Khamis, 30 September 2010

Perempuan yang bergelar muslimah itu TIDAK GUNA

Setiap hari membaca cerita-cerita politik,kadang kala memenigkan juga apa kata kita baca selingan pula.
                                                           



1. Perempuan yang bergelar muslimah itu TIDAK GUNA kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga terbayang kulitnya. Kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalah pakaian yg layak dipakai oleh perempuan jalang.

2. Perempuan yang mengakui dirinya beragama islam memang TIDAK GUNA rantai kaki yang berloceng utk dililitkan pada kakinya. Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap bergemerincing dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelaki JAHAT. Dia tahu sekiranya dia memakainya juga dia telah melanggar larangan Allah dalam ayat 31 surah An- Nur.

3. Perempuan yang mengakui dirinya ana muslimah memang TIDAK GUNA minyak wangi yang baunya semerbak. Wangian sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat tinggi kerana kadar kemeruwapannya tinggi. Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadar kekompleksan rantai alcohol (secara kimia) yg digunakan utk membuat pewangi itu. Perempuan yang tidak memakai wangian yang kuat ini tahu bahawa inilah yang dipesan oleh nabi. Sabda junjungan bahawa wanita yang keluar rumah dgn memakai wangian, adalah seperti pelacur. Bukan tidak boleh berwangi-wangi tetapi bersederhanalah dlm pemakaian wangian tersebut.

4. Perempuan yang kuat pegangan islamnya memang TIDAK GUNA kata- kata yang keji, kerana dia tahu sesiapa sahaja yang bercakap perkara yang keji adalah mereka yang rendah akhlaknya. Lelaki atau perempuan yang bercakap menggunakan perkataan yang buruk @ jahat, adalah seperti sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya. Dia tahu bahawa perumpamaan perkataan yang baik dan buruk dinyatakan dengan jelas dalam ayat 24-26 surah Ibrahim.

5. Perempuan muslimah TIDAK GUNA masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang disekitarnya atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keabaian saudaranya. Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat baik lelaki atau perempuan dia seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri.
Apakah sanggup kita memakan daging saudara sendiri?
Persoalan ini ditanyakan kepada kita dalam firmanNya ayat 12 surah al-Hujurat.

6. Perempuan yang berpakaian berdasarkan syariat islam memang tidak guna tudung yang pendek, apabila memakainya diselempangkannya dan menampakkan bahagian yg sepatutnya ditutup. Sememangnya ia menjadi tatapan mata lelaki yang jahat yang terkena panahan syaitan. Dia tahu apabila bertudung, dia mesti melabuhkan tudungnya sehingga menutup alur lehernya dan tidak menampakkan bentuk di bahagian dadanya. Pesan Rasul seperti yang disuruh oleh Allah tersebut dalam ayat 59 al-Ahzab. Begitu juga seorang lelaki yang bergelar suami mesti memberi peringatan untuk isteri dan anak- anaknya.

7. Perempuan yang memahami etika dalam islam memang TIDAK GUNA lenggok bahasa yang boleh menggoda seorang lelaki. Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya, bercakaplah dengan tegas. Jangan biarkan suara lunak manja itu untuk menarik perhatian lelaki yang sakit dalam hatinya. Sememangnya suara perempuan bukanlah aurat, jika aurat maka Allah tidak akan menjadikan perempuan boleh berkata-kata. Bertegaslah dalam percakapan, jangan gunakan suaramu untuk menarik perhatian lelaki sehingga menjadi fitnah buatmu. Bahaya suara wanita yang bercakap dengan gaya membujuk yang boleh mencairkan keegoan lelaki (yg bukan mahramnya) dicatat dalam ayat 32 surah al-Ahzab. Makna ayatnya lebih kurang begini"Maka janganlah kamu tunduk dlm berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dlm hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik" 'Tunduk' di sini ditafsirkan sbg berbicara dgn sikap yang boleh menimbulkan keberanian orang untuk bertindak jahat kpd mereka. "Penyakit dlm hati" adalah keinginan seorang lelaki utk melakukan perbuatan sumbang dgnnya seperti berzina. Mengapa? Lelaki sangat mudah tertarik kpd seorang wanita melalui suaranya.

8. Perempuan yang menjaga maruah islam memang TIDAK GUNA alat make-up untuk menonjolkan kejelitaannya melainkan di hadapan suaminya sahaja. Adab bersolek (tabarruj) ini amat ditekankan kepada wanita muslim (muslimah) kerana semestinya kecantikannya adalah hak ekslusif yang mesti persembahkan kepada suaminya. Jika ingin keluar bekerja, dia memakai make-up secara bersederhana sahaja sehingga tidak jelas kelihatan pada wajahnya dia bersolek. Jangan bersolek sehingga cantiknya anda sehingga kadang2 wajah anda menjadi seperti hantu. Hendak bergincu? Jika bergincu, pakailah yg tidak menyerlah warnanya. atau Mengapa tidak pakai lipstick-non-glossy atau lipbalm sahaja?

9. Perempuan islam TIDAK GUNA kain tudung yang jarang-jarang seperti jarangnya jala yang digunakan untuk memukat haiwan akuatik. Kerana apabila memakai tudung seperti ini, akan nampak juga bahagian yang sepatutnya ditutup rapi dari pandangan orang lain. Rambut adalah mahkota, tetapi jangan biarkan mahkota itu tidak 'berharga' dengan menayangkannya tanpa sebarang perlindungan. Jika mahkota berharga disimpan dengan rapi di dalam sangkar, dan ditambah pula pengwal untuk menjaga keselamatannya, maka demikian juga dengan rambut wanita. Sangkar itu adalah kain litup yang sempurna dan pengawalnya pula adalah ilmu yang diamalkan oleh anda untk memakainya dengan cara yang terbaik.

Jadilah perempuan islam muslimah yang B E R G U N A

Rabu, 29 September 2010

Memperketatkan kawalan pada pemilihan PKR

Memperketatkan kawalan pada pemilihan PKR



Setelah kekecohan di sesetengah kawasan semasa pemilihan ,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah memperketatkan kawalan pada pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Kuala Selangor, Ahad ini.

SHAH ALAM 29 Sept. - Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, semua langkah perlu telah diambil bagi memastikan keselamatan semua pihak yang hadir pada pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Kuala Selangor, Ahad ini.

Khalid yang juga Ketua Cabang itu berkata, selain menambah jumlah sukarelawan untuk melicinkan proses pemilihan, bilangan perwakilan yang membuang undi pada satu-satu masa juga dihadkan.

