Khamis, 12 Ogos 2010

Datuk Bung Mokhtar Radin menangis

SHAH ALAM: “Saya percaya perkara baik, (kesudahannya) tetap baik. Allah sudah memberikan hadiah terbaik untuk Ramadan tahun ini,” kata Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin sejurus terlepas daripada hukuman penjara sebulan kerana berpoligami tanpa kebenaran di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam.
SEBAK...Bung Mokhtar tidak dapat menahan air mata selepas terlepas hukuman penjara kerana berpoligami tanpa izin dengan Zizie Izette.
Terdahulu, Ketua Hakim Syarie Selangor, Mukhyuddin Ibrahim menerima rayuan Bung Mokhtar, sekali gus mengenepikan keputusan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur sebelum ini. 

Mahkamah sebaliknya memerintahkan Bung Mokhtar didenda RM1,000 atas kesalahan itu atau dipenjara enam bulan jika gagal membayarnya. 

Sebaik keputusan dibacakan, Ahli Parlimen itu tidak dapat menahan sebak lalu menitiskan air mata sebelum memeluk isteri keduanya, Zizie Izette A Samad, 32, dan ahli keluarga lain yang berada di galeri awam mahkamah. 

Bung Mokhtar, 51, ketika ditemui di luar mahkamah melahirkan rasa gembira dengan keputusan itu selepas terpaksa melalui proses mahkamah yang panjang sejak kesnya disebut di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur. 

“Saya berharap isu akan tamat di sini. Saya ucapkan berbanyak terima kasih kepada peguam, ahli keluarga dan sahabat yang menyokong tanpa berbelah bagi,” katanya. 

Related Posts

Datuk Bung Mokhtar Radin menangis
4/ 5
Oleh