Ahad, 31 Oktober 2010

Politik wang di Batu Sapi

Politik wang di Batu Sapi




Politik wang dikhuatiri menular di pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi apabila sekumpulan ahli Wanita Umno dirakam memberikan wang tunai kepada orang ramai yang menghadiri majlis makan anjuran pergerakan itu.

Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Sharizat Jalil mendakwa RM20.00 itu diberikan kepada pekerja parti dan bukan pengundi.

Malaysiakini bagaimanapun melaporkan antara yang hadir adalah penduduk tempatan yang mengaku mereka hadir hanya untuk mendapatkan wang.

Video berkenaan dirakamkan oleh Malaysiakini pada Majlis Ramah Mesra Wanita Umno di Sekolah Menengah Agama Sandakan di Taman Mawar, Batu Sapi. Hadirin perlu mendaftar diri dengan memberikan butiran peribadi untuk menerima wang tunai.

Walaupun majlis makan ini dianjurkan khusus untuk ahli pergerakan Wanita Umno, video ini jelas menunjukkan kehadiran lelaki dan wanita Cina.

Mereka yang ditemui oleh Malaysiakini terus terang mengaku, kehadiran mereka pada majlis berkenaan adalah untuk mengambil wang daripada Umno.

Seorang pengundi berkata wang itu diberikan kepada sesiapa sahaja yang menunjukkan kad pengenalan untuk mengesahkan diri sebagai pengundi kawasan Parlimen Batu Sapi.

“Saya tidak tahu…Saya fikir ia mesti untuk pendaftaran," kata seorang penerima wang berkenaan.

Sharizat mendakwa beliau tidak tahu menahu amalan mendaftar mereka yang hadir pada majlis makan itu. Namun beliau berkata kaunter pendaftaran itu cuma untuk merakamkan kehadiran jemputan ke majlis itu,

ADUN Karambunai Jainab Ahmad Ayid, pula mendakwa bahawa wang RM20 itu adalah sebagai tambang pekerja yang berkempen untuk BN.tvs
PERTUBUHAN Bangsa-Bangsa Bersatu minta Rosmah Mansor adakan sidang wanita pertama

PERTUBUHAN Bangsa-Bangsa Bersatu minta Rosmah Mansor adakan sidang wanita pertama

PERTUBUHAN Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bercadang mengadakan Sidang Kemuncak Wanita-Wanita Pertama pada peringkat PBB, bagi membincangkan isu membabitkan wanita dan kanak-kanak susulan kejayaan Malaysia menganjurkan Sidang Kemuncak Wanita-Wanita Pertama (FLS) di Kuala Lumpur pada 11 hingga 13 Oktober lalu.

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, berkata minat itu dinyatakan Setiausaha Agung PBB, Ban Ki Moon, dalam pertemuan yang diadakan semalam bagi menyerahkan deklarasi FLS untuk diteliti PBB.

Beliau berkata, Ban mengakui PBB mengambil berat isu membabitkan wanita dan kanak-kanak serta remaja dan berbangga dengan usaha Malaysia mengetengahkan masalah golongan berkenaan dalam FLS lalu.
"Ban akan membaca dan meneliti deklarasi FLS yang saya serahkan itu dan bercadang membuat satu sidang kemuncak bagi semua wanita pertama pada peringkat PBB menghadirinya.

"Setakat ini, PBB hanya mengadakan program membabitkan ketua negara, sedangkan wanita pertama di negara masing-masing juga boleh berperanan membantu meringankan beban PBB menangani isu itu.

“Saya dimaklumkan PBB membelanjakan AS$S40 bilion bagi membantu masa-lah berkaitan wanita dan kanak-kanak termasuk membabitkan kes bencana alam serta pendidikan dan jika wani-ta pertama dapat membantu PBB, tanggungjawab organisasi itu dapat diringankan,” katanya selepas menyerahkan deklarasi FLS itu kepada Ban di Hotel Intercontinental, di sini semalam.

Rosmah berada di sini bagi mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN Ke-17 dan Sidang Kemuncak Berkaitan, selama tiga hari bermula Khamis hingga semalam.
Deklarasi FLS itu mengandungi tiga perkara utama yang perlu diberi perhatian iaitu akses kepada pendidikan untuk semua kanak-kanak atau remaja, peranan keluarga seperti memberi kasih sayang, makanan, kesihatan dan pendidikan serta peranan masyarakat atau komuniti termasuk kerajaan dalam hal berkaitan wanita dan kanak-kanak.

Rosmah berkata, mesej terkandung dalam deklarasi FLS itu menggambarkan suara kanak-kanak di seluruh dunia kerana ia membabitkan isu sejagat seperti alam sekitar, keselamatan makanan dan pendidikan.

PBB yang berminat atau rosmah yang terhegeh-hegah jumpa setiausaha PBB untuk menghabiskan duit rakyat

Sabtu, 30 Oktober 2010

Kempen Umno di Galas yang memainkan isu agama.

Kempen Umno di Galas yang memainkan isu agama.



Daripada Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh muslihat, di mana akan dibenarkan padanya orang yang berdusta, dan akan didustakan orang yang benar. Akan dipercaya orang yang berkhianat, dan akan dituduh berkhianat orang yang terpercaya. Serta akan bertutur padanya Ruwaibidhah. Maka ada yang menanyakan: Apa itu Ruwaibidhah? Dijawab baginda s.a.w. : Iaitu, orang yang bodoh dan hina ditugaskan menangani kepentingan umum. - Riwayat Ibn Majah.

Abdullah bin Abbas r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya akan terdapat (akan ada) orang-orang dari umatku yang pandai (amat faham dan ahli) tentang urusan agama dan membaca Al-Quran, mereka berkata:“Kami datang kepada para Raja (pemimpin), biar kami memperolehi keduniaan mereka dan kami tidak akan mencampurkan mereka dengan agama kami.” Tidak terjadi hal yang demikian itu, seperti (umpamanya) tidak akan dapat dipungut dari pohon yang berduri melainkan duri. Demikian pula, tidak akan dapat diambil manfaat dari mendekatkan diri kepada mereka itu melainkan beberapa kesalahan belaka.- Riwayat Ibnu Majah.

Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Akan muncul di akhir zaman nanti, suatu kaum yang terdiri dari orang-orang muda yang masih mentah fikirannya (cetek faham agamanya). Mereka banyak mengucapkan perkataan Khairil Bariyah (firman Allah dan hadis Rasul), tetapi iman mereka masih lemah. Pada hakikatnya mereka telah keluar agama seperti anak panah yang lepas dari busurnya. Di mana sahaja kamu dapat menemuinya, maka hapuskanlah mereka itu, siapa yang dapat menghapus mereka, kelak akan mendapat pahala di hari kiamat.” - Riwayat Bukhari dan Muslim.

Daripada Anas r.a. ia berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Kelak, di akhir zaman, akan ada ahli ibadah yang bodoh dan para qari yang fasik. - Riwayat Ibnu ‘Adi.

Umno bukan sahaja mahir memperalat agama, malah orang agama juga dipergunakan untuk kepentingan politik mereka, kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad.
Katanya, dakwaan berhubung perkara itu bukan fitnah, tapi realiti yang sudah diketahui umum.

Beliau merujuk kepada cara kempen Umno di Galas yang memainkan isu agama.

"Ustaz-ustaz Umno disuruh berkempen untuk menghalalkan apa yang Umno buat.

"Merekalah orang yang mencari dalil untuk menghalalkan arak, judi dan program maksiat yang ditaja oleh kerajaan umno BN," katanya.

Namun apa yang menghairankan katanya, ketika isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menjadi penaung kepada Festival Fesyen Islam di Monte Carlo, Monarco pada 9 Ogos 2010, orang agama di dalam Umno membisu, seolah-olah mulut penuh dengan sagon, tidak berani tegur.

"Mana suara ustaz umno apabila kerajaan BN di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak yang mahu menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP)?," soalnya.

Katanya, banyak lagi bukti orang agama di dalam Umno hanya menjadi tukang baca doa dan marhaban sahaja tidak lebih daripada itu.

Orang agama di dalam umno ujarnya hanyalah membesarkan tembolok sahaja.

Mereka hanya mencari hujah untuk melawan dengan PAS.

Ianya termasuk isu orang bukan Islam masuk masjid yang dibenarkan melalui keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan.

"Hujah berkenaan dengan sumber judi telah makan diri sendiri.

"Rakyat mula berkata, umno haram duit judi, tetapi halalkan lesen judi," katanya.

Beliau turut mempersoal ke mana pergi orang-orang agama di dalam umno yang berkelulusan tinggi, seperti Dr Hamid Osman, Dr Abdullah Mohd Zin, Dr Yusuf Nor, Ustaz Zainal Abidin Abd Kadir, Datuk Dasuki Haji Ahmad, Ustaz Fadhil Hanafi, Dr Amran Kasimin.

"Kenapakah isteri Presiden Umno tidak bertudung mereka membisu," katanya.
Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad kecewa dengan  pihak polis

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad kecewa dengan pihak polis


Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad kecewa dengan tindakan pihak polis menahan K Selvachandran, saksi utama kematian dan pemindahan tahanan lokap R Gunasegaran.

Beliau menyifatkan perkara seperti ini tidak patut berlaku dan mempersoalkan tindakan polis menahan Selva di hadapan keluarga tanpa alasan.

"Saya cukup kecewa bahawa keadaan seperti ini masih dibenarkan berlaku, kematian dalam tahanan seperti yang berlaku pada Gunasegaran tidak boleh diterima atas apa-apa alasan sekalipun dan Selva pula dikenakan tindakan seolah tindakan polis berdendam kepadanya kerana dia saksi utama," kata beliau kepada TV Selangor.

Beliau hari ini turut serta bersama hampir 100 aktivis NGO Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) dan 'Lawyers for Liberty' yang menghantar memorandum kepada Ketua Polis Negara di Balai Polis Bukit Aman dalam isu penangkapan dan penindasan terhadap K Selvachandran pada 25 Oktober 2010 lepas.

Menurut pegawai polis yang tidak mahu dikenali, Selvachandran ditahan dibawah akta Dadah Berbahaya dan tidak diketahui lokasi beliau ditahan kini.

Gunasegaran, 31 tahun dikatakan diseksa dan dipukul ketika ditahan di Ibu Pejabat Polis Sentul dua tahun lalu.

