:
Home » » Elak pembaziran PAS ajak Umno berkompromi

Elak pembaziran PAS ajak Umno berkompromi

Selasa, 28 September 2010 | 2comments


Pas Pusat menyarankan Umno/BN memberi kerusi DUN galas adalah untuk menyelamatkan duit rakyat dari pada di bazirkan menjelang kempen pilihanraya kecil nanti kerana Umno pasti kalah kalau bertanding pun.

KOTA BHARU 28 Sept. – Pas Pusat menyarankan supaya Barisan Nasional (BN) berkompromi dengan menyerahkan kerusi kepada parti Pas pada pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.


Timbalan Setiausaha Agung Pas Pusat, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, langkah itu perlu demi perpaduan Melayu dan mengelakkan pergeseran politik terus berpanjangan antara kedua-dua parti induk orang Melayu itu.

Katanya, adalah wajar jika kedua-dua parti itu tidak bertanding pada pilihan raya kecil itu jika ingin melihat perpaduan di kalangan orang Melayu yang menjadi agenda utama negara.

“Bagaimanapun, adalah lebih baik jika kerusi itu diserahkan kepada Pas memandangkan kerusi DUN itu disandang oleh calon daripada parti berkenaan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada sidang media di Pameran Tortura iaitu alat penyeksaan di zaman pertengahan Eropah di Muzium Negeri, di sini, hari ini.

Chek Hashim Sulaima, 46, daripada Pas, meninggal dunia akibat barah usus di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur, semalam.

Pada pilihan raya umum ke-12 pada 2008, Chek Hashim memperoleh 4,399 undi mengalahkan calon BN, Mohd. Saufi Deraman dengan majoriti 646 undi
Kongsikan :

2 ulasan:

  1. menda ni taki? demi perpaduan melayu, agenda negara? pas kelantan, kalau masih calonkan taki di kelantan, maknanya pas kelantan sokong perpaduan melayu, tali hayat umno!

    sekor lagi jelas tidak bersama tgna... pas kelantan dah join pas ganu ke? konfom kalau tgna tak dicalonkan oleh pas kelantan atas 'nasihat' jabatanarah pr pas pusat yang ketuanya dilantik oleh puak semi gerombolan. maaf laa

    BalasPadam
  2. "Demi perpaduan Melayu" - ini macam orang UMNO atau Perkosa aje yang buat kenyataan.Kalau pun Takiyuddin nak suruh UMNO berikan kerusi Galas kad PAS,sebut aje untuk selamatkan belanja atau untuk ikut kemenangan parti yang menang dulu - sudah cukup.Tak payah nak sebut "demi perpaduan Melayu".Takiyuddin ni diKelantan dah tak laku,itu sebab dia dipilih oleh Puak UG jadi timbalan pada Mustafa Ali.Sudah sampai masanya Perhubungan PAS Kelantan "rehatkan" orang ni diPRU ke13.

    BalasPadam

Sila berkongsi maklum balas anda dalam ruang perbincangan atau FB dan memfailkan apa-apa fakta yang anda dapati melalui pengalaman dan pengetahuan anda.

Ulasan isu hendaklah dengan fikiran terbuka, supaya setiap ulasan akan memberi manfaat kepada semua.

Berbahas atau bertukar-tukar pendapat,agar yang kurang kita tambahkan,yang lebih kita berikan.

 
Copyright © 2011. Politik kedai kopi - All Rights Reserved
Template Modify by Politik Kedai Kopi
Proudly powered by Blogger