Sabtu, 2 Oktober 2010

Bersetuju tarif air di selangor di naikan

                                                             
Blog Politik kedai kopi bersetuju tarif air di selangor di naikan sebagai mana saranan JEJAKA IDAMAN dari kuang,dalam ruang forum di utusan semalam,tetapi air itu hendaklah sama kualitinya dengan negara maju yang penulis katakan semalam.Blog politik kedai kopi ingin bertanya kepada jejaka idaman dari kuang,mengapa bandingkan kita dengan singapura?Taukah air yang di minum rakyat singapura itu air dari malaysia.
Perbandingan dengan jepun,tahukah pendapatan perkapita rakyat jepun dengan malaysia,kalau gaji rm3000 duduk di jepun alamatnya makan maggila hari-hari.Jika nak di bandingkan dengan Amerika...baca kisah di bawah ini....

sumber berita harian di ruang -Rencana

BEBERAPA bulan lalu, seorang profesor tamu di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), dari Amerika Syarikat bertanya kepada saya mengenai rasa air minuman di Malaysia. 

Katanya, beliau agak kecewa kerana rasa air minuman di Malaysia tidak sedap. Air kosong tidak enak, air mineral kurang perisa dan air minuman botol pula rasanya tawar.


Saya sedia maklum maksud beliau bahawa kualiti bekalan air awam di Malaysia perlu ditingkatkan. Sesuatu tempat biasanya mempunyai bekalan air awam yang mempunyai ciri kesemulajadian unik berdasarkan kepada persekitaran kawasan tadahan hujan, terutama faktor geokimia. Itu yang membezakan antara air zam-zam dengan bekalan air awam di Vienna, Hokkaido atau Zurich.


Cara hidup sihat memerlukan pengambilan air semula jadi sebagai amalan dalam kehidupan. Air semula jadi tidak mengalami proses rawatan sama ada secara fizikal, kimia atau biologi. Itulah sebabnya pengunjung Tanah Suci Makkah yang banyak minum air zam-zam berasa segar dan lebih sihat. Selain keberkatannya, air zam-zam mempunyai kandungan mineral semula jadi yang berkhasiat diperlukan seluruh manusia sepanjang zaman. 

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: Sebaik-baik air yang ada di muka bumi ialah air zam-zam. Ada di dalamnya zat makanan (orang yang meminumnya akan berasa kenyang seperti memakan makanan) dan penyembuh bagi segala penyakit. 

Saya tidak pasti mengenai perkembangan rasa dalam sejarah bekalan air awam di Malaysia. Memang rasa bekalan air yang disalurkan menerusi paip awam mempunyai kandungan klorin. Namun kegunaan klorin penting untuk membasmi pembiakan kuman berbahaya. Sementara air mineral dalam botol pula biasanya sudah ditapis sehingga mengurangkan khasiat mineral semula jadi. 

Pada prinsipnya, sebaik-baik makanan dan minuman bagi penduduk sesuatu tempat ialah makanan dan minuman yang ada di kawasan itu. 
Maka eloklah kita memikirkan cara terbaik menggunakan sumber air setempat secara optimum. Memang bekalan air awam menyediakan bekalan sesuai dengan keperluan penduduk, tetapi kebiasaannya sumber air diperoleh dalam kawasan tadahan hujan jauh di tempat lain. Maka untuk mengalirkan air itu, pelbagai proses diperlukan untuk memastikan kualiti air terjamin. Proses inilah yang mengurangkan rasa dan keenakan apabila sebahagian mineralnya ditapis, dan ditambah pula dengan beberapa bahan kimia untuk proses peneutralan, koagulasi dan pembasmian kuman berbahaya. 

Disebabkan air kosong tidak enak maka kebanyakan rakyat Malaysia memilih untuk meminum air yang ditambah perisa seperti teh tarik, kopi susu, air bandung, air sirap atau air berkarbonat. Selain memberi pelbagai rasa, air sedemikian juga mengandungi banyak gula. Menurut beberapa kajian saintifik, punca utama peningkatan penyakit kencing manis dan kegemukan sejak kebelakangan ini ialah pengambilan gula secara berlebihan dalam makanan dan minuman. 

Sehubungan itu, saya mencadangkan agar semua pihak, termasuklah Suruhanjaya Perkhidmatan Air, Kementerian Tenaga, Air dan Teknologi Hijau dan Kementerian Kesihatan melihat persoalan ini secara holistik. Kita perlu menyediakan kemudahan bekalan air yang bukan saja bersih, tetapi rasanya enak. Ini akan membuatkan orang ramai minum air kosong, tanpa perlu memasukkan perisa, ramuan atau serbuk teh atau kopi. 

Untuk tujuan itu, sumber air di sesuatu kawasan perlu dilestarikan supaya mengurangkan risiko pencemaran. Ini akan mengurangkan proses rawatan air yang sekaligus mengurangkan kos bekalan air. 

Penulis ialah Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara 

Related Posts

Bersetuju tarif air di selangor di naikan
4/ 5
Oleh