"Semua orang akan selamat,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco, di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai persediaan cabang terbabit selepas berlaku kekecohan pada pemilihan di beberapa cabang parti tersebut pada Ahad lepas.
Pembunuh bersiri Malaysia

Pembunuh bersiri Malaysia





KUALA LUMPUR 28 Sept. - Polis mengesahkan telah menemui beberapa lokasi di dalam ladang milik suspek kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain, bagi membantu siasatan kes orang hilang melibatkan peguam itu.

Selain dua kubur digali baru-baru ini, polis percaya ada beberapa lagi lokasi dipercayai mempunyai bahan- bahan bukti yang dapat membantu siasatan kes kehilangan tiga individu dilaporkan hilang sebelum ini.

Individu tersebut termasuklah seorang kontraktor, Mohd. Shafik Abdullah, 37, dan rakannya yang dilaporkan hilang oleh keluarga masing-masing lima bulan lalu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan lokasi-lokasi itu mempunyai bahan bukti untuk melengkapkan siasatan kes secara menyeluruh.

"Selain kes Sosilawati, ada tiga lagi kes seumpamanya yang mempunyai kaitan dengan suspek utama.
"Kita tidak menolak kemungkinan kes tiga ahli perniagaan hilang itu akan disiasat sebagai kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana modus operandi digunakan sama, selain dipercayai turut didalangi suspek sama," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri sambutan Majlis Hari Raya Aidilfitri di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini hari ini.
Menurut Mohd. Bakri, operasi penggalian kubur di ladang milik suspek utama baru-baru ini dilakukan kerana polis percaya ia berkemungkinan dijadikan sebagai tempat untuk membuang bahan bukti.

Akhbar pada 22 September lalu melaporkan Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, mengesahkan ahli perniagaan dari Chennai, India, Muthuraja Allal Kanthan, 34, yang dilaporkan hilang sejak Januari lalu, turut dibunuh selepas berjumpa suspek tersebut dan siasatan kini dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Malah Shafik dan seorang rakannya turut disahkan hilang selepas menemui suspek utama yang juga peguam yang terbabit dalam kes pembunuhan Sosilawati, April lalu.

Kes pembunuhan dan orang hilang itu terbongkar susulan penahanan peguam merupakan suspek utama kes Sosilawati bersama pemandunya, Kamaruddin Shansuddin, 44; peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan perunding kewangannya, Noorhisham Mohammad, 44, dipercayai didalangi dua beradik peguam pada 30 Ogos lalu.
Pemuda UMNO, Pemuda Pas dana Angkatan Muda Keadilan akan berunding dengan PEKASA

Pemuda UMNO, Pemuda Pas dana Angkatan Muda Keadilan akan berunding dengan PEKASA



Apakah dakwan Shahrol ini benar?


ALOR SETAR 28 Sept. – Cadangan Wira Perkasa Kedah agar Rundingan Meja Bulat diadakan antara pertubuhan itu, Pemuda UMNO, Pemuda Pas dana Angkatan Muda Keadilan (AMK) bagi membincangkan isu yang menyebabkan perpecahan di kalangan masyarakat Melayu, mendapat maklum balas positif daripada ketiga-tiga parti politik berkenaan.

Ketuanya, Shaharol Niza Omar berkata, ketiga-tiga sayap parti itu menunjukkan minat mendalam serta bersedia mengadakan pertemuan itu dalam masa terdekat, demi memperjuang dan mengukuhkan perpaduan orang Melayu.

“Mereka sudah menghubungi saya dan telah mengadakan perbincangan ringkas, mereka menunjukkan minat yang amat tinggi bagi membincangkan soal hala tuju perpaduan di kalangan orang Melayu yang semakin rapuh hari ini.

“Rundingan itu juga akan membolehkan kita bergerak sebagai satu bangsa, dan bukannya bertelingkah sesama sendiri disebabkan berlainan fahaman parti,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.
Cadangan itu diutarakan Wira Perkasa Kedah pada 26 September lepas.

Selasa, 28 September 2010

Elak pembaziran PAS ajak Umno berkompromi

Elak pembaziran PAS ajak Umno berkompromi


Pas Pusat menyarankan Umno/BN memberi kerusi DUN galas adalah untuk menyelamatkan duit rakyat dari pada di bazirkan menjelang kempen pilihanraya kecil nanti kerana Umno pasti kalah kalau bertanding pun.

KOTA BHARU 28 Sept. – Pas Pusat menyarankan supaya Barisan Nasional (BN) berkompromi dengan menyerahkan kerusi kepada parti Pas pada pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.


Timbalan Setiausaha Agung Pas Pusat, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, langkah itu perlu demi perpaduan Melayu dan mengelakkan pergeseran politik terus berpanjangan antara kedua-dua parti induk orang Melayu itu.

Katanya, adalah wajar jika kedua-dua parti itu tidak bertanding pada pilihan raya kecil itu jika ingin melihat perpaduan di kalangan orang Melayu yang menjadi agenda utama negara.

“Bagaimanapun, adalah lebih baik jika kerusi itu diserahkan kepada Pas memandangkan kerusi DUN itu disandang oleh calon daripada parti berkenaan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada sidang media di Pameran Tortura iaitu alat penyeksaan di zaman pertengahan Eropah di Muzium Negeri, di sini, hari ini.

Chek Hashim Sulaima, 46, daripada Pas, meninggal dunia akibat barah usus di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur, semalam.

Pada pilihan raya umum ke-12 pada 2008, Chek Hashim memperoleh 4,399 undi mengalahkan calon BN, Mohd. Saufi Deraman dengan majoriti 646 undi
S.Usharani sambung keterangan

S.Usharani sambung keterangan




BANTING 27 Sept - S. Usharani, isteri usahawan India, Allal Kanthan Muthuraja yang dilaporkan hilang di negara ini sejak awal tahun lepas, hari ini menyambung keterangan berhubung kehilangan suaminya selama empat jam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat di sini.
Usharani, 27, tiba di IPD berkenaan pada 1.45 tengah hari bersama anggota Parlimen Kapar S.Manikavasagam dan dua lelaki yang tidak dikenali.

Sebelum ini, Usharani telah membuat laporan mengenai kehilangan suaminya 8 Sept lepas dan memberi keterangan berhubung perkara itu di IPD sama pada 23 Sept.
Semalam, beliau dilihat hadir ke IPD berkenaan pada 10.00 pagi dan meninggalkan premis itu 45 minit kemudian.
Manikavasagam berkata hari ini, Usharani memberi keterangan dari pukul 2 petang hingga 6 petang dengan bantuan seorang jurubahasa Tamil.