Mengikut laporan rasmi, beliau tidak sedarkan diri ketika cap jari diambil di balai polis berkenaan di antara jam 6:45 hingga 7 petang pada 16 Julai 2008 dan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur di mana beliau disahkan mati kira -kira jam 7:40 petang.

Laporan autopsi menyatakan Gunasegaran mati disebabkan pengambilan dadah yang berlebihan.

Bagaimanapun, Selvachandran yang turut ditahan bersama mendakwa beliau melihat Gunasegaran ditendang dan dipukul sehingga mati oleh polis.

Inkues kematian dalam lokap R. Gunasegaran berakhir pada 25 Ogos lalu dengan koroner Siti Shakirah Mohtarudin memberikan 'keputusan terbuka' kerana mahkamah tidak dapat memberikan sebab kematian setelah 23 saksi menampilkan diri.

Khalid menyatakan tindakan menghantar memorandum adalah untuk menyelamatkan mereka yang merosakkan imej polis.

"Ini bukan soal perkauman, soal dia Melayu ke, Cina ke India ke, itu lain cerita. Kita kena memahami bahawa polis mesti bertindak mengikut undang-undang dan apa yang kita nak buat ialah nak selamatkan imej polis, bukan kita nak rosakkan," tegas beliau.

Khalid turut membidas keputusan 'terbuka' oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur yang menurut beliau menggalakkan penyiksaan terhadap tahanan.

"Dalam kes Gunasegaran itu jelas dia diseksa, kalau sekiranya tiada keputusan muktamad yang mengatakan dia mati kerana itu sekalipun, sepatutnya tindakan dikenakan ke atas polis yang menyiksa dan mendera orang tahanan.

"Tetapi sebaliknya apa yang berlaku, tak ada apa-apa lalu inilah mesej yang memberikan gambaran bahawa polis boleh melakukan apa yang dia suka tanpa apa-apa tindakan," kata beliau.tvs


LAGI CERITA SAMA di sini
Yahudi di KL

Yahudi di KL

malaysia_mikvah
Adanya kubur Yahudi di Jalan Yahudi, Pulau Pinang membuktikan bahawa bangsa Yahudi ada di Malaysia sehingga sekarang khususnya di Kuala Lumpur. Walaupun minoriti, tetapi yang sedikit ini adalah beragama Judais, jika beragama lain mungkin lebih ramai.

Dalam laman web milik Andrew Harris (seorang Yahudi Australia), penulis serta juru gambar bebas, beliau telah menemuramah seorang ahli perniagaan berbangsa Yahudi yang menetap di Malaysia serta mempunyai kilang perusahaan sendiri di Kuala Lumpur.

Di dalam temu ramah bersama pemilik Malaysia Chabad Home iaitu Gary Braut, Andrew bertanyakan beberapa soalan berkaitan kehidupan mereka sebagai Yahudi di Malaysia. Dalam temu ramah itu juga Andrew mendedahkan Braut pernah beberapa kali berjumpa Dr. Mahathir serta mengenali rakan sekuliah Dr. Mahathir yang berbangsa Yahudi iaitu Dr. Yahya Cohen ketika menuntut di Universiti Malaya, Singapura.

Seperkara yang amat menarik perhatian ialah tentang pendedahan Braut bahawa Dr. Mahathir, ketika menjadi Perdana Menteri pernah membenarkan pelajar-pelajar dari Israel membuat lawatan dan berjumpa dengan pelajar-pelajar di Malaysia. Ketika lawatan tersebut berlaku, Perdana Menteri Israel ialah Yitzak Rabin.

Jumaat, 29 Oktober 2010

Pas tiada masalah pengundi cina di Galas

Pas tiada masalah pengundi cina di Galas


Undi Melayu kepada PAS-Pakatan Rakyat mungkin berkurang seandainya keputusan PRK Manek Urai dijadikan rujukan. PAS mungkin tidak bermasalah dengan undi Cina, yang sentiasa melebihi paras 50%. Justeru itu, cabaran PAS dalam PRK Galas ini adalah meningkatkan undi majoriti Cina, untuk menutup penurunan undi Melayu, di samping mengekalkan 33% undi kaum asli yang diperolehi pada PRU ke-12.

Undi Melayu tidak akan mengalami perubahan yang mendadak. Wan Abdul Rahim memberitahu  sambil merujuk kepada PRK Manek Urai, bahawa jumlah undi akan menurun 6%. Jadi, mengikut perkiraan PAS, undi mereka mungkin jatuh dari 54% semasa PRU ke-12, kepada 48%.

"Tapi, selepas Barisan mengumum calon ini, ia meningkat 1%," katanya.

Beliau menjelaskan bahawa Timbalan Presiden UMNO Muhyiddin Yassin pernah menyindir PAS kerana meletakkan "pemborong ikan" sebagai calon dalam PRK Manek Urai, namun kini BN meletakkan calon, yang hanya berkelulusan SPM. Maka, belum lagi PAS menyerang, BN sudah mula untuk membelanya.

Wan Abdul Rahim menekankan bahawa PAS hanya berharap untuk mempertahankan 33% undi orang asli yang diperolehi ketika PRU ke-12.

Sementara itu, Pengarah pilihan raya kecil BN Tengku Razaleigh yang melawat dua kawasan kaum asli semalam, Hau dan Balar, yakin untuk memperolehi 70% undi kaum asli, malah mungkin mencecah 80% seandainya mengikut anggaran optimis.

Kini, PRK Galas telah memasuki hari keempat, dan BN dijangka akan menyasarkan pengundi Cina selepas memantapkan undi kaum asli.

Di samping itu, suasana kempen Pakatan Rakyat belum hangat, memandangkan kehadiran ceramah masih rendah meskipun Pakatan Rakyat menurunkan Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan bekas Menteri Besar Perak Mohd Nizar Jamaluddin ke padang. Dalam ceramah di Kampung Pulai semalam, kehadiran tidak mencecah ratusan orang - sesungguhnya hujan lebat mungkin menjadi punca, namun ceramah itu dijalankan dalam dewan tertutup.(sumber)
Istana nafi terlibat dalam politik

Istana nafi terlibat dalam politik


Kempen pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri DUN Galas yang masuk hari keempat hari ini mula “panas” dengan dakwaan bahawa kerajaan negeri pimpinan PAS menggunakan Sultan Kelantan untuk memancing undi

 Khabar angin tersebar luas di Gua Musang sejak pagi tadi bahawa Sultan Muhammad V akan mengunjungi Gua Musang hujung minggu ini untuk mengurniakan geran tanah pada satu majlis kerajaan negeri yang didakwa akan digunakan untuk menaikkan reputasi PAS menjelang hari pengundian minggu depan

Bagaimanapun Istana Kelantan menafikan Sultan Muhammad V akan berada di Galas menjelang hari pengundian 4 November ini

Blog pro-Umno The Unspinners mendakwa kerajaan negeri bercadang untuk memberi 1 200 Orang Asli geran tanah

Satu lagi blog Bigdogdotcom pula mendakwa adalah malang jika Sultan Muhammad V dimanipulasikan oleh sebuah parti politik ketika kempen laporan yang dilihat mendakwa Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggunakan pihak istana

 “Adalah malang jika Duli Yang Maha Mulia Sultan digunakan sebagai alat oleh sesetengah pihak ketika kempen proses demokratik khususnya dalam pilihan raya

 “Pilihan raya adalah persaingan antara parti politik dan ahli-ahli politik ” kata tulisan blog yang disiarkan semalam

Bagaimanapun sumber-sumber Istana Kelantan menafikan yang Sultan Muhammad V akan melawat Galas dalam tempoh terdekat

Sumber itu menambah baginda juga telah menangguhkan kesemua pertemuan dengan Exco Kerajaan Negeri yang dijadualkan sebelum 4 November

“Malah Sultan pun tiada di negeri dan baginda tidak akan mengunjungi Gua Musang sehingga pilihan raya berakhir ” kata satu sumber istana kepada The Malaysian Insider

Sultan Muhammad V yang dimashyurkan sebagai sultan bulan lalu telah mengunjungi bahagian Gua Musang minggu lalu sebelum bermulanya tempoh berkempen untuk mengurniakan geran tanah kepada lebih 100 penduduk

 Bagaimanapun difahamkan tiada ahli politik dibenarkan menghadiri majlis itu

 “Tidak ada ahli politik dibenarkan menghadiri majlis itu disebabkan sensitiviti Tuanku hanya diiringi oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohd Aiseri Alias dan pegawai-pegawainya ” kata sumber

“Sultan bijak baginda tahu peranan baginda baginda faham situasi jadi baginda tiada rancangan untuk melawat Gua Musang ketika tempoh berkempen ” katanya

Dalam pada itu Pengelola Istana Datuk Abdul Halim Hamad yang mengesahkan tiada kunjungan diraja ke bahagian Gua Musang menjelaskan majlis pengurniaan geran tanah minggu lalu telah dijanjikan oleh Sultan Muhammad V tahun lalu ketika baginda masih pemangku Sultan Kelantan

“Mereka yang menerima geran tanah merupakan mereka yang memohon terus kepada baginda ketika baginda masih Tengku Mahkota ” kata Halim

 “Permohonan ini diluluskan baru-baru ini dan Tuanku memutuskan untuk mengurniakan secara peribadi dalam perjalanan ke Kuala Lumpur ” katanya

 Halim menafikan ia keputusan politik

“Ia adalah rutin baginda Bukan sahaja di Gua Musang baginda melawat seluruh negeri untuk menyampaikan sokongan dan bantuan kepada mereka yang memerlukannya ” kata Halim

 “Istana tidak terlibat dalam kempen Mereka boleh berkata apa yang mereka mahukan tetapi istana tidak terlibat dalam politik ” kata Halim lagi

Jentera kempen Barisan Nasional diketuai oleh Tengku Razaleigh Hamzah ketua Umno Gua Musang yang merupakan anggota kerabat diraja.MI

Kaum bukan melayu sokong PAS di Galas

Puak-puak umno/bn pasti gerun bila melihat kaum-kaum lain datang memberi sokongan kepada calon dari PAS.Kalau di lihat boleh ke calon BN boleh menang undi bukan melayu.

