Khamis, 12 Ogos 2010

Rakyat asing jaga orang malaysia

Apa nak jadi dengan keselamatan di malaysia.
    Sudahlah rakyat asing berduyun-duyun masuk tanpa dapat di pantau
         Ini rakyat asing pula di suruh jaga keselamatan orang malaysia

             Ada percaya,
                    Tak percaya
Pergilah cek/tengok seluruh perumahan kat bandar KLni

         Sapa yang jaga

           Orang malaysia
Dah tentu banyak rakyat asing yang jadi jaga......


KUALA LUMPUR 10 Ogos – Sekumpulan pengawal keselamatan warga asing dikesan menggunakan MyKad palsu milik rakyat negara ini untuk mendapatkan pekerjaan dan menerima gaji setaraf dengan warga tempatan.
Tindakan mereka bagaimanapun terbongkar selepas Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Imigresen menyerbu dua buah kediaman di tingkat tiga sebuah bangunan rumah kedai di Pandan Perdana di sini awal pagi ini.
Dalam serbuan pukul 2 pagi itu, warga asing itu bukan sahaja dikesan menggunakan kemudahan pengenalan diri yang disediakan khusus buat rakyat tempatan, malah mereka mampu memiliki lesen memandu dan surat beranak untuk anak mereka.
Lebih mengejutkan, salah seorang wanita yang ditahan didapati bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah stor syarikat keselamatan yang menyimpan 30 laras senjata api.
Wanita berusia lingkungan 30-an itu yang dikenali sebagai Ana juga memiliki lesen senjata api yang dikeluarkan oleh ketua polis daerah.
Pengarah Bahagian Penguat Kuasa JPN, Wan Zakaria Wan Awang berkata, dalam pemeriksaan itu, pihaknya menahan dua pasang suami isteri dan juga dua lelaki yang memiliki MyKad palsu.
“Dalam pemeriksaan di rumah pertama, seorang lelaki berusia lingkungan 30-an dan isterinya iaitu Ana mendakwa mereka berasal dari Sabah, namun pemeriksaan lanjut mendapati MyKad mereka adalah palsu.
“Dengan menggunakan MyKad palsu itu, mereka mampu memperoleh lesen memandu dan senjata api, membuat surat beranak anak dan memperoleh gaji sebanyak RM1,200 sebulan sebagai pengawal keselamatan,” katanya selepas mengetuai serbuan itu awal pagi ini.
Beliau menambah, dalam pemeriksaan di rumah bersebelahan, pihaknya menahan sepasang lagi suami isteri dan dua lelaki.
Katanya, MyKad yang digunakan suami kepada pasangan itu merupakan milik seorang lelaki dari Kedah dan pengawal keselamatan terbabit juga telah membuat surat beranak anaknya menggunakan MyKad tersebut.
Menurut beliau, selain itu, empat kanak-kanak dan dua lelaki yang tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri turut ditahan.
Katanya, jumlah kesemua yang ditahan ialah 12 orang yang dipercayai merupakan warganegara Indonesia.
Wan Zakaria memberitahu, JPN turut menyarankan pihak berkuasa dan syarikat pengawal keselamatan agar membuat pemeriksaan lanjut mengenai status MyKad pemohon lesen senjata api khususnya yang membabitkan pengawal keselamatan.[sumbar utusan]

Related Posts

Rakyat asing jaga orang malaysia
4/ 5
Oleh