:
Home » » Felda bantu anak peneroka RM20 juta

Felda bantu anak peneroka RM20 juta

Jumaat, 20 Ogos 2010 | 0 comments

KUALA LUMPUR 20 Ogos - Yayasan Felda membelanjakan lebih RM20 juta setahun bagi melaksanakan program kebajikan, pendidikan dan kesihatan sebagai salah satu tanggungjawab sosialnya.

Anggota Lembaga Pengarah Yayasan Felda, Profesor Dr. Abdul Hamid Abdullah berkata, peruntukan Yayasan Felda diperolehi dari Felda dan juga anak syarikat Felda Holdings Berhad.

"Bantuan kebajikan yang disalurkan termasuk bagi kes kecemasan dan orang yang terlantar sakit,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan sumbangan hari raya bernilai RM30,000 dan empat buah kerusi roda kepada 100 orang pesakit dewasa Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini hari ini.

Sumbangan itu diserahkan kepada Pengarah HKL, Datuk Dr. Zaininah Mohd. Zain.
Abdul Hamid berkata, untuk tahun ini, sebanyak RM2 juta diperuntukkan bagi perbelanjaan kebajikan.

Beliau berkata, Felda turut membantu anak peneroka yang sedang menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan menghantar mereka mengikuti kelas kemahiran dalam pelbagai bidang di lima buah kolej kemahiran milik Yayasan Felda. - Bernama

Rm20 juta yang di belanjakan,berapa juta para peneroka dapat
Berapa juta pula yang masuk dalam poket sendiri.
Kongsikan :

0 comments:

Catat Ulasan

Sila berkongsi maklum balas anda dalam ruang perbincangan atau FB dan memfailkan apa-apa fakta yang anda dapati melalui pengalaman dan pengetahuan anda.

Ulasan isu hendaklah dengan fikiran terbuka, supaya setiap ulasan akan memberi manfaat kepada semua.

Berbahas atau bertukar-tukar pendapat,agar yang kurang kita tambahkan,yang lebih kita berikan.

 
Copyright © 2011. Politik kedai kopi - All Rights Reserved
Template Modify by Politik Kedai Kopi
Proudly powered by Blogger