                                               

                                               

                                               
                                               

                                               

                                               

                                              

                                            
                                            

Khamis, 28 Oktober 2010

Apa rasionalnya Dr Manmohan Singh merasmikan Little India

Apa rasionalnya Dr Manmohan Singh merasmikan Little India

Apa rasionalnya Malaysia negara berdaulat meminta PM India merasmikan Little India di negara kita. Mengapa Yang Dipertuan Agong tidak merasmikannya atau pemimpin-pemimpin Malaysia yang lain. Mengapa PM 1Malaysia terhegeh-hegeh meminta PM India merasmikannya

Kita sudah merdeka lebih 50 tahun, namun kadang kala kita hairan dengan gelagat dan sikap tidak rasional pemimpin negara yang menjatuhkan maruah dan daulat negara.

Di mana pertubuhan (NGO) yang lantang bersuara selama ini bersembunyi.Apakah ini tindakan yang di kira tidak menghina pemeritahan Yang Dipertuan Agong dan sultan-sultan Melayu yang lain.

Kita juga hairan mengapa Persatuan Kemajuan Pelajar Tamil Malaysia (PKPTM) ini sangup memprotes kehadiran Dr Manmohan Singh untuk merasmikan 'Little India' ini.




Polis menahan sembilan lelaki di hadapan sebuah restoran, kira-kira 100 meter dari lokasi majlis perasmian 'Little India', sebuah kawasan kediaman masyarakat India di Brickfields di Kuala Lumpur, petang semalam.

Semua mereka yang berumur lingkungan 30-an dan 40-an itu dipercayai anggota Persatuan Kemajuan Pelajar Tamil Malaysia (PKPTM) yang sebelum ini memprotes kehadiran Perdana Menteri India, Dr Manmohan Singh bagi merasmikan majlis itu.

Kumpulan itu ditahan kira-kira jam 5 petang selepas enggan memberi kerjasama kepada polis ketika diminta menunjukkan kad pengenalan masing-masing.

Sebelum ditahan, berlaku sedikit kekecohan antara mereka dengan anggota polis, namun ia dapat disuraikan kira-kira 10 minit kemudian.

Semua mereka dibawa menaiki sebuah van polis ke Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields untuk siasatan, namun dibebaskan pada kira-kira jam 7 malam selepas keterangan mereka diambil.

PKPTM, sebuah badan bukan kerajaan (NGO), tidak bersetuju dengan cadangan perasmian 'Little India' dilakukan oleh Dr Manmohan Singh kerana mendakwa cukup sekadar dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak atau di kalangan pemimpin kaum India tempatan sendiri.

Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit.
Mazhab al-Syafi’i berpendapat bahawa bukan muslim boleh masuk masjid

Mazhab al-Syafi’i berpendapat bahawa bukan muslim boleh masuk masjid


Para fuqaha (ahli fekah) berbeza pendapat tentang hukum bukan muslim masuk ke dalam masjid. Namun, majoriti fuqaha termasuk dalam Mazhab al-Syafi’i berpendapat bahawa bukan muslim boleh masuk ke dalam masjid jika ada keperluan untuk itu. Pendapat ini disokong oleh beberapa dalil yang kuat.

Di samping, ia juga membantu memahamkan masyarakat bukan Islam mengenai Islam. Dalam negara yang berbilang agama seperti negara kita, pandangan ini bukan sahaja kuat dari segi dalilnya, ia juga memberikan kebaikan kepada dakwah Islam itu sendiri.

Dalam hadis al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w telah menghantar pasukan (skuad) tentera berkuda dan menawan Thumamah bin Athal yang merupakan kepimpinan Bani Hanifah dari Yamamah. Beliau dibawa ke Madinah dan diikat di tiang masjid Nabi s.a.w.

Apabila Nabi s.a.w datang ke masjid dan melihatnya, baginda bertanya: “Apa yang ada engkau dapati wahai Thumamah?” Jawabnya: “Bersamaku kebaikan, wahai Muhammad! Jika engkau membunuhku, engkau membunuh orang yang punyai darah (berhak dibunuh atau mungkin beliau meminta simpati), jika engkau memberi kurnia, engkau memberikan kurnia kepada orang yang berterima kasih. Jika engkau mahu harta, engkau boleh minta seberapa banyak yang engkau mahu”. Lalu Nabi s.a.w meninggalkannya.

Keesokannya Nabi s.a.w bertanya lagi: “Apa yang engkau dapati Wahai Thumamah?”. Jawabnya: “Seperti yang aku katakan, jika engkau memberi kurnia, engkau memberi kurnia kepada orang yang berterima kasih”. Nabi meninggalkannya. Keesokannya lagi Nabi s.a.w bertanya lagi: “Apa yang engkau dapati wahai Thumamah?”. Jawabnya: “Seperti yang aku katakan kepadamu”. Lalu Nabi s.a.w memerintahkan: “Bebaskan Thumamah”.

Thumamah pun keluar pergi ke mata air berdekatan masjid, beliau mandi, kemudian masuk semula ke masjid dan mengucapkan: “Aku bersaksi bahawa tiada ilah (yang diabdikan diri) melainkan Allah dan Muhammad itu Rasulullah”. Beliau juga berkata: “Wahai Muhammad! Demi Allah, duhulu tiada atas muka bumi yang lebih aku benci daripada engkau, sekarang berubah engkau telah menjadi orang yang paling aku sayangi.

"Demi Allah, dahulu tiada agama yang lebih aku benci dari agamamu, sekarang berubah agamamu menjadi agama yang paling aku sayangi. Demi Allah, tiada dahulu negara yang lebih aku benci dari negaramu, sekarang berubah negaramu menjadi negara yang paling aku sayangi..”.

Hadis di atas menunjukkan bagaimana Thumamah bin Athal seorang tawanan perang yang menentang kerajaan Nabi s.a.w dibawa masuk ke dalam masjid. Antara tujuannya, agar dia dapat melihat kehebatan ibadah dalam Islam. Sekalipun dia musuh dan tawanan perang, Nabi s.a.w menggunakan pendekatan yang menarik jiwanya sehingga dia akhirnya menganut Islam.

Ini dengan cara menempatkannya dalam masjid dan baginda bertanya soalan selama tiga hari lalu memaafkannya. Kesan berada di masjid dan kemaafan Nabi s.a.w, akhirnya kepimpinan musuh tersebut menganut Islam. Hadis ini menjadi bukti bahawa orang bukan Islam boleh masuk ke dalam masjid. Inilah pegangan kebanyakan ulama termasuk dalam Mazhab al-Syafi’i.

Kata al-Imam al-Nawawi (meninggal 676H): “Hadis ini menunjukkan harus membawa orang kafir masuk ke dalam masjid. Mazhab Syafi’i mengharuskannya dengan izin muslim. Ini merangkumi kafir ahli kitab atau selain mereka”. (al-Nawawi, Syarah Sahih Muslim, 12/435, Beirut: Dar al-Khair).

Majlis Fatwa Tetap Arab Saudi mengeluarkan hukum tentang bukan muslim masuk ke masjid seperti berikut: “Pendapat yang tepat bukan muslim boleh masuk ke dalam masjid untuk sesuatu kemaslahatan syariah atau sesuatu keperluan tertentu seperti mendengar sesuatu yang membawa masuk ke dalam Islam, atau keperluannya untuk minum air yang berada dalam masjid atau selainnya. Ini kerana Nabi s.a.w mengikat Thumamah bin Athal al-Hanafi dalam masjid sebelum dia menganut Islam, baginda juga menempatkan perwakilan Thaqif dan perwakilan Kristian Najran di masjid sebelum mereka menganut Islam. Ini kerana ada banyak faedah mereka memasuki masjid, antaranya; mendengar ucapan dan nasihat Nabi s.a.w, melihat orang bersolat dan membaca al-Quran dan berbagai faedah besar yang lain bagi sesiapa yang melazimi masjid”. (Fatawa al-Lajnah al-Daimah 6/276. Riyadh: Idarah al-Buhuth)

Kita sepatutnya meluaskan fungsi masjid agar dapat menjadi ‘centre for Islamic Information’ yang mesra pelanggan. Masjid sepatutnya berfungsi menyampaikan Islam kepada setiap pihak; muslim dan bukan muslim. Di negara seperti Malaysia yang berbilang agama dan budaya, kaum muslimin perlulah aktif dan intraktif dalam menyampaikan mesej Islam.

Jika masjid dijadikan zon larangan bagi orang bukan muslim sehingga tidak dapat mendekatinya, bilakah Islam akan dapat difahami oleh mereka. Sudahlah dalam negara ini banyak fatwa ala-taliban yang cuba menggambarkan seakan tiada rahmah antara muslim dan bukan muslim, ditambah lagi dengan ditutup ruang untuk mereka mendengar ajaran Islam.

Masjid digambarkan musuh mereka dan mereka dilarang menghampirinya. Sementara dalam masa yang sama ada pihak bukan Islam yang menjemput muslim dengan hormat ke tempat ibadah mereka serta menghulurkan berbagai bantuan.

Akhirnya, kita terus bermusuhan tanpa mencari titik dakwah, atau sekurang-kurang noktah yang mengurangkan sangkaan salah terhadap agama hidayah ini. Ke manakah hala tuju Islam yang hendak kita bawa dalam negara ini? Oleh DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN

Rabu, 27 Oktober 2010

Rasuah pilihan raya di Galas

Rasuah pilihan raya di Galas


Gua Musang menjadi jajahan pertama di Kelantan menerima perkhidmatan melayari Internet tanpa wayar secara percuma


"Buat kali pertama di Kelantan kita lancarkan dahulu Kampung Wifi di Gua Musang kerana ramai penduduk menunggu-nunggu perkhidmatan itu,"


Beliau berkata, perkara itu sudah dirancang lebih awal lagi kerana kerajaan mahu rakyat di semua peringkat sama ada di bandar atau luar bandar menikmati kemudahan terbabit secara sama rata.


Kenyataan Banggang berbau rasuah Pilihan raya dari seorang menteri.Kalau tiada pilihan raya di Galas apakah rakyat di Gua Musang akan dapat semua ini,sudah tentu TIDAK.

Lihatlah sudah berapa banyak janji-janji pilihan raya sudah di tabur untuk rakyat di Gua musang,Apakah akan di laksanakan janji-janji ini jika mereka mengalami kekalahan?

Kepada pengundi Galas ,bijaklah membuat pilihan
Rakyat bayar RM26,000 sehari untuk kediaman rasmi Perdana Menteri Najib Razak

Rakyat bayar RM26,000 sehari untuk kediaman rasmi Perdana Menteri Najib Razak


Persekutuan membelanjakan RM26,000 sehari atau RM9.4 juta setahun sebagai sewa dan penyenggaraan kediaman rasmi Perdana Menteri Najib Razak dan Timbalannya Muhyiddin Yassin di Putrajaya.