"Proses ditangguhkan hari ini kerana semalam, pegawai berkenaan terlibat dalam proses mendapatkan perintah tahanan reman untuk tiga suspek kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain," katanya.

Beliau berkata Usharani dijangka pulang ke Chennai pagi Rabu depan dan malam ini, wanita itu akan melakukan upacara sembahyang untuk suaminya di sebuah kuil di Pudu.
Katanya, Usharani akan dibawa bertemu dengan pegawai Kedutaan India petang esok. 

Isnin, 27 September 2010

Permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim di tunda lagi

Permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim di tunda lagi


                                                          

PUTRAJAYA 27 Sept. - Permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi semakan semula pemecatannya sebagai timbalan perdana menteri dan menteri kewangan pada 1998 ditunda ke satu tarikh yang akan ditetapkan oleh Mahkamah Persekutuan di sini, hari ini.


Hakim Besar Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria yang mempengerusikan panel tiga hakim menunda perkara itu berikutan kekeliruan berhubung arahan Ketua Hakim Negara sama ada kes Anwar perlu didengar bersama satu kes lain oleh kerana isu-isu yang bakal dikemukakan adalah serupa.

Karpal Singh memberitahu mahkamah bahawa Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi telah mengarahkan pada 21 September supaya kes Anwar didengar bersama kes pemecatan seorang pegawai kerajaan Ahmad Jefri Mohd. Jahri @ Md Johari, yang bertugas (pada ketika itu) di Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, cawangan Johor.

Bagaimanapun, terdapat satu lagi arahan supaya kes Ahmad Jefri dikeluarkan diri pendengaran hari ini.

Arifin yang bersidang bersama Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Foong dan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Suriyadi Halim Omar menangguhkan perkara itu berikutan permohonan oleh Karpal, yang menyatakan bahawa beliau belum bersedia mengendalikan kes secara berasingan.

Karpal Singh berkata, beliau beranggapan kedua-dua kes akan didengar bersama dan tidak tahu kes itu akan didengar berasingan.

Anwar mahukan Mahkamah Persekutuan mengkaji semula keputusannya sendiri yang disampaikan pada 8 Mac tahun ini yang memutuskan bahawa pemecetannya itu adalah sah.

Anwar gagal dalam usahanya di kedua-dua Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan yang memutuskan bahawa bekas perdana menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad mempunyai kuasa di bawah Perlembagaan Persekutuan memecat menteri kabinetnya dan beliau telah mematuhi perlembagaan dengan menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai pemecatan Anwar.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu memohon mahkamah mengisytiharkan bahawa pemecatan itu tidak sah dan melanggar perlembagaan di samping memohon ganti rugi, yang akan dinilai oleh pendaftar, menggantikan pengembalian jawatan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas kembali ke rahmatullah

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas kembali ke rahmatullah



KUALA LUMPUR 27 Sept. - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Che Hashim Sulaima disahkan meninggal dunia pada pukul 4.35 petang di Hospital Pakar Al-Islam di Kampung Baru di sini hari ini.

Beliau sebelum ini dilaporkan mengidap kanser usus.
Difahamkan, jenazah beliau akan dibawa ke Gua Musang, Kelantan untuk dikebumikan.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mewakili seluruh kepimpinan dan ahli PAS seluruh negara merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Almarhum Che Hashim dan rakyat di Dun Galas di atas pemergian Almarhum.

"Sesungguhnya Almarhum adalah seorang yang gigih menjalankan tugas dan komited dengan perjuangan. Marilah sama-sama kita berdoa agar roh beliau dirahmati oleh Allah," ujarnya dalam kenyataan ringkas.
Yahudi ingin melenyapkan sistem pemerintahan Islam.

Yahudi ingin melenyapkan sistem pemerintahan Islam.

Gerakan Yahud telah meluas di seluruh dunia melalui berbagai-bagai pertubuhan sulit seperti yang akan diterangkan. Di Malaysia juga terdapat pertubuhan sulit ini yang berselindung di sebalik tabir pertubuhan atau badan kebajikan dan kemanusiaan. Free Missionery, Kelab Rotary dan Kelab Lion serta Bahai telahpun bertapak di Malaysia. Inilah sebabnya gerakan Islam tidak boleh bergerak dengan lancar.

Gejala-gejala keruntuhan akhlak berleluasa dan fahaman sekularisme semakin hari semakin kuat.
Pertubuhan-pertubuhan ini terdapat di ibukota dan di daerah-daerah di seluruh Malausia. Pada suatu masa terdapat di sebuah hotel di ibukota satu perhimpunan Kelab Rotary telah diadakan. Ini bererti kelab ini bergerak dengan cergas.

Pada malam Jumaat 4 Oktober 1974 Kelab Rotary telah mengadakan jamuan makan malam sempena persefahaman dunia yang bertempat di Ipoh, Perak dan dihadiri orang-orang kenamaan di tempat itu.

Ajaran Bahai juga terdapat di negeri Kedah dan Kelab Lion pula bergerak dan meluas di seluruh Malaysia. Ini bererti gerakan Yahudi bermaharajalela dalam negara kita yang dicintai.

Seorang peguam yang berbangsa Amerika yang beragama Yahudi iaitu Andre Clain telah membentangkan kepada masyarakat Amerika di New York bahawa protokol-protokol pendita Sahyun(pendita Yahudi) sebenarnya satu gerakan sedunia yang dijalankan oleh majlis San Handren. Beliau juga telah menulis di dalam akhbar suara wanita Chicago pada tahun 1945. PBB yang terletak di New York bukanlah satu hasil kajian dan keputusan kongres yang berlangsung pada 1945 di San Fransisco tetapi adalah keputusan Khahila sebelum kongres tersebut.

Nik Aziz tidak ada  perasaan tamak untuk terus kekal memegang jawatan

Nik Aziz tidak ada perasaan tamak untuk terus kekal memegang jawatan




KOTA BARU, 26 Sept (Bernama)--Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau tidak menyimpan sedikit pun perasaan tamak untuk terus kekal memegang jawatan itu yang telah disandangnya sejak 1990.

Nik Aziz berkata ia bukan kehendaknya tetapi adalah keputusan pucuk pimpinan PAS sendiri yang mahukan beliau terus memegang jawatan itu.

