Jumaat, 3 September 2010

kerana surat sokongan

Hanya kerana surat sokongan DAP ambil tindakan keatas ahlinya
Apakah umno juga akan mengambil langkah yang sama?

KUALA LUMPUR 3 Sept. - Pengerusi DAP cawangan Pasar Pandamaran Yap Hock Siew dipecat daripada parti itu hari ini manakala timbalannya Ong Chai Huat digantung keahlian selama dua tahun kerana mengeluarkan surat sokongan yang memberi faedah kepada satu perniagaan yang kedua-duanya mempunyai kepentingan.
Jawatankuasa Disiplin parti yang membuat keputusan itu hari ini telah mendapati bahawa Hock Siew dan Chai Huat mengeluarkan surat sokongan itu menggunakan kepala surat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Negei Selangor (Pandamaran) untuk tujuan berkenaan pada 17 Jun lepas.
"Mereka mempunyai 14 hari untuk membuat rayuan,” kata pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP Tan Kok Wai dalam satu kenyataan.
Sebelum ini, parti itu memecat seorang pemimpin akar umbi, Tee Boon Hock, yang ketika itu anggota Majlis Perbandaran Klang, kerana mengeluarkan surat sokongan menggunakan kepala surat seorang anggota exco kerajaan Selangor, bagi mendapatkan kontrak untuk anggota keluarga dan rakan-rakannya

Related Posts

kerana surat sokongan
4/ 5
Oleh