Perkara itu disahkan dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat yang diterima oleh Ahli Parlimen Bukit Bendera Liew Chin Tong.

Liew berkata Najib selaku Menteri Kewangan mengesahkan RM6juta untuk Seri Perdana dan RM3.4 juta untuk Seri Setia (kediaman TPM) dibayar kepada Putrajaya Holding sebagai sewa dan kos penyenggaran.

Selain itu kerajaan juga akan megumumkan RM65 juta diperuntukan untuk mengubah suai Seri Perdana selama dua tahun bermula tahun ini.

Perbelanjaan yang begitu besar untuk kediaman Najib dan Muhyiddin pasti mengundang kritikan pelbagai pihak ketika hutang kerajaan persekutuan melonjak ke paras paling tinggi dalam tempoh lima tahun.

Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang mendedahkan bahawa hutang negara pada tahun lalu berjumlah RM362.39 bilion.

Hutang itu mencakupi 53.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar , kali pertama keadaan itu berlaku dalam sejarah negara, kata beliau.-tvs
Tahniah kerana (kerajaan) berjaya menghancurkan rakyatnya

Tahniah kerana (kerajaan) berjaya menghancurkan rakyatnya

NONE
Seperti dijangkakan, tindakan kerajaan melalui Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang mahu menjadikan Malaysia sebagai hub hiburan malam mula mendapat tentangan kumpulan NGO Islam.

Bagi Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), tindakan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu 'disambut' mereka secara amat sinis.

"Tahniah kerana (kerajaan) berjaya menghancurkan rakyatnya," kata Setiausaha Agung PPIM Datuk Dr Ma'amor Osman (kiri) sambil menyifatkannya sebagai pengkhianatan kepada pentadbiran perdana menteri sebelum ini, khususnya Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurut perancangan ETP yang dikeluarkan kelmarin, pentadbiran Najib mahu menjadikan Malaysia sebagai hub hiburan malam bagi memacu industri pelancongan.

Ini akan dilaksanakan dengan penubuhan beberapa kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan "mempakejkan" semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP.

Lebih mengejutkan, EPP mencadangkan penubuhan zon hiburan di lima negeri, termasuk Lembah Klang yang akan menyaksikan terdapat sekurang-kurang 10 kelab malam menjelang 2014.

Ketika dihubungi Malaysiakini tengah hari ini, Dr Ma'amor - pemimpin NGO Islam yang dilihat agak 'rapat' dengan kerajaan - berkata, rancangan ETP itu menyalahi pelbagai perkara, termasuk gagasan Wawasan 2020 yang mahu negara ini maju dengan acuan sendiri.

"Budaya kelab malam ini bukan budaya Timur. Ia budaya Barat, budaya berfoya-foya.

"Saya ucap tahniahlah kerana berjaya mengkhianati negarawan negara (Dr Mahathir)," katanya.

Ditanya berhubung tindakan susulan PPIM bagi menyatakan menangani rancangan itu, Ma'mor berkata:

"Kita tak pergilah (ke kelab malam). Boikot pun tak guna. Tak ada ahli kita yang pergi ke kelab malam. Tunggu pilihan rayalah nanti."

PPIM antara NGO pengguna Islam yang diingati kerana kempen boikot produk barangan tertentu seperti barangan keluaraan Yahudi dan Amerika Syarikat sebelum ini.-mk

Selasa, 26 Oktober 2010

Datuk Seri Najib Razak mahu menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam

Datuk Seri Najib Razak mahu menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam


Pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahu menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Ini akan dilaksanakan dengan penubuhan beberapa kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan “mempakejkan” semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP.

Menurut perancangan ETP yang dikeluarkan semalam, ia adalah sebahagian daripada 12 projek permulaan (EPP) yang bertujuan memperkasakan sektor pelancongan agar ketibaan pelancong dapat dipertingkatkan.

Jumlah pelaburan yang diperlukan adalah RM467 juta dan akan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan. Kerajaan menjangkakan ia akan memberi pendapatan negara kasar sebanyak RM427 juta dan mewujudkan sebanyak 8,000 peluang pekerjaan

Lebih mengejutkan lagi EPP juga mencadangkan penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan malam Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020.

"Menjelang 2014, akan terdapat sekurang-kurang 10 kelab malam di zon hiburan. Ini akan menghasilkan impak pendapatan kasar negara RM0.7 bilion dan mewujudknan 5,614 pekerjaan baru menjelang 2020," petik laporan itu.(sumber penuh)
Ansari Abdullah membidas pimpinan Barisan Nasional yang tidak sensitif

Ansari Abdullah membidas pimpinan Barisan Nasional yang tidak sensitif


Calon Pakatan Rakyat, Ansari Abdullah membidas pimpinan Barisan Nasional yang tidak sensitif apabila mengadakan majlis pesta rakyat di sini semalam. Pesta ini tidak sepatutnya berlaku, sepatutnya mereka berkabung memperingati kematian Ahli Parlimen Batu Sapi yang lepas Datuk Edmund Chong Ket Wah yang terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Jalan Coastal, Kota Kinabalu, 9 Oktober lalu.

"Pesta Rakyat yang dihadiri oleh Muhyiddin ada di sana, saya nampak penyanyi dangdut bergelek di atas pentas, sepatutnya pemimpin-pemimpin BN berkabung, kerana wakil mereka baru meninggal dunia tapi mereka berpesta semalam," katanya kepada TV Selangor.

Tegas Ansari lagi, sepatutnya pimpinan Barisan Nasional menyelesaikan persoalan asas kemudahan kepada rakyat yang gagal disempurnakan dengan baik selama lebih 47 tahun memerintah.

"Kita tak tahulah samada ini hiburan untuk pemimpin atau untuk rakyat, tetapi tidak ada apa yang boleh menghiburkan rakyat Sandakan, rakyat Batu Sapi sehingga nasib dan keadaan mereka dibela," katanya lagi.

Ansari juga berkata pemilihan calon BN yang merupakan isteri mendiang Datuk Edmund Chong Ket Wah untuk meraih undi simpati tidak menjadi persoalan asas kerana asasnya pertandingan ini adalah untuk menggantikan corak kerajaan Barisan Nasional yang gagal menjaga kebajikan rakyat.

"Persoalan ini bukan berkenaan calon, pertandingan ini bukan antara calon, pertandingan ini antara kerajaan Barisan Nasional yang gagal memelihara rakyat, dan
pembangkang akan membela rakyat," tegasnya.Mohd Ezli Mashut tvs

Calon Barisan Nasional Abdul Aziz Yusoff buta maklumat


Calon Barisan Nasional (BN) pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Abdul Aziz Yusoff
tidak mahu penduduk tersalah pilih seperti yang berlaku dalam pilihan raya umum 2008, dan menurutnya kini sudah sampai masanya pengundi membuat penentuan terbaik kerana hanya BN sahaja yang dilihat mampu membawa segala pembangunan di kawasan itu.

"Semua boleh lihat sendiri bagaimana kemajuan yang dinikmati di negeri-negeri lain di bawah kepimpinan BN, dan saya tidak mahu penduduk Galas ini terus ketinggalan selepas ini,” kata Setiausaha UMNO bahagian Gua Musang itu di sini hari ini.

Inilah bila bercakap tidak mengikut fakta,apakah hanya umno sahaja yang mampu buat kerja dan orang lain tak tahu berkerja.


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidn Yasin sepatutnya merasa malu kerana Sabah yang kaya dengan hasil mahsul bumi, tetapi menjadi negeri termiskin di Malaysia, kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad.

"Sabah di bawah Umno yang masih ketinggalan, nombor satu miskin dan diikuti oleh negeri Terengganu. Kedua-dua negeri ini Umno yang memerintah dan mempunyai minyak, tetapi rakyatnya makan taik minyak.

"Sedangkan Kelantan yang diperintah oleh PAS, menduduki nombor enam, kemajuannya jauh berbeza dengan negeri yang Umno perintah.

"Sepatutnya Tan Sri Muhyiddin kena merasa malu, kenapa Sabah yang kaya dengan hasil mahsul bumi, tetapi menjadi negeri termiskin di Malaysia?" soalnya dalam satu kenyataan media hari ini.


Idris juga membidas Muhyiddin yang membuat kenyataan bahawa “kalau harapkan PAS untuk membawa kemajuan seperti mengharapkan bulan jatuh ke riba.

Isnin, 25 Oktober 2010

Sah SPR kuda tunggangan umno/Bn

Sah SPR kuda tunggangan umno/Bn

                         


Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menegaskan bahawa hanya lambang PAS dibenar untuk digunakan dalam kempen pilihan raya kecil DUN Galas.

Timbalan setiausahanya, SPR Datuk Noordin Che Ngah berkata, langkah berkenaan bermakna lambang parti komponen Pakatan Rakyat yang lain tidak dibenar digunakan dalam tempoh kempen yang bermula esok.

Katanya, lambang parti Umno dan parti komponen BN yang lain sebaliknya boleh digunakan.

Jelasnya, kebenaran itu diberikan memandangkan lambang parti komponen BN itu diiktiraf oleh SPR.

Katanya, pasukan penguatkuasa kempen pilihan raya yang dianggotai PDRM, SPR dan pihak berkuasa tempatan itu berhak untuk menurunkan lambang-lambang berkenaan sekiranya didapati digunakan dalam kempen bermula esok

Dalam pada itu, SPR juga menjangkakan akan berdepan masalah untuk mendapatkan peratus keluar mengundi bagi setiap jam pada hari pengundian bagi pilihan raya kecil DUN Galas.

Ini kerana empat pusat pengundian di kawasan Orang Asli tidak dilengkapi talian telefon.

"Tapi kita masih boleh bergantung kepada sistem komunikasi oleh PDRM.

"Jadi kita masih boleh keluarkan jumlah anggaran," katanya lagi ketika ditemui wartawan selepas satu sesi taklimat kepada media di Kesedar Inn, Gua Musang pagi ini.tvs
SPRM telah membuka sebanyak 20 kertas siasatan

SPRM telah membuka sebanyak 20 kertas siasatan


Nampaknya hanya ikan-ikan bilis je yang kena ikan-ikan jerung masih terlepas,atas alasan tiada bukti.

