:
Home » » Pembunuh bersiri Malaysia

Pembunuh bersiri Malaysia

Rabu, 29 September 2010 | 0 comments





KUALA LUMPUR 28 Sept. - Polis mengesahkan telah menemui beberapa lokasi di dalam ladang milik suspek kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain, bagi membantu siasatan kes orang hilang melibatkan peguam itu.

Selain dua kubur digali baru-baru ini, polis percaya ada beberapa lagi lokasi dipercayai mempunyai bahan- bahan bukti yang dapat membantu siasatan kes kehilangan tiga individu dilaporkan hilang sebelum ini.

Individu tersebut termasuklah seorang kontraktor, Mohd. Shafik Abdullah, 37, dan rakannya yang dilaporkan hilang oleh keluarga masing-masing lima bulan lalu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan lokasi-lokasi itu mempunyai bahan bukti untuk melengkapkan siasatan kes secara menyeluruh.

"Selain kes Sosilawati, ada tiga lagi kes seumpamanya yang mempunyai kaitan dengan suspek utama.
"Kita tidak menolak kemungkinan kes tiga ahli perniagaan hilang itu akan disiasat sebagai kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana modus operandi digunakan sama, selain dipercayai turut didalangi suspek sama," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri sambutan Majlis Hari Raya Aidilfitri di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini hari ini.
Menurut Mohd. Bakri, operasi penggalian kubur di ladang milik suspek utama baru-baru ini dilakukan kerana polis percaya ia berkemungkinan dijadikan sebagai tempat untuk membuang bahan bukti.

Akhbar pada 22 September lalu melaporkan Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, mengesahkan ahli perniagaan dari Chennai, India, Muthuraja Allal Kanthan, 34, yang dilaporkan hilang sejak Januari lalu, turut dibunuh selepas berjumpa suspek tersebut dan siasatan kini dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Malah Shafik dan seorang rakannya turut disahkan hilang selepas menemui suspek utama yang juga peguam yang terbabit dalam kes pembunuhan Sosilawati, April lalu.

Kes pembunuhan dan orang hilang itu terbongkar susulan penahanan peguam merupakan suspek utama kes Sosilawati bersama pemandunya, Kamaruddin Shansuddin, 44; peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan perunding kewangannya, Noorhisham Mohammad, 44, dipercayai didalangi dua beradik peguam pada 30 Ogos lalu.
Kongsikan :

0 comments:

Catat Ulasan

Sila berkongsi maklum balas anda dalam ruang perbincangan atau FB dan memfailkan apa-apa fakta yang anda dapati melalui pengalaman dan pengetahuan anda.

Ulasan isu hendaklah dengan fikiran terbuka, supaya setiap ulasan akan memberi manfaat kepada semua.

Berbahas atau bertukar-tukar pendapat,agar yang kurang kita tambahkan,yang lebih kita berikan.

 
Copyright © 2011. Politik kedai kopi - All Rights Reserved
Template Modify by Politik Kedai Kopi
Proudly powered by Blogger