:
Home » » Shaari bersetuju membayar ganti rugi kepada Datuk Husam Musa

Shaari bersetuju membayar ganti rugi kepada Datuk Husam Musa

Selasa, 24 Ogos 2010 | 0 comments

KOTA BHARU 24 Ogos – Kes saman fitnah oleh Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa terhadap bekas Ahli Parlimen (MP) Tanah Merah, Datuk Shaari Hassan diselesai di luar mahkamah.

Keputusan itu, yang direkodkan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Ahmad Zaidi Ibrahim di sini hari ini, dibuat selepas Shaari bersetuju membayar ganti rugi kewangan yang dituntut oleh Husam.

Husam, yang ditemui pada di pejabatnya, bagaimanapun enggan mengumumkan jumlah ganti rugi itu tetapi menyatakan jumlahnya “amat memuaskan hati”.

Pada 25 Disember 2007, di Masjid Padang Lalang di Tanah Merah, Shaari didakwa membuat kenyataan berunsur fitnah melibatkan Husam, yang kemudiannya memfailkan saman menuntut agar Shaari memohon maaf kepadanya dan membayar sejumlah ganti rugi
Kongsikan :

0 comments:

Catat Ulasan

Sila berkongsi maklum balas anda dalam ruang perbincangan atau FB dan memfailkan apa-apa fakta yang anda dapati melalui pengalaman dan pengetahuan anda.

Ulasan isu hendaklah dengan fikiran terbuka, supaya setiap ulasan akan memberi manfaat kepada semua.

Berbahas atau bertukar-tukar pendapat,agar yang kurang kita tambahkan,yang lebih kita berikan.

 
Copyright © 2011. Politik kedai kopi - All Rights Reserved
Template Modify by Politik Kedai Kopi
Proudly powered by Blogger