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuka sebanyak 20 kertas siasatan dan penyiasatan serta lima kertas pemeriksaan dan perundingan, hasil daripada Laporan Ketua Audit Negara 2008 yang dikeluarkan tahun lepas.

Menurut satu kenyataan pada Ahad, setakat ini, tiga individu telah didakwa di mahkamah, empat laporan SPRM dikemukakan kepada ketua jabatan berkenaan dengan cadangan prosiding tata tertib terhadap pegawai terlibat, lima surat nasihat dikeluarkan kepada jabatan berkaitan serta lima kajian sistem dan prosedur bagi menutup sebarang ruang dan peluang perlakuan jenayah rasuah atau penyelewengan.

"Kes-kes siasatan yang ditutup tanpa sebarang tindakan pula adalah disebabkan sama ada tiada perlakuan jenayah rasuah atau penyelewengan jenayah atau kerana tiada keterangan bagi mencadangkan sebarang pertuduhan," katanya.

Kenyataan itu juga menyebut kes yang dibawa ke mahkamah membabitkan tiga pegawai sebuah syarikat subsidiari Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia dan melibatkan penggunaan peruntukan sebanyak RM888,000 yang tidak mendapat sebarang kelulusan lembaga pengarah.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan iaitu melakukan pecah amanah jenayah, yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun, sebatan dan denda, jika sabit kesalahan.

Kes berkenaan masih dalam perbicaraan-ms

KES -KES SEBEGINI TAK NAK SIASAT KE:

KES 1
KES 2
KES 3

Ahad, 24 Oktober 2010

Tiga penjuru di Sabah-Ansari Abdullah yakin akan menang

Tiga penjuru di Sabah-Ansari Abdullah yakin akan menang



BATU SAPI 24 OKT: Calon Pakatan Rakyat dari Parti Keadilan Rakyat(PKR) Ansari Abdullah berkata beliau mempunyai keyakinan atas keinginan pengundi di Batu Sapi untuk menghantar mesej tegas kepada kerajaan Umno-Barisan Nasional(BN) di peringkat negeri dan Putrajaya.

"Selama ini kita(Pakatan Rakyat) dikenali simpanan tetap BN yang memperingatkan orang Sabah senang dibeli senang dipujuk dan mudah mudahan 4 Nov ini, kita akan buktikan kepada dunia orang Sabah tidak lagi boleh dibeli bukan dengan wang RM50,00 dan RM500,00 kerana orang Sabah ada maruah dan pendirian," katanya selepas diumumkan sebagai calon.

Beliau menegaskan bahawa kemenangan di Batu Sapi akan membolehkan Sabah mempunyai suara yang lebih kuat di Parlimen dalam memperjuangkan hak rakyat di Negeri Bawah Bayu.

"Saudara Hiu berseorangan di parlimen menyuarakan masalah rakyat Sabah sehingga dibantu oleh Lim Kit Siang, Abdul Hadi, ketua pembangkang dan lain-lain lagi. Kita perlu lebih banyak suara orang Sabah dan mudah-mudahan Batu Sapi ini merupakan langkah kedua ke Putrajaya yang dimulakan dengan Kota Kinabalu dilanjutkan ke Sibu dan mudah-mudahan menjadi batu loncatan kita ke Putrajaya," ucapnya.

Sementara itu, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Ansari adalah calon terbaik untuk memperjuangkan isu-isu rakyat Sabah, khususnya mengenai hak milik tanah yang dirampas oleh pemimpin Umno-Barisan Nasional.

"Kita bersetuju bahawa supaya kita tonjolkan seorang peguam yang pernah menjadi majistret dan juga peguambela yang banyak membela hak-hak rakyat Sabah termasuk kes tanah," sejurus mengumumkan Ansari sebagai calon.

Ansari akan berdepan dengan Tsen Tsau Lin balu kepada Chong Ket Wah, Ahli Parlimen Batu Sapi yang maut dalam kemalangan jalanraya dua minggu lalu.

Tsau Lin dari Parti Bersatu Sabah(PBS) dijangka mengharapkan kepada sentimen pengundi terhadap kehilangan suaminya dalam usaha mengekalkan kerusi itu bagi BN.

Turut bertanding adalah Presiden Parti Maju Sabah, Yong Teck Lee.-tvs

Dr Zulkefli Mohamad akan di tentang oleh Mohd Aziz Yusof di Galas

                                                           

Setiausaha Umno bahagian Gua Musang, Mohd Aziz Yusof diumumkan sebagai calon BN bagi pilihan raya kecil DUN Galas pada 4 November ini.
Pengumuman tersebut dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin petang ini.

Pilihan raya kecil DUN Galas diadakan berikutan kematian penyandang wakil rakyat dari PAS, Chek Hashim Sulaima, 46, akibat barah usus 27 September lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari penamaan calon bagi pilihan raya kecil itu pada 26 Oktober ini.

Di Parlimen Batu Sapi Bn akan meletakan Datin Linda Tsen Thau Lin

Datin Linda Tsen Thau Lin, 54 , balu mendiang Datuk Edmund Chong Ket Wah dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Batu Sapi pada 4 November ini.

Pengumuman itu dilakukan oleh Ketua Menteri merangkap Pengarah Jentera Pilihan Raya BN Parlimen Batu Sapi, Datuk Seri Musa Aman di sini hari ini.

"Kita yakin beliau bukan sahaja berkebolehan tetapi mampu meneruskan usaha membangunkan Batu Sapi" katanya
Umno semakin terdesak

Umno semakin terdesak

                                                           

HULU SELANGOR 22 April – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan polis supaya mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang menggunakan masjid untuk berkempen

Tegas beliau, pihaknya juga tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak jika masih berdegil.

“Kita tidak akan berkompromi ke atas mana-mana pihak yang menggunakan masjid sebagai pentas berpolitik,”-um

Amaran Sultan Selangor terhadap mana-mana parti politik yang mengunakan Masjid untuk kepentingan politik.Sekarang pula umno hendak mengunakan masjid demi kelangsungan politik mereka

Terdesak dengan sokongan yang semakin rapuh di kalangan orang Melayu, Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal sampai mencadangkan agar parti berkenaan menggiatkan usaha mendaftarkan anggota mereka sebagai pemilih dalam pilihan raya menggunakan masjid di seluruh negara.

Alasan yang diberikan neliau pula adalah kerana, masjid merupakan tempat di mana "padatnya umat Melayu".

"Kita gunakan landasan itu untuk mendaftar pengundi pengundi dalam pilihan raya umum,' katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan dalam perhimpunan agung Umno 2010 hari ini.

Shafie, yang juga menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah seterusnya berkata beliau telah membincangkan cadangan itu dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Jamil Khir Baharum yang bertanggungjawab dalam hal ehwal agama berhubung perkara itu.

Menurutnya, fenomena itu menyebabkan Umno gagal memenangi kerusi pilihan raya seperti yang berlaku di Ayer Hitam dan Pantai Merdeka di Kedah di mana Pakatan Rakyat menang kira-kira 500 undi sahaja.

"Saya dapati di DUN (Ayer Hitam) itu mempunyai 1,400 ahli Umno yang tidak mendaftar menjadi pengundi," katannya yang juga pengerusi Umno Kedah.

Beliau juga mendedahkan, di Johor - yang disifatkannya sebagai negeri 'jantung' Melayu - Umno dan BN ketinggalan kira-kira seribu berbanding pembangkang dalam pendaftaran anggota baru.

Di Pulau Pinang pula menurutnya, BN hanya berjaya menambahkan 6,266 pengundi Melayu sedangkan Pakatan Rakayt berjaya mendaftarkan sebanyak 22,195 pemilih baru.-mk

Sabtu, 23 Oktober 2010

PM hendak umum pilihan raya

PM hendak umum pilihan raya

NONE
Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin menggambarkan bahawa pilihan raya umum mungkin akan dilakukan dalam masa beberapa bulan saja lagi.

"Masa di depan kita tidak banyak lagi. Saya tidak pasti bila PM hendak umum pilihan raya tapi hanya tinggal beberapa bulan saja ke hadapan.

"Mahu tidak mahu kita kena hadapi rakyat dalam pilihan raya akan datang," katanya ketia menyampaikan ucapan penggulungannya dalam mesyuarat agung Umno 2010 hari ini.

Sementara itu, Datuk Seri Najib Razak pula masih berteka-teki tentang kemungkinan pilihan raya umum akan dijalankan dalam tempoh yang dekat.

Katanya, pada masa ini beliau masih perlu memberi tumpuan kepada "kerja-kerja kerajaan."

Perdana menteri menambah, sekarang ini negara masih berdepan dengan krisis ekonomi yang serius.

"Jadi bila kita dah selesai (baru adakan pilihan raya)," katanya dalam sidang media selepas menyampaikan ucapan penggulungannya di perhimpunan agung Umno hari ini.

Katanya lagi, beliau melihat bahawa pemulihan ekonomi yang dijalankannya berjalan dengan mantap.

"Pelan transformasi pun dah kita rumuskan dengan begitu teliti.

"Insya-Allah hari Isnin ini akan ada pengumuman yang besar berhubung GTP (Pelan Transformasi Kerajaan) dan bererti segala perancangan kita dah sedia untuk dimulakan," katanya lagi.

Tambahnya, beliau dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin juga akan mengikuti program untuk bertemu dengan rakyat di seluruh negara.

Ditanya sekiranya program itu merupakan petanda bahawa pilihan raya akan berlangsung tidak lama lagi, Najib berkata langkah itu boleh diinterpretasikan dalam banyak cara.

"Saya ada susunan dalam menjalankan sesuatu," katanya lagi.-mk
Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Hashim Yahya berkata, berfesyen dalam mempromosikan busana Muslim adalah tidak salah

Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Hashim Yahya berkata, berfesyen dalam mempromosikan busana Muslim adalah tidak salah

                                                          


SHAH ALAM 23 Okt : Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Hashim Yahya berkata, berfesyen dalam mempromosikan busana Muslim adalah tidak salah, namun ia perlu menghormati perkara-perkara utama, seperti ayat suci, kalimah dan perkataan seperti 'Allah' dan 'Muhammad'.

"Apa maksud 'Muhammad' disitu? Adakah nama dia (si pemakai), atau Nabi Muhammad (SAW)? Maka kita tak tahu. Jadi kita kena tengoklah apa tujuan dia tulis 'Mim Ha Mim Dal' itu? Adakah itu nama Nabi Muhammad atau pun nama dia?

