:
Home » » Di mana Datuk Khusrin

Di mana Datuk Khusrin

Jumaat, 17 September 2010 | 0 comments



Gambar 1 & 2 :- Wakil rakyat (ADUN) UMNO memberi tazkirah di Masjid Lama Hulu Bernam dan Masjid FELDA Gedangsa. Adakah beliau mempunyai tauliah? Tidak pula ditimbulkan persoalan penderhakaan kepada DYMM Sultan Selangor oleh Pengarah JAIS.





Gambar 3 :- Ahli Parlimen Hulu Selangor bersama ADUN UMNO menyerahkan sumbangan cek di dalam Masjid Sg. Tengi Selatan. Semua tersenyum lebar dan tiada pula mendakwa di hina atau Masjid tercemar. Ahli Parlimenberkopiah yang telah mengeluarkan fatwa ‘penghinaan’ terhadap ummat Islam kerana terpaksa menerima sumbangan dari orang kafir, pun mendiamkan diri - mungkin kerana sibuk menikmati juadah raya. Saya juga difahamkan oleh seorang sahabat bahawa ada yang berkopiah kerana hendak bersikap tawaddu’, tetapi ada yang berkopiah kerana hendak menyorok ‘bald spot’. WaLlahu 'Alam.



Gambar 4 :- Pengerusi MAIS bersama Ahli Parlimen Hulu Selangor, yang digelar ‘Ustadz Kamal’ oleh beberapa perayu undi UMNO semasa PR kecil Hulu Selangor, hadir bersama dalam majlis gotong royong di perkarangan Masjid FELDA Soeharto. ‘Ustadz’ berkenaan memakai baju berlambang dacingwalaupun di dalam kawasan Masjid. Pengerusi MAIS tidak pula memarahi beliau kerana membawa politik ke Masjid atau menanyakan samaada beliau telah bermandi hadas dengan niat dan cara yang betul.



Gambar 5 :- Jika tidak nampak lambang Dacing dalam gambar 4, jelas sekali dalam gambar 5 ini. Lebih hebat, ‘Ustadz Kamal’ bersama pengerusi MAIS menyerahkan khat tulisan kalimah Allah kepada salah seorang peserta. Ke mana perginya Ahli Parlimen berkopiah dan mereka-mereka yang lantang bersuara tempohari kononnya ummat Islam telah dihina?



Inilah yang dikatakan sebagai budaya pembohongan dan kepura-puraan mainan UMNO BN. Jika isu berhubung agama Islam pun mereka sanggup putar-belit demi menjaga kepentingan mereka, apatah lagi persoalan pengurusan kekayaan Negara. Ada yang memberitahu saya bahawa Khir Toyo sudah tidak beminat menjadi MB Selangor lagi. Hah! Sememangnyalah begitu! Setelah melihat pendekatan MB dan kerajaan negeri sekarang, pasti beliau menyedari jawatan MB tidak selumayan ketika UMNO bermaharajalela dahulu. Tugas dan kerja pula bertambah berat, pulangan pula hanya tinggal sedikit, tiada lagi ‘imbuhan’ sampingan dan yang dapat dikaut dari sisi kiri dan kanan.



sumber   http://infotambahan.blogspot.com
Kongsikan :

0 comments:

Catat Ulasan

Sila berkongsi maklum balas anda dalam ruang perbincangan atau FB dan memfailkan apa-apa fakta yang anda dapati melalui pengalaman dan pengetahuan anda.

Ulasan isu hendaklah dengan fikiran terbuka, supaya setiap ulasan akan memberi manfaat kepada semua.

Berbahas atau bertukar-tukar pendapat,agar yang kurang kita tambahkan,yang lebih kita berikan.

 
Copyright © 2011. Politik kedai kopi - All Rights Reserved
Template Modify by Politik Kedai Kopi
Proudly powered by Blogger