“Saya sendirilah jadi Menteri Besar ini tak ada tamak sikit habuk tapi telah dipilih oleh parti. Jadi Menteri Besar, kalau boleh nak suruh orang lain (ganti) tapi lepas setahun, setahun, lepas sepenggal, sepenggal (terus memegang jawatan itu),” katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini, Ahad

Mursyidul Am PAS itu berkata demikian sebagai mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu program Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) di Pasir Mas semalam yang mengingatkan pemimpin Melayu termasuk dari parti pembangkang supaya tidak menggadaikan hak-hak orang Melayu semata-mata hendak mendapat tempat dan ingin menjadi Perdana Menteri.

Menurut Mahathir keadaan itu jika dibiarkan tidak mustahil suatu hari kelak negara ini akan menjadi seperti Singapura dimana bangsa Melayu dan umat Islam tidak lagi bebas bersuara.

Mengulas perkara itu, Nik Aziz berkata apa yang dinyatakan oleh Dr Mahathir itu diterimanya dengan baik dan boleh dijadikan sebagai peringatan kepada semua pihak termasuk daripada parti pembangkang.

Ahad, 26 September 2010

Taib Mahmud kekal mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri

Taib Mahmud kekal mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri

                                                           
Saya ikut kata parti,atau parti kena ikut kata saya,itulah Tan Sri Abdul Taib Mahmud presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu yang sudah lama mencengkam rakyat sarawak untuk kesenangan peribadi dan kroni.
Selagi hayat di kandung badan,untuk berundur tidak sekali.

KUCHING: Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud berhasrat untuk kekal mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian yang disandangnya sejak 2001 pada pilihan raya negeri akan datang.

Taib, 74, selaku presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berkata walaupun beliau ingin kekal bertanding di DUN Balingian, namun beliau akan akur dengan keputusan parti yang akan menentukan di kawasan mana beliau akan bertanding.

"Pertahan kerusi Balingian...saya ikut apa kata parti, saya tak boleh putuskan sendiri...mungkin balik ke Balingian, kita bekerja secara kumpulan, dulu saya di Samarahan, Asajaya...rasanya saya akan kekal lagi di Balingian," katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Kem Penrrisen Batu 8 di sini hari ini.

Ditanya adakah tarikh pilihan raya negeri semakin hampir, Taib berkata "setiap hari adalah hari yang hampir kepada pilihan raya".Penggal DUN sekarang akan tamat pada Julai tahun depan.

Sebelum bertanding di kerusi DUN Balingian iaitu satu daripada 71 kerusi DUN di Sarawak, Taib pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Sebandi/Asajaya (1981-1996), selain pernah menjadi Ahli Parlimen untuk Samarahan selama sembilan penggal (1969-2004).

Mitsubishi Lancer menggantikan Waja

PROTON Holdings Bhd  akan menggantikan Waja dan dikatakan mampu meningkatkan lagi penguasaan pasaran Proton dalam industri automotif tempatan dan antarabangsa akan menampilkan salinan versi Mitsubishi Lancer 2.0 dan mungkin di lancarkan pada november ini.

Menurut sumber terdekat, kemasukan kembali 'ciri Mitsubishi' dalam Proton itu hasil kerjasama pembangunan kejuruteraan terbaru antara Proton dan Mitsubishi Motors Corporation (MMC), yang juga bekas pemegang sahamnya.
"Model yang akan digunakan Proton bagi menggantikan Waja ini akan menampilkan beberapa perubahan kosmetik dalaman dan luaran berbanding model Lancer 2.0 GT sedia ada di pasaran.

Antaranya, ia akan menggunakan enjin dengan kapasiti yang lebih kecil sedikit, iaitu 1.8 liter, komponen dalaman menggunakan produk keluaran vendor tempatan yang terpilih serta beberapa ciri lain yang dapat menjadikan model itu mampu menawarkan harga lebih berdaya saing.

Sumber itu menjelaskan, pengeluaran model baru dengan kuasa enjin 1.8 liter itu dilihat pemangkin terbaik untuk syarikat automotif nasional itu dalam memenuhi perubahan keperluan dan selera pembeli, khususnya generasi muda.

Cerita selanjutnya di sini

Sabtu, 25 September 2010

Dua lokasi baru ditemui di kawasan Ladang Gadong

Dua lokasi baru ditemui di kawasan Ladang Gadong

                                                           

KUALA LANGAT, 25 Sept (Bernama)--Dua lokasi baru dipercayai merupakan tempat dua mayat yang dikaitkan dengan suspek utama kes bunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lelaki lain ditanam, ditemui di kawasan Ladang Gadong, Banting di sini hari ini.

Difahamkan, kedua-dua lokasi itu terletak di kawasan ladang milik suspek utama terbabit di mana satu daripadanya terletak di bahagian dalam manakala satu lagi di bahagian luar.

Polis mendapat petunjuk berhubung lokasi berkenaan hasil maklumat daripada empat suspek yang dibawa masuk ke dalam ladang itu kira-kira pukul 4 petang tadi.

Tinjauan juga mendapati sebuah jentolak dibawa masuk kira-kira pukul 4.30 petang di kawasan ladang itu dipercayai digunakan untuk kerja-kerja mengesan lokasi mayat tersebut.

Bagaimanapun, operasi mengorek dua lokasi itu hanya akan dilakukan pagi esok berikutan kesemua kenderaaan forensik, MPV polis dan sebuah van yang membawa suspek, keluar semula dari ladang itu kira-kira pukul 6.45 petang.

Sosilawati, 47, bersama pemandu peribadinya, Kamaruddin Shamsuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abd Karim, 32, dilapor hilang sejak 30 Ogos lalu yang dikatakan ke Banting, Selangor untuk urusan pembelian tanah.

Pada 13 Sept lepas, polis mengesahkan keempat-empat mereka telah dipukul sampai mati sebelum mayat mereka dibakar dan abunya dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong.

Suspek utama kes tersebut yang merupakan seorang peguam turut dikaitkan dengan kes kehilangan beberapa individu lain termasuk seorang ahli perniagaan dari India, Allal Kanthan Muthuraja, 34, dan seorang kontraktor Shafik Abdullah, 37, dari Kedah serta seorang rakannya.

Muthuraja dilaporkan hilang selepas tiba di Malaysia pada 18 Jan lepas dan Shafik serta rakannya dilaporkan hilang sejak lima bulan lepas.

Kesemua mereka dilaporkan hilang selepas berjumpa dengan suspek utama itu
Ustat dari malaysia membantu Amerika Syarikat (AS) mengatasi fenomena Islamophobia

Ustat dari malaysia membantu Amerika Syarikat (AS) mengatasi fenomena Islamophobia






NEW YORK: Malaysia mahu membantu Amerika Syarikat (AS) mengatasi fenomena Islamophobia di kalangan masyarakat kuasa besar itu supaya mereka tidak salah faham dan berpandangan negatif terhadap agama Islam. 

Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau sudah menyuarakan perkara itu kepada Presiden Barack Obama ketika mencelah dalam mesyuarat kedua pemimpin ASEAN-Amerika di kotaraya New York, Jumaat (waktu tempatan).


Malah, Perdana Menteri turut mengucapkan tahniah kepada Obama kerana pendirian tegasnya terhadap cadangan seorang paderi di Florida untuk membakar kitab suci Al-Quran yang akhirnya membatalkan hasratnya.
Sungguhpun mesyuarat itu lebih berkisar soal perdagangan, keselamatan dan isu serantau, Najib sempat menarik perhatian Presiden Obama mengenai peningkatan fenomena Islamophobia di Amerika Syarikat kebelakangan ini. 

Ensiklopedia dalam talian Wikipedia mentafsirkan Islamophobia sebagai ketakutan atau kebencian terhadap agama Islam dan penganutnya. 

"Langkah paling penting ialah memberi kefahaman asas mengenai agama Islam bahawa ia membawa nilai-nilai sejagat dan selari dengan konsep pemodenan dan agama yang progresif. 

"Islam juga dapat menjamin hak, bukan sahaja orang Islam tetapi juga hak bukan Islam," kata Perdana Menteri kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan lawatan kerjanya selama enam hari di New York. 
Fobia itu meningkat berikutan cadangan pembinaan pusat Islam dan sebuah masjid di tapak "Ground Zero" iaitu lokasi serangan pada 11 September 2001 yang meranapkan Pusat Dagangan Dunia New York. 

Seorang paderi di Florida yang mulanya mengugut untuk membakar kitab suci Al-Quran sempena ulang tahun serangan pengganas 9/11 membatalkan hasratnya berikutan gesaan Obama yang menegaskan bahawa langkah itu hanya menguntungkan al-Qaeda dan membahayakan beribu-ribu tentera AS di Afghanistan dan Iraq. 


Mengulas langkah untuk mengatasi fenomena Islamophobia, Najib menegaskan perlunya kefahaman yang lebih baik tentang Islam di kalangan rakyat Amerika Syarikat. 

Sebagai contohnya, Perdana Menteri merujuk kepada kajian majalah Time baru-baru ini menunjukkan 26 peratus rakyat Amerika menyangka Presiden Obama adalah beragama Islam. 

Najib: "Ini bererti di Amerika Syarikat, pengetahuan tentang perkara seperti ini adalah amat rendah dan peningkatan terhadap apa itu Islam sebenarnya amat perlu dilakukan. 

"Dan juga kita tidak seharusnya ditekan oleh kumpulan-kumpulan yang ekstrem yang bersuara lantang hingga mengambarkan seolah-olah seluruh Amerika Syarikat tidak setuju (dengan Islam), tetapi ia (kumpulan ekstrem) sebenarnya cuma kumpulan kecil." 

Kaji selidik itu juga menunjukkan tahap keraguan rakyat Amerika hinggakan ada berpendapat seorang Muslim tidak seharusnya menjadi Presiden. 

Tunjuk perasaan bagi membantah cadangan pembinaan masjid di Ground Zero kemudian turut diadakan berhampiran bangunan ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), ketika berlangsungnya sesi ke-65 Perhimpunan Agung PBB. 

Najib dijadual menyampaikan ucapan sulungnya pada perhimpunan agung PBB (UNGA) pada Isnin. 

Najib berkata, beliau juga memberitahu Obama bahawa Malaysia mengalu-alukan proses damai yang sedang diusaha antara Palestin dan Israel ke arah mencapai penyelesaian konflik berasaskan prinsip kewujudan bersama dua negara. 

Perdana Menteri juga menjelaskan mengenai pertemuan beliau dengan Presiden Palestin Mahmoud Abbas di ibu pejabat PBB, Khamis. 

Menurut Najib, pemimpin Palestin itu menjelaskan mengenai laluan yang begitu sukar untuk mencapai penyelesaian konflik yang berpanjangan memandangkan pendirian keras rejim Tel Aviv selain masalah kerjasama dengan kumpulan Hamas. 

Bagaimanapun, Mahmoud Abbas memberitahunya bahawa keadaan di Tebing Barat kini bertambah baik berbanding masa dulu. 

Ia bermakna, menurut Najib, jika rakyat Palestin memilih kedamaian sebagai satu langkah ke hadapan dan bukannya konflik, bererti mereka boleh mendapat masa depan yang lebih baik dan terjamin. 

"Peringkat awal sudah boleh lihat dengan baik di Tebing Barat, tetapi masih ada masalah dalaman iaitu dengan Hamas, bagi membolehkan mereka bertindak sebagai satu suara," kata Najib. 

Menyentuh pertemuannya dengan Wakil Khas Amerika Syarikat ke Afghanistan dan Pakistan, Richard Holbrooke, Najib berkata, mereka berbincang mengenai pemergian pasukan perubatan dari Malaysia pertengahan bulan depan ke sana atas jemputan kerajaan Afghanistan. 

Najib berkata, Holbrooke juga menceritakan kepadanya betapa dahsyatnya kesan banjir di Pakistan baru-baru ini terhadap 20 juta rakyat negara itu, yang disifatkan lebih buruk daripada bencana tsunami. 

"Rakyat Pakistan ditimpa musibah yang amat dahsyat dengan kediaman, ternakan, sekolah dan jalan raya musnah teruk. Daripada aspek sosial, bencana ini lebih dahsyat skalanya berbanding tsunami," katanya.
Ramai tertipu dengan ikan terubuk  masin  Sarawak

Ramai tertipu dengan ikan terubuk masin Sarawak




SEBUT saja terubuk Sarawak, pasti ramai yang akan terliur dengan keenakan isinya yang lemak dan manis, apa lagi kalau dapat menikmati ikan terubuk bertelur.

Malah tidak sah rasanya kunjungan pelawat ke Bumi Kenyalang, kalau tidak membawa pulang 'ole-ole' ikan terubuk Sarawak, terutama terubuk masin dan telur terubuk masin, yang ada dengan banyaknya di Pasar Tamu Satok di Kuching. Terubuk ini juga laris ketika Ramadan yang menjadi juadah wajib penggemarnya ketika berbuka mahu pun sahur.

Pendek kata, terubuk Sarawak memang amat popular terutama di kalangan pelawat dari Semenanjung, Sabah dan Brunei Darussalam, yang menjadikannya buah tangan wajib apabila berkunjung ke bumi kenyalang ini.