"Dia kena jagalah. Boleh, tetapi kalau kalimah-kalimah Allah itu dicampak merata, itu dah menghina kalimah Allah. Tulisan kalimah-kalimah Allah, atau Rasulullah pada baju yang dipakai. Dia kena jagalah penghormatan kalimah Allah itu. Tak boleh dicampak ikut suka sahaja," jelasnya.

Hashim yang dihubungi TV Selangor hari ini menjelaskan, beliau tidak dapat memberikan respon mengenai isu Festival Fesyen Islam yang dianjurkan oleh isteri Perdana Menteri. Datin Seri Rosmah Mansur, kerana masih belum meneliti perkara tersebut.

Namun begitu, beliau masih boleh memberikan pandangannya mengenai garis panduan dan adab dalam berpakaian mengikut syarak.

"Fesyen itu tidak salah, tapi mesti menutup kepala, mesti menutup dada. Kemudian kalau nak fesyenkan sikit, itu tidak menjadi masalah. Kalau terlampau nak fesyen, kadang-kadang terlalu nipis. Kadang-kadang tutup semua, tetapi terlalu ketat. Tak jadi juga. Tak menepati menutup aurat.

"Garis panduannya mudah sahaja. Tiap-tiap sama ada lelaki atau perempuan Muslim dan Muslimah menutup aurat. Dan garis panduan menutup aurat itu telah dijelaskan sama ada di dalam Al-Quran atau pun dalam hadis-hadis Nabi (SAW).

"Kalau lelaki, auratnya antara pusat dan lutut. Itu aurat asalnya. Atas dari pusat dan bawah daripada lutut itu tidak dikatakan aurat. Itu dari segi umumnya.

"Walau macam mana pun, kalau sekiranya orang lelaki tadi berhadapan dengan wanita yang bukan mahram. maka dia juga dituntut menutup tubuh badannya. Itu adabnya.

"Dari segi perempuannya, mesti menutup kepalanya dan bertelekung menutup dadanya. Macam wanita yang pakai telekung hari ini yang labuh sedikit menutup dadanya. Kemudian pakaian itu tak boleh terlaku ketat sehingga menampakkan tubuh badannya. Itu lah garis panduan. Itu jelaslah," jelas Hashim.

"Kalau longgar pun, tapi terlalu nipis sehingga dapat melihat, terbayang kulitnya, maka tidak menepati tutup aurat. Jadi maksudnya pakaian kena agak longgar, disamping tidak nipis sehingga menampakkan tubuhnya di bawah kain itu," tambahnya lagi.

Datin Seri Rosmah Mansor yang didakwa menghina syariat Islam dan Rasulullah SAW dalam penganjuran Festival Busana Muslim di Monte Carlo 9 Ogos lalu.

Sementara itu, Dewan Pemuda PAS Wilayah yang mahu mengadakan demonstrasi selepas solat Jumaat hari ini bagi membantah insiden itu, sebaliknya memutuskan untuk mengadakan perbincangan mengenai perkara itu dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Ketua Penerangannya, Fadhil Osman lapor portal Malaysiakini bercadang menghantar memorandum bantahan kepada Yang di-Pertuan Agong berhubung perkara tersebut.(Sidiqin Omar TVS)

Ulama muda sokong Rosmah

                                                           
Ulama muda Umno Fathul Bari Mat Jahya berkata pendekatan pembangkang mengecam tindakan Rosmah Mansor menaungi Festival Busana Islam (IFF) - yang mencetuskan kontroversi - tersasar daripada konsep agama sebagai nasihat.

Fathul Bari berkata, pembangkang sengaja membesar-besarkan isu itu sambil meletakkan sepenuhnya kesalahan atas bahu Rosmah tanpa menyiasat terlebih dahulu perkara itu.

"Sepatutnya bantahan itu ditujukan kepada penganjur sedangkan beliau (Rosmah) penaung semata-mata," katanya.

Semalam, sekurang-kurangnya empat perhimpunan aman anjuran Dewan Pemuda PAS diadakan di tiga negeri sebagai membantah tindakan Rosmah yang didakwa menghina syariat Islam dan Rasulullah dalam penganjuran festival itu di Monte Carlo 9 Ogos lalu.

Demontrasi itu berlangsung di masjid-masjid di di Pahang, Kuala Terangganu dan dua masjid di Pulau Pinang.

Berucap pertama kali di perhimpunan agung Umno hari ini, Fathul Bari berkata, manusia sentiasa dituntut meneliti terlebih dahulu sama ada sesautu kesilapan itu dilakukan dengan sengaja atau pun tidak.

"Tanpa diteliti hal tersebut, mereka terus menyerang dan menghukum. Adakah ini sikap orang Islam yang mengakui membawa hukum allah. Sedangkan jelas perbuatan seperti ini tersasar Islam yang mengajar etika menasihati seseorang," kata Fahtul Bari.

"Kalau mereka ikhlas (menasihati) mengapa tidak tarik tangannya, bersendirian tanya dengannya lebih dahulu (perkara sebenar)."

Memetik pendapat seorang tokoh terkenal mazhab Shafie, Fahtul Bari berkata, pemerintah patut didoakan dengan kebaikan dan bukannya dengan maki hamum dan caci maki.

Menurut anak bekas mufti Perlis itu lagi, ini kerana Islam meletakkan adab dan etika tertentu untuk menegur seseorang.

Bercakap kepada Malaysiakini selepas itu, beliau bagaimanapun menegaskan tidak bersetuju 100 peratus program seperti itu dikaitkan dengan Islam.

"Saya cuma tekankan tadi soal adap menasihati pemimpin," katanya-.mk
Laman Facebook Anti-Warisan Merdeka

Laman Facebook Anti-Warisan Merdeka

                                                         

KUALA LUMPUR, 23 Okt — Jumlah ahli yang menandatangani kempen Laman Facebook Anti Warisan Merdeka yang membantah cadangan pembinaan Menara 100 tingkat kini sudah melebih 100,000 tandatangan.

Tinjauan TV Selangor ke laman web Facebook terbabit mendapati setakat jam 11.15 malam semalam, lebih 104,000 pengunjung memberikan sokongan untuk "kata tidak kepada warisan merdeka".
Laman Facebook berkenaan diilhamkan oleh beberapa individu yang tidak dikenali bertujuan membantah rancangan pentadbiran Perdana Menteri datuk Seri Najib Razak untuk membina bangunan cakera langit setinggi 100 tingkat di kawasan yang menempatkan dua ikon bersejarah, Stadium Merdeka dan Stadium Negara.

Kempen yang dilaksanakan melalui laman Facebook berkenaan mendapat sambutan yang begitu mengejutkan dengan menyaksikan dalam tempoh tujuh hari Najib mengumumkan pembangunan pembinaan menara tersebut dalam pembentangan Bajet 2011 telah mencetuskan reaksi spontan di kalangan pelbagai pihak termasuk Pakatan Rakyat dan rakyat jelata pelbagai kaum

Penyelaras laman facebook berkenaan dalam tulisannya berkata," Rakyat Malaysia menyatakan 'Tidak" kepda projek mega pembinaan menara 100 tingkat yang dicadangkan Perdana Menteri Najib dalam pembentangan Bajet 2011. Malaysia memerlukan sistem pendidikan yang lebih baik, penjagaan kesihatan yang lebih baik dan pengangkutan awam yang lebih baik, persekitaran yang selamat, air bersih tetapi bukan bangunan yang lebih tinggi. Kami tidak perlukan sebuah lagi gajah putih. Adakah anda bersedia untuk bertindak?"
Jelas sekali laman facebook yang terbitkan oleh sebuah kumpulan lain yang memihak dan menyokong pembinaan menara berkenaan hanya mendapat sokongan dan keahlian berjumlah 244 ahli pada waktu yang sama.

Petanda perbezaan antara kedua-dua laman tersebut memberikan petunjuk jelas bahawa pentadbiran Najib kemungkinan bakal menghadapi halangan untuk meraih sokongan kepada apa yang sepatutnya menjadi simbol kejayaan kepada rakyat di negara ini.

Bagaimanapun, pengendali web anti-warisan terpaksa menghadapi pelbagai rintangan termasuk menyaksikan Laman Rangkaian Sosial, Facebook bertindak menyekat akses laman berkenaan beberapa hari lalu.
Laman web Facebook tersebut telah menyekat akses kepada pelawat laman tersebut daripada menulis sebarang komen namun masih membenarkan pelawat untuk menjadi ahli kepada laman web berkenaan.
Laman bertajuk "1M Malaysians Reject 100-storey Mega Tower" tersebut pada ketika itu sudah mendaftarkan puluhan ribu peminat yang memberikan sokongan.

Dalam pada itu, pengendali dan pemilik laman tersebut yang tidak dikenali dalam tulisannya di laman tersebut telah menyifatkan tindakan pengurusan Facebook menghalang akses pelawat memberi komen sebagai satu bentuk pengekangan kebebasan di Internet.TVS
 Umno gelisah di Kedah

 Umno gelisah di Kedah

                                                         

KUALA TERENGGANU, 23 Okt: Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, Umno amat takut apabila Kerajaan Kedah kini boleh diisytiharkan sebagai rasuah sifar.

“Ini yang amat menakutkan Umno. Dasar Pakatan Rakyar di Kedah telah menyebabkan Umno Kedah hilang punca apabila kepimpinan PR Kedah makin mantap,” ujarnya ketika berucap pada majlis ceramah sempena Ijtimak Kepimpinan PAS Terengganu di Kampung Tanjung, Batu Rakit malam tadi.

Turut berucap ialah Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Ketua Dapsy, Anthony Loke Siew Fook.

Beliau menjelaskan, hutang negeri kepada Pusat sebanyak RM2.36 biion adalah warisan kerajaan Umno BN yang kini terpaksa dilangsaikan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat.

Katanya, hutang terbesar sebanyak RM1.8 bilion adalah hutang air yang tidak pernah dibayar selama ini oleh Umno BN kepada Pusat.

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS negeri berkata, rakyat Kedah kini sentiasa mantap bersama Pakatan Rakyat.

“Umno kini sudah tak mampu menggugat kerjasama PR di Kedah dan insya Allah akan kekal kukuh menuju untuk membawa Pakatan Rakyat ke Putrajaya,” ujarnya lagi.

