Oktober 2010 | 0 comments

                                                           
KUALA LUMPUR 18 OKT: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Menteri dan Timbalan Menteri yang bertanggungjawab terhadap Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) bersikap angkuh dan semborono dengan mengetepikan sahaja keluhan peneroka yang mengadu berkenaan lembaga berkenaan.

Sebelum ini, pada 7 Oktober lalu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan menyatakan Felda bersedia memberikan wang tanam semula sebanyak RM17,000 kepada peneroka tetapi dengan syarat peneroka perlu membuat tanaman semula mengikut panduan yang ditetapkan.

Dalam hujah beliau di Dewan Rakyat pagi tadi, Anwar menjelaskan tindakan ini bermaksud bantahan dan isu yang diketengahkan oleh para Ahli Parlimen Pakatan Rakyat berkenaan Felda selama ini berjaya menarik perhatian pihak yang bertanggungjawab terhadap organisasi berkenaan.

"Saya tidak pertikai maksud baik awal Rancangan Felda dan beberapa faedah serta nikmat yang diperolehi, tetapi seperti mana yang kita tekankan, wajar diberikan penilaian dan pertimbangan semula kerana lebih ramai masyarakat Felda merasakan ada bentuk ketidakadilan berlaku," tegas beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Katanya lagi, wang tanam semula tidak diberikan sebelum ini bagi mengelakkan wang tersebut disalah gunakan oleh para peneroka.

"Persoalannya sekarang, adakah benar ini akan dilaksanakan? Kita menuntut, rakan-rakan kita nak tanya, bila nak laksanakan?

"Kenapa ada peneroka yang telah menanam sendiri lima, malah sepuluh tahun, wang tanam semula tidak diperolehi?" kata beliau.

Anwar seterusnya menyatakan jika isu ini berkenaan membantu keluarga dan rakan Umno-Barisan Nasional(BN), segera dilakukan tetapi perihal membantu masyarakat kampung termasuk kaum Melayu sendiri tidak kesampaian walaupun menunggu sepuluh tahun.

Katanya lagi, para peneroka terpaksa menyaman Felda kerana kegagalan Felda membayar wang penanaman semula walaupun rundingan dibuat begitu lama.

"Ini keluhan yang mereka (peneroka Felda) keluarkan. Mengapa para peneroka Felda berani bawa kes ini ke makhamah?" tegasnya.

Sebabnya mudah dakwa Anwar, kerana mereka terdesak, bawa ke Felda tiada harapan.
Kongsikan :

0 comments:

Catat Ulasan

Sila berkongsi maklum balas anda dalam ruang perbincangan atau FB dan memfailkan apa-apa fakta yang anda dapati melalui pengalaman dan pengetahuan anda.

Ulasan isu hendaklah dengan fikiran terbuka, supaya setiap ulasan akan memberi manfaat kepada semua.

Berbahas atau bertukar-tukar pendapat,agar yang kurang kita tambahkan,yang lebih kita berikan.

 
Copyright © 2011. Politik kedai kopi - All Rights Reserved
Template Modify by Politik Kedai Kopi
Proudly powered by Blogger