Sabtu, 7 Ogos 2010

Keputusan menolak permohonan Anwar


PUTRAJAYA 6 Ogos - Seperti yang telah dijangkakan, Mahkamah Rayuan hari ini menolak permohonan permohonan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan nota perubatan daripada tiga doktor Hospital Kuala Lumpur berhubung perbicaraan Fitnah II terhadap beliau.
Keputusan menolak permohonan Anwar dibuat oleh panel tiga hakim yang diketuai Datin Paduka Zaleha Zahari, Datuk Abdul Malik Ishak dan Datuk Clement Allan Skinner. 
Mereka mengadakan perbincangan selama lebih 30 minit di dalam kamar sebelum keluar untuk membacakan penghakiman.
"Selepas menjalankan perbincangan bersama, kami berpendapat, penghakiman yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi berkenaan adalah sah, tidak wujud percanggahan dakwaan di antara definisi seksyen pendakwaan dan penemuan kami terhadap permohonan ini adalah negaitf, maka ianya ditolak," kata Zaleha.
Pasukan pembelaan yang diketuai oleh peguam Karpal Singh dalam penghujahan menjelaskan adalah menjadi hak kepada anak guamnya memohon mahkamah membenarkan pembekalan nota-nota, laporan, material, spesimen dan sebarang maklumat berkaitan termasuk nota tulisan tangan, maklum balas dan catitan ketiga-tiga doktor HKL terbabit Dr Khairul Nizam, Dr Mohd Razali Ibrahim dan Dr Siew Sheue Feng.
Ketika ditemui media selepas keputusam mahkamah beliau berkata Anwar memutuskan untuk mempertikaikan kewibawaan kes ini kerana mendakwa Timbalan Pendakwa Raya yang digugurkan, Farah Azlina Latif mempunyai hubungan romantis dengan saksi utama, Mohd Saiful Bukhari Azlan serta dipercayai mempunyai akses terhadap kertas pertuduhan.
Hubungan kontroversi itu didakwa sebagai salah, kerana mana-mana kertas pertuduhan tertakluk di bawah Akta Rahsia Rasmi. 
Karpal berkata melalui hubungan itu, disamping Farah Azlina yang mempunyai akses tersebut, Saiful juga berkemungkinan mempunyai akses kepada kertas pertuduhan itu.
"Kita tidak bercadang untuk memfailkan afidavit sebagai respons kepada keputusan ini. Telah dua kali kami kemukakan dan ia bukanlah persoalannya. Bagaimana permohonan Datuk Seri Anwar ditolak, sedangkan dalam masa yang sama boleh pula menggugurkan DPP semata-mata kenyataan atau saranan Peguam Negara, seperti mana yang dilaporkan di dalam media?," soal beliau.
Ketika ditanya mengenai perkembangan laporan polis yang dibuat oleh Anwar terhadap Farah Azlina dan Saiful, Karpal menegaskan isu tersebut tidak berkait secara langsung dengan kes Fitnah II.
Namun ia tetap akan memberikan kesan terhadap prosiding perbicaraan tambah beliau.

Related Posts

Keputusan menolak permohonan Anwar
4/ 5
Oleh