Khamis, 16 September 2010

Azmin Ali mengesahkan bertanding Timbalan Presiden Parti Keadilan


KOTA KINABALU: Selepas penyandang Dr Syed Husin Ali menarik diri bertanding Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali menamatkan spekulasi dengan mengesahkan akan bertanding jawatan nombor dua parti itu, November ini. 

Beliau mengumumkan pendiriannya itu dalam satu kenyataan media di sini, sebentar tadi.

Naib Presiden PKR yang juga Ahli Parlimen Gombak itu berkata, keputusan itu dibuat selepas berbincang dan mendapatkan pandangan pemimpin tertinggi PKR, termasuk Dr Syed Husin.

Related Posts

Azmin Ali mengesahkan bertanding Timbalan Presiden Parti Keadilan
4/ 5
Oleh