Populariti terubuk ini berkait rapat dengan hakikat ikan itu sudah lama pupus dari sungai di Semenanjung tetapi di Sarawak spesies ikan bertulang banyak itu masih boleh diperoleh terutama pada musim terubuk bertelur antara Jun hingga Oktober.

Bekalan terubuk tempatan boleh didapati di Sungai Lupar (Lingga dan Sebuyau dalam Bahagian Sri Aman), selain di Sungai Saribas (Pusa, Beladin dan Maludam di Bahagian Betong) dan Sungai Lassa (Teba’ang dan Daro di Bahagian Mukah).

Bagaimanapun, berbeza dengan mudahnya terubuk itu dibeli, hakikatnya, terubuk tempatan kian terhad dan sukar diperoleh yang disebabkan usaha kerajaan mengawal tangkapan ikan yang kian pupus dengan mengehadkan kegiatan menangkap ikan terubuk. Semua ini demi membolehkan spesies ini membiak.

Biarpun bilangannya terhad, ramai peraih yang masuk ke kawasan berkenaan setiap kali musim terubuk untuk membeli bekalan yang terhad itu secara borong dan mengeksportnya ke luar negara terutama Singapura.

Tidak hairanlah harga ikan terubuk tempatan bertelur kini boleh mencecah antara RM36 hingga RM45 sekilogram berbanding sekitar RM28 sekilogram satu ketika dulu. Terubuk masin tempatan atau lebih dikenali sebagai ‘terubuk masin local’ di kalangan pembeli pula dijual pada harga RM18 seekor berbanding RM8 seekor untuk saiz sama bagi ikan terubuk import.

Dakwaannya yang mengaitkan polis dengan kes pembunuhan

Dakwaannya yang mengaitkan polis dengan kes pembunuhan




PUTRAJAYA 24 Sept. - Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd. Akin hari ini hadir di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memberi keterangan dan menyerahkan bukti berhubung dakwaannya yang mengaitkan polis dengan kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya.

Beliau tiba di ibu pejabat SPRM kira-kira pukul 3.20 petang dan selesai memberi keterangan sejam kemudian.
Ketika ditemui pemberita Shamsul Iskandar bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai bukti yang diserahkan kepada SPRM, sebaliknya mengulangi kenyataannya menafikan polis pernah menghubunginya supaya tampil memberi keterangan berhubung dakwaannya itu.

"Saya tidak tahu menahu apa-apa mengenai perkara itu. Saya hanya tahu melalui media dan sepatutnya saya dimaklumkan mengikut saluran undang-undang yang betul.
"Saya hendak tahu apa kesalahan saya, apa yang perlu saya jelaskan, apa jenis kerjasama yang boleh saya berikan,” katanya.

Samsul berkata, jika ingin memanggil beliau untuk memberi keterangan polis perlu menggunakan prosedur undang-undang seperti yang termaktub dalam Kanun Acara Jenayah. 



Jumaat, 24 September 2010

Syarikat Bekalan Air Selangor meminta pampasan rm308 juta

Syarikat Bekalan Air Selangor meminta pampasan rm308 juta

Negara kita telah di kurniakan dengan air yang banyak,kenapa pihak syarikat bekalan air selangor hendak menaikan lagi tarif air




SHAH ALAM 24 Sept. - Kerajaan Selangor tidak akan melayan tuntutan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) yang mahu kerajaan negeri itu membayar pampasan RM308 ju ta kerana enggan menaikkan tarif air.

Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Faekah Husin berkata, kerajaan negeri berpendapat Syabas tidak layak menaikkan tarif kerana rakyat Selangor masih berdepan dengan pelbagai masalah air.

"Antara masalah itu termasuklah bekalan air yang teruk, bekalan air yang tidak berkualiti dan peratusan air tidak berhasil yang tinggi disebabkan penyelenggaraan paip yang buruk dan telah mengakibatkan kerajaan negeri kerugian berjuta ringgit,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Berasaskan itu juga katanya, kerajaan negeri yakin mempunyai hak dan alasan kukuh untuk mengheret Syabas ke mahkamah kerana kegagalan mematuhi beberapa asas penting dalam perjanjian konsesi air yang ditandatangani
Melayu akan kehilangan kuasa

Melayu akan kehilangan kuasa





KUALA LUMPUR 23 Sept. – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengingatkan orang Melayu bahawa mereka akan kehilangan kuasa dan ‘suara’ jika pakatan pembangkang berjaya mengambil alih pemerintahan negara.
Kata beliau, ia terbukti sewaktu Perak diperintah pakatan pembangkang selepas pilihan raya umum lalu apabila DAP lebih berkuasa di negeri itu walaupun Menteri Besar daripada Pas.

“Kita lihat (Datuk Seri) Mohammad Nizar Jamaluddin di Perak, walaupun dia Menteri Besar tapi dia ikut arahan DAP sehingga (pakatan pembangkang) jatuh. Orang Cina mendakwa ini adalah usaha BN menjatuhkan kerajaan Cina.
“Jadi mereka panggil kerajaan Cina, tak mungkin kita juga akan dapat Perdana Menteri yang semacam Nizar, namanya Melayu, agama Islam tetapi dia bukan sebenarnya bebas, dia adalah alat pada orang lain dan ini boleh berlaku,” katanya.

Beliau yang juga bekas Presiden UMNO berkata demikian dalam wawancara khas dipetik daripada laman web www.umno-online.com yang disiarkan hari ini.

Dr. Mahathir menambah, walaupun Nizar yang mewakili Pas ketika memerintah Perak seolah-olah memperjuangkan Islam, parti itu sebenarnya menggunakan Islam sebagai alat untuk mendapat sokongan.
Sementara itu menurutnya, jawatan sebagai Perdana Menteri di negara ini bukan ‘dikhaskan’ buat orang Melayu atau beragama Islam sahaja sebaliknya ia tertakluk kepada sokongan rakyat ke atas seseorang pemimpin.
“Tidak ada sekatan dalam undang-undang negara, dalam kita punya Perlembagaan tiada yang menghalang orang Cina atau India jadi Perdana Menteri, apa yang perlu sokongan dari majoriti, kalau majoriti dah setuju, kita tak boleh buat apa-apa.” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, beliau turut mengkritik hala tuju parti pembangkang lain seperti Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP kerana dilihat tidak ikhlas memperjuangkan kemahuan rakyat selain hanya mahu merampas tampuk pemerintahan daripada BN.

