Isnin, 23 Ogos 2010

Laporan polis telah di buat terhadap Ahli Parlimen (MP) Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar,

KUALA LUMPUR 23 Ogos – Bekas Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan, Muhammad Zahid Md. Arip hari ini membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen (MP) Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Anak kepada penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu didakwa mengeluarkan kenyataan yang menjejaskan imej dan maruah negara dalam satu temu bual dengan sebuah akhbar Indonesia baru-baru ini.

Muhammad Zahid, yang ditemui selepas membuat laporan polis itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini, berkata, Nurul Izzah telah menyebarkan maklumat palsu mengenai Dasar Baru Ekonomi (DEB) serta memperkecilkan keupayaan kapal selam negara ini.

Katanya kenyataan Nurul Izzah, kononnya pelaburan asing ke negara ini merosot teruk, adalah satu berniat jahat, manakala kenyataan beliau keupayaan kapal selam negara ini boleh mengundang kecenderungan pihak luar untuk melancarkan serangan terhadap negara ini. 

Ek alah .........apahal si mamat zahid ni nak mengampu pun tengoklah keadaan

memang betul pelabur asing merosot apa yanh tak betulnya......

selamani takde kapal selam pun negara selamat....apa hal negara luar nak serang kita pulak... !!

Related Posts

Laporan polis telah di buat terhadap Ahli Parlimen (MP) Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar,
4/ 5
Oleh