Katanya, sekalipun Umno sentiasa mengadu domba kerajaan Kelantan dan Kedah di mana tidak pernah puas berbuat demikian tetapi mereka gelisah kerana rakyat semakin celik politik dan tidak digula-gulakan lagi.

“Umno sentiasa menyalahguna media milik kerajaan seolah-olah ia milik mutlak Umno, tapi usaha jahat Umno dalam media arus perdana telah ditolak oleh rakyat, dan ini menyebabkan Umno menjadi makin tak keharuan sehingga mereka sanggup buat perkara di luar batasan kemanusiaan,” katanya.-HD

Jumaat, 22 Oktober 2010

Demontrasi penganjuran Festival Busana Muslim

Sekurang-kurangnya empat perhimpunan aman anjuran Dewan Pemuda PAS di adakan di tiga negeri sebagai membantah tindakan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang didakwa menghina syariat Islam dan Rasulullah SAW dalam penganjuran Festival Busana Muslim di Monte Carlo 9 Ogos lalu.

Demontrasi itu berlangsung Masjid Sultan Ahmad Shah, Kuantan di Pahang dan Masjid Pengadang Baru di Kuala Terangganu. Manakala dua lagi bantahan berlangsung di Pulau Pinang iaitu di Masjid Permatang Janggus, Permatang Pauh dan Masjid Hashim Yahya.

Semua bantahan itu diadakan selepas solat Jumaat yang disertai oleh ahli jamaah yang selesai menunaikan solat berkenaan.

Umumnya, ucapan yang disampaikan oleh pemimpin Pemuda PAS menegaskan tindakan penganjuran festival yang memaparkan model yang memperagakan pakaian dengan tulisan "Muhammad" secara terbalik dalam tulisan Arab adalah satu penghinaan kepada Islam.-mk
                                                       
                                                      
Sebenarnya kita tidak memerlukan DAP atau orang kafir lain untuk menghina Islam. Islam telahpun terhina dengan sendirinya oleh orang-orang UMNO yang mengaku dirinya Islam yang memperjuang menegakkan bangsa dan agama.Di PWTC skg. mereka terjerit-jerit melaungkan bahawa PAS menghina islam kerana berkawan dengan DAP tapi sebaliknya..........ah,,fikirlah..

NI kena tanya ulama umno Dato Harussani  dengan ulama muda taknak keluarkan Fatwa ke?
Inilah perjuangan yang dilakukan PM 1Malaysia dalam memartabatkan Islam dinegara ini dan juga di mata dunia.
Fitnah dan tohmahan umno sudah bermula di Galas

Fitnah dan tohmahan umno sudah bermula di Galas


KUALA LUMPUR, 22 Okt :- UMNO cuba menutup kepincangan dan kelemahan parti itu sendiri dengan menyebarkan fitnah dan tohmahan yang tidak masuk akal dan beretika supaya perhatian rakyat tidak ditumpukan kepada mereka.

Pengerusi Jentera pilihanraya pilihanraya kecil Galas PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, memfitnah dan membuat tohmahan keji sememangnya telah menjadi kelaziman bagi UMNO setiap kali sesuatu pilihanraya diadakan.

Menurutnya, pengundi sudah lali dengan taktik kotor sedemikian yang sentiasa diamalkan oleh UMNO setiap kali menjelang pilihanraya.
"Ini semua fitnah dan tohmahan untuk memburukan calon Pakatan Rakyat yang dipertandingkan kerana isu sebenarnya UMNO masih lagi gagal pilih calon mereka.," katanya kepada TV Selangor.
Beliau, yang juga Naib Presiden PAS mengulas satu laporan yang disiarkan oleh web portal Umno-Online kononnya calon PAS, Dr Zulkefly Muhamad pernah ditangkap kerana berkhalwat suatu masa dahulu dan pemilihan beliau sebagai calon juga dipertikaikan kerana mengenepikan beberapa calon lain yang dikatakan lebih berkelayakan dan berkemampuan.

Tuan Ibrahim menambah, UMNO cuba mengalihkan perhatian daripada masalah dalaman mereka kepada calon parti Pakattan Rakyat sekaligus bermakna mereka khuatir Dr Zulkefli diyakini boleh memenangi hati pengundi.
Beliau menambah, Dr Zulkefli telahpun dikenali ramai kerana sebelum ini pernah bertanding sebagai calon PAS bagi Parlimen Gua Musang menentang Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li dalam PRU 12.
Katanya lagi, di pilihanraya ke12 lalu, Dr Zulkefli telah mengalahkan Tengku Razaleigh Hamzah sebanyak 317 undi untuk Dun Galas dalam pertembungan mereka untuk merebut kerusi Parlimen Gua Musang.
Bagaimanapun Ku Li memenangi kerusi itu selepas menang lebih besar di dua Dun lagi iaitu Paloh dan Nenggiri yang juga terletak di bawah Parlimen Gua Musang.

Menurutnya, melalui tinjauan yang dibuat sebelum ini, ramai dari akar umbi bersetuju untuk menerima beliau sebagai calon.
"Dia diterima dalam konteks pengundi...majoriti pengundi adalah bangsa melayu namun juga terdapat masyarakat Cina, India ...Dr Zul suka bergaul dengan semua bangsa dan faktor itu adalah satu kelebihan untuknya," tambah beliau lagi.

Dalam pada itu, beliau juga berkata PAS sudah bersiap sedia menghadapi pilihanraya kecil Galas dan menambah dari sudut jentera pilihanraya, hampir semua negeri turun membantu.
Disamping itu, katanya, persiapan mengkukuhkan lagi persedian dalam parti juga berjalan dengan baik.
"PAS menggunakan pendekatan dari konteks selama lebih 20 tahun Pas menerajui kerajaan Pakatan Rakyat Kelantan, rakyat dapat melihat kemajuan dan pembangunan ekonomi sepenuhnya dan keduanya, kejayaan kerajaan negeri pakatan rakyat mentadbir negeri di bawah pakatan rakyat
"Ketiga, adalah isu bajet 2011 disamping soal-soal kebajikan penduduk dan permasalah penduduk seperti soal tanah dan sebagainya,: katanya lagi.

Seramai 11,553 pemilih layak mengundi dalam pilihan raya ini dengan Melayu berjumlah 7,123 atau 61.67 peratus dari jumlah pemilih itu. Cina 2317 (20.06 peratus), Orang Asli 1,889 (16.35 peratus) manakala India 185 (1.6 peratus).-TVS
Umno akan menyerang  ke atas parti pembangkang

Umno akan menyerang ke atas parti pembangkang

                                                           

Perwakilan Terengganu, Saiful Bahri Baharuddin berkata, kaedah menyerang adalah pendekatan terbaik dalam peperangan propaganda yang dicetuskan pembangkang.
"Menyerang adalah cara terbaik untuk bertahan, pembangkang menyerang kita dengan membina persepsi bahawa Umno parti yang jahat dan dikatakan menjadi punca kepada semua permasalahan.
"Sampai bila kita perlu ambil pendekatan berhemah dan bersopan santun. Umno harus mengambil pendekatan menyerang dan agresif ke atas parti pembangkang
"Kita sebenarnya berada dalam peperangan membentuk persepsi, namun kita jangan terperangkap dengan propaganda ini hanya kerana kita mempertahankan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan.
(sumber: http://mstar.com.my)

Nampaknya selepas persidangan umno nanti mereka akan menyerang pakatan habis-habisan al maklumlah pilihanraya semakin menghampiri dan mereka takut kehilangan kuasa yang menjadi lombong kemewahan mereka selama ini.
Pertandingan 3 penjuru di kerusi Batu Sapi

Pertandingan 3 penjuru di kerusi Batu Sapi

                                                                            azlan

Pilihan raya kecil Batu Sapi dijangka menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara BN, PKR dan SAPP apabila usaha mencari jalan penyelesaian antara kedua-dua parti pembangkang itu menemui jalan buntu.

Di sebalik usaha supaya kerusi Batu Sapi ditandingi satu lawan satu, kedua-dua PKR dan SAPP berdegil mahukan calon masing-masing diketengahkan.
Bagaimanapun, kedua-dua pihak bersetuju untuk tidak berkempen menentang satu sama lain dan menjadikan BN sebagai sasaran bersama dengan harapan pilihan raya kecil itu boleh dijadikan "sumber rujukan" oleh mereka apabila mengadakan rundingan pada masa akan datang.

SAPP akan mengumumkan calonnya Sabtu ini, manakala Leong sekadar berkata PKR akan mengumumkan calonnya "sedikit masa lagi".

BN akan mengumumkan calonnya daripada Parti Bersatu Sabah (PBS) Ahad ini.

Mesyuarat peringkat tertinggi lebih sejam hari ini diadakan oleh kedua-dua parti itu dengan bendahari PKR mewakili Pakatan Rakyat manakala SAPP pula diketuai oleh presidennya, Datuk Yong Teck Lee.

Bercakap kepada wartawan pada sidang media selepas mesyuarat itu, kedua-dua pemimpin berkenaan mengakui tiada kata sepakat yang dicapai mengenai Batu Sapi.

Namun, mereka tidak menolak kemungkinan kerjasama pada pilihan raya umum akan datang.

Suruhanjaya Pilihan Raya telah menetapkan penamaan calon pada Selasa ini manakala pengundian adalah pada 4 November ini.

Kerusi Batu Sapi kosong, berikutan kematian ahli parlimennya, Edmund Chong Ket Wah dari Parti Bersatu Sabah yang terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Kota Kinabalu, minggu lalu.

Mendiang menduduki kerusi berkenaan sejak pilihan raya umum 2004 apabila memenanginya tanpa sebarang saingan.

Bagaimanapun pada pilihan raya 2008, beliau dicabar oleh calon Bebas, Chung Kwong Wing tetapi berjaya mengekalkan kerusinya dengan mudah dengan majoriti 3,708 undi.

Chong memperoleh 9,479 undi manakala Chung pula mendapat 5,771.
Dr Zulkefli Mohamad  dipilih wakil PAS di Galas

Dr Zulkefli Mohamad dipilih wakil PAS di Galas


GUA MUSANG, 22 Okt (Bernama) -- Pengamal perubatan yang juga Pemangku Yang Dipertua PAS Kawasan Gua Musang, Dr Zulkefli Mohamad dipilih sebagai calon parti itu untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Galas 4 Nov ini.

Pengumuman nama calon itu dibuat oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan, pada ceramah perdana sempena 20 tahun pemerintahan Islam di Kelantan kira-kira 12 tengah malam ini di Dataran Ilmu Gua Musang.

