Ahad, 26 September 2010

Taib Mahmud kekal mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri

                                                           
Saya ikut kata parti,atau parti kena ikut kata saya,itulah Tan Sri Abdul Taib Mahmud presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu yang sudah lama mencengkam rakyat sarawak untuk kesenangan peribadi dan kroni.
Selagi hayat di kandung badan,untuk berundur tidak sekali.

KUCHING: Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud berhasrat untuk kekal mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian yang disandangnya sejak 2001 pada pilihan raya negeri akan datang.

Taib, 74, selaku presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berkata walaupun beliau ingin kekal bertanding di DUN Balingian, namun beliau akan akur dengan keputusan parti yang akan menentukan di kawasan mana beliau akan bertanding.

"Pertahan kerusi Balingian...saya ikut apa kata parti, saya tak boleh putuskan sendiri...mungkin balik ke Balingian, kita bekerja secara kumpulan, dulu saya di Samarahan, Asajaya...rasanya saya akan kekal lagi di Balingian," katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Kem Penrrisen Batu 8 di sini hari ini.

Ditanya adakah tarikh pilihan raya negeri semakin hampir, Taib berkata "setiap hari adalah hari yang hampir kepada pilihan raya".Penggal DUN sekarang akan tamat pada Julai tahun depan.

Sebelum bertanding di kerusi DUN Balingian iaitu satu daripada 71 kerusi DUN di Sarawak, Taib pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Sebandi/Asajaya (1981-1996), selain pernah menjadi Ahli Parlimen untuk Samarahan selama sembilan penggal (1969-2004).

Related Posts

Taib Mahmud kekal mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri
4/ 5
Oleh