Selasa, 28 September 2010

S.Usharani sambung keterangan




BANTING 27 Sept - S. Usharani, isteri usahawan India, Allal Kanthan Muthuraja yang dilaporkan hilang di negara ini sejak awal tahun lepas, hari ini menyambung keterangan berhubung kehilangan suaminya selama empat jam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat di sini.
Usharani, 27, tiba di IPD berkenaan pada 1.45 tengah hari bersama anggota Parlimen Kapar S.Manikavasagam dan dua lelaki yang tidak dikenali.

Sebelum ini, Usharani telah membuat laporan mengenai kehilangan suaminya 8 Sept lepas dan memberi keterangan berhubung perkara itu di IPD sama pada 23 Sept.
Semalam, beliau dilihat hadir ke IPD berkenaan pada 10.00 pagi dan meninggalkan premis itu 45 minit kemudian.
Manikavasagam berkata hari ini, Usharani memberi keterangan dari pukul 2 petang hingga 6 petang dengan bantuan seorang jurubahasa Tamil.

"Proses ditangguhkan hari ini kerana semalam, pegawai berkenaan terlibat dalam proses mendapatkan perintah tahanan reman untuk tiga suspek kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain," katanya.

Beliau berkata Usharani dijangka pulang ke Chennai pagi Rabu depan dan malam ini, wanita itu akan melakukan upacara sembahyang untuk suaminya di sebuah kuil di Pudu.
Katanya, Usharani akan dibawa bertemu dengan pegawai Kedutaan India petang esok. 

Related Posts

S.Usharani sambung keterangan
4/ 5
Oleh