Barisan Nasional akan mengumumkan nama calonnya untuk bertanding dalam pilihan raya kecil itu Ahad ini.

Dr Zulkefli, 44, yang memiliki sebuah klinik di Ciku, Gua Musang, merupakan anak bekas Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Guchil, Mohamed Awang pada tahun 1974 dan merupakan anak ketujuh daripada 10 beradik.

Beliau pernah kalah kepada Tengku Razaleigh Hamzah ketika bertanding merebut kerusi Parlimen Gua Musang dalam pilihan raya umum 2008, dengan majoriti 4,394 undi.

Kekalahan itu merupakan kali kedua beliau tewas kepada Tengku Razaleigh dalam pilihan raya umum bagi kerusi Parlimen Gua Musang.

Pilihan raya kecil DUN Galas diadakan berikutan kematian penyandangnya Chek Hashim Sulaima, 46, daripada PAS, yang meninggal dunia akibat kanser usus pada 27 Sept lalu.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya, 11,553 pengundi layak untuk mengundi dalam pilihan raya kecil itu iaitu Melayu 7,125 orang atau 61.7 peratus, kaum Cina 2,317 atau 20.06 peratus, India 185, Bumiputera Siam 10 orang dan Orang Asli 1,889 orang.

Khamis, 21 Oktober 2010

Kontrak sosial menerusi tanggapan apa?


KUALA LUMPUR 21 OKT : Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng berkata, saranan Presiden Umno yang menuntut semua pihak untuk tidak mempersoalkan kontrak sosial, tidak mencerminkan ketelusan dalam tindakan oleh pimpinan Umno-Barisan Nasional(BN).

"Kontrak sosial menerusi tanggapan apa?.Adakah kontrak sosial membenarkan seseorang untuk makan rasuah?

"(Kalau) kerajaan nak cakap tentang kontrak sosial, kita nak tanya apa sudah jadi dengan saham berjumlah RM52 bilion yang sepatutnya diberikan kepada orang Melayu dan orang bumiputera miskin," soalnya.

Beliau mengulas konsep kontrak sosial yang diungkapkan oleh Datuk Seri Najib Razak, dalam ucapan dasarnya pada Perhimpunan Agung Umno, hari ini.

Dalam teks ucapan Najib tersebut, dipetik menyorot peristiwa berkaitan perbalahan yang membabitkan perkauman pada abad ke-20 yang menyaksikan paparan kes-kes hukuman tanpa perbicaraan di Amerika Syarikat, tragedi “holocoust” di Benua Eropah, penyembelihan rakyat Palestin di Asia Barat serta penghapusan etnik di Bosnia dan Rwanda.

Najib turut dikatakan menyeru kepada generasi rakyat Malaysia yang mengambil pendirian untuk mempersoalkan kewajaran kontrak sosial kebangsaan yang telah dimuafakatkan pendahulu mereka sebelum ini.

Dalam pada itu, Guan Eng turut mempertikaikan parti tunjang Barisan Nasional itu, apabila tidak menunjukkan sebarang langkah atau inisiatif yang proaktif diambil untuk membela nasib golongan miskin Melayu dan bumiputera.

"Mengapa tidak ada Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk mengenalpasti siapa yang melesapkan wang ini. RM52 bilion sudah kena 'kebas'. Takkanlah mereka tak ambil peduli langsung. Itu yang jadi tanda tanya dan persoalan utama. Kontrak sosial untuk siapa. Untuk diri sendiri atau untuk rakyat?

"Kalau untuk diri sendiri, itu yang kita tentang, kerana kalau kita cakap tentang RM52 bilion, dia (Umno-BN) sendiri akui RM54 bilion yang diberikan tinggal RM2 bilion. Siapa yang ambil," soalnya.

Oleh kerana itu, Guan Eng mempersoalkan tindakan pihak yang sepatutnya bertanggungjawab untuk menghukum mereka yang didapati menyeleweng dan khianat kepada amanah yang diberikan.

"Kita tahu ini semua pemimpin dan kroni BN dan Umno yang dapat. Adakah kerana itu mereka tak mahu buat sebarang siasatan," dakwanya yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.

Oleh (Sidiqin Omar) TVS
Meludah ke langit jatuh ke muka sendiri

Meludah ke langit jatuh ke muka sendiri


KUALA LUMPUR 21 Okt : Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid menyifatkan Umno seperti 'meludah ke langit, yang akhirnya jatuh ke muka sendiri' apabila mengatakan bahawa orang Melayu perlu menghapuskan amalan dan sikap untuk meminta-minta dari kerajaan.

"Siapakah yang membawa perangai, sistem dan tabiat itu? Adakah ia dibuat oleh parti-parti lain? Mereka (Umno) yang mendapat faedah dari dasar itu. Rakyat tidak dapat apa yang diminta, tetapi menerima hukuman pula," katanya.

Beliau yang ditemui di perkarangan Dewan Rakyat mengatakan bahawa, ucapan dasar Presidennya, Datuk Seri Najib Razak pada Perhimpunan Agung Umno hanyalah semata-mata retorik, dan hanya untuk menunjukkan kepada umum bahawa beliau seolah-olah pejuang Melayu yang tulen.

Abdullah mendedahkan, kebanyakan orang Melayu sebenarnya yang terhimpit dengan tekanan kehidupan. Dalam masa yang sama, kelompok kelas bawahan Melayu ini juga tidak menerima secara langsung limpahan ekonomi dari dasar yang diuar-uarkan oleh kerajaan.

"Adakah mereka dapat 30 peratus dari peruntukan keusahawanan. Adakah mereka menerima terus hasil dari Rancangan Malaysia Ke-10?

"Ini adalah jawapannya. Yang meminta-minta itu adalah suku sakat, kroni, adik beradik dan sahabat handai, serta mereka yang terlibat secara langsung dengan pemimpin Umno," jelas Abdullah.

Abdullah mengatakan, kelompok tersebut yang sebenarnya terus meminta-minta dari kerajaan, selama sepanjang 53 tahun kemerdekaan negara. Bukannya keseluruhan orang Melayu di negara ini.

"Inilah budaya Umno daripada dulu sampai sekarang. Semua orang Umno begini. Ini merupakan temberang besar," kata Abdullah.

Beliau menjelaskan, orang Melayu tidak lagi perlu bergantung kepada Umno kerana parti tersebut telah kehilangan hala tuju.

"Umno telah kehilangan posisi untuk memerintah, dan Umno memainkan sentimen perkauman untuk menakutkan rakyat.

"Rakyat sudah cerdik. Mereka tahu mana yang benar, mana yang palsu," jelasnya.

(sumber TV sel)

Rabu, 20 Oktober 2010

Projek LPT2 Terbengkalai kroni umno untung

Projek LPT2 Terbengkalai kroni umno untung

PC_Wahid_Endut

KUALA LUMPUR 20 Okt - Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) menjadi mangsa penyelewengan yang menguntungkan korni Umno-Barisan Nasional apabila dua pakej projek pembinaan bernilai RM59.2 juta gagal disiapkan oleh sebuah syarikat yang dimiliki oleh seorang ahli jawatankuasa Umno Hulu Terengganu.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Abdul Wahid Endut ketika mendedahkan perkara ini berkata apa yang menyedihkan syarikat kepunyaaan kroni Umno itu hanya menyiapkan 15.1 peratus sahaja Pakej 9B yang diberi dalam tempoh lebih dua tahun sejak 2007.

"Apa yang syarikat ini berminat ialah menebang semua balak di dalam kawasan pembinaan lebuh raya itu dan menjualnya untuk keuntungan mereka. Apabila projek terbengkalai kerajaan sekali lagi membuka tender dan serahkan kepada satu lagi syarikat kroni dengan kenaikan kos pembinaan sebanyak 20 peratus," kata Abdul Wahid pada sidang media di lobi Parlimen tengahari tadi.

Tambah beliau sehingga Jun LPT2 yang bermula dari Jabor di Terengganu hingga Temerloh di Pahang hanya siap 70.4 peratus berbanding 82 peratus dalam perancangan awal.

"Sebab lambat ialah kerana kerajaan memberi projek secara rundingan terus dan kemudiannya syarikat berkenaan meninggalkan projek.

"LPT2 membabitkan kos yang tinggi iaitu RM3.7 bilion dan lebih 50 peratus kosnya datang daripada dana khas negeri Terengganu. Projek ini mempunyai 17 pakej dan dua daripadanya diberi kepada sebuah syarikat, Arah Jitu Sdn Bhd milik Shamsaiful Abdul Hadi Mahri iaitu AJK Umno Hulu Terengganu. Beliau diberi Pakej 9B dan Pakej 8. Di Terengganu Umno selalu beri projek kepada OKU, bukan orang kurang upaya tapi 'Orang Kuat Umno'," ujar beliau.

Ahli Parlimen Shah Alam yang turut bersama pada sidang media menerangkan kos awal Pakej 9B telah dimasukkan faktor nilai balak yang berada di kawasan tersebut tetapi setelah ia terbengkalai syarikat baru yang mengambil alih projek tersebut menaikkan kos sebanyak 20 peraurs kerana ketiadaan balak lagi untuk diambil.
(sumber:suara Keadilan)
"Inilah haikat dan realitinya,"Umno akan tumbang kata Khairy Jamaluddin

"Inilah haikat dan realitinya,"Umno akan tumbang kata Khairy Jamaluddin

                                                                               
Khairy berkata, sekiranya Umno masih lagi berkhayal bahawa parti boleh menang tanpa sokongan rakyat, 50 kerusi parlimen BN sedia ada berada dalam bahaya."Inilah haikat dan realitinya," kata beliau ketika menyampaikan ucapan dasar perhimpunan agung Pergerakan Pemuda Umno di PWTC hari ini."Kita tidak mahu menjadi pemimpin politik sesumpah sebagaimana yang wujud di pihak lawan, yang cakapnya tidak boleh dipegang," kata Khairy.(khas di tujukan untuk Ezam)(sumber)

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin akui yang parti umno akan tumbang,sekiranya amalan politik sekarang tidak di ubah.Inilah padahnya sekiranya amalan rakyat di dahulukan hanya omongan kosong semata-mata,
Lihat sahaja belanjawan baru-baru ini,di mana kepenting rakyat di ketepikan dan menguntungkan hanya orang-orang yang sememangnya sudah senang.