Ahad, 19 September 2010

Apabila diri tidak di perlukan

Apabila ingin menjaga periuk nasik/perut sendiri mereka sanggup melakukan apa sahaja,
walaupun terpaksa menjadi tunggangan oleh orang-orang yang berkuasa.

Terasa diri tidak di endahkan atau selepas khidmat mereka tidak di perlukan lagi dan di tendang keluar
dari perkhidamatan kerajaan baru hendak bersuara mengatakan diri menjadi kuda tunggangan orang yang berkuasa.

Hendak menjadi wira di mata orang ramai,hentikanlah kalau berperangai sebegini.



Sri Ram, pada satu persidangan di ibu negara kelmarin berkata, badan kehakiman negara telah gagal melaksanakan tanggungjawabnya mempertahankan hak minoriti di negara ini.

Oleh kerana badan eksekutif itu dilantik oleh majoriti, maka ia mewakili hak majoriti, kata beliau sambil menambah, badan kehakiman mempunyai tanggungjawab untuk mempertahankan hak minoriti.

"Badan kehakiman yang sepatutnya melaksanakan tanggungjawab itu," kata beliau lagi.

Berhubung soalan sama ada badan kehakiman telah menunaikan tanggungjawab itu, beliau berkata, jawapan yang diberikan ialah "dengan tegasnya, tidak!"
Sri Ram seterusnya berkata ini berlaku kerana badan kehakiman telah menjadi "minda eksekutif" dan hakim telah menjadi alat kepada kerajaan.

"Hakim begitu gelisah untuk membantu eksekutif... dan apabila anda mengetepikan undang-undang untuk membantu mereka, hasilnya ialah penghakiman yang mengarut," kata beliau.

Sebagai contoh jelas Sri Ram, apabila mahkamah menyerahkan kepada mahkamah persekutuan untuk membuat keputusan yang diinginkan oleh kerajaan persekutuan.
Sehubungan itu katanya, campur tangan eksekutif itu jelas bertentangan dengan doktrin pengasingan kuasa.


Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkaitan wujudnya campurtangan pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam urusan yang dibawah bidangkuasanya sehingga disifatkan melanggari seksyen 4 Akta Polis 1957

Related Posts

Apabila diri tidak di perlukan
4/ 5
Oleh