Sebagai contoh, katanya, PKR wujud bukan kerana mahu menuntut keadilan buat rakyat di negara ini tetapi sebagai platform merealisasikan cita-cita seorang pemimpinnya yang berhasrat menjadi Perdana Menteri.
“Trend itu tidak lagi menjadi tumpuan, tetapi kepada apa saya dapat, apa kau dapat, lebih kepada peribadi. Itulah terbentuknya keadilan, keadilan itu nama sahaja. Tubuh PKR seolah-olah negara ini tidak ada keadilan,” jelasnya.

Khamis, 23 September 2010

Semporna Sabah yang tidak sempurna

Semporna Sabah yang tidak sempurna

                                                         

SAYA baru menghabiskan cuti raya selama dua minggu di rumah mertua saya di Semporna, Sabah bersama suami dan seorang anak kecil.

Ini kali pertama saya beraya di Semporna, Sabah dan tentunya saya menggambarkan keindahan beraya di perantauan.

Sayang seribu kali sayang, realiti kehidupan di Semporna tidaklah sesempurna namanya. kemudahan paling asas, iaitu bekalan air bersih amat-amat kritikal. walaupun dikelilingi laut, hakikatnya Semporna amat-amat dahagakan bekalan air bersih.

Sepanjang berada di sana, hanya dua kali bekalan air dapat digunakan. saya difahamkan, bekalan air ini dicatu di kampung-kampung, tetapi tiada masalah di taman-taman perumahan dan kuarters kerajaan.
Pihak berkenaan menggunakan alasan bahawa penduduk kampung mempunyai air perigi untuk digunakan. sekiranya aduan dibuat, maka bekalan air akan ditutup lebih lama sehingga dua ke tiga minggu lamanya.
Disebabkan kekurangan bekalan air bersih, penduduk terpaksa mengharapkan air hujan untuk digunakan. ini disebabkan bukan semua rumah yang mempunyai perigi sebagai bekalan air.
Begitu juga saya yang terpaksa berjimat-jimat dan menggunakan air hujan untuk mandi, membasuh baju dan memasak.

Apa yang lebih memeritkan, anak kecil saya dijangkiti kudis seluruh badan sehingga terpaksa ke klinik sebanyak dua kali disebabkan menggunakan bekalan air yang tidak bersih.
Saya juga terpaksa ke klinik kerana cirit birit selama dua hari, juga disebabkan bekalan air yang tidak bersih.
Setahu saya, setiap tahun kerajaan memperuntukkan sejumlah bajet yang tinggi bagi Sabah dan Sarawak, tetapi kedaifan di Semporna menggambarkan seolah-olah sabah tiada pembangunan.

Tiada lampu jalan, jalan yang kebanyakannya rosak, tiada pengangkutan awam, kawasan pasar yang lecak dan kotor dan kawasan hospital yang tidak dapat dilindungi daripada anjing-anjing liar.

Saya ingin menarik perhatian Menteri Kemajuan Luar Bandar dan wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkaitan masalah ini, apakah peruntukan tinggi yang disediakan oleh kerajaan pusat saban tahun tidak dapat disalurkan kepada kawasan-kawasan kampung dan pedalaman yang lainnya?

Tidak dinafikan bahawa kerajaan ada menghulurkan bantuan dari segi kewangan dan modal untuk mereka berniaga kecil-kecilan, tetapi semua itu tidak berbaloi jika kemudahan asas yang penting masih lagi tidak dapat dibekalkan dan diatasi.

Saya sendiri tidak tahan dengan keadaan serba kekurangan ini selama dua minggu berada di sana, apatah lagi penduduk Semporna yang memang hidup serba kekurangan tetapi tidak tahu apa tindakan yang patut mereka lakukan demi memastikan generasi akan datang dapat menikmati taraf hidup yang lebih baik.

MENANTU TERKILAN
Putrajaya,dari utusan

Diantara komen yang di ambil dari mforum.cari.com


atira posted at 22-9-2010 10:04
menteri plak sibuk kawen artis...
rakyat bekalan air pon tarak



toki_rompin posted at 22-9-2010 10:15
bila org kata nak autonomi kan sabah, puak2 umno ni marah.tapi dalam masa yg sama, kehidupan daif derang ni, tidak pun di bela.

utk org2 sabah.... padan muka korang la...
korang yg sayang sangat dengan parti keramat tu.
terima je lah akibatnya.

kudis ka, cirit birit ka, janji ngundi, pangkah dacing:





pengecatbintang posted at 22-9-2010 10:19
Semporna ni kawasan Shafie Apdal dan kat situ ada umah Tun Sakaran Dandai



Cakkkk....aaaa posted at 22-9-2010 10:24
Kat situ dah SEMPORNA.... takde apa yg perlu ditolong kot...



lyddok posted at 22-9-2010 10:28
Menteri dia orang sana tetapi gila bini banyak rakyat dibelakangkan cari isteri didahulukan.



toki_rompin posted at 22-9-2010 10:30

tu tandanya mereka redha dan gembira hidup daif. janji pangkah dacing.

tak da air nak mandi wajib ka, hidup atas titi ka, tu bukan objektif terbesar dalam hidup derang.

kepuasan memangkah BN adalah melebihi segala-galanya.

yg kita nak kesian sama puak2 ni buat apa?
mereka pun tak bising kan?.... hepi jerrr lagiksss

Gerakan Freemasonry yang kita tidak tahu

Gerakan Freemasonry yang kita tidak tahu

Bagi mengaburi masyarakat tentang pergerakan pertubuhan Freemasonry, mereka telah menubuhkan pelbagai bentuk pertubuhan kemanusiaan bersifat kebajikan. Antaranya ialah:

1. Pertubuhan Iluminaty (cahaya)

2. Pertubuhan B’nai B’rith / Independent Order of B’nai B’rith (I.O.B.B)

3. Pertubuhan Bahaiyah

4. Pertubuhan Kesaksian Yehova / Yahoo

5. Kelab Rotary Antarabangsa (1905) – Ini sudah ada di Malaysia. Wajib siasat!

6. Pertubuhan Persatuan dan Kemajuan (1909)

7. Kelab Lions (1917) – Ini pun telah lama berada di Malaysia. Wajib siasat!

8. Pertubuhan Yoga – Ini pun sudah berada di Malaysia. Wajib siasat!

Semua pertubuhan dan kelab-kelab di atas merupakan cawangan pergerakan Freemasonry. Manakala anggota-anggota yang terlibat di dalam pertubuhan dank kelab tersebut mempunyai kaitan secara langsung dengan Gerakan Freemasonry. Seterusnya, dengan bantuan buku yang saya ada dan sedikit research di Google Image, Group akan cuba menerangkan tentang pertubuhan dan kelab yang amat MERBAHAYA kepada umat Islam iaitu Pertubuhan Iluminaty, Bahaiyah, Rotary dan Lions secara terperinci di dalam artikel seterusnya agar kita semua sentiasa berhati-hati dan berwaspada dengan tipu daya mereka yang begitu halus ini.

