Ahad, 22 Ogos 2010

Tan Sri Dr Koh Tsu Koon hendak menyiasat dan menahan ”ikan-ikan besar”

IPOH 22 Ogos — Pihak penguatkuasaan perlu menggandakan lebih usaha dan memperkemaskan organisasi mereka serta menggunakan sumbernya bagi membanteras lebih banyak jenayah yang melibatkan ”ikan besar” atau kes berprofil tinggi.

Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berkata, ini kerana persepsi rakyat di peringkat akar umbi melihat usaha yang dilakukan pihak penguatkuasan hanya tertumpu kepada kes kecil berbanding kes besar yang melibatkan pihak berprofil tinggi masih tidak mencukupi.

"Itu persepsi rakyat yang mana merasakan apa yang dilakukan oleh SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) masih tidak mencukupi. Bukan sahaja SPRM tetapi juga Jabatan Kastam serta Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di mana badan ini perlu menyiasat dan menahan ”ikan-ikan besar” daripada peniaga-peniaga kecil,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Gerakan negeri Perak di sini hari ini.

Beliau berkata, pihak penguatkuasa hanya perlu menjalankan pemeriksaan dan pemantauan secara rambang terhadap peniaga kecil untuk memastikan mereka mematuhi undang-undang.

Menurutnya, sekiranya pihak penguatkuasaan menghadapi halangan dan kekangan tertentu bagi membanteras jenayah rasuah di kalangan pihak berprofil tinggi, mereka perlu mengenepikan semua halangan itu.

"Tindakan dikenakan terhadap ”ikan besar” kemungkinan lebih bagus daripada tindakan terhadap 1,000 ”ikan kecil”,” katanya. — Bernama

Berani ke pihak SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) hendak mengambil tingakan yang melibatkan pihak berprofil tinggi .

Kalau pihak pakatan yang membuat salah dengan cepat puak-puak SPRM ni datang.

Kalau puak-puak Barang Naik(BN) yang buat salah dan berpuluh laporan sudah di buat,nak jeling pun taknak.

Related Posts

Tan Sri Dr Koh Tsu Koon hendak menyiasat dan menahan ”ikan-ikan besar”
4/ 5
Oleh