Khamis, 28 Oktober 2010

Apa rasionalnya Dr Manmohan Singh merasmikan Little India

Apa rasionalnya Malaysia negara berdaulat meminta PM India merasmikan Little India di negara kita. Mengapa Yang Dipertuan Agong tidak merasmikannya atau pemimpin-pemimpin Malaysia yang lain. Mengapa PM 1Malaysia terhegeh-hegeh meminta PM India merasmikannya

Kita sudah merdeka lebih 50 tahun, namun kadang kala kita hairan dengan gelagat dan sikap tidak rasional pemimpin negara yang menjatuhkan maruah dan daulat negara.

Di mana pertubuhan (NGO) yang lantang bersuara selama ini bersembunyi.Apakah ini tindakan yang di kira tidak menghina pemeritahan Yang Dipertuan Agong dan sultan-sultan Melayu yang lain.

Kita juga hairan mengapa Persatuan Kemajuan Pelajar Tamil Malaysia (PKPTM) ini sangup memprotes kehadiran Dr Manmohan Singh untuk merasmikan 'Little India' ini.




Polis menahan sembilan lelaki di hadapan sebuah restoran, kira-kira 100 meter dari lokasi majlis perasmian 'Little India', sebuah kawasan kediaman masyarakat India di Brickfields di Kuala Lumpur, petang semalam.

Semua mereka yang berumur lingkungan 30-an dan 40-an itu dipercayai anggota Persatuan Kemajuan Pelajar Tamil Malaysia (PKPTM) yang sebelum ini memprotes kehadiran Perdana Menteri India, Dr Manmohan Singh bagi merasmikan majlis itu.

Kumpulan itu ditahan kira-kira jam 5 petang selepas enggan memberi kerjasama kepada polis ketika diminta menunjukkan kad pengenalan masing-masing.

Sebelum ditahan, berlaku sedikit kekecohan antara mereka dengan anggota polis, namun ia dapat disuraikan kira-kira 10 minit kemudian.

Semua mereka dibawa menaiki sebuah van polis ke Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields untuk siasatan, namun dibebaskan pada kira-kira jam 7 malam selepas keterangan mereka diambil.

PKPTM, sebuah badan bukan kerajaan (NGO), tidak bersetuju dengan cadangan perasmian 'Little India' dilakukan oleh Dr Manmohan Singh kerana mendakwa cukup sekadar dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak atau di kalangan pemimpin kaum India tempatan sendiri.

Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit.

Related Posts

Apa rasionalnya Dr Manmohan Singh merasmikan Little India
4/ 5
Oleh