(Kepada sesiapa yang telah mempunyai buku ini, anda masih mempunyai tanggungjawab yang sama untuk menyebarkan propaganda-propaganda tersebut bagi menyedarkan umat Islam yang semakin hari semakin lalai ini. Adalah dimaklumkan bahawa, selain kaedah pembacaan buku sahaja tidak mencukupi. Anda perlu rajin menggunakan kemudahan Internet yang moden ini demi mencari lebih maklumat yang berkaitan kerana ianya sangat pantas. Saya mungkin mempunyai pengetahuan ini seorang jika saya membeli dan simpan di almari buku saya. Akan tetapi, ilmu yang berada di dalam kepala tidak akan bermanfaat tanpa disebarkan kepada orang ramai tambah-tambah lagi ilmu yang baik sebegini. Anda tidak perlu risau tentang ketepatan maklumat yang saya berikan ini kerana kesemuanya saya ambil terus dari beberapa buku dan juga melalui Internet. Ketepatan intisari buku adalah lebih jitu daripada ketepatan intisari di dalam Internet seperti Google amnya. Namun, ketepatan gambar di Internet lebih meluas daripada buku kerana ianya dikemaskini setiap masa. Internet merupakan medium terpantas dalam berkongsi maklumat. Sama-sama kita mencari kebenaran. Semoga Allah memberkati usaha kita semua..InsyAllah..)


Di petik dari http://strikethepins.blogspot.com untuk Politik Kedai Kopi.
Gosip Zahidah Rafik yang Apdal di baca

Gosip Zahidah Rafik yang Apdal di baca

Gosip Zahidah Rafik yang Apdal di baca


Gosip-gosip panas tetapi tidak dapat di sahkan lagi kerana yang empunya cerita membisu seribu bahasa(belum buka mulut)
Gosip ini boleh dikatakan agak mengejutkan jugalah dimana Zahida Rafikdikatakan sudah berkahwin. Ya, sudah berkahwin dan nama yang dikaitkan dengan Zahida Rafik tu ialah Datuk Shafie Apdal, Menteri di Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
Menurut sumber yang masih tak boleh dipercayai, Zahida Rafik dan Datuk Shafie Apdal dikatakan berkahwin sebulan yang lalu iaitu sebelum masuknya bulan Ramadhan. Perkahwinan tersebut pula dibuat di London dan dilakukan secara tertutup.

Hurm.. Kami taknak komen apa-apa pasal ni sebab dah nama pun gosip kan. Bukan boleh percaya sangat. Tapi kalaulah ianya betul, tahniah kami ucapkan. Cumanya, kenapa nak sembunyi-sembunyi? Takkan nak ikut langkah Bung Mokhtar dan Zizie Ezzete?

Rabu, 22 September 2010

Bagai mana hendak mendapatkan sijil untuk bersekolah di melaka

                                                          


Mungkin budak-budak tiga orang ni ,teringin benar hendak bersekolah di melaka


GEORGETOWN: Dua lelaki yang ditemui bersama tiga remaja perempuan yang dilaporkan hilang sebelum ini, hari ini ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung kes rogol gadis bawah umur. 

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng, berkata kedua-dua lelaki berusia 19 dan 20 tahun itu yang berasal dari Kampar dan Teluk Intan, Perak, ditahan reman selama tujuh hari mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan. Kedua-dua mereka ditemui bersama remaja pasangan kembar, Nurul Ain Kamarazmi dan Nurul Ashiqin, 14, serta teman sebaya, Suhaili Abd Razak dilaporkan hilang di Kampar sejak 11 September lalu dan ditemui dalam sebuah flat di sini, semalam. "Berdasarkan keterangan tiga remaja wanita terbabit, mereka mengaku melakukan hubungan seks dengan dua lelaki itu ketika berada di sebuah hotel murah di Jalan Pintal Tali di sini," katanya pada sidang media di sini, hari ini. 

Katanya, hasil pemeriksaan di Hospital Pulau Pinang mendapati terdapat kesan koyak pada kemaluan tiga remaja perempuan terbabit dan polis kini sedang menjalankan siasatan. 

Gan berkata, mereka memberi kerjasama dan mengakui secara rela hati mengikut teman lelaki ke negeri ini pada 14 September iaitu tiga hari selepas mereka dilaporkan hilang.
Nrul Izzah mendakwa hak Melayu hanyalah sekadar falsafah serta ideologi

Nrul Izzah mendakwa hak Melayu hanyalah sekadar falsafah serta ideologi

u



                                                        

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar hari ini memberi keterangan terhadap satu laporan polis yang dibuat PERKASA berhubung artikel penulisannya, 2 September lalu. 

Nurul Izzah hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi ditemani peguam Latheefa Koya untuk memberi keterangan berhubung artikelnya yang didakwa menyentuh Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Artikel itu yang disiarkan oleh portal Malaysian Insider antara lain mendakwa, “hak keistimewaan” orang Melayu tidak disebut sebaliknya Perkara 153 hanya menjelaskan mengenai “kedudukan istimewa” masyarakat Bumiputera. "Saya menegaskan bahawa saya tidak pernah meminta supaya mana-mana artikel dalam Perlembagaan Persekutuan negara diubah atau dimansuhkan. 

"Sebaliknya, saya mencari ruang berwacana dengan PERKASA demi merungkai isu-isu utama yang berkait dengan hala tuju pembangunan serta masa depan negara," katanya selepas memberi keterangan kira-kira satu setengah jam. 

Nurul Izzah menegaskan beliau menyokong penuh Perlembagaan negara termasuk artikel 153, institusi Diraja, agama Islam selaku agama rasmi dan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. 

Menurut laman web PERKASA bertarikh 2 September 2010, Ketua Wirawati PERKASA, Zaira Jaafar membuat laporan polis terhadap Nurul Izzah berhubung kenyataannya dalam artikel yang disiarkan dalam portal tersebut. 
Nrul Izzah juga mendakwa, hak Melayu hanyalah sekadar falsafah serta ideologi dan bukannya undang-undang atau Perlembagaan selain menegaskan agenda Melayu yang terkandung dalam Perkara 153 